CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2871|Reply: 21

Kes Buli Di Sekolah Meningkat, KPM Cadang Tambah Guru Kaunseling

[Copy link]
Post time 1-11-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak 4,994 kes buli di sekolah direkodkan bermula Januari sehingga Oktober lalu.


Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding 3,887 kes sepanjang tahun lalu.






Bagaimanapun katanya, semua kes tersebut sudah disiasat dan tindakan susulan diambil terutamanya dari segi bimbingan kaunseling.


“Kes buli atau gejala sosial ini melibatkan banyak pihak, bukan hanya ibu bapa, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) juga, kita memerlukan penglibatan daripada mereka.
Juga komuniti setempat.


“Tujuan kami untuk memastikan kes buli dapat dikurangkan dan pembuli dan mangsa buli dapat diberikan bimbingan sewajarnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH – Balik Pulau) berkaitan kes buli di sekolah.


Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, bagi mengatasi masalah itu, KPM bercadang menambah bilangan guru bimbingan kaunseling sekiranya kes jenayah buli semakin meningkat di semua sekolah.


Kata beliau, langkah tersebut diambil bagi memastikan pihak kementerian dapat mengetahui punca sebenar kejadian buli itu berlaku sekali gus dapat menangani kes itu daripada berleluasa.


“Ya, sekiranya kes buli ini semakin meningkat, kita (KPM) akan menambah bilangan guru bimbingan kaunseling kerana kaunselor ini akan mengambil tindakan terhadap kes ini (buli).


“Ia supaya mereka (pembuli) dapat diberi kesedaran sepatutnya serta kita tahu kenapa kejadian buli itu berlaku dan mengapa mereka melakukan buli. Kaunseling adalah mustahak,”katanya.


Pada masa sama, Hui Ying berkata, KPM juga telah menyediakan portal aduan buli yang membolehkan warga sekolah termasuk murid dan ibu bapa serta orang awam membuat aduan terus kepada pihak Kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi.


Terdapat empat saluran utama Portal Aduan Buli iaitu melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM, e-mel, talian telefon dan aplikasi WhatsApp.




Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 02:39 PM | Show all posts
kasilah cikgu kaunseling yg berfungsi skit, ni cikgu kaunseling sibuk buat laluan kerjaya spm je. cikgu kaunseling aku dulu siap bercinta ngan anak murid hokkay
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 02:41 PM | Show all posts
anak2 sis ckp
cikgu kaunseling la yang paling takleh caya
sekejapan aje tak pasal2 semua cikgu lain tau
dorang boleh chit chat kat bilik guru openly
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-11-2023 06:39 AM
kasilah cikgu kaunseling yg berfungsi skit, ni cikgu kaunseling sibuk buat laluan kerjaya spm je. ci ...

Mereka sebenanrya perlu buat banyak program di sekolah. Tapi ramai cikgu kaunseling lek2 je tak buat hapa. Hantar pelajar huntok kaunseling pun macam takda hasil.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting pihak guru kena siasat semua kes buli walaupon nampak macam remeh. Aku dulu kawan tarik kerusi setiap hari sampai sakit2 belakang. Bila report kat cikgu, cikgu cakap kawan bergurau. Ada kawan buli suruh buat kerja sekolah. Bila kantoi, aku yg kena marah sebab "bodoh" ikut cakap kawan. Padahal si pembuli tu punya torture dah ke arah "the glory" sampai aku fikir nak suicide. Ada satu kali tu aku nampak cikgu buli kawan kelas sampai biru2 tangan dia. Aku suruh member report polis.. ada pulak lahanat yg menyampaikan pada cikgu tu. Cikgu tu seret aku masuk kelas senior & malukan aku.. cakap aku ni balaci, tak akan berjaya dalam hidup. Tapi cikgu tu termalu sendiri sebab aku top student SPM & later dapat scholarship. Result final year belum keluar dah dapat permanent job.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 03:15 PM | Show all posts
pada pendapat achik la, patutnya kpm ni kena check syllabus tatarakyat dan kemanusiaan dorang la..ke dah takde matapelajaran itu?.
Contoh mcm jepun.. budak kecik dorg dh diajar perkara perkara masuk dlm tandas awam contohnya.

dan jugak guru kena ambil berat kalau ada budak mengadu kena buli..ni cikgu pun buli budak dgn cara mark budak tu lps tu denda tak tentu pasal.

mak bapak sebenarnya mainkan peranan penting dalam mendidik anak. bukan lepas tangan semua hal pada cikgu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2023 03:25 PM | Show all posts
azimodin replied at 1-11-2023 02:52 PM
Yang penting pihak guru kena siasat semua kes buli walaupon nampak macam remeh. Aku dulu kawan tarik ...

staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni.  mrsm mane aku taknak ckp la. die ni ibu tunggal, anak die rupenye kene buli org kutuk die ni anak takde bapak.  tp anak die tahan lagi la.  yg tak menahannye tu, barang-barang anak die habis kene curi dengan orang, mcm handphone, tab, buku latihan. sekali tu jumpe kt stor, barang2 anak dia habis barai.  mcm psiko pun ye pembuli tu. bayangkan ye uols smartphone la ni bukan mcm nokia 3310 yang leh bukak bateri tu, boleh habis terkopak bodynye.  budak nakal ni paling lebih pun buang dalam longkang je kot, kalau sampai hancur tu dah macam berdendam ngan anak staf iols tu.  anak staf iols ni antara top 10 dalam tingkatan die, bleh dikatakan yg top 10 budak pandai ni memang kena mcm tu jugak.  dah refer dh kt cikgu mrsm sana, tapi cikgu pun mcm tak endah je.  staf iols tak sedap hati dia terus keluarkan anak die dari situ. nmpkla anak die mmg berubah jadi happy keluar dari situ. setau iols dlm asrama mana bleh bawak benda tajam mcm gunting, bile nampak mcm barang anak dia ada kesan gunting die riso gak sekali kene tikam ke ape ke.  pdhal ni mrsm kot, konon sekolah budak pandai. tapi psiko. nauzubillah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Buli Balik tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni.  mrsm mane aku taknak ckp la. die  ...

Mesti Ragging Sampai Mampos tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni.  mrsm mane aku taknak ckp la. die  ...

Pembuli memang xde rasa bersalah pon. Lepas dah habis sekolah i pernah confront la orang yg buli (termasuk yg mentally buli) i tapi dorang cakap i yg drama queen sebab dorang xde cederakan i pon. I masih hidup gicheww. Kejadah...sampai sekarang kalau geng2 sekolah ajak gathering i elak. Pergi wedding pon i pilih2 mana yg nak pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo sekolah menengaj tu hantaq polis ja....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni.  mrsm mane aku taknak ckp la. die  ...

Uik...ini mcm kes jeles org pandai dr depa ni..apo la... ada jenis yg takleh org lebih dr dia.. kadsng2 penyakit hati ni dia bwk dr rumah jg ni... atas kebijaksanaan pentadbiran sekolah la...nak sapu bawah kapet...nak cantas dhn2 yg dah rosak etc...
Ntah la..kadang2 iola pikir apa ke hal bebdk skang peel pelik2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-11-2023 02:43 PM
Mereka sebenanrya perlu buat banyak program di sekolah. Tapi ramai cikgu kaunseling lek2 je tak bu ...

cadangan sayer..pembuli kena antar ke palestine...bantu misi antar bantuan tu....ada minat..boleh apply jd pelapis hamas...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:29 PM | Show all posts
I say we impose a stricter law to bullies, treat them like sex offender, publish their faces to public, let society know who they are.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:35 PM | Show all posts
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni.  mrsm mane aku taknak ckp la. die  ...

mcm2 drama kan...especially kt mrsm i dgr byk kes skrg. anak2 i kat sbp so takleh relate. dolu2 yg sekolah all boys tu ada juga keluar masa F1 /F2 ...sbb tak tahan mental. senior xla buli fizikal mcm anak staff u tp selalu la kena suruh buat mcm2 basuh baju gosok baju buat megi. anak i ok je walaupun nampak dia x happy masa tu. yg kena suruh fly belikan food / rokok pun ada. bila naik f4/f5 happy sgt2 dok kat sekolah tu...and very close knitted sesama dorang. siap cakap nasib tak bawa dia keluar masa F1/F2
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 04:38 PM | Show all posts
azimodin replied at 1-11-2023 03:45 PM
Pembuli memang xde rasa bersalah pon. Lepas dah habis sekolah i pernah confront la orang yg buli ( ...

kite ni lama-lama akan jadi mcm korea selatan tu ha. yg dibuli plak dipersalahkan. lg satu pembuli zaman skrang pun dah bijak, diorg tau kalau mencederakan orang tu salah, so bulilah cara psiko mcm ni.  staf iols antara mak yang bersuara jugaklah pasal kes ni dlm group homeroom tu, bleh plak ada parents ni cakap kenapa belikan anak-anak barang mahal kalau taknak rosak? wtf la.  malaysia ni iols perasan mmg suka victim blaming pastu nak suruh victim tu bertabah la, bersabar la, tuhan menguji kau la.  camnelah isu buli ni nak selesai kalau gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 09:30 PM | Show all posts
sembang kuat ni... nak kaunseling pembuli jadahnya? yang kena buli tu tak perlu kaunseling pun, cuma tak nak hadap muka pembuli... apa lagi nak kaunseling lembut2?

apa susah sangat letak satu polis kat satu sekolah? bukan polis bantuan yang kerja untuk company swasta atau uni tu, yang betul2 polis, yang boleh terus guna undang2 polis..

susah sangat ke..takda undang2, buat la undang2, susah sangat ke? nak harap kan british buat kan undang2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaunselor boleh buat? Yang eloknya ko upah mak pak pembuli tu jadik pegawai disiplin kat sekolah tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:09 AM | Show all posts
the quality of the counselling service is very very important
nanti jika counsellor jenis wat derk je, nanti dia kata kat students awak ni jadi pemandu Grab dah lah... the kid mungkin akan turun semangat dan jadi murung etc
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:29 AM | Show all posts
Bagus lagi tambah guru lelaki dari guru kaunselor mcm x function
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 1.759167 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list