CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bell

[Tempatan] Rumah Teres akan jadi RM 1 juta!

[Copy link]
Post time 12-7-2013 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak duduk tengah bandor.. tapi nak beli rumah rm 50 000?

Pale hotap dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 09:06 AM | Show all posts
leylapple posted on 12-7-2013 09:05 AM
fuh...besar2 gaji org sekarang eh??

skang fresh graduate kat glc start dlm 3k++

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:07 AM | Show all posts
mahalnye harga rumah....bertabahlah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:07 AM | Show all posts
fairiza posted on 12-7-2013 09:06 AM
dulu aku ada bc majalah mana ntah... warga asing (ekspatriat) pon x mo beli umah kat mesia... maha ...

pegi kat Hartamas, Kiara sana leh tgk brapa ramai org lua dah de umah situ
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:10 AM | Show all posts
Bell posted on 12-7-2013 09:01 AM
You are right. Org asing tak boleh beli rumah kecuali yg RM1.5 mill ke atas. And then kenakan levy ...

saya jumpa artikal ini.

Syarat hartanah dilonggar -- Warga asing boleh beli bangunan lebih RM250,000 tanpa ekuiti tempatanKUALA LUMPUR 3 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kelonggaran garis panduan pelaburan asing untuk menggalakkan lebih banyak warga asing membeli hartanah di negara ini bagi menghadapi kemuraman ekonomi dunia yang turut menjejaskan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat asing kini dibenarkan membeli semua jenis unit kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan ruang perniagaan yang terdiri daripada bangunan lama dan projek baru dilancar berharga lebih RM250,000 tanpa perlu menubuhkan sebuah syarikat dengan penyertaan ekuiti tempatan.
Beliau berkata, semua pembelian tersebut juga dibenarkan dibiayai daripada sumber kewangan dalam negara berbanding kelonggaran sebelum ini yang menetapkan pembiayaan hendaklah melalui sumber kewangan luar negara.
``Kerajaan menyedari bahawa ekonomi negara menghadapi persekitaran yang lebih mencabar (berpunca) daripada pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan dan peningkatan persaingan antara negara untuk (menarik) pelaburan langsung asing (FDI),'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, kerajaan mengumumkan penghapusan langkah kawalan modal terakhir dengan menarik balik cukai keluar (levi) 10 peratus yang dikenakan ke atas keuntungan yang dibawa keluar melalui pelaburan pembelian saham di Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
Langkah tersebut juga antara lain bertujuan menggalakkan kemasukan pelaburan asing khususnya dalam pasaran modal tempatan.
Dr. Mahathir menambah, kerajaan terus komited untuk mengekalkan persekitaran ekonomi yang terbuka serta mesra perniagaan dan sejajar dengan itu penyeliaan dan peraturan yang mempengaruhi pelaburan swasta dilonggarkan untuk meningkatkan potensi sektor berkenaan.
Selaras dengan hasrat itu juga katanya, garis panduan pelaburan asing dilonggarkan untuk mempercepatkan proses pelaburan dan menggalakkan lebih banyak pelaburan asing dan tempatan berkuat kuasa 25 April lalu.
``Kelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) ini adalah meliputi urus niaga pemilikan hartanah oleh rakyat tempatan dan asing termasuk pemilikan lot industri atau kilang,'' katanya.
Menurut Dr. Mahathir, pemerolehan hartanah di bawah RM10 juta oleh rakyat tempatan tidak perlu mendapatkan kelulusan FIC untuk memudah dan mempercepatkan transaksi-transaksi kecil diselesaikan di peringkat pihak berkuasa negeri.
Katanya, pihak asing yang menjalankan aktiviti pengilangan tetapi dikecualikan daripada mendapat lesen pengilang daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini dibenarkan memperoleh lot industri atau kilang untuk tujuan pengilangan sahaja tetapi bukan untuk disewakan.
``Langkah ini bertujuan untuk memudahkan rakyat asing memperoleh hartanah industri untuk tujuan aktiviti pengilangan mereka,'' kata Dr. Mahathir.
Menurut beliau, bagi menggalakkan syarikat-syarikat asing ditubuhkan di negara ini untuk beroperasi sebagai ibu pejabat atau pejabat serantaunya pula, mereka dibenarkan memiliki pejabat atau ruang pejabat bernilai lebih RM250,000 seunit tanpa syarat ekuiti atau dihadkan bilangan unit yang boleh dimiliki.
Katanya, syarikat-syarikat asing yang ditubuhkan di negara ASEAN yang ingin menubuhkan syarikat usaha sama atau menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan di negara ini adalah dibenarkan memiliki pejabat atau ruang pejabat tanpa syarat ekuiti.
Bagi pemerolehan unit kediaman di bawah Silver-Haired Programme kata Perdana Menteri, rakyat asing dibenar memperoleh unit kediaman bernilai RM150,000 ke atas, tertakluk kepada syarat unit berkenaan adalah di kawasan yang dikhaskan untuk program berkenaan.
Menurut beliau, bagi urus niaga hartanah bernilai di bawah RM20 juta yang membabitkan penjualan antara bumiputera kepada bumiputera; bukan bumiputera kepada bumiputera; bukan bumiputera kepada bukan bumiputera dan kepentingan asing kepada rakyat Malaysia, semua syarikat atau individu hanya perlu melaporkan cadangan urus niaga yang dimeterai kepada Urus Setia FIC untuk tujuan rekod FIC sahaja.
``Dengan demikian pihak berkuasa negeri tidak perlu menunggu kelulusan FIC dalam menguruskan kes-kes tersebut,'' kata Dr. Mahathir.
Di samping itu Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan anggota baru FIC iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Nik Mohd. Zain Mohd. Yusof.
FIC ditubuhkan bertujuan untuk menggubal dasar pelaburan asing dalam semua sektor ekonomi dan mengawasi perkembangan bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah mengenai pelaburan asing di samping menasihati kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan mengenai semua perkara berkaitan pelaburan asing.
Dr. Mahathir juga berkata, Rancangan Malaysia Kelapan dan Rangka Rancangan Jangka Panjang menyedari perlunya ditingkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara untuk memastikan pertumbuhan yang mampan.
Antara lain kata beliau, langkah yang telah dikenal pasti termasuk menggalakkan pelaburan swasta dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang menyokong untuk meningkatkan kejayaan perniagaan.
Oleh: ABU HAKIM TANZIMUDDIN
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:10 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-7-2013 09:02 AM
sbb tu masa ada sikit peluang pun cepat2 beli...sebab harga rumah tak pernahnya turun..tak kisahla ...

