CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kasut_oren

Duit ASB & Umrah/haji

[Copy link]
Post time 31-7-2013 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni aku paste dr google.

TAKRIF EKONOMI
Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 08:06 PM | Show all posts
wan72 posted on 31-7-2013 07:14 AM
Yg ni aku paste dr google.

TAKRIF EKONOMI

Takkan ler semua pn dikatakan riba kan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 31-7-2013 08:06 PM
Takkan ler semua pn dikatakan riba kan...

Cuba kes asb ni, kerajaan dah declare pun 30% pelaburannya datang dr sumber haram. Alasan darurat tak boleh diterima sebab masih banyak lagi pelaburan yg halal
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 11:38 PM | Show all posts
dunia hari ini semuanya bergantung atas niat. tiada perkara yg boleh kita sembunyi dari perkataan ini "riba". wang kertas kita gunakan sekarang ini pun sudah terdapat unsur2 riba. maka apa jua yg kita lakukan semua berbalik kepada perkara pokok riba.

sebaik2nya hiduplah seperti manusia yg normal. mohonlah kepada Allah diampunkan atas apa yg dilakukan. sesungguhnya itulah tanda kita berada di akhir zaman.

orang yang bagi idea gunakan duit keuntungan buat membina balai raya, longkang or toilet. ini adalah kenyataan dari orang2 yg berilmu tapi jahil agama. adakah perlu kamu mendengar kata2 dari orang2 yg tak kenal makna riba malah kata2 mereka sebenarnya jauh dari apa yg diperintahkan kepada sesiapa yg mengaku beriman kepadaNya? so sebaik2nya, ikutlah apa yg Dia tunjukkan di dalam Alquran. sesungguhnya 1 kebaikkan yg kita lakukan pasti akan mendapat 10 pahala. 1 kesalahan yg kita lakukan pasti akan mendapat 1 dosa. maka kata2 yg dinyatakan oleh mereka2 yg jahil tidak perlu dijadikan panduan dan petunjuk untuk menuju ke arah iman dan taqwa. untuk kes kamu ini, saya attachkan keteranganNya sebagai panduan berdasarkan petunjuk Allah (di dalam Alquran). tak perlulah pening2 kerana apa yg kita lakukan pasti terlibat dengan dosa. cuma lagi cara untuk menggantikan dosa kepada pahala itulah yg dimaksudkan amalan. dalil :
                Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.         

        
        Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).         
        
        Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

hari ini kalau kita simpan duit RM100 ribu, nilai RM100 ribu tahun ini tidaklah sama nilainya dengan 10 tahun yg akan datang walaupun jumlahnya meningkat. cuba kita renungkan jika 10 tahun yg lepas harga beras berapa untuk 10 kg? tapi kini berapa? jadi tak perlu pening2 kepala. itulah makna riba kalau kamu belum mengerti.

pernah tak kamu dengar cara2 mencuci dosa? keterangan diatas adalah langkah2 yg terbaik untuk diamalkan. yg kita cari adalah jalan menuju kepadaNya. bukan jalan menuju kebinasaan dari apa yg dinyatakan oleh orang2 yg berilmu tapi jahil agama.





Last edited by AdAkAmA on 31-7-2013 11:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:54 AM | Show all posts
wan72 posted on 31-7-2013 11:22 PM
Cuba kes asb ni, kerajaan dah declare pun 30% pelaburannya datang dr sumber haram. Alasan darurat  ...

Betul, pelaburan dlm menjana ekonomi tu sgt luas
Bila sesuatu yg kita x tahu pelaburannya tu dipanggil syubhat
sdgkn jika kita melabur terus i.e. ladang ternak/tenusu, pertanian, perniagaan, etc.
yg kita tahu urusniaganya adalah lbh jelas dan nyata, kn?


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:15 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 12:54 AM
Betul, pelaburan dlm menjana ekonomi tu sgt luas
Bila sesuatu yg kita x tahu pelaburannya tu dipa ...

kiranya duit yg kita guna itu syubahat jugak lah yer?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 01:20 AM | Show all posts
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:35 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 1-8-2013 01:15 AM
kiranya duit yg kita guna itu syubahat jugak lah yer?

Nk tahu syubhat ke tak, kna tanya le berapa nilai dia...

Cer tanya depa nih plk:



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 01:39 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 01:35 AM
Nk tahu syubhat ke tak, kna tanya le berapa nilai dia...

Cer tanya depa nih plk:

Alhamdullilah. tq for sharing. banyak lagi yg dimaksudkan syubahat. itu hanya sebahagian kecil dari apa yg kamu ketahui. banyak lagi yang kamu belum ketahui.

walaupun saya lebih memahami, akan tetapi saya lebih suka mengikuti. sedangkan iman umat Islam umpama buih2 dilautan, sudah pasti untuk meminda sesuatu yg sudah menjadi darah daging manusia memerlukan impak yg datang dariNya. inilah hakikat. inilah tanda akhir zaman.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:41 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 1-8-2013 01:39 AM
Alhamdullilah. tq for sharing. banyak lagi yg dimaksudkan syubahat. itu hanya sebahagian kecil dar ...
Alhamdullilah. tq for sharing. banyak lagi yg dimaksudkan syubahat. itu hanya sebahagian kecil dari apa yg kamu ketahui. banyak lagi yang kamu belum ketahui.

walaupun saya lebih memahami, akan tetapi saya lebih suka mengikuti. sedangkan iman umat Islam umpama buih2 dilautan, sudah pasti untuk meminda sesuatu yg sudah menjadi darah daging manusia memerlukan impak yg datang dariNya. inilah hakikat. inilah tanda akhir zaman.
Ayat tu perbetui sket la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:00 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 01:41 AM
Ayat tu perbetui sket la...

