|
APA HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH KETIKA DLM PROSES BERPICAH (BERCERAI)
[Copy link]
|
|
sarahmirza posted on 3-5-2013 08:27 PM 
Nah, bacalah komen di atas.
Komen bagaikan tiada sedikit pun kekurangan & dosa si suami dalam me ...
kekurangan, kesilapan dan dosa suami adakah menjadi alasan kpd isteri juga berbuat dosa dan kesalahan. biarlah tuhan yg membalasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelat posted on 3-5-2013 08:30 PM 
kekurangan, kesilapan dan dosa suami adakah menjadi alasan kpd isteri juga berbuat dosa dan kesala ...
Dalam Islam, kekurangan, kesilapan dan dosa suami itu boleh dijadikan sebab untuk isteri membebaskan diri dari kehidupan rumahtangga yang tak harmoni. Biarlah Tuhan membalasnya, ya, tapi isteri juga berhak memilih jalan kehidupan mana yang dia mahu. Last edited by sarahmirza on 3-5-2013 08:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 3-5-2013 04:04 PM 
Assalamualaikum semuer,
Kepada yg berkahwin, yg masih membujang dan yg bermasaalah.
1) Nasihat saya supaya isteri tu tahu hak dia
bukan membela mana mana pihak dan harap faham
2) nasihat saya tang nusyuz tu again adalah menyokong pernyataan pertama tak da niat menghasut dan sebagainya so saya menjawab post saudara untuk elak salah faham posting saya dan saya tak berniat atau terfikir sampai ke tahap itu.
tapi nasihat ustaz from JAIS yg dok kaunseling masalah rumah tangga ialah supaya si isteri berkomunikasi dengan pihak yg tertentu.
itu sahaja. It would be against my conscience to 'hasut' TT, okay .
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada yg lbh tahu perihal rumahtangga selain ahlinya adja
maka, urus sebaik mgkin ke arah kebaikan sesama ahlinya
Berjalan le si suami-isteri mencari keredhaan Ilahi
berdua²an sejoli meminta dinasihati yg arif lg adil jika berselisih
Benar le yg ke-3 tu bisikan syaitan yg direjam!
bila tiada lg dianya kembali berbahagialah kedua² serta ahli²nya... |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 3-5-2013 06:50 PM 
Sy slalu bila berhdpn dgn pasangan yg nak bercerai yg berkaitan dgn isu2 yg hampir sama, pastinya sy ...
Terima kasih tuan atas nasihat itu.
Saya sekarang hanya biarkan kakak saya untuk berpikir..kerana setiap kali nasihat diberikan, ibarat mencurah air di daun keladi. Saya bukan apa..disebabkan hasutan setan ni, saya jadi terlalu emosi dgn abg ipar saya. Dia memang x nak lpskan kakak saya, dan masih lagi x bekerja dan seolah-olah tidak mahu langsung berusaha.
Semoga Alllah berikan kekuatan kepada kakak utk mengadapinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 3-5-2013 08:49 PM 
Dalam Islam, kekurangan, kesilapan dan dosa suami itu boleh dijadikan sebab untuk isteri membeba ...
aduii...kan dah ditulis kat atas tu..isteri boleh mohon utk berpisah jika hak tidak ditunaikan. tp selagi masih bergelar isteri kena la tunaikan hak suami juga. maksud cik sarah klu suami tak tunai hak isteri maka isteri pun boleh tak tunai hak suami jugak ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 4-5-2013 04:34 AM 
1) Nasihat saya supaya isteri tu tahu hak dia
bukan membela mana mana pihak dan harap faham
Assalamualaikum mbhcsf,
Semuer PENASIHAT akan berkata sedemikian.
Yakni mereka tiada niat or tidak berniat bla bla bla bla bla............utk pasangan itew berpisah/bercerai etc.
Seperti PitMie tulis.........
Setiap pasangan hendaklah muhasabah diri terlebey dahulu.
BUKAN dgn MENUNTUT HAK masing masing.
TUNAIkan HAK masing masing dahulu sebelum menuntut HAK.
KEIKHLASAN adalah bottom line here.....
Sekiranya dahulu ada membuat kesilapan.................perbanyakkan istiqfar n taubat.
Ini semuer adalah DUGAAN/CUBAAN dari Allah swt.