itu la.. alhamdullilah dah selamat beli da satu biji jadi la buat masa ni.. kalau nk menambah nanti hope lepas pengurangan la..

(moga ada la pengurangan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2013 09:12 AM | Show all posts
gujiwa posted on 12-7-2013 09:10 AM
itu la.. alhamdullilah dah selamat beli da satu biji jadi la buat masa ni.. kalau nk menambah nant ...

dah ada tu kira dah oklah tu...setidak2nya dah ada tapak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:13 AM | Show all posts
razzmat posted on 12-7-2013 09:05 AM
bukan kat selangor aje rumah mahal N9 , johor ,penang pun mahal giler


yer lah btul tu bkn kt Selangor, KL je..
Kedah pon dah mahal la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 09:14 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-7-2013 08:53 AM
Dulu masa Mad Tyson jadi MB Selangor...kerajaan negeri sendiri buat rumah teres kos rendah dgn harga ...

org cakap kalo dah bodo jgn tunjuk sgt


Rumah Mampu Milik Keempat PKNS Siap Disember 2014BY MOHD EZLI MASHUT
– MARCH 5, 2013POSTED IN: AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN), AHLI PARLIMEN, BARISAN NASIONAL, BERITA, BERITA NASIONAL, DASAR KERAJAAN SELANGOR, EXCO, FOKUS RAKYAT, INFRASTRUKTUR, INISIATIF KERAJAAN SELANGOR, INTEGRITI, KEBAJIKAN RAKYAT, KECEKAPAN, KENYATAAN MENTERI BESAR, KERAJAAN SELANGOR, KETELUSAN, MENTERI BESAR, PAKATAN RAKYAT, PELABURAN, PENCAPAIAN & PRINSIP TADBIRURUS, PENGAGIHAN ADIL, PENGURUSAN DANA RAKYAT, PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT, POLITIK & BERITA NASIONAL, PROGRAM MENTERI BESAR, PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR,TAYANGAN, TERKINI, WAKIL & INSTITUSI KERAJAAN

