CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elle_gogo

BINCANG HAL PEKERJA tempatan [merged demimasa,Hiven,saatcham]

[Copy link]
Post time 11-10-2008 05:32 PM | Show all posts
Pekerja yang macam setan ini lah yang membunuh perniagaan anda. Saya ada beberapa kisah benar:

1) Perniagaan yang bankrupt kerana pekerja ambik duit masuk poket sendiri.
2) Tidak melayan pelanggan dengan baik sehingga pelanggan lari.
3) Pemalas seperti pahat dengan penukul. Orang lain boleh buat 5 kerja sehari, mereka buat 3 pon tak siap.

Cara Penyelesaian:
1) Pekerja harus diawasi sepanjang masa. Jangan jadi seperti melepas ayam keluar dari reban. Pasang CCTV, telefon mereka serta merta untuk mendapatkan laporan semasa 2 kali sehari.
2) Anda harus tegas. Pecat pekerja yang tidak sehaluan dengan matlamat anda.
3) Ambil orang yang benar2 rajin kerja walaupon gaji mahal sikit.
4) Kurangkan jumlah pekerja jika terlalu ramai. Kekalkan yang terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2008 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-10-2008 05:32 PM
Pekerja yang macam setan ini lah yang membunuh perniagaan anda. Saya ada beberapa kisah benar:

1) Perniagaan yang bankrupt kerana pekerja ambik duit masuk poket sendiri.
2) Tidak melayan pela ...


mmg pekerja yang tak berkualiti ni memburukan nama dan reputasi kita.
lebih lebih lagi kalau yang terlibat dalam bidang service.
sebab mereka ni aset kita sebenarnya. Mereka melambangkan identiti sesebuah company.

- yup setuju part gaji mahal sikit tu. tak pening kepala.  atau lebih mudah lagi bagi dia pangkat sikit. cth : supervisor dan naikkan gaji sikit.
- part awasi pekerja sepanjang masa ni susah sikit elle nak laksana kan. cth : letak depa dekat satu office utk cuci. susah nak kawal sebab bukan office kita.
  cara tu maybe boleh dipraktik kan kalau pekerja tu semua bekerja di bawah satu bangunan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 12:23 AM | Show all posts
pekerja extra tu tak perlu ada dalam payroll, ko boleh deal ngan syarikat pekerja asing, skang ni ko perlu jalan utk mendisiplinkan pekerja ko, sebab ko kata diorang nak berenti ramai2, aku tak percaya le elle, ko try pecat sorang tengok, pekerja extra ramai tu sebab aku tgk ko ni macam takut diorang berenti tu je, kalau ikut aku, pecat sorang kepala dia yg menghasut tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 11:26 PM | Show all posts

Balas #23 ahmedinejad\ catat

ketua penghasut mmg telah ku pecat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 05:28 PM | Show all posts
Bagi target kat dorang...Divide them into small groups ...Target includes not only product output but also late hours absent dan lain2 The lowest points will be punished or replaced else where Kalau continous attitude mcm tu hantar je balik negara dorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:45 AM | Show all posts

Pekerja Anda..

Salam..

Topik ini dibuka utk kita discuss dan bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat mengenai pekerja-pekerja anda.
1 )Berapa rate gaji (di KL dan luar bandar) yang anda beri utk pekerja yang ada skill atau pembantu jualan di kedai anda?
2) Macamana anda kelaskan rate gaji tersebut?
3) Macamana cara pembayaran yang anda buat samada hari2, mingguan atau bulanan?
4) Apakah insentif2 lain yg anda berikan?

5) Masalah2 yang anda hadapi ngan pekerja-pekerja anda?

diharapkan dapatlah kita kongsi2 kan disini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2008 10:57 AM | Show all posts
nak kongsi:-

masa interview, saya tanya berapa gaji nak? of cozlah dorang letak banyak2 - so saya cakap -

"ok - saya kasi - tapi awak kena buktikan yang awak berbaloi dibayar sebanyak itu. jadi,mula2 awak kerja ikut gaji yang saya tetapkan - macam ni :-

1. gaji - ni kat kl lah -
   - kalau non skil workers - macam cleaner ker - $600.00 sebulan no epf, no socso. ko tak pakai uniform tolak $15 satu hari.
   - kalau clerical work - kalau satu orang punya kerja $800.00 TAPI kalau dia mampu buat 2 orang punya kerja - up lagi $1,000.00 - with epf and socso
   - kalau yg ada technical expertise tu - still starting $800.00, dan increase gradually according to kerja - kekadang yg ada degree pun - kerja kat site hancus - so kalau confirm boleh kerja baru naik to $1,200.00 - with epf, socso and meals allowance - sebab dorang ni kerja kat site, makan tak ikut lunch hour biasa.