Surely/yakinlah bahawa ada HIKMAH n KEBAIKAN dari nya.
Kadang kadang or selalunya TUAN/PUAN PENASIHAT dgn tidak sedari mengHASUT pasangan tersebut utk berpisah.
Mereka terdiri daripada kawan kawan, sedara, ibu bapa dan juga LAWYER.
Ada LAWYER yg 'cari makan' dan bukan IKHLAS utk membantu pasangan tersebut.
Ada kenkawan kunon kunon nak kasi 'moral support'.
Ada yg cepat2 rekomen 'lawyer syariah' .
So, berhati hati lah dalam memberi nasihat/pandangan komer.
Ini saya berpesan pada diri sendiri jugak.
Waallahua'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
kelat posted on 4-5-2013 05:02 PM 
aduii...kan dah ditulis kat atas tu..isteri boleh mohon utk berpisah jika hak tidak ditunaikan. tp ...
Assalamualakum kelat,
Miker melayan oghang yg menulis/memberi pendapat dgn emosi.
Itu laaa Al Kisahnya.
Ada isteri yg sanggup di cop sebagai nusyuz, janji dier dapat 'kebebasan' aka di ceraikan.
Ada isteri yg sanggup buat perkara yg menyalahi syariat kerana suami nya pung menyalahi syariat.
Mcm kira hang cubit aku, aku cubit hang.............
Sapa yg MENANG??? - iblis/syaitan
Bila hati sudah di kuasai nafsu/iblis - mrk tidak dapat melihat yg HAK lagi.
Nasihat pung deme takmo dengor selagi ia tidak mengikut kehendak mereka.
IBLIS hanya menunjuk jalan yg satu sahaja iaitu BERCERAI.
Dengan BERCERAI.................hati dier akan menjadi PUAS/SERONOK/BAHAGIA.
Padahal IBLIS lah paling SERONOK.
Bertepuk tangan..............kerana dapat menghancurkan mesjid.
Pasangan yg bermasaalah sepatutnya MUHASABAH diri sendiri.
Pergi cari PAKAR KAUNSELING.
Dengan NIAT utk menDAMAI/BERSAMA kembali.
Siapa yg tidak pernah membuat salah?
Siapa yg tidak pernah membuat silap?
Kalau 20 tahun bley bersabar, kenapa sekarang tiba tiba nak meletup???
20 tahun kesabaran kemana menghilang???
Apa yg di pelajari selama 20 tahun berkahwin??
Pengalaman berkahwin selama 20 tahun.......................mana dier???
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 7-5-2013 11:19 AM 
Assalamualakum kelat,
Miker melayan oghang yg menulis/memberi pendapat dgn emosi.
Bukan beri pendapat dengan emosi Encik, tetapi itulah yang diberitahu oleh seorang ustaz di pejabat agama Melaka. Kata ustaz, ada masa isteri wajar memberi pengajaran kepada suami juga selepas suami gagal mendidik diri sendiri.
Hello, Islam bukan kejam dan isteri bukan manusia yang tiada perasaan. Jika HAK isteri diketepikan, HAK suami tetap nak dijulang-julang diberi bagai seorang suami itu tiada layak membuat DOSA? 
Saya tak nak jauh dari isu dalam thread ini. Isu di sini, suami tidak memberi nafkah kepada isteri & anak-anak sebab suami tidak bekerja. Jadi, itu sahaja yang kita bincang di sini. Selama mana suami tidak bekerja? Selama mana nak sedarkan suami bahawa tanggungjawab memberi nafkah adalah tanggungjawab suami? Sekiranya isteri boleh bersabar selama 20 tahun, selama itu juga suami tidak perlu sedar bahawa tanggungjawab dia adalah memberi nafkah?
Ke mana hilang sabar selama 20 tahun itu? Soalan yang sama, ke mana kesedaran si suami tentang kesabaran isteri selama 20 tahun?
Last edited by sarahmirza on 9-5-2013 08:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kelat posted on 4-5-2013 05:02 PM 
aduii...kan dah ditulis kat atas tu..isteri boleh mohon utk berpisah jika hak tidak ditunaikan. tp ...
