CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

on COMANGO : pada semua yg mengikuti

[Copy link]
Post time 21-11-2013 12:02 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 20-11-2013 08:46 PM
isu murtad = kena balik kepada sirah dan rujuk kepada sirah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW  ...

Assalamualaikum,

Yes! saya sokong! ini semua berkaitan dengan iman. Dengan iman barulah dapat menyempurnakan akhlak. takde iman jadi LGBT, murtad dsb.

Pada saya iman itu bermula dengan Yakin (ilmu yakin- keyakinan bersandarkan kepada ilmu pengetahuan)
sebagai contoh, asma Allah yang belajar di sekolah ;MAHA PEMURAH. Jadi sesiapa yang belajar, dia mendapat ilmu; Ouh,Allah itu Maha Pemurah.

Tetapi bagaimana Maha Pemurahnya Allah itu. Kemudian dilihat, cina, india pakistan dan sesiapa saja mendapat rezeki dari Allah. Maka dapat lagi 1 yakin, iaitu Ainul Yakin.

Dan dari Ainul Yakin itu akan membentuk Haqqul Yakin, iaitu keyakinan dari hati. Bila diri sendiri pun mendapat rezeki dengan hanya berdoa. Disitu lah datangnya rasa Syukur setelah mendapat keyakinan yang Haq.

Kemudian, barulah tahu makna Bismillahhirahmanirahim. Oh, hidupnya aku ini kerana Sifat Pemurah dan Penyayang nya Tuhan ku.

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang Kamu dustakan?

Maaf, saya cuma memberi pandangan, kalau salah tolong betulkan  ;)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 12:10 PM | Show all posts
Satu cerita tentang keyakinan seorang Wali Allah.

Sore itu Pak Din mengajak saya untuk pergi memancing ke sungai kecil di pinggiran sawah desa, kebetulan hari itu pagi harinya habis hujan lebat, Saat berangkat saya memperhatikan langkah pak Din yang mantap, saya teringat apa yang telah Pak Din ucapkan kepada saya .."jika kita yakin.. dimana ada air disitu ada ikan".. saya pun memberanikan diri bertanya kepada pak Din " Maaf guru, bukankah guru pernah berkata bahwa dimana ada air disitu ada ikannya? lalu kenapa kita harus ke sungai... itu ada air di parit" saya menunjuk air yang mengalir di parit.. Pak Din pun melihat wajah saya dengan tajam... " Jadi dirimu tidak yakin dengan ucapan saya?" saya menjawab " untuk yakin bukankah kita harus melihatnya dulu, guru" Pak Din tidak berkata-kata.. ia melemparkan mata kailnya ke parit.. hanya hitungan detik ia angkat dan ... SUBHAN ALLAH.. di mata kail Pak Din sudah ada seekor ikan gabus sebesar dua jari... saya pun terkejut.. pak Din berteriak " Ambil ikan ini dan bawa!" lalu kami melanjutkan perjalanan.. selama berjalan tidak henti-hentinya saya memperhatikan ikan tersebut.. lalu saya berkata " Guru, mungkin saja di parit tersebut ada ikannya.. lalu bagaimana dengan disitu??" saya menunjuk lubang kecil di pinggir jalan yang tergenang air.. dasar tanahnya pun terlihat karena dalamnya hanya 5 cm, Pak Din kembali melihat saya dengan mata yang tajam... lalu ia menggeleng-gelengkan kepalanya.. Pak Din melemparkan mata kailnya ke lubang tersebut dan sekali lagi ikan gabus sudah ada di mata kailnya.. " Kita pulang sekarang!!! percuma saya mengajak orang yang tidak punya keyakinan..." kata pak Din, lalu ia pulang dan saya mengikuti dari belakang... di samping rumah pak Din saya pun berkata " Lalu kalau disitu bagaimana Guru??" saya menunjuk pada belahan kelapa yang ada air hujan yang di tampungnya.. tanpa menjawab pak Din memasukan mata kailnya ke belahan kelapa tersebut.. Masya Allah... ikan gabus kembali ada di mata kail Pak Din.. " Kamu makan semuanya nanti..." lalu pak Din memanggil istrinya untuk menggoreng ikan tersebut dan saya harus menghabiskannya sendirian... " Makanlah.. kalau itu sihir maka yang kamu makan bukan ikan.. tapi kalau ikan itulah Kharomah dari Allah SWT" saya pun memakannya dan menekatkan dalam hati... Yaa Allah Yang Maha Kuasa... yakinkan hati saya untuk selalu mempercayai kebesaran Engkau... dan mantapkanlah agar di dalam hati saya ada PERCAYA... YAKIN... AINUL YAKIN.... dan HAQQUL YAKIN...sehingga saya bisa tetap tegar dengan jalan yang saya tempuh selama ada di dunia ini... AAMIIN.....


