|
sama gak
semlm saya ketil ank pompuan saya.umur dia 2 thn 8 bln.sebabnya main air dlm bilik air.saya sibuk duk masak nk buka pose...ckp bebaik x nk dngr,adik dia 1 thn nk join sama.geram sangat kenalah,dia nangis cepat-cepat saya peluk dia,bukannye kuat sekadar dia rasa sakit ckit.... |
|
|
|
|
|
|
|
x marahkan anak tumpahkan susu tepung.sbb yg salahnya mak sbb letak kat mana sampai budak kecik umur 3 thn boleh capai??anak idd dari kecik x ajar derang masuk dapur. klu nak apa2 brg mintak ngan id atau maid, jgn memandai ambik sendiri. bila derang cuba nak ambik sdiri pakai kerusi, siang2 id dah rotan.bila kena sekali rotan mmg serik lepas tu x buat lagi.. |
|
|
|
|
|
|
krazykat This user has been deleted
|
Anak Kat pun nak masuk 3 tahun, aktif sgt2. Ada je benda yg dia nak buat. Sejak dpt adik ni lagi suka buat perangai. Dalam sehari tu memang tak sah la kalau tak kena marah. Bila dia dah tido, rasa bersalah pulak marah2 kat dia..Kat tau sebenarnya dia nak attention dr Kat, sbb tu dia suka buat benda2 yg buat Kat naik angin. Kadang2 salah Kat juga.
Dulu2, selalu gak Kat pukul/cubit dia kalau dah terlalu 'nakal'..tapi skang ni Kat cuba control sikit. Lebih2 lagi sekarang ni dia dah pandai cakap ' mummy, no pukul/cubit' sambil muka berkerut2 takut bila Kat angkat tangan nak cubit/pukul dia. Terkasima jap kat situ... jatuh kesian pulak kat anak aku.
tp kalau cari pasal ngan daddynya..tiada maaf la. Mmg kalau daddy dah naik angin, abislah my son. Kadang2, Kat pulak yg berjurai air mata sekali lepas anak kena babap... |
|
|
|
|
|
|
|
lily, rest assured you are not the only mummy yang buat dan rasa mcm ni, we all did... cuma dah ok.. ok dgn anak ni explain dgn dia why you have to cubit him when he did that. and never mentioned that you ikut panas baran you, sbb nnt dia akan rasa its ok to jadi baran ni, instead cakap, setiap perbuatan yang salah ada punishmentnya dan explain betul2 why u cubit dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by my-alja at 17-9-2007 09:13 AM
semalam, my doter tarik cabinet baju...jatuhhhh...prangggg!!!!
kami yg tgh solat terawih, rakaat terakhir terus melompat carik dia...takut dia tersepit, tgk muka kami dia cakap..."see pocoyo" ...
aku takleh thn yg dia ckp see pocoyo tuh..hehe...anak aku dulu pung ske2 main dlm laci..siap msk dlm time aku tgh semayang...prang..ngan lemari skali tumpag sbb time tuh kosong lagik..aduss..but he learnt a lesson la kat situ...
haku ms hormone haywire ari tu mmg bising gamat giler le ari2. especially kat dapur..but now i think i've come to my senses...but haku cuba sedaya upaya nak marah2 pun never to say bad words... |
|
|
|
|
|
|
|
Wa.... sama la ngan saya...
Saya ada anak 3 orang berderet, nak masuk 3 tahun, setahun setenghan ngan 5 bulan...
So, memang abang yang sulung tu terlebih aktif dan selalu buat macam2 aktiviti yang seringkali menyebabkan saya dan hubby berasap...
Kadang2, ditambah dnegan penat balik keje dan hangin ngan perangai dia, saya tercubit dia... kuat pulak tu...
Ish... kesiannya...
Tapi lepas tu terus saya menyesal...
Selalunya saya akan peluk balik dia dan bagitau sebab apa saya marah dan harap mintak dia jagan buat lagi...
Harap-harap Allah tingkatkan lah kesabaran dalam diri ni... |
|
|
|
|
|
|
|
memang betul... kalau dah marah memang x ingat ape...
kadang2 tu lupe diri.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi ica marah anak ni relevan.walaupun dia masih kecik.tapi, control la.jgn smpi melampau.takat tampar kaki dia ok la.cubit sket ke,maknanya kita ajar dia peraturan.lama2 nanti, kita bleh beza tau.anak yg tau peraturan dengan anak yg mak ayah tak berapa pukul sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Help Your Child Behave
Good behavior from children makes parents happy. But children often don抰
behave the way we抎 like them to because they need our help.