gaji - dlm surat specifically mention pay by 7th of next month. tapi most cases i pay by 28th. dulu masa kita kerja dgn orang pun kita nak gaji cepat kan,,,,

ot ikutlah standard rate - 1.5 ect, i bayar by 15th. tapi dlm akaun, tak declare ot sebab ot kena bayar epf. so i declare as sub labor.

commission based on cash collection that month - i took 8% and share among all staf - pay on 21st.

saya set target sales tinggi - kalau achieved - baru lah dapat commission tu - kalau tak achieved - yg tak avhieved to b/f bulan depan - so bertambahlah target bulan depan - dulu tak buat target sales cuma 40-50k jer, tapi bila buat komisyen dan target 100k, alhamdullilah, sales selalu lebih dari 100k.

so staf saya kira every 7th, 14th, 21st ada duit.

raya - kalau tak 1 mth - saya kasi $500 token. dlm akaun saya declare - staff refreshment - kalau gaji/bonus kena bayar epf.

kalau kahwin, anak baru - token $200.00


at the top of that, kalau ada birthday ke, raya ke, kita orderlah piza, mcdonald, at company expenses.

2. rate gaji klasifikasi - A1, A2, A3,utk management macam owner, pastu B utk manager C utk senior exec ect ect ect

3.masalah - yea masalah ialah bila dorang curi sales company, pergi servis customer, collect cash dan tak declare - ini saya tak buang masa - dapat tangkap - suruh berhenti cara terhormat atau saya laporkan pada polis - masalah displin - suka suka hati dtg - senang - lambat 15minit - saya tolak ot 1 jam. - masalah appearance - badan berbau ect - ini memang saya beli deodarant - bungkus baik2 dan kasi - so sendiri tau. masalah staf resign last minit - tak per - outsource atau sub je kerja tu sementara dapat staf baru.

alhamdullillah saya ada 3 staf yg dari tahun 2004 - yang lagi 3 org tu baru 1 tahun, yg dah berhenti kadang2 buat muka tak malu (tu belajar dari sayalah) , dtg ofis atau htr email hint2 nak kerja balik... sebab.. company tempat baru selalu gaji tak dapat - tu standardlah..

pekerja baru - 6 mths probation - kalau bagus - 2 bulan confirm - kasilah $50 increment.

setiap bulan dec, saya tanya berapa gaji ko nak utk tahun depan? $10,000? apa yg ko dah contribute to company yg ko rasa ko berhak dapat $10,000?, dgn attendance macam ni, dengan attitude, team work, dengan sales  mcm  ni? ko keluar dari bilik ni, ko datang balik dgn figure baru, bole? tak bole, ok gaji tahun depan increment $50/- jer.

GARANG? yea saya seorang bos yg garang! tapi rasanya garang saya berbaloi... itu yg kebanyakan ex-staf saya bagitau..

satu benda saya bagitau pada staf saya - AKAN TIBA MASANYA SATU TITIK DIMANA ANDA TAK PERLU KAN SYARIKAT ATAU SYARIKAT TAK PERLUKAN ANDA - Bila sampai titik tu - biarlah ilmu kerja dah penuh didada, dan ambiklah peluang ni utk kerja bersungguh-sunguh - not for me, not for company - but for yourself.


anyway - kesimpulannya - jagalah staf yang elok - sebab mereka tu umpama asset kepada syarikat, tapi agak2 dorang naik tocang, potong jer tocang tu, keluar memo, keluar 1st warning letter - gertak - benda2 ni masuk dlm file hr - so kalau majikan baru call nak reference/testimonial - kita faks jer semua warning2 letter ni -


sekian, nak dengar idea forumer lain lak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:08 PM | Show all posts

Balas #2 hazel23\ catat

suka baca posting kak hazel

tak de apa yg saya nak ckp... banyak yg saya bole belajar dr posting akak...
sepanjang 2 thn saya berniaga.. rasanya pekerja dah tukar 4 org... yg sekarang ni paling lama.. dah lebih kurang 8 bulan..

Masa memula buka kedai.. tak terfikir nak cari pekerja yg pandai jahit.. cari org yg boleh jaga kedai je.. sbb saya sub dkt org lain bab2 jahit ni..