kerana saya tahu apa yg kamu sampaikan itu cuma sebahagian kecil dari apa yg saya tahu. sepatutnya saya katakan kepada kamu "tolong tambah lagi apa yg kamu tahu" akan tetapi saya menghormati apa yg kamu tunjukkan.

boleh kamu letakkan Allah dihadapan kamu sebelum kamu berbicara jika itulah kata2 kamu ketika berbicara dengan saya.

kamu tahu apa itu sangkaan? videa post kamu sampaikan itu cumalah apa yg kamu sudah tahu sedangkan banyak lagi yg kamu belum tahu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:31 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 1-8-2013 02:00 AM
kerana saya tahu apa yg kamu sampaikan itu cuma sebahagian kecil dari apa yg saya tahu. sepatutnya ...
kerana saya tahu apa yg kamu sampaikan itu cuma sebahagian kecil dari apa yg saya tahu. sepatutnya saya katakan kepada kamu "tolong tambah lagi apa yg kamu tahu" akan tetapi saya menghormati apa yg kamu tunjukkan.

boleh kamu letakkan Allah dihadapan kamu sebelum kamu berbicara jika itulah kata2 kamu ketika berbicara dengan saya.

kamu tahu apa itu sangkaan? videa post kamu sampaikan itu cumalah apa yg kamu sudah tahu sedangkan banyak lagi yg kamu belum tahu.
Toksah mula lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 12:54 AM
Betul, pelaburan dlm menjana ekonomi tu sgt luas
Bila sesuatu yg kita x tahu pelaburannya tu dipa ...

Betul tu. Ada byk pilihan lain yg kita ada
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:54 AM | Show all posts
obelisk posted on 17-5-2012 01:53 PM
pandangan ulama tentang status ASB ni pelbagai, ada yg kata haram, ada yg kata harus... berdoa ...

Kalau ada banyak berbeza pendapat maknanya boleh ambil yg terbaik......Aku ambil pendekatan halal.....senang cerita....

.Islam itu mudah......ambil yg mudah........bukan kita nak permudah mudahkan tetapi Allah lebih tahu.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:47 AM | Show all posts
zarith_dayana posted on 1-7-2012 12:38 AM
masih keliru juga tentang ASB ni, boleh atau tidak sebenarnya..

TT, dulu masa kita gi kursus umrah, agensi umrah tu (Andalusia - Tn Hj Ngah Daud) bagi talk. Dia explain awal-awal :

"Kalau nak buat umrah atau haji, jangan pakai duit ASB. Kami tak dapat terima,"

Jadi agak jelas kat sini hukum menggunakan duit ASB.


Semoga Allah permudahkan urusan TT dan niat TT nak bawak mak ayah tunaikan umrah.



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:12 PM | Show all posts
AHB ade...siap patuh syariah lagi, masukkan je la dalam AHB...walaupon dividen kureng sikit tp apa kesah sebab better amek yang terang halal dari amek yang ragu2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 05:43 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 1-8-2013 02:31 AM
Toksah mula lah...

mula2 sebelum kamu mahu memahami, kamu kena tahu perkara asas perihal ini terlebih dahulu.


maka kamu akan tahu bagaimana untuk mengawal matawang samaada untuk menjadikan matawang kertas atau dirham dan dinar. kerana itulah saya katakan, apa yg kamu nyatakan itu saya amat2 memahami kerana saya dilahirkan untuk memahami perkara yg kamu tunjukkan malah lebih dari itu saya tahu.

contoh, jika mahu membuatkan nilai matawang Malaysia drop, pada pandangan saya jika ramai orang seperti kamu, amat mudah kepada saya untuk memulakan dalam bentuk sangkaan. ini sekadar hint kerana apa yg kamu nyatakan itu hanyalah asas dan bukannya teras.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 12:48 AM | Show all posts
AdAkAmA posted on 1-8-2013 05:43 PM
mula2 sebelum kamu mahu memahami, kamu kena tahu perkara asas perihal ini terlebih dahulu.
mula2 sebelum kamu mahu memahami, kamu kena tahu perkara asas perihal ini terlebih dahulu.

maka kamu akan tahu bagaimana untuk mengawal matawang samaada untuk menjadikan matawang kertas atau dirham dan dinar. kerana itulah saya katakan, apa yg kamu nyatakan itu saya amat2 memahami kerana saya dilahirkan untuk memahami perkara yg kamu tunjukkan malah lebih dari itu saya tahu.

contoh, jika mahu membuatkan nilai matawang Malaysia drop, pada pandangan saya jika ramai orang seperti kamu, amat mudah kepada saya untuk memulakan dalam bentuk sangkaan. ini sekadar hint kerana apa yg kamu nyatakan itu hanyalah asas dan bukannya teras.
Sila terangkan, tq.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
lantanao8 posted on 1-8-2013 08:54 AM
Kalau ada banyak berbeza pendapat maknanya boleh ambil yg terbaik......Aku ambil pendekatan halal. ...

Silap tu, kalau terlalu byk perbezaan pendapat, elok ditinggalkan. Sebab ini menandakan ada unsur syubhah kat situ. Kecuali dlm keadaaan tiada pilihan langsung. Dlm kes pelaburan byk pilihan yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 08:49 AM | Show all posts
wan72 posted on 4-8-2013 10:15 AM
Silap tu, kalau terlalu byk perbezaan pendapat, elok ditinggalkan. Sebab ini menandakan ada unsur  ...

terpulang lah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.183448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list