CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anastasia83

Shamsul Yusof dan Aizat dipilih sebagai Tokoh Muda Negara

[Copy link]
Post time 14-9-2011 11:41 AM | Show all posts
This is for Aizat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 11:53 AM | Show all posts
Reply 19# mimi77


    silap .. bapak dia org kuat parti politik kat mesia nie..igt kan menteri.. still prefer Yuna walaupun aku sendirik x minat music line line dia.. mebe nak menaik taraf kan artis artis lelaki kat mesia nie la kowt... yg pasti to break industri muzik kat mesia sekarang ini  either at 1st u have to go low or u already connected wif somebodi ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:55 AM | Show all posts
xmenang af pon...

tapi pencapaian bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply 22# fizamn

dafi tu bapak dia mmg menteri la..as for aizat....i dont think so..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 11:57 AM | Show all posts
ai prefer yuna jer...
liyamariska Post at 14-9-2011 11:18


yup...sama la aku prefer yuna..



tp sapa la kita utk menilaikan..

ada sebab la tu nape dorg pilih aizat berbanding yuna..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:59 AM | Show all posts
shamsul dgn aizat mmg layak...moga terus berkerja keras jgn terhenti tatkala dah boroi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 12:02 PM | Show all posts
ttiba teringat pulok pd anugerah tokoh belia negeri Perak yg diberi pd sowang artis realiti itu yg kini sedang btapa kt kg nyaa..nan hado jerrrrrrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 12:04 PM | Show all posts
ni aku amik dari arkib berita harian..kredit to berita harian...nama shamsul yusof ada..aizat tak de..yuna pun ada..BTW ni cuma nama2 yg bpop ramalkan akan menyerlah tahun 2011 la..bkn keseluruhan..cuma aku rasa kalo di amik kira dari segi pencapaian keseluruhan...aku cuma nampak yuna berbanding aizat..
ni pendapat aku la..

10 bakal menyerlah 2011
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed



MAKIN hari makin menjadi. Semakin hari saham mereka semakin melonjak dalam dunia persada seni tanah air. Sepuluh artis dan penggiat seni tersenarai dalam ramalan B*POP bakal mencipta kejayaan mereka tahun 2011. Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani, Shahir, Zizan Raja Lawak, KRU, David Teo, Diana Danielle dan Azlan & The Typewriter mungkin antara sebahagian insan seni yang bakal mencetuskan fenomena tersendiri tahun ini.

Apapun masih ramai yang hebat seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Maya Karin, Johan Raja Lawak, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Mizz Nina, Yana dan Shahz Jaszle yang bakal mencipta sejarah dalam kerjaya mereka.
Shaheizy Sam
MELEDAKKAN kejayaan dalam sekelip mata. Hero Malaya baru, Shaheizy Sam diramal akan terus meraih kejayaan tahun ini. Dengan kemenangan yang dicapai sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 dan dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Yasmin Ahmad, Anugerah Skrin TV3, adik kepada pelakon Zizie Ezette itu diramal menjulang beberapa trofi besar lain.

Kejayaan filem lakonannya mencapai kemuncak apabila Sam beraksi dalam Adnan Sempit dan Ngangkung yang memungut kutipan RM8 juta, sekali gus mencatat kejayaan cemerlang buat MIG Productions. Pungutan besar filem lakonan Sam berterusan apabila filem Evolusi KL Drift 2 keluaran Skop Productions Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd yang berjaya memungut sekitar RM6 juta!

Sam mempunyai daya tarikan hebat seperti magnet yang mampu mengajak begitu ramai peminat ke panggung. Sam akan muncul dengan filem lebih hebat seperti Kongsi, Sekali Lagi, Aku Bukan Tomboy dan Songlap tahun ini.

Sam turut memasuki pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.

Syamsul Yusof

WALAUPUN diperlekeh dan dicemburui ketika menggenggam trofi Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23, bagaimanapun ia bagaikan berbayar apabila berjaya meraih trofi Lakon Layar Filem Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2 dalam Anugerah Skrin TV3, baru-baru ini.

Perjalanan anak teruna pengarah dan penerbit `Six Million Dolar Man', Datuk Yusof Haslam itu diramalkan bertambah baik dengan kemunculan filem arahan terbarunya, Khurafat yang bergenre seram. Khurafat, filem seram yang dijangka meledak di pawagam bermula tarikh tayangannya pada 13 Januari ini akan membuktikan sentuhan magis yang dimiliki Syamsul tidak boleh dipandang sepi.

Selain Khurafat, filem arahan Syamsul yang menanti tayangan pada 2011 ialah Aku Bukan Tomboy dan KL Gangster. Syamsul akan menjadi pengarah muda yang perlu diberi perhatian kerana kekuatannya mencipta kreativiti yang seimbang antara mutu dan komersial, selain sentuhannya biarpun ringkas dan sederhana tetapi tetap ada unsur intelektual.