http://sangsukmalayang.blogspot.com/   rujukan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:39 PM | Show all posts
shahizul posted on 21-11-2013 12:02 PM
Assalamualaikum,

Yes! saya sokong! ini semua berkaitan dengan iman. Dengan iman barulah dapat m ...

salam

Kemudian, barulah tahu makna Bismillahhirahmanirahim. Oh, hidupnya aku ini kerana Sifat Pemurah dan Penyayang nya Tuhan ku.
4 tahap yakin ..
  • Ilmu Yakin
  • Ainal Yakin
  • Haqqul Yakin
  • Akmal Yakin

empat Yakin ini bergabung menjadi Nurul Yakin ..

وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ

4. dan serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ
وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,
dan merekalah orang-orang yang beruntung.

wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 06:57 PM | Show all posts
NorAddin posted on 21-11-2013 01:39 PM
salam

4 tahap yakin ..

Wslm wbt,

Wah! baru saya tahu ada banyak yakin rupanya.. Boleh saudara elaborate sket camne keyakinan tu? dan cara memperolehnya? Kerana pendapat saya, keyakinan sebenar yang akan melahirkan taqwa, ikhlas, dan ihsan itu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
NorAddin posted on 21-11-2013 01:39 PM
salam

4 tahap yakin ..

Boleh anda terangkan hirarki yakin itu serba sedikit, i am interested, deeply.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 09:44 PM | Show all posts
inilah akibatnya bila bidang kefalsafahan ditinggalkan walau ulamak2 dulu sgt menekankan kepentingannya
ibn rushd malah kata ia wajib bagi muslim
falsafah2 moden yg jadi tunjang tuntutan mereka itu patutnya boleh dikembari dgn falsafah2 juga
tapi kita nak lawan guna argumen agama semata2
atau argumen bernegara saja... mana nak terlawan..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2013 09:52 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-11-2013 09:14 PM
Boleh anda terangkan hirarki yakin itu serba sedikit, i am interested, deeply.

sis, menda tu kan apa yg dipanggil juga akal murni (pure reason), indera (empiris, sense-perception) dan intuition (ilham) dlm epistemologi.



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 05:35 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 20-11-2013 08:46 PM
isu murtad = kena balik kepada sirah dan rujuk kepada sirah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW  ...

sis, belief is beyond reason..

masalahnya kita tak melihat barang sesuatu itu mengguna persoalan `apa yg boleh kita ketahui dan apa yg tidak'. Ini persoalan asas epistemologi.
itu yg selalu berlaku menda2 yg tertelak dalam domain akal tetapi diletak dan dicerna guna domain kepercayaan. fizik dan metafizik dicampur sekali.

oleh itu elok kita baca satu tulisan ini yg saya kutip somewhere. still fresh. harap bermanfaat.

Rencana                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Jahil epistemologi: Ancaman anak muda - Lingkaran Fikir Pendidikan                                               
                       
                                                                        November 22, 2013
                                               
                                                                                                                                                        Apakah epistemologi? Apakah ilmu pengetahuan? Apakah sumber ilmu pengetahuan? Basri Husin (2009) dalam tesisnya’Beberapa aspek epistemologi: konsep, tabiat dan sumber ilmu dalam tradisi Islam' mengatakan sumber epistemologi Islam itu ada lima. Pertama ialah pancaindera sebagai salah satu sumber utama yang memberikan ilmu pengetahuan kepada manusia, yang bersifat realiti dan empirikal. Kedua ialah akal yang diiktiraf mampu memproses data dan maklumat berdasarkan kerangka logik walaupun terbatas. Ketiga, khabar as-sadiq,(khabar yang benar) iaitu Al-Quran dan Sunnah. Yang terakhir ialah intuisi atau ilham.