11,405 views






SHAH ALAM 5 MAC : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka  berada di siap pada Disember 2014.
PKNS dengan usahasama Debbin Sdn Bhd ini merupakan RMM keempat PKNS selepas projek berkembar  1422 unit di Bukit Botak Selayang, 124 unit pangsapuri di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat di Antara Gapi Serendah.
“Projek ini menawarkan sejumlah 104 unit pangsapuri dengan keluasan setiap unit antara 750 hingga 850 kaki persegi.
“Dengan rekabentuk yang menarik, projek ini juga menawarkan suasana kondusif dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
“Seperti juga projek pangsapuri mampu milik PKNS di Bandar Baru Bangi, sebanyak empat unit akan disediakan untuk orang kelainan upaya (OKU),” kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.
Othman berkata, projek-projek ini adalah sebahagian daripada perancangan 20 tahun PKNS untuk membina sebanyak 31,000 unit RMM di negeri Selangor untuk tempoh sehingga 30 tahun.
“Pembinaan rumah mampu milik berkualiti ini dijangka akan menelan belanja subsidi lebih RM1.1 bilion,” katanya.
Ujarnya, projek ini juga membuktikan yang Kerajaan Negeri dan PKNS juga prihatin dengan kehendak masyarakat bandar dan luar bandar.
Sementara itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini PKNS sudah dapat membina lebih daripada 100,000 unit rumah pangsapuri kos rendah.
Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan rumah idaman PKNS-Debbin Sdn Bhd di Desa Alam Seksyen U12 di sini.
Turut hadir dalam majlis itu Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:17 AM | Show all posts
ada sape2 tau maklumat lanjut tak pasal perumahan alfafa.. harga rumah teres 89k je...Pemaju Alfafa Holdings sdn bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:18 AM | Show all posts
kecimpret posted on 12-7-2013 09:14 AM
org cakap kalo dah bodo jgn tunjuk sgt

org kalau bodoh tak pernah pi sekolah macam ni lah...kita sedang cakap rumah kos rendah...ko mai cakap pasal rumah mampu milik.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:18 AM | Show all posts
selalu terfikir..pemaju ni buat rumah mewah2 ni sapa nk membelinya? selain dr businessman dan menteri2 mesti sek2 speculator jah.. dah kaya kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:19 AM | Show all posts
fairiza posted on 12-7-2013 09:06 AM
skang fresh graduate kat glc start dlm 3k++

GLC 3.k+

O&G fresh dapat 4.7k+

brapa ramai orang dapat masuk GLC dengan O&G?

OMG....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:19 AM | Show all posts
biasa jer nie harga kat kl mmg mcm nie...dulu aku keje construction memang harga mcm nie pon company aku jual...sejuta tu paling murah..pd kita yg tak mampu nie memang geleng kepala tengok harga nye...tp ramai jer org melayu yg dah kaya raya sekarang nie beli rumah2 mcm nie...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:21 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-7-2013 09:18 AM
org kalau bodoh tak pernah pi sekolah macam ni lah...kita sedang cakap rumah kos rendah...ko mai c ...

golongan plg ramai tersepit dgn kenaikan rega rumah ialah golongan pertengahan laa ngokkkkk..rega rumah dlm range 75k - 200k
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:23 AM | Show all posts
kecimpret posted on 12-7-2013 09:21 AM
golongan plg ramai tersepit dgn kenaikan rega rumah ialah golongan pertengahan laa ngokkkkk..rega  ...

Itu anak aku pun tahulah ngok..yg aku timbulkan rumah kos rendah..lagi ramai yg tersepit lah bonggok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 09:24 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-7-2013 09:23 AM
Itu anak aku pun tahulah ngok..yg aku timbulkan rumah kos rendah..lagi ramai yg tersepit lah bongg ...
Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA.

ko ni buta hurup ke ngok???..x baca artikel abis??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:27 AM | Show all posts
kecimpret posted on 12-7-2013 09:24 AM
ko ni buta hurup ke ngok???..x baca artikel abis??

memang ko ni ngok tak sekolah...yg aku timbulkan pasal rumah kos rendah..bukan golongan mana yg memerlukan..pi baca balik lah qoute awal ko tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:29 AM | Show all posts
Org mesia lagi sibuk nak keta murah laa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 09:33 AM | Show all posts
kecimpret posted on 12-7-2013 09:21 AM
golongan plg ramai tersepit dgn kenaikan rega rumah ialah golongan pertengahan laa ngokkkkk..rega  ...

You are right. We need houses in range RM75K - 200K. Rumah kos rendah buat skit jer.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.107579 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list