View: 3185|Reply: 33
|
Pintu Sempadan Malaysia-Thailand Sesak, Ramai Nak Bercuti Ke Hatyai
[Copy link]
|
|
Rantau Panjang: Pintu sempadan Malaysia - Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, sesak dengan ribuan pelancong dari dalam negara mahu bercuti di Hatyai, Thailand.
Orang ramai mula berkumpul seawal 5.30 pagi, menunggu pagar sempadan yang dibuka pihak berkuasa, 7 pagi, selain berlaku kesesakan kenderaan sejauh lebih satu kilometer (km).
Seorang pelancong, Fatin Nabila Sabri, 31, berkata, dia bersama 11 rakan lain menaiki van dari Kuantan, Pahang, untuk melancong ke Thailand dan sampai 3 pagi, di sini, sebelum beratur untuk memasuki pintu sempadan.
"Kami sudah sedia maklum bahawa akan berlaku kesesakan untuk proses pengesahan pas sempadan atau pasport selepas melihat situasi ini mula tular di media sosial. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk bercuti ke Hatyai.
"Sekitar 6.30 pagi, saya dapat melihat orang ramai dari pelbagai negeri berpusu-pusu sampai untuk memasuki Thailand, dan kebanyakan yang saya temui adalah mereka yang mahu melancong ke lokasi sama iaitu Hatyai.
"Alhamdulillah, dengan adanya anggota keselamatan seperti pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami berasa selamat dan urusan di pintu masuk berjalan lancar," katanya ketika ditemui di ICQS Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi Rosni Ibrahim, 44, dia dan keluarga mengambil keputusan ke Hatyai hari ini kerana sudah menyangkakan kesesakan hanya berlaku pada semalam, namun tidak menyangka hari ini tidak kurang ramainya.
"Ini adalah kali pertama kami mahu ke Hatyai dan sudah merancang sejak beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya, saya sendiri dapat mengagak akan berlaku kesesakan memandangkan sekarang adalah waktu cuti sekolah dan ramai ambil peluang untuk melancong.
"Kami tidak kisah untuk beratur di sini, asalkan impian untuk ke Hatyai tercapai selepas sekian lama melihat kemeriahan lokasi pelancongan berkenaan melalui media sosial," katanya.
Pintu ICQS Rantau Panjang difahamkan sesak setiap kali cuti sekolah kerana menjadi tumpuan pelancong untuk memasuki Thailand yang majoritinya mahu ke Hatyai sama ada secara persendirian atau ejen pelancongan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...ya....sila maju dan kayakan Thailand. Ekonomi diaorang pun lagi power dari Malaysia. Sok....sok.....kita ramai2 pergi Thai, Indon, Vietnam......cari kerja, cari makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bercuti di Langkawai mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, bukan ke RM still tinggi dan majoriti nak beli beras pun tak mampu tapi boleh gi jjcm siam? Siambest! |
|
|
|
|
|
|
|
mampu dok umah je bilang kereta lalu lalang depan umah |
|
|
|
|
|
|
|
Slmt bercutiiiii. Kita dok umah je |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 11-11-2023 09:05 AM
Nak bercuti di Langkawai mahal...
Kannnnn..
Kerajaan negeri Kedah tak all out ke buat promosi jaw kaw... |
|
|
|
|
|
|
|
Makan sedap, murah...hotel selesa...shopping pun murah resipi kejayaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa diaorg tak bercuti di Kelantan sahaja?
|
|
|
|
|
|
|
|
so unpatriotic...iollz dh tak jejak Thailand since sebelum covid lg... so far bercuti dlam Malaysia saja untuk tolong support ekonomi kita... lg satu kena take note, mkan ayam dkt Thailand tu sure ke halal bersih? mmg la beli dari peniaga muslim, tp yakin ke ayam tersebut diambil dari supplier muslim? terutamanya sekitar Hat Yai dan ke atas...beware |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kebanyakan pi Thai ni melayu kita
heran aku
bukankah Thai ni majoriti bukan melayu n bukan Islam jugak
naper melayu2 ni x sokong bisnes pelancongan Mesia mcm langkawi yg kebanyakan homestay n tempat makan n penjual cenderahati orang melayu gak
kata undee Pee Een sbb sokong bangsa sendiri
walaupun mahal kat langkawi tu, tetap bantu orang kita
cakap bikin x seroper
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 11-11-2023 01:09 PM
patutnya bercuti kat Klate, Ganu, Kedah n Perlis
bukankah ini negeri2 majoriti Pee Een
naper x tolong jana ekonomi orang melayu Islam kat negeri2 Pee Een ni
naper pi jana ekonomi thai yg majoriti non muslim n bukan bangsa melayu
time ngudi..
berdegar degar cakap kerana bangsa n agama
kena batang idung
ke laut
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ramai2 Mesian melancong sana..
kmdian porumer2 cari wat2 heran tanya
naper matawang baht naik VS RM
bodo ke x bodo punya soalan |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 11-11-2023 09:12 AM
Eh, bukan ke RM still tinggi dan majoriti nak beli beras pun tak mampu tapi boleh gi jjcm siam? Sia ...
Alahai mesti ada komen mcm ni. Hat yg komplen beras xmampu tu berlainan org dgn yg beratur ke siam. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 11-11-2023 01:11 PM
lepas ramai2 Mesian melancong sana..
kmdian porumer2 cari wat2 heran tanya
Tp singaporean selalu melancong membeli dlm malaysia, xde pon buatkan matawang malaysia makin tggi?? Makin jauh dollar sg tinggalkan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah org nk melancong ke mana2 pun..duit diorg....padan muka la langkawi sapa suruh letak harga yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak pernah roadtrip ke thailand. Border bukan 24jam ke. Pukul 7 sampai pukul berapa buka ni? Igt mcm border singapore 24jam buka. Bila rasa bosan sapppp terus gi ciq |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 11-11-2023 01:12 PM
Alahai mesti ada komen mcm ni. Hat yg komplen beras xmampu tu berlainan org dgn yg beratur ke siam ...
Memang i saja cakap, khas kepada porimers yg haritu meratip beras tak de etc semata2 nak mengata pmx. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha....i was thinking to write the same thing! tapi nak baca dulu yang lain2...tengok2 you dah tulis....hehehe....mana kata yang dok meratap RM jatuh teruk...segala beras naik rega.....tapi bab berjalan......sakannnnn naaaa....tu belum yang pi US korea oz vietnam turkey bagai.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapore DAP perintah..
very minimum sakau n resuah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|