1. Pekerja Pertama.. dia ni dulu adik ipar ex partner saya.. keje dgn kami sementara tunggu SPM.. dkt result bagus.. berhenti n sambung belajar.

2. Pekerja No 2 - ni pekerja yg paling lawak bodoh saya rasa.... dia sempat keje dgn saya dlm beberapa bulan je... dia ni dah kahwin.. tapi ngaku bujang.. (saya tahu dia dah kahwin pun lepas dia berhenti keje, kawan dia ckp)... ada ke masa dia nak berhenti.. dia jumpa le saya.. ckp nak berhenti.. so normal procedure.. saya tanya le dia kenapa... dia buat cite kata.. dia ni tengah pregnant.. anak luar nikah... lepas tu mak n bapak dia tak bagi kahwin dgn lelaki tu... padahal lelaki tu nak bertanggungjawab..

Kita ni punya le concern.. siap ckp.. tak pe sanggup pi hantar dia ke pusat pemulihan wanita n sbb tak mahu dia buat perkara2 buruk.. sbb dia ckp.. ada plan gugurkan anak.. walaupun masa tu tengah bln .. saya bagi gak gaji penuh.. sebb kesian..

besok.. bila saya jumpa kawan serumah dia.. konon2 nak tahu pasal dia.. sbb telefon2 tak dpt.. diorg ckp.. dia dah kahwin le kak... mmg dia tengah pregnant.. anak no 2.. dia n asben menyewa bilik dkt rumah kawan tu.. haahah.. ada gak org dlm dunia mcm ni.. sanggup buat cite.. paling tak tahan.. cite memalukan diri sendir...

[ Last edited by  Iman_Baby at 6-12-2008 01:23 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 09:19 PM | Show all posts
Lepas kes pekerja 1 & 2 tak reti jahit.. saya cari org  yg boleh jahit.. so kalau customer tak dtg..t ak delah duduk melanjut je dlm kedai.. boleh jahit gak pd masa sama n jaga kedai..


Pekerja ke 3 pula...
Ni budak dr giat MARA... memula kerja mmg ok.. tip top.. lepas balik dr raya n lepas dia kenal sorang lelaki ni keja polis... mula nampak perubahan sikap..  kekadang SMS saya kata nak masuk lambat ada hal le.. itu le...

Masa dia nak berhenti keje.. dia kata dpt sambung belajar dkt Giat Mara.. bahagian sulaman.. saya rasa pelik gak.. sbb giat mara normally intake samada Jan or July... tapi kita tak question so much.. ckp.. bagus le pi sambung belajar... tapi dia ada ckp.. after 6 months.. nak dtg keje dgn kita semula.. saya kata ok..

so dia berhenti pun lagi seminggu nak habis bulan.. kata nak berhenti awal coz nak prepare barang2 nak masuk belajar semula.. so kita bagi le gaji penuh n some duit poket...

tetiba hari isnin.. dia SMS.. kata dia tak jadi belajar.. ayah dia kena denggi masuk hospital.. dia nak minta cuti seminggu n nak balik semula keje..

masa ni kita dah pikir bukan2.. so saya selidik.. telefon kawan2 yg keje Giat Mara.. diorg ckp.. mana ada intake bulan ni.. so saya soal selidik dia.. lama2 kita boleh tahu sendiri...

so saya jumpa kawan serumah dia masa dkt sini.. dia ckp.. barang2 dia ada lagi dkt rumah kak... n kawan dia rasa.. dia berhenti sbb masalah peribadi.. sbb lepas dia kenal budak lelaki polis ni.. dia selalu tak balik rumah... pernah sekali.. kawan dia nampak.. dia sibuk dok minum coke.. 1 botol besar sambil makan nanas.. bila dia tanya.. kata saja teringin nak makan nanas.. ha.. sapa nak jawab tu..