Shahir

WALAUPUN mencetuskan kontroversi sejak akhir-akhir ini, juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir diramalkan menunjukkan prestasi yang membanggakan tahun ini. Kekuatan lagu nyanyiannya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan dan lirik Edry Abdul Halim yang turut bertanding dalam Anugerah Juara Lagu Ke-23 tidak mengetepikan bakat besar Shahir walaupun sebelum ini anak kelahiran Perak itu dikatakan tidak berdisiplin, membatalkan sesi fotografi sesuka hati, meminta bayaran ketika diminta mengadakan fotografi dan suka menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Bagaimanapun, Ikon Belia Perak 2010 itu sudah pun membuat penjelasan.

Lisa Surihani

SAHAM gadis kacukan Melayu-Bugis, Lisa Surihani semakin naik. Selepas dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita pada di Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) menerusi filem I'm Not Single, kini gelaran Pelakon Wanita Terbaik pula diraihnya menerusi FFM23.

Wajah dan bakatnya ada di mana saja dan terus menjadi pilihan ramai. Pendek kata, daripada penghias muka majalah dan surat khabar, iklan komersial, TV hingga ke layar perak, pasti nama artis naungan MIG Talent itu terselit.

Disebabkan itulah, gadis lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom itu dilabel sebagai Primadona Filem Melayu alaf baru. Hingga kini, sudah 11 filem dilakonkannya termasuk dua filem yang masih menanti tayangan iaitu Ombak Rindu dan Sekali Lagi.

Zizan (Raja Lawak)


MALAM kemuncak Shout! Awards tahun lalu menyaksikan Zizan Raja Lawak melakar sejarah dalam kerjaya seni apabila menggenggam trofi Favourite TV Personality Award yang juga anugerah pertamanya sepanjang empat tahun berkecimpung dalam dunia persada seni.

Saham Zizan naik meledak apabila dipilih sebagai pengacara Festival Filem Malaysia ke-23. Zizan yang juga pemenang tempat kedua program realiti, Raja Lawak musim pertama dianggap sebagai pengganti Nabil tahun ini. Zizan akan muncul dengan beberapa filem seperti Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler. Dan pastinya, Zizan dan Johan masih menjadi pilihan Astro sebagai hos program Raja Lawak untuk musim kelima.

Yuna

MULA menyerlah dengan nukilan sendiri, Dan Sebenarnya pada 2008, nama Yuna terus melonjakkan apabila kerap pulang membawa trofi pengiktirafan, malah kehadirannya diumpamakan sebagai bintang timur.

Sandaran empunya nama Yunalis Zarai itu bukan hanya vokal unik malah membuka dimensi baru dalam penghasilan lagu bernuansa segar yang memancing tumpuan pendengar muda. Sebelum ini, Yuna pernah menerima empat anugerah, Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya) pada Anugerah Industri Muzik Ke-17, selain Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award dalam Shout! Awards tahun lalu.

Yuna turut bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu ciptaannya, Cinta Sempurna. Tahun lalu, Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini terbang ke Los Angeles untuk memperkenalkan legasi muziknya. Albumnya berjudul Decorate akan dipasarkan di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

KRU

PENCAPAIAN trio adik-beradik, Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry dikenali sebagai KRU terbukti menerusi bidang muzik dan penerbitan filem. Fokus dan usaha mereka bukan saja pada perkembangan karier nyanyian sendiri, malah mereka menjadi produser artis lain termasuk Anita Sarawak, Adam, Stacy, Dafi termasuk mencungkil bakat anggota Ladylike dari Sweden dan artis Indonesia, Syuga dan The Lima.

Menerusi penyertaan Norman sebagai pengetua program realiti, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), KRU secara tidak langsung mengembang karier mereka menghasilkan single untuk peserta program itu. Begitu juga, selepas penerbitan filem pertama mereka, Cicakman, hasil kerja KRU diiktiraf apabila membolot lapan anugerah pada Festival Filem Malaysia Ke-23 lalu menerusi filem Magika yang turut diangkat Filem Terbaik.

Edry juga mara ke Anugerah Juara Lagu ke-24 dengan mempertaruhkan tiga lagu ciptaannya seperti Ku Ada Kamu nyanyian Adira, Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) dan Jahat (Stacy).

Tahun ini, KRU diramal meledakkan legasi seninya apabila mempertaruhkan filem sejarah hebat, Hikayat Merong Mahawangsa yang sudah dibawa ke acara America Film Market di Los Angeles, Amerika Syarikat. Difahamkan, filem yang mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan proses kesan visual atau CGI bakal ditayangkan di 60 negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat, New Zealand, China, Thailand, Vietnam, Russia, Eropah dan Timur Tengah.

