CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Terong Pipit

Apakah Tanggung Jawab Umat ISLAM Zaman Ini? ..terutama Umat Islam Di MALAYSIA!!!

 Close [Copy link]
Post time 20-5-2005 01:11 PM | Show all posts

sambungan....terdahulu...

Originally posted by serihartatie at 19-5-2005 03:33 PM:

MUIR, Watt, Puin, Crone, Schlatt, Goldziher dan orientalis lain pastinya tersenyum girang. Banyak petanda menunjukkan usaha keras dan jarum halus mereka untuk menundukkan dunia Islam dengan me ...



Sekularisme lazimnya diertikan sebagai pemisahan antara urusan agama dengan kehidupan duniawi. Menurut Kamus Dewan, sekularisme membawa maksud berkaitan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan keagamaan.

Dari segi filologinya, perkataan secular berasal daripada bahasa Latin, saeculum yang membawa maksud dunia atau dalam lingkungan masa kini. Jika ditelusuri perkembangan sejarahnya, fahaman sekularisme dikembangkan dengan pemikiran rasionalisme zaman Greek, nilai madani dan kemasyarakatan zaman Greco-Roman, zaman Reformasi, Renaissance, Kalvinisme dan falsafah moral dan empirikal fahaman Enlightenment.

Pada peringkat awalnya, konsep sekularisme banyak dipengaruhi ahli falsafah Greek, khususnya Aristotle, yang mendakwa tuhan tidak mengetahui hal ehwal dunia dan tidak mengawalnya. Will Durant mengembangkan pemikiran ini dengan konsep tuhan yang tidak berupaya.

Sekularisme muncul dan diguna pakai dalam dunia Kristian, sebahagiannya sebagai pemberontakan terhadap autokrasi atau teokrasi kelompok paderi zaman Jahiliah Eropah (European Dark Ages). Berkebetulan, pemikir Eropah mula terpengaruh dengan fahaman rasionalisme. Antara pemikir handalan dalam golongan ini ialah Thomas Paine dengan nukilannya yang berpengaruh, The Age of Reason.

Selepas berjaya menundukkan kelompok paderi dan gereja kristian, fahaman sekularisme mengalami perubahan wajah. Pada abad ke-18, ia didominasi oleh pemikir berfahaman ateis dan agnostic; kelompok pertama menolak sama sekali sebarang fungsi agama dalam urusan kehidupan kerana mereka menafikan konsep ketuhanan itu sendiri; manakala golongan kedua semata-mata mementingkan pencapaian duniawi adalah dalam kawalan manusia.

Pada abad ke-19 dan ke-20, pertembungan berlaku pula antara versi liberal humanisme dengan sosialisme-komunisme. Dengan berakhirnya blok sosialis pada akhir abad ke-20, fahaman liberal humanisme kini unggul dengan dimanifestasikan menerusi dwitunjangnya: kapitalisme pasaran bebas dan demokrasi liberal. Futuris Amerika, Francis Fukuyama adalah antara pemikir yang mendahului fahaman ini.

Jelaslah, sekularisme dari awal kemunculannya sehingga variasi yang mendominasi wacana intelektual kini, adalah binaan ideologi (ideological construct) oleh Barat. Sejarah imperialisme Barat yang bukan sedikit dibantu oleh orientalis yang sesetengahnya juga adalah mubaligh Kristian, jelas menunjukkan sekularisme cukup berkesan sebagai senjata untuk memecahbelahkan ummah.

Oleh kerana sumber konsep ini bukan Islam, tentunya asas pertimbangannya juga tidak bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Justeru, amat berbahaya jika konsep yang jelas begitu asing daripada Islam diguna pakai oleh pejuang Islam untuk menilai dan menghukum pemerintah Islam. Lebih-lebih lagi di Malaysia, penilaian secara rasional terhadap pemerintahan negara mengikut syariat Islam menampilkan rekod yang boleh dipertahankan. Malaysia tidak boleh disamakan dengan Turki, negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar mengawal fungsi agama dalam kehidupan awam selepas keruntuhan empayar Othmaniah pada awal kurun lalu.

Anggapan sekularisme bertentangan dengan Islam tidak perlu diragui lagi: 揇an (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2005 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 19-5-2005 11:09 PM:
salam buat semua
maaf kerana menyampuk
tapi nak tanya apasal "IONE2BLIV" kena delete
sedangkan ia membacakan kpd kita dr KALAMNYA
dan saya membenarkan ayat tersebut
bolehkah dibe ...


Untuk makluman en orangbesi,

Kedua2nya adalah forumners yg terdahulu... lama dah.
Diorg pun dah tak masuk forum lagi.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.029024 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list