Pekerja ke 5

Bila kita dah ambil dia keje.. baru dia ckp.. dia nak keje part time je.. sbb dia belajar lagi dkt UKM

Pekerja ke 6

Masuk bulan 4 hari tu.. alhamdullilah.. masih lagi bertahan.. n insyaAllah, minta2 terus berpanjangan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:08 PM | Show all posts
kak iman...

lawak betul ceriter pekerja akak nih..tp tu lah pengalaman kan??....nak tergelak baca yg bab menipu & memalukan diri sendiri tu ahaksss ..pelik betul manusia neh...

so skrang akak ader berapa pekerja?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:09 PM | Show all posts
satu lg nak tanya k.iman,

berapa akak bg gaji kat pekerja yg bleh jahit & jaga kedai trus??
kalo tak kesah leh share sini...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:08 PM | Show all posts
kita ni as owner syarikat, walaupun ada pekerja, kita pun kena tau buat kerja dorang, so at least kita sendiri tau susah atau senang kerja tu, jugak bila dorang tak dtg tiba2 ker, kita tau nak cover...

tapi most of pekerja kita selalu fikir, kalau dorang tak de, kita susah...benda tu kita kena tunjuk kat dorang, kalau dorang takde, kita still survive.

lepas tu, kena kenal kawan2 yg sesama bua kerja sama dgn kita.. so bila kita ada masalah shortage of staf atau staf resign, at least kerja2 urgent ti kita bole sub kan kat kekawan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:17 PM | Show all posts
ssya pulak.....

My staff, iskk tak boleh panggl staff, tak sampai hati , pasal kami rapat kot..  yang sebelom ni... bukannya resign, tapi saya galakkan jadi full time jual u trust kerana saya nak dia hidup senang macam team kami yang lain (umur dia pon dah banyak dan dia kawen..)..dan sekarang ni dah meniti tangga untuk success after dia berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas selama setahun...

lps tu, nak cari pengganti, sikit punya lah payah..

Advertise kat Metro, datang penuh mat rempit dan minah rewang majoritinya..

Advertise kat star, yang datang sorang  tak berkenan. ada yang gemuk, selekeh, cakap tergagap, yang ada personaliti pulak, brain kurang, sekolah setakat spm.

nak cari yang smart,  combine personaliti, english.terer maths  or calculation..bukan senang..

Pening pening mencari, last last terpikir forumer cari.com

Budak ni pernah datang kat my opis untuk jadi agent, fresh graduate UiTM..tapi saya tak de, so dia jumpa my PA je..tapi dia tak jadi agent, psl takut jumpa orang...........

Kadang kadang dalam thread saya, dia masuk sekali sekala..menyibukkan diri...

last2 saya call dia, suruh dia datang interview masa saya work out kat gym hilton. Walopon dia baru balik keja, dia datang juga dengan moto, dan masa tu pulak hujan dr shah alam.

tunggu punya tunggu, tak nampak bayang,  dan my handpone batteri pulak kong..

lps keluar surau hilton KL, saya nampak ada budak muda ...saya tegur kot kot dia...dan sangkaan saya betul.(ada dejavu.. )..dia terlambat dan kebasahan...

Interview kat lobby bukak degree result, check IQ, test endurance dll dlm masa 30 min saya buat decesion suruh dia start immediate effect because dia blh resign 24hour kat sana...

sebelom balik, dia tanya aku, kenapa pilih dia, padahal lebih 10 org budak lain aku interview dan pilih dia on d pot..aku nampak dia ada aura unexplain factors  yang susah nak cakap..

sekarang..

masuk 1 tahun dah, dah 2-3 kali dia hantar surat resign nak quit. kenapa? pasal tercabar tengok budak2 lain sebaya dia buat sales boleh dapat 6-10 k sebulan dlm my group, dan dia pon nak jadi agent juga instead of makan gaji.. Tapi setiap kali hantar, dia tarik balik kerana tak confident..

gaji dia...aku percaya we gave peanut, dapat monkey...so aku bagi allowance petrol, handpon allowance,  epf, socso, dan net income tak campur semua semua tu lebih kurang 2500..gaji lama dia pon bersih less 1500. Ok lah tu untuk fresh graduate dan dia pon tak ada experience..

Prestasi dia ahamdulilah, dia kerja independent, janji kerja siap, dan sekarang ni aku pulak rasa boring..psl banyak kerja aku dia take over... maknanya  pilihanku  tu dulu..., tepat.

btw, selamat hari raya haji....dan selamat balik kg..
berkorban apa saja...

aku je tak balik, psl isteri tak de cuti..so kesian...

