CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Mahu Pasukan Berusaha Memburu Kemenangan Dalam Setiap Aksi, Alasan Pemilik Kelantan FC Tak Bayar Gaji Pemain

[Copy link]
Post time 30-5-2023 04:21 PM | Show all posts
jual burger jela kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman Akui Tahan Gaji Pemain Sebab 10 Kali Kalah.Wajar atau tidak?

Edited by YgBenar at 31-5-2023 12:39 AM

Kebelakangan ini, dakwaan isu tunggakan gaji pemain-pemain Kelantan FC sering berlegar di media sosial. Pemain yang terlibat meluahkan rasa tidak puas hati apabila bayaran gaji belum dilunaskan untuk bulan April oleh pihak majikan.


Malah, beberapa hari lepas, ada bekas pemain yang sudah melaporkan isu ini kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dan PFAM mengambil berat tentang kebajikan pemain profesional, lebih-lebih lagi melibatkan tunggakan gaji.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang sebelum ini memilih untuk berdiam diri akhirnya membuka mulut menerusi akaun Facebook beliau sebentar tadi. Menurut Norizam, “sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama.”

Norizam atau lebih mesra disapa Zam Saham juga berkata, setiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh dan menafikan dakwaan dua bulan gaji tertunggak.

Zamsaham Akui Tahan Gaji Pemain Sebab 10 Kali Kalah

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April (bulan April) bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan (gaji).”

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.”

“Untuk match minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah. Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakkan dan saya janji baki gaji yg ditahan 50% semua akan dibayar,” tambahnya lagi.

Kelantan FC dijadualkan bakal bertemu pasukan setempat, Kelantan United pada Jumaat (2 Jun 2023). Setakat ini Kelantan FC hanya mencatat satu kemenangan, 1 seri dan 10 kekalahan dalam 12 perlawanan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 12:43 AM | Show all posts
ada dalam contract tak antara pemilik dan pemain. kalau kalah 10 kali boleh dan dibenarkan tahan gaji?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak mampu nak bayar pemain, tak payah tubuh pasukan main bola.. tak reti2 ke.. pandai2a pemain bola cari kerja lain
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo de duit terlebih pun xpayah labur kat team bola. Nak ikut jdt xboleh laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde duit buat cara takde duit... jangan susahkan hidup orang
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya player bola..tak dpt gaji.
Nak makan camne tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 06:50 AM | Show all posts
Dah namanya sukan haruslah ada kalah menang. Dia pun ahli perniagaan dah tahu untung rugi. Kalau asyik rugi bungkuskan aje bisnes,buat apa nak tanggung. Benda sama apply kepada TRW. Dia nak jual pun tapi tiada siapa pun mahu beli TRW.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 07:23 AM | Show all posts
ingatkan kaya ler sgt.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang baru terjawab knp asyik kalah je. Player semua tgh mental illness kena fikir komitmen tertunggak. Dia tak tahu ke benda ni boleh impak performance.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:30 AM | Show all posts
jawablah di akhirat iyokkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:54 AM | Show all posts
macam mana nak menang kalau semua benda bercatu... dengar aritu kualiti makanan player pun sedih...

takleh letak semua beban atas bahu player... management macam hanat mana player nak bersungguh...

tengok  JDT (walaupun ai tak koser dgn TMJ tu) but dia jaga mental player mmg tip top.. Tu pasal player balas balik dgn play all out...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:16 AM | Show all posts
owner club terpaling bangang..bayar je la gaji pemain tu..adat la ada menang ada kalah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:18 AM | Show all posts
nk guna approach carrot and stick agaknya tp stick part nya tu over la plak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:54 AM | Show all posts
apalancut replied at 31-5-2023 12:43 AM
ada dalam contract tak antara pemilik dan pemain. kalau kalah 10 kali boleh dan dibenarkan tahan gaj ...

kan
klu mmg dh nyata dlm kontrak payah lah sbb both sides setuju
tp klu x player blh la fight
report ke kbs ke
ksm ke, kot under kontrak pekerja ape tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 11:02 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 31-5-2023 10:54 AM
kan
klu mmg dh nyata dlm kontrak payah lah sbb both sides setuju
tp klu x player blh la fight

kalau ada dlm kontrak patut pemain fikir 2-3 kali sblm sign

kalau tiada dlm kontrak pergi je report kt pej. buruh

owner pon tak berperikemanusiaan, setakat nak tahan/tak bayar bonus, imbuhan, ke tu ok lagi

ni gaji kot dah tu pemain2 tu nak sara keluarga mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:05 AM | Show all posts
zam saham yg ada bisnes zam burger, zam hotel bagai tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:06 AM | Show all posts
saham tgh rugi skrg,


ke ko roling gaji player g melabur kt saham, pastu tergolek
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Main bola ni productivity rated ke, even yg productivity rated pon akan ada minimum salary ya. Dalam contract pemain mesti ada nyatakan struktur pengajian & bila sepatutnya bayar. Kbs x boleh ke siasat kes ni... aku x minat bola tapi kalau pemain tu datang training & main, ko kena bayar. X kisah la kalah ke menang. Bila memang, baru la bagi bonus - ni baru carrot and stick method
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.127555 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list