        Beberapa minggu lalu ini, ceramah bertajuk "Liberalisme: Ancaman Terhadap Anak Muda" diadakan. Di antara isi penting perbincangan tersebut ialah mengenai bahaya tiga ideologi iaitu liberalisme, sekularisme dan pluralisme. Menurut panelis, "liberalisme" atau lebih tepat "Islam liberal" ini ialah apabila manusia merasakan yang mereka juga mempunyai wahyu dan menafsirkan wahyu tersebut mengikut akal mereka. Menggunakan akal dalam menghujahkan sesuatu perbahasan apatah lagi yang menyentuh soal keagamaan itu boleh membawa kepada kesesatan dan kekufuran.
        Tambah panelis lagi, "sekularisme" pula ialah memisahkan agama daripada kehidupan manusia. Malah lebih  buruk lagi, ia bertujuan membuang terus agama daripada hanya mengasingkan agama dan politik. Agama hanya menjadi bicara, diskusi di dalam masjid dan kuliah tanpa menyentuh soal  pentadbiran dan pemerintahan.

"Pluralisme" pula bagi mereka ialah menyamakan semua kebenaran agama. Memahami bahawasanya semua agama itu benar dan menuju satu Tuhan. Mereka juga mengatakan dua senjata yang digunakan oleh musuh Islam untuk merosakkan pemikiran Islam ialah kejahilan dan kemiskinan. Dan seperti biasanya, tuduhan ini ditujukan kepada Yahudi dan Nasrani yang cuba menjatuhkan orang Islam       
Budaya paranoid dan kepentingan memahami epistemologi


        Tulisan ini bukan bertujuan mempertikai hujah panelis. Masyarakat awam bebas untuk menilai dan memilih sama ada untuk beriman dengan pendapat panelis atau tidak. Bagaimanapun kita perlu sedar, hujah panelis tidak semestinya benar dan begitu juga sebaliknya.
        Anak muda pada hari ini terdedah dengan pelbagai ideologi dan idealisme. Malangnya tidak ramai yang faham persoalan epistemologi ketika membicarakan sesuatu ideologi. Dalam konteks dunia moden, persoalan epistemologi sering terlepas daripada pandangan ketika kita ghairah menghukum mana-mana ideologi. Jahil epistemologi ini menyebabkan kita jahil perbezaan di antara ideologi tertentu. Dan inilah ancaman sebenar anak muda!


        Mengikut istilah Arab, epistemologi difahami sebagai  nazhariah al-maa`rifah yang bermaksud teori pengetahuan. Ia sangat penting untuk dibincangkan sebelum kita menyentuh perihal "pandangan alam" dan ideologi yang terhasil daripadanya. Ia adalah asas ataupun akar sebelum apa-apa pengetahuan dibentuk. Membicarakan ideologi dan pandangan alam tanpa memahami epistemologi akan menyebabkan kita tersasar daripada konteks pemahaman ideologi tersebut.


        Menurut Murtadha Muthahhari di dalam 'Pengantar Epistemologi Islam' terbitan Shadra Press (2010), epistemologi adalah akar kepada perbezaan pandangan dunia. Pandangan dunia pula akan membentuk ideologi. Menariknya Muthahhari ketika berbicara mengenai epistemologi beliau menyoal 'mungkinkah manusia mempunyai pengetahuan?' dan 'mungkinkah manusia memahami alam ini?', 'mungkinkah kita memahami hakikat manusia?' dan 'mungkinkah mengetahui hakikat wujud ini?'.