[ Last edited by  kirawang at 5-12-2008 11:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:33 PM | Show all posts
kalau ada org dtg ofis - i selalu introduce my staf macam ni,

"... this is my colleague.." wah kembang staf aku tu seolah dia setaraf dgn kita, takde salahnya..

sama juga masa i ada helper kat rumah dulu, janggal nak panggil orang gaji - macam tak syok jer... so bila panggil dia helper - memang dia rasa seperti dihormati.


p.s. masih pegang satu cita2 - lagi 3 tahun nak ada 2 staf tambahan - Pak Mat - city guider (merangkap pemandu kereta) dan Mak Jah - office maintenance manager (merangkap cleaner & tukang buat air)... BESTYA...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:37 PM | Show all posts
kalau ada org dtg ofis - i selalu introduce my staf macam ni,

"... this is my colleague.." wah kembang staf aku tu seolah dia setaraf dgn kita, takde salahnya..

sama juga masa i ada helper kat rumah dulu, janggal nak panggil orang gaji - macam tak syok jer... so bila panggil dia helper - memang dia rasa seperti dihormati.


p.s. masih pegang satu cita2 - lagi 3 tahun nak ada 2 staf tambahan - Pak Mat - city guider (merangkap pemandu kereta) dan Mak Jah - office maintenance manager (merangkap cleaner & tukang buat air)... BESTYA...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by ann_9027 at 5-12-2008 10:08 PM
kak iman...

lawak betul ceriter pekerja akak nih..tp tu lah pengalaman kan??....nak tergelak baca yg bab menipu & memalukan diri sendiri tu ahaksss ..pelik betul manusia neh...

so skra ...



ann,

itulah kan.. kalau aku.. tak denya nak create cite memalukan diri sendiri mcm tu... create le cite yg high profile sikit..

so sekarang.. yg dkt kedai ada 2 org.. plus 2 org tukang jahit lagi yg kita sub dkt rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by ann_9027 at 5-12-2008 10:09 PM
satu lg nak tanya k.iman,

berapa akak bg gaji kat pekerja yg bleh jahit & jaga kedai trus??
kalo tak kesah leh share sini...



ann,

pekerja akak.. basic tak tinggi.. setelah di survey sana sini... akak bagi basic + komisyen..

komisyen ni base on apa yg dia jahit.... Lagi satu.. kalau dia berjaya layan customer sampai diorg bagi deposit dulu masa akak tak de.. ni pun diorg dpt komisyen.. so basic RM500 + komisyen = tak kurang  RM1,000.00++ sebulan...

tujuan bagi basic n komisyen.. sbb kita nak dia bg full commitment masa keje... nak more gaji.. jahit le banyak.. n bila customer dtg.. layan le elok2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by Iman_Baby at 6-12-2008 01:30 AM



ann,

pekerja akak.. basic tak tinggi.. setelah di survey sana sini... akak bagi basic + komisyen..

komisyen ni base on apa yg dia jahit.... Lagi satu.. kalau dia berjaya layan custome ...



Betul tu imam, better U combine dengan komisyen...

semangat dia akan bertambah, otherwise dia jadi pekerja mentaliti gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 10:15 AM | Show all posts
memang terbukti, bila i letak komisyen base on target achieved, sales memang tinggi, tapi komisyen back to back dgn apa yg customer bayar - so kalau sales 100K, tapi collection cuma 80K utk bulan tu, so bulan depan, komisyen based on 80k jer

bila buat mcm tu, staf akak pun, habis kerja terus suruh customer bayar, tak pun dorang yg sendiri follow up payment, kalau tak selama ni, habis kerja, keluar invois, pastu kita kat ofis yg kena call customer, payment nak collect pun susah.

tapi risiko dia part duit2 - ni sebab cash dia ada hantu sikit - so hati2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 6-12-2008 10:15 AM
memang terbukti, bila i letak komisyen base on target achieved, sales memang tinggi, tapi komisyen back to back dgn apa yg customer bayar - so kalau sales 100K, tapi collection cuma 80K utk bulan ...



kak hazel,

a'ah... itu lah yg saya dok tengah perah otak fikir sekarang...
saya nak tambah 1 org fokus on marketing.. sbb saya dah rasa mcm tak larat nak handle n pergi semua rumah.. tapi masalahnya.. worry kalau diorg gelap mata bila tengok customer bagi duit utk deposit...

Normally deposit saya ambil antara 30% - 50%.. so.. kalau RM1,000.00 jadi le 300 - 500.. kalau bagi cheque no hal.. kalau bagi cash. saya terfikir nak upgrade pekerja lama yg mmg kita percaya utk buat marketing.. sbb dia ni paling takut kalau ada duit n saya tak pi collect dkt kedai.. siap sanggup dkt rumah hantar..

macam mana nak buat eek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.414680 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list