|
Aiman Tino makin pulih
AIMAN dirawat di hospital.
Kuala Lumpur: "Aiman semakin pulih. Insya-Allah, kalau semuanya okay, Aiman akan dibenarkan pulang hari ini," kata bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak mengenai keadaan kesihatan anaknya itu.
Aiman yang dimasukkan ke pusat perubatan, di sini, kelmarin turut mengadu mengalami sakit di bahagian kiri dada setiap kali batuk.
"Jangkitan kuman dalam paru-parunya juga sudah semakin pulih. Cuma dia masih lagi batuk dan setiap kali batuk, dia mengadu sakit di bahagian kiri dada.
"Kalau berdasarkan maklumat doktor, ia berkemungkinan besar berkaitan dengan otot sebab bila kita batuk, otot akan turut terkesan.
Sukar bernafas, Aiman Tino masuk hospital
"Apapun, mohon doakan kesihatan Aiman dan kalau semuanya okay, dia akan dibenarkan pulang hari ini," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Aiman mengalami batuk sejak lebih tiga minggu lalu.
Kelmarin, doktor memaklumkan paru-paru Aiman dijangkiti kuman menyebabkan dia ditahan di wad.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... an-tino-makin-pulih
|
|