Kelat, kawan saya sudah tak serumah dengan suami selama 2 tahun, masih belum bercerai tetapi dalam proses cerai fasakh. Hakim bertanya sudah lama tidak tinggal serumah? Sudah lama tidak bersama? Tetapi tiada pula hakim menasihati supaya si isteri pulang ke rumah memenuhi HAK si suami.
|
|
|
|
|
|
|
|
My2cen posted on 4-5-2013 09:35 AM 
Terima kasih tuan atas nasihat itu.
Saya sekarang hanya biarkan kakak saya untuk berpikir..kera ...
Mestilah dia tak nak lepaskan your sister sebab your sister adalah PUNCA pendapatan dia. Siapa nak beri dia makan pakaian tempat tinggal jika dia menceraikan isterinya?
Sebab itu di sini, pengajaran harus diberikan kepada suami sebegini. Pengajaran bukan dengan cara meminta cerai sahaja tetapi boleh juga dengan cara membiarkan dia kelaparan, membiarkan dia tiada pakaian bersih dan baru, membiarkan dia berada dalam kesempitan, membiarkan dia tiada tempat tinggal/perlindungan.
Tanggungjawab isteri bukan memberi kemudahan kepada suami tetapi hanya mentaati suami yang menunaikan tanggungjawab sebagai suami, menjaga kehormatan suami & keluarga juga menjaga harta benda suami semasa ketiadaan dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 9-5-2013 08:18 AM 
Kelat, kawan saya sudah tak serumah dengan suami selama 2 tahun, masih belum bercerai tetapi dalam ...
kalau dah isteri menuntut nak cerai fasakh kpd hakim, buat apa hakim tu suruh balik rumah lg. bukan peringkat nak runding2 lg. dah masuk mahkamah pun. hakim tu boleh putuskan cerai time tu jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam hadis mengenai perempuan2 mukmin yg ikut hijrah (pun ayat2 Al Quran mengenai mereka) , Rasul tidak menanyakan suami mereka (mungkin masih kafir) ... sehingga mereka hijrah bersama kaum Muslimin [tanpa dibarengi suaminya yg kafir].
dalam hal hak, QS Annisaa menjelaskan bahwa masing2 laki2 dan perempuan memiliki hak maupun kewajiban, dan TERLARANG bagi tiap2 jiwa, MATI DALAM KEADAAN SEDANG DI-ZALIM-I, sedangkan bumi Allah begitu luas utk berhijrah/mencari keselamatan.
Allah MENYERU Muslimin untuk MEMBEBASKAN saudara2 mereka yg tengah dizalimi; anak2, perempuan, dan orang2 lemah.
dan, bagaimana mungkin kita mengabaikan perempuan, karena status suami-nya?
mengenai perceraian, Allah telah menjamin rejeki bagi masing2, mengapa kita bersikukuh padahal salah satu fihak merasakan/mengalami penzaliman ?
maka, sy pikir tuduhan nusyuz tidak lebih berat dari tindakan zalim suami; baik secara fisik maupun mental. (note: dalam Al Quran, dijelaskan baik nusyuz perempuan maupun laki2, bukan hanya perempuan)
terdapan banyak kekerasan dalam rumah tangga yg tertutupi demi menjaga martabat laki2 ? ? ? apakah agama hanya untuk laki2 ? ? ?
dan adalah hak seorang perempuan untuk mencari perlindungan kaum Muslimin; apakah keluarganya, orang lain, atw amir/pemimpin. begitupun bagi pemimpin, ummat secara keseluruhan, dan keluarganya yg wajib menjaga perempuan dari tindakan zalim.
Allah, Maha Tahu; semoga senantiasa menjaga dan memberi Petunjuk; amin. |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 9-5-2013 08:13 AM 
Bukan beri pendapat dengan emosi Encik, tetapi itulah yang diberitahu oleh seorang ustaz di peja ...
Assalamualaikum sarahmirza,
Adakah pendapat seorang Ustaz sudah memadai?
Adakah Ustaz tersebut mendengar dari kedua belah pihak semasa memberi komen/pendapat nya?
Nasihat teman pada para Ustaz/Ustazah, dengari lah dahulu dari kedua belah pihak sebelum memberi pendapat.
Seperti mana dalam Radio IKIM.
Tup tup si isteri menalipon n menceritakan 'masaalah' rumahtangga yg di hadapi.
Ustaz/Ustazah pung memberi pendapat mereka.
Adakah mereka selidik terlebey dahulu cerita dari pihak lelaki???