        Soalan seperti ini adalah soalan paling penting untuk diajukan - memandangkan masyarakat yang kita punyai dan bentuk kini adalah masyarakat penghukum - yang gemar berasa kebenaran itu di pihak mereka. Untuk melihat betapa pentingnya sifat dan sikap 'ragu' ini, Muthahhari mengisahkan kisah Pyrho pada zaman Socrates dengan 10 argumen ketidakmungkinan manusia memiliki pengetahuan, tentang al-Ghazali yang memulakan aktivitinya dengan keraguan seperti Descartes;
        "Mungkinkah seluruh kehidupanku ini bukan mimpi besar? Apakah tidak mungkin sekarang ini saya, Ghazali yang dilahirkan oleh ibuku si fulan dan memiliki ayah si fulan, menuntut ilmu di sekolah, menikah, belajar selama bertahun-tahun, bertahun-tahun melatih diri, dan sekarang duduk di sini, lalu secara tiba-tiba saya terbangun dan menyaksikan bahawa semuanya hanyalah mimpi? Dari mana saya tahu kalau ini bukan mimpi? Adakah bukti yang memperkuat bahawa kehidupan saya sekarang ini, di mana sekarang ini saya duduk sebagai filsuf dan hendak menemukan suatu dasar pemikiran, adalah bukan merupakan mimpi panjang?"


        Bahkan Descartes juga mempunyai masalah dengan pengetahuan sebagaimana diungkap Muthahhari; "Dengan dalil apa saat saya menyatakan bahwa alam ini adalah demikian, Tuhan itu ada, jiwa itu ada, roh itu ada, dunia ini ada, kota Paris itu ada, agama al-Masih adalah demikian?"


        Jalan panjang menuju epistemologi


        Perbahasan ini akan menjadi terlalu panjang jika kita memilih untuk membicarakan mengenai masalah epistemologi dalam kerangka teknikal. Cukup untuk difahami bahawa epistemologi adalah asas kepada bentuk pandangan alam. Manakala pandangan alam pula akan membentuk ideologi. Ringkasnya analogi mudah untuk ini adalah; epistemologi adalah tanah, sudut pandang alam adalah pohon dan ideologi adalah buah daripada pohon epistemologi tersebut.


        Oleh itu, tidak masuk akal jika kita ingin membicarakan mengenai sesuatu ideologi menggunakan kerangka epistemologi yang sama sekali bukan daripada pohon yang sama.


        Perkara asas ini jika tidak dapat difahami akan menjadikan kita tergelincir daripada bersikap adil akibat kegagalan melihat dan membaca epistemologi yang digunakan oleh sesuatu ideologi tersebut. Seseorang tidak akan dapat memahami epistemologi kepada ideologi Sosialisme jika hanya membaca Das Kapital. Seseorang juga tidak akan dapat memahami epistemologi Islam hanya melalui sebuah buku Murtadha Muthahari.
        Sedangkan apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah menjalankan kajian lanjut serta rujuk silang terhadap asas epistemologi yang sama sekali berlainan dengan konsep epistemologi kita. Bahkan sudah tentu, setiap ideologi itu punya alasan yang tersendiri menggunakan epistemologi mereka sendiri dan logik akal paling mudah, sudah pasti sesuatu ideologi itu bercanggah jika berbeza epistemologi yang kita fahami.


        Kini wujud pula persoalan; apakah mungkin ideologi yang wujud ini terhasil daripada epistemologi yang sama? Kami lontarkan persoalan ini kepada anak muda sekalian. Bertebaranlah kalian di muka bumi ini untuk mencari jawapan. Tidak semestinya jawapan hanya akan ditemui di TTDI Jaya. Dan bukan tugas kami pula untuk menjelaskan ideologi mana yang betul atau salah serta epistemologi manakah yang benar dan salah.
        Kami percaya untuk setiap yang mencari, akan temui jawapan. Paling penting, jawapan bukan hanya ditemui lewat satu dua buku atau 145 ceramah Youtube. 'Irfan' dan 'hikmah' akan sampai jika kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Bukan bersungguh-sungguh mencari kesalahan dan menghukum.  – 22 November, 2013.


        * Lingkaran Fikir Pendidikan (LFP) adalah sebuah Projek Revolusi Usrah dengan tema 'pendidikan'. Kumpulan anak muda ini berpusat di Gombak tetapi tidak sukakan donut. Mereka boleh dihubungi melalui [email protected].