Print this page Print this series Forward to a friend Articles within this seriesOverview
Help Your Child Behave
Taming the Tattletale
The Damaging Effects of Tale-Bearing
by Veola Vazquez
Good behavior from children makes parents happy. But children often don抰
behave the way we抎 like them to because they need our help. You might have
found yourself in situations such as these:
Frustrated, you give in to your child抯 whining for candy while in the checkout
line.
Tired of telling your child to clean up her room, you do it yourself.
Afraid of saying no too often, you allow your child to misbehave.
How can you help your child behave nicely without giving in or giving up?
Focusing on what children do right helps them to stop doing what抯 wrong.
Follow these guidelines to encourage positive behavior. You抣l be on your way to more peaceful days and a better relationship with your child.
Catch her doing what you want. Keep a watchful eye on your child. When you
find her doing something you want her to do, give plenty of praise. Affirmation
will encourage her to keep up the positive behavior.
Ignore minor infractions. Often simply ignoring negative behavior can make it go away. However, never ignore behavior that is dangerous to the child or to others.
Say yes as much as possible. Parents say no several times a day but fail to say yes when they have the opportunity. Choose your battles wisely, allowing your child more freedom while maintaining limits.
Phrase commands in a positive way. Children respond better to commands that
are specific. State what you want rather than what you don抰 want. Instead of
saying, 揝top running, |
|
|
|
|
|
|
|
Anak itu cermin diri
Assalamualaikum wbrkth... salam sejahtera
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-Mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) NamaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."(QS.An-Nisaa':1)
Diantara kewajiban yang dibebankan oleh Allah di atas bahu kita semua yang telah bergelar sebagai ibubapa adalah kewajiban dalam mendidik anak-anak atau keturunan, juga berusaha untuk menyelamatkan diri, isteri, dan anak-anak dari terjebur ke dalam siksa Neraka Jahannam.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-Malaikat yang kasar, dan keras,yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At-Tahrim:6) |
|
|
|
|
|
|
|
Rasullulah saw juga bersabda :
"Kalian semua adalah pemimpin dan setiap kalian akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kalian pimpin. Seorang suami adalah pemimpin di dalam rumahnya (keluarganya), dan akan diminta pertanggunjawaban atas kepimpinannya. Begitu juga seorang isteri adalah pemimpin di dalam rumah suaminya, dan dia akan di minta pertanggunjawaban atas kepimpinannya."
(HR. Al'Bukhari dan Muslim, dan selain keduanya, dari hadits Ibnu 'Umar)
Anak adalah kurnia terbesar Allah berikan kepada kedua insan yang menjalinkan pernikahan. Anak merupakan harta yang paling berharga kepa keduanya. Namun kita juga perlu sedar bahawa di sudut lain anak juga adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kudua orang tuanya, serta sebagai ujian bagi keduanya....
"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian(bagimu); dan di sisi Allahlah pahala yang besar." (QS. At-Taghaabun:15) |
|
|
|
|
|
|
|
Maha Suci Allah...
saya sendiri telah dikurniakan dengan 3 orang anak... yang sulung nak masuk 4 tahun yang kedua 2 tahun lebih dan yang bongsu baru je masuk 9 bulan....
memang kalau diikutkan hati memanglah salah sikit je tangan kita dah nak naik...
anak no1 dan no2 dua-dua lelaki.... lasaknya Allah je yang tahu... mulutni dah letih menegur... kadang-kadang naik juga tangan.... tapi bila fikirkan balik... apalah sangat kesalahan yang mereka dah buat.... kita pula yang lebih-lebih ikut perasaan..
Jadi bila anak tu buat kesalahan atau kesilapan bukan ke itu ujian untuk kita sebenarnya.... untuk melihat sejauhmana kesabaran kita dan sejauhmana kewarasan kita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak tu cermin diri...
kenapa saya kata macam tu...... cuba lihat dan perhatikan anak-anak kita... terutamanya yang masih diawal usia lagi..... lihat apa yang mereka tuturkan, lihat apa yang mereka perbuatkan... cuba kita ambil masa untuk kita betul-betul perhatikan tingkahlaku anak-anak kita..... ada atau tidak apa yang mereka tuturkan dan mereka lakukan sama dengan apa yang kita tuturkan dan lakukan....
Saya masih ingat... ustaz saya kata.... kalau nak kenal peribadi ibubapa.... lihat kepada anak-anak mereka....
