CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cucumberkl

[Jenayah] Edisi jahanam - Tol Pulak Naik !!!!

[Copy link]
Post time 14-12-2013 09:39 PM | Show all posts
skrip yg sama gak diulang2... x busann kerrr deme niii

Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid

Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 12:26 PM | Show all posts
chanteeekk... memang inilah yang aku tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 12:59 PM | Show all posts
suruh macai Bn aje yg bayar rega baru tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 12:59 PM | Show all posts
mana macai bn sume?ni yg korang nak kan???
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:00 PM | Show all posts
@#&@* betul...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 01:05 PM | Show all posts
little_sis posted on 14-12-2013 09:39 PM
skrip yg sama gak diulang2... x busann kerrr deme niii

Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Die ...

Haruslah. Ayat stended gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2013 02:01 PM | Show all posts
jom la demo tunjuk pongoong
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 02:12 PM | Show all posts
alah setakat naik sikit je korang nak marah...
























macai rilek jah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 03:55 PM | Show all posts
JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT NANTI D AKHIRAT ALLAH PERBODOHKAN KITA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 04:00 PM | Show all posts
mrs.senah posted on 15-12-2013 02:12 PM
alah setakat naik sikit je korang nak marah...

macai umNGOK sume jd director kt GLC' elaun riban-riban.... yg duk kt pprt tu caver line jah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:12 PM | Show all posts


macam negeri Kelantan, rakyatnya tak ada pilihan, hanya ada jalan persekutuan.

negeri2 lain ada kelebihan, kerana ada pilihan sama ada nak guna jalan bertol atau jalan tak kena tol ( jalan persekutuan ).
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:26 PM | Show all posts
rashiman posted on 15-12-2013 04:12 PM
macam negeri Kelantan, rakyatnya tak ada pilihan, hanya ada jalan persekutuan.

negeri2 lain a ...


choyYYY!!!! duk selangor/kl ni ada pilihan jalan ka???


contoh puchong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:29 PM | Show all posts
oo patut la pak menteri panaskan isu syiah ... ada mende nak naik lagi rupanyer ...

seme ini poyo ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:32 PM | Show all posts
cucumberkl posted on 15-12-2013 04:00 PM
macai umNGOK sume jd director kt GLC' elaun riban-riban.... yg duk kt pprt tu caver line jah
...


yang post bawah ko ni director GLC mana nih?? gegeh meratib kelantan plak..kang jap g meratib harga TOL kita masih murah berbanding monaco, malaysia masih aman, tamau bayar tol ikut jalan biasa tak pun kayuh basikal dan bla bla bla.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn sy xsokong abg jib n kak mah.tp byk sgt knaikan taun ni n taun dpn.ksian kt org2 kg n pekerja swasta yg gaji rendah.cene la nasib diorg nanti.

ada kwn sy yg penyokong kuat BN ni asyik menafikan tndakan krajaan ni xbebankn rkyat. yela kerja krajaan.gaji ok.duk umh mak.mkn pakai, bil2 sume fmly yg setelkan. Tmpt krja 15mnt ngn rumah. Dia x byr bil letrik.dia xbyr sewa rumah.dia xbyr tol nk blk kg yg jauh.dia xguna byk myk kete sbb rumah kg dia dekat. Dia x alaminye

kdg2 org ceni aku nk sgt tuhan hantar dia jauh skit.bia dia tahu ape itu hidup berdikari.betapa rakyat tertekan ngn sikap kerajaan Last edited by cekgihani on 15-12-2013 05:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 14-12-2013 06:11 PM
Kalau undie PAs. Tol hapus.yay! Tp.jadi mcm kelate..jalan smua lobang2 .sebab freee...so iatiqamah k ...

kt mane jln kt klate blubang2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 05:14 PM | Show all posts
otomen_taro posted on 15-12-2013 05:08 PM
kt mane jln kt klate blubang2?


biasa bro...
kalau kelantan semua buruk...

air kelantan kotor..
2tahun lebih saya ulangalik kelantan..
air macam biasa..jernih...
saya balik kampng...pukul 9pg air karat sekarat2nya..karat tu xlama..dalam sejam(negeri anak babah)..
ada hari yang ada karat..ada hari yang xde la... Last edited by mak_wa95 on 15-12-2013 05:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 05:50 PM | Show all posts
naik pun naik lah

dah ketentuan Ilahi duit aku buat dibayar tol

anggap je sedekah jariah utk keluarga pemegang2 konsesi tu , mereka memerlukan wang utk menampung perbelanjaan keluarga mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 14-12-2013 07:29 PM
tu la ang pa,pi undi bn,,tgk org selangor undi pr,,suma free..mana ade kene bayar,,negara kebajika ...

Mana ada free.. flat pkns blkg umah aku tiap2 bln byr bil air.. puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 05:56 PM | Show all posts
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.
memang diada kan ...supaya kena adakan ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055229 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list