Dan KRU Studios adalah syarikat filem yang bakal menghasilkan filem cereka dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang pertama di Malaysia. Mereka juga sudah memiliki kompleks studio yang bernilai RM95 juta di Cyberjaya.

David Teo

DAVID Teo, antara produser yang berjaya menghasilkan filem-filem box-office tahun ini. Dan tentunya syarikat MIG Productions akan terus menghasilkan filem-filem pecah panggung tahun ini.

Kalau dilihat senarai filem terbitannya, boleh dikatakan hampir 11 filemnya kecuali filem Damping Malam yang masih dalam tayangan mencatat kutipan box-office. Secara purata, MIG Productions memperoleh keuntungan lebih RM42 juta menerusi 11 filemnya pada 2010.

Ia adalah Adnan Sempit (RM7.66 juta), Niyang Rapik (RM3.72 juta), V3: Samseng Jalanan (RM3.88 juta), Semerah Cinta Stilleto (RM2.13 juta), Zoo (RM2.17 juta), Mantra (RM2.74 juta), Senario Asam Garam (RM2.47 juta), Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (RM4.23 juta), Cuti Cuti Cinta (RM3.17 juta), Ngangkung (RM8 juta), Aku Masih Dara (RM2 juta) dan Damping Malam (masih ditayangkan).

Dan tahun ini, produsernya, David Teo, dikatakan sudah menyiapkan penggambaran filem Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Sekali Lagi, 321 Cinta dan Senario Ops Pocot. Menyerlahkan kredibilitinya sebagai produser hebat, David terpilih sebagai juri program realiti terkenal, Raja Lawak musim kelima.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 12:05 PM | Show all posts
tahniah laa... mmg layak sesangat pun.. semoga terus maju jaya budak 2 orang neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 12:07 PM | Show all posts
Reply  mimi77


    silap .. bapak dia org kuat parti politik kat mesia nie..igt kan menteri.. s ...
fizamn Post at 14-9-2011 11:53


maybe kot..aku pun rasa mcm tu...nak menaikkan taraf penyanyi lelaki...



tak pe la..apa pun tahniah la sbb terpilih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:23 PM | Show all posts
lol malaysia..malaysia


golongan retis/ dalam industri HIBORAN dia nk bagi gelaran tokoh muda sempena kemerdekaan ni?



negara islam konon.. baik kasi title negara hiburan. agungkan sgt retis.

sori la kalau bunyi cam kasar.. tapi tu opinion aku. aku tak de anti 2 orang ni.. nk bg jd tokoh mude utk hiburan leh la.. tapi ni utk negara.. amik la yg ada smgt patriotik skit, ada good educational background.. ni amik yg popular dimata rakyat je. so malaysia ni negara yg pentingkan hiburan la kn.. oh i should have known it earlier
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:28 PM | Show all posts
yug sorang tuh berjaya pasal ape?berjaya buat film bodo?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:48 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:55 PM | Show all posts
yug sorang tuh berjaya pasal ape?berjaya buat film bodo?
alesandra Post at 14-9-2011 12:28



x de la bodoh pun filem2 dia...
kalau nak tgk filem bodoh kena la tgk filem prof!!!semua nya bodoh2..


ok la tu...muda lagi dapat garap filem bagus dan kaut juta2..bukan dia tipu orang ka pa...
filem pun bukan filem haprak...edit pun bagus..arahan pun bagus
x kan nak bangga dgn indon jaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:58 PM | Show all posts
Reply 34# geolimarkisa


   bodo tetap bodo
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:01 PM | Show all posts
lol malaysia..malaysia


golongan retis/ dalam industri HIBORAN dia nk bagi gelaran tokoh muda se ...
sitot Post at 14-9-2011 12:23


jgn la negatif sgt...ok apa aizat dgn shamsul dapt anugerah tokoh muda..
dua2 berkarya menggunakan bakat yang allah pinjamkan dan mereka berjaya
nak jadi patriotik x semestinya kena berpelajaran tinggi...
nak berjaya pun begitu...usaha kuat dan ikhlas dgn apa yang kita buat
rezeki dia orang tu...dengan izin allah jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 01:04 PM | Show all posts
Reply  geolimarkisa


   bodo tetap bodo
alesandra Post at 14-9-2011 12:58



suka ati ko la..mungkin ko ada alasan lain untuk tidak menyukai shamsul....
bagi aku filem2 shamsul bagus dan ada harapan untuk menjadi lebih bagus walaupun aku x minat action movies..yang bagus tetap bagus lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:05 PM | Show all posts
Reply 37# geolimarkisa

okeh.whatever
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:07 PM | Show all posts
aku sokong dua2 ni
muda2 dah ada wawasan
takde la melahu tak tentu arah tanpa tujuan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:07 PM | Show all posts
Reply  geolimarkisa

okeh.whatever
alesandra Post at 14-9-2011 13:05



    ..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.079400 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list