Anak-anak ni macam sponge... semuanya mereka serap... belum ada kemahiran dan ilmu nak membezakan mana yang baik atau buruk, bagi mereka dunia mereka adalah perasaan, dunia mereka adalah apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar juga apa yang mereka rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini apa yang dikatakan oleh Syaikh Musthafa al Adawi dalam kitabnya Fiqh Tarbiyatil Abnaa' (dah ada terjemahan dalam bahasa Melayu/Indonesia)
Dekat situ dia kata Anak-anak Mengikuti Perbuatan Yang Dilakukan Oleh Orang Tuanya...
Seorang anak yang melihat bapanya selalu berikir dan bertahlil serta bertahmid, maka dia pun akan mudah mengucapkannya,
Seorang anak yang selalu melihat bapanya berpuasa Isnin dan Khamis, ikut serta dalam solat berjemaah di masjid, jelas akan berbeza dengan anak yang melihat bapanya berada ditempat-tempat hiburan atau kemaksiatan
Kita akan melihat seorang anak yang selalu mendengarkan suara azan akan mengulang-ulang lantunan azan, dan kita akan melihat seorang anak yang selalu mendengarkan lagu akan, akan sentiasa mengulang-ulangkan lagu tersebut.
Andaikata seorang bapa memiliki peribadi yang selalu berbuat baik kepada orang tuanya dengan berdoa untuk mereka dan memohon keampunan kepada Allah bagi keduanya, selalu memenuhi keperluan keduanya dan memperbanyakkan doa untuk keduanya, atau beriarah ke makan kedua orang tuanya, bersedekah untuk keduanya, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka, juga selalu bersedekah kepada orang-orang yang selalu disedekahi oleh mereka...
jika seorang anak melihat perangai orang tuanya yang demikian, maka dengan izin Allah anak itu akan meniru apa yang dilakukan oleh kedua orang tuanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang anak yang dididik solat oleh orang tuanya jelas akan berbeza dengan seorang anak yang biasa diajar menonton tv, filem, muzik atau bola sepak...
Sesungguhnya jika seorang anak melihat kedua orang tuanya melakukan solat malam dengan menanggis kerana takut kepada Allah, membaca al-Quran, nescaya dia akan berfikir kenapa bapanya menanggis? kenapa dia melakukan solat, dan kenapa bapanya meninggalkan katil yang empuk, kenapa memilih air wudhu yang dingin sejuk?
Semua pertanyaan ini akan sentiasa tertanam dalam fikiran si anak dan akan selalu memikirkannya... dan insyaAllah si anak akan bakal meniru apa yang dilakukan oleh kedua orang tuanya dengan izin Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang anak yang dididik solat oleh orang tuanya jelas akan berbeza dengan seorang anak yang biasa diajar menonton tv, filem, muzik atau bola sepak...
Sesungguhnya jika seorang anak melihat kedua orang tuanya melakukan solat malam dengan menanggis kerana takut kepada Allah, membaca al-Quran, nescaya dia akan berfikir kenapa bapanya menanggis? kenapa dia melakukan solat, dan kenapa bapanya meninggalkan katil yang empuk, kenapa memilih air wudhu yang dingin sejuk?
Semua pertanyaan ini akan sentiasa tertanam dalam fikiran si anak dan akan selalu memikirkannya... dan insyaAllah si anak akan bakal meniru apa yang dilakukan oleh kedua orang tuanya dengan izin Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Demikian pula seorang anakperempuan yang melihat ibunya selalu berhijab (Bertudung) dan menutup diri dari lelaki lain, dia telah dihiasi dengan rasa malu dan sikap menjaga kehormatan, kesucian dirinya telah menjadikan dirinya mulia. Jika ibunya demikian, nescaya anaknya juga akan menanamkan rasa malu, menjaga kehormatan dan kesucian dirinya. Manakala seorang anak perempuan yang melihat ibunya sentiasa berhias diri di hadapan setiap lelaki, bersalaman dan bercampur gaul, tertawa dan tersenyum bahkan mungkin menari bersama mereka, maka anaknya juga akan belajar yang demikian itu dari ibunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Meringkankan Hukuman
Sesungguhnya anak-anak memiliki kemampuan akal jauh lebih rendah daripada orang dewasa. Dengan yang demikian, jika kita hendak memberikan hukuman kepada mereka atas kesalah yang dibuat, maka hukumlah sebahagian perbuatannya dan maafkanlah mereka pada sebahagian yang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|