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 05:43 PM | Show all posts
petola posted on 22-11-2013 05:35 PM
sis, belief is beyond reason..

masalahnya kita tak melihat barang sesuatu itu mengguna persoala ...

saya dapat lihat bahawa artikel di atas mempunyai konflik tertentu dalam mempertikaikan panelis tersebut dan menganadaikan hujahan panelis  yg didengari ceramahnya itu bersifat paranoia

walhal

Dr W Mohd Azam Mohd Amin dalam majalah DAKWAH isu  no. 18 Mei / Jun 2013 mengupas kerangka teori pemikiran humanisme - secularisme dengan lebih mendalam selaras dengan apa yg ditentukan oleh Al HAQ.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 05:44 PM | Show all posts
epistemology ialah kerangka teori pengetahuan

sila rujuk tulisan  Dr Sidek Baba dalam memperihal konsep epistemology ilmu dan epistemologi  Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 03:00 AM | Show all posts
Pendek kata, COMe ANd GO...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 04:01 PM | Show all posts
shahizul posted on 21-11-2013 06:57 PM
Wslm wbt,

Wah! baru saya tahu ada banyak yakin rupanya.. Boleh saudara elaborate sket camne key ...

salam

Wah! baru saya tahu ada banyak yakin rupanya.. Boleh saudara elaborate sket camne keyakinan tu? dan cara memperolehnya? Kerana pendapat saya, keyakinan sebenar yang akan melahirkan taqwa, ikhlas, dan ihsan itu..
paling terdekat hanya saya boleh bawa sebagi sebaik contoh adalah ..
dengan menghayati sirah " Ulul 'Azmi " erti nya " yang mempunyai kecekalan "

1. Nabi Muhammad ..
bagaimana kisah beliau dengan Abu Bakar d'dalam gua ..
2. Nabi Ibrahim ..
bagaimana kisah beliau d'campak ke dalam api ..
3. Nabi Musa ..
bagaimana kisah beliau membelah lautan merah ..
4. Nabi Isa ..
bagaimana beliau dapat menghidupkan orang mati ..
5. Nabi Nuh ..
bagaimana beliau membena bahtera ..

begitu jugak contoh terdekat 4 sahabat ..
1. Saidina Abu Bakar ..
bagaimana beliau habiskan segala²nya dan menyerahkan anak nya Sita Aisyah ..
2. Saidina Omar ..
bagaimana beliau sedang khutbah .. melihat musuh sedang datang dari belakang ..
3. Saidina Othman ..
bagaimana beliau menyusun Alquran .. dengan pendengaran yang amat teliti ..
4. Saidina Ali ..
bagaimana beliau ketika terkena panah d'kaki beliau .. macamana beliau mengeluarkan ..

inilah contoh² yang terbaik untuk kamu memperolehi nya ..

    Kerana pendapat saya, keyakinan sebenar yang akan melahirkan taqwa, ikhlas, dan ihsan itu..
ya .. tidak d'nafikan ..
tetapi tanpa Iman .. Yakin itu tidak akan ada ..
Iman yang berserta Yakin itu yang akan melahirkan Takwa ..
kerana d'situ duduk nya Muklisin dan keredhaan ..
kalau tidak Ahsan itu tidak akan ada Insan yang KAmil ..

wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 04:13 PM | Show all posts
ussopp posted on 19-11-2013 10:54 AM
insyaAllah sy cuba.....

Terima kasih tuan ussopp kerana perkongsian ini... dan... cik mod @mbhcsf ... menambah pengetahuan

Comments

sama2.....jika ada salah silap tolong betulkan  Post time 28-11-2013 02:52 AM
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 04:33 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-11-2013 09:14 PM
Boleh anda terangkan hirarki yakin itu serba sedikit, i am interested, deeply.

salam

d'hierarchy as per stated ..
4 tahap yakin ..

    * Ilmu Yakin
    * Ainal Yakin
    * Haqqul Yakin
    * Akmal Yakin
untuk mendapat keYakinan ini ..
memerlukan Iman Mufassal membawa kepada Iman Mujmal ..
sehingga terdapat 68 aqaidul iman itu terjadi ..



Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak dicampuri keraguan sedikitpun.
Akhirat lawan dunia.
Kehidupan akhirat ialah kehidupan sesudah dunia berakhir.

Yakin akan adanya kehidupan akhirat ialah
benar² percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.

wassalam




Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.539211 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list