Satu TREND yg amat bahaya utk rumahtangga umat Islam.
Sebab itu, teman akan menjauhi diri dari memberi komen sekiranya mendengar/membaca dari sebelah pihak.
Cara/kaedah utk MENGAJAR suami/isteri ada pelbagai.
Cari lah kaedah selain dari meminta fasakh/cerai.
Ikuti lah step by step di dalam mencari penyelesaian. (bukan penceraian)
Bottom line di sini ialah mencari penyelesaian.
Setakat utk memuaskan hati...................cerai/berpisah adalah pintunya.
Tetapi adakah seseorang itu memikir AKIBAT dari penceraian itu kelak??
Ramai yg mengatakan bahawa mereka o.k.
TETAPI pada hakikat nya.........................ghamai yg gagal.
Terutamanya anak anak.
Harap maklum
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang² utk nk dpt garis lurus kita gunakn pembaris - mudah
padahal sambungan dua titk pd pandangan yg lbh jauh nampak bengkok
hanya krn kita guna pembaris yg pendek...
Unjurkan tali antara dua titik, tarik tegang² dan ikat - lbh lurus... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah yg paling rapat dan dipercayai oleh si lelaki itu..?
Mungkin boleh meminta bantuan dari nya/mereka untuk menyedarkan si lelaki..dengan cara yg baik~ |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 9-5-2013 08:13 AM 
Bukan beri pendapat dengan emosi Encik, tetapi itulah yang diberitahu oleh seorang ustaz di peja ...
Sarah, ada betul juga pendapat Ustaz tu. Bila mengenangkan takut akan derhaka kepada suami, isteri terus jadi down, dan hanya bersabar. Tapi si suami dgn mudah mengambil kesempatan ke atas isteri, dgn mengatakan "awak kena patuh kepada saya". Nak tak nak, isteri terpaksa diam dan memendam rasa, dan apabila x tahan lagi, bila minta dilepaskan, suami menggunakan kuasa VETO yg ada.
Itu yg saya x paham ngan org lelaki yg bergelar suami (tidak semua la..). Bila bab kawin byk, ikut agama, tp bab memberi nafkah, x pulak dia pk bab2 agama ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza posted on 9-5-2013 08:25 AM 
Mestilah dia tak nak lepaskan your sister sebab your sister adalah PUNCA pendapatan dia. Siapa nak ...
Saya ada berkata mcm tu dekat kakak saya, supaya suaminya pergi keluar cari duit sendiri..bekerja. jgn beri apa2 duit lagi dekat suami dia, dan saya suruh dia balik dulu ke rumah mak saya dgn harapan supaya suaminya tau susah nya mencari rezeki utk membesarkan anak2.
tp akak saya degil...x mau dgn alasan takut derhaka dan x mau mak bapak saya tanggung dosa. saya kesian kan dia. dgn hutang piutang suami yg terpaksa dia tanggung. Baru2 ni, kakak saya ada membuat pinjaman sebanyak RM50K, dgn alasan nak settleka utg kad kredit dan betulkan sikit rumah dia yg ada bocor. Yg saya jadi marah, kad ATM diberikan pada suami, dgn alasan mudah utk keluarkan duit memandangkan masa kerja kakak yg agak ketat.
Dan kakak mengadu kepada saya, dia mcm nak pengsan bila tgk duit dlm ATM balance "0" sebab habis suaminya keluarkan utk memberi pinjam pada kawan-kawannya. Sapa yg dgr tak naik antu...saya apa lagi, marah la...saya ckp la ngan kakak saya, org mcm ni ke nak buat suami...saya betul2 emosi.
Utk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama duit kakak saya habis, tp dah byk kali, bila duit gaji habis dikeluarkan suami. Saya rasa mcm kakak saya dah kena kangkang jerk...eeeeeeeeee geram la
|
|
|
|
|
|
|
|
Zackmaster posted on 9-5-2013 06:35 PM 
Siapakah yg paling rapat dan dipercayai oleh si lelaki itu..?
Mungkin boleh meminta bantuan dari ny ...
saya pun tak tau la Zackmaster... umo bukan kecik2 anak. memasing umo dah 40++...tp masih perlu diingatkan sedangkan itu memang tanggungjawab dia memberi nafkah kepada keluarga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|