|
insha Allah, aamiin. terima kasih atas doa matt..
|
|
|
|
|
|
|
|
eh lama tk dgr cerita awak
sopleased to get connected again
sehat ke
dah vaccinate dah?
|
|
|
|
|
|
|
|
hihihi yelah ipes...lama tak bukak porum ni. kekangan kerja.
insha Allah...ida akan update dari masa ke semasa perkembangan iffad.
alhamdulillah, ida dan keluarga sihat2 saja. ida dah complete 2 dos.
tunggu yang ke 3 pulakk..
ipes sekeluarga sihat tak? ida harap semoga sihat dan sejahtera sentiasa.
kat sana suasananya macam mana? 2 3 hari kebelakangan ni kes semakin menurun.
kat kampung ida pn ade 5 6 buah kena kuarantin. alhamdulillah, keluarga ida masih Allah lindung.
mintak dijauhkanlah penyakit covid ni..aamiin.
nanti ida cuba masukkan video, gambar terbaru iffad kat sini ek. dah banyak cekadak dia sekarang.
cakap pun tak berenti. tapinya... loading kejap untuk paham apa yang nak sampaikan tu.
sengau campur pelat sikit. hihihi... huruf dah kenal A sampai Z. Boleh count 1,2,3...15.
time suh menulis tu mim alif lam siin sikit. conteng2 jelah dia tahu. but it's ok, ida tak paksa pun.
mungkin ambil masa sikit kan..bau 5 tahun. dia belum puas lagi nak bermain, meneroka, menjelajah..
gasak yakmat.. jatuh basikal, rebah time berlari.. dahi tu benjol sana sini, lutut, betis dan berparut dah.
tapi tak serik... dah namanya anak jantan. lasak dari abang dia. abang dia jenis manja kededek sikit.
sambung next story nanti..insha Allah..
|
|
|
|
|
|
|
|
ye lah, kerja mmg begitu nature nya; dan kerja perlu didahulukan, kerana ianya amanah.
bercakap tentang amanah, good to hear iffad continues to do well
ha uplaod la pix dia, or youtube dia
dah 5 tahun.. how fast time flies!
ha biarlah dia scrapes his knees etc etc
seronok jadi budak ni, lari sana sini jatuh bangun benjol etc
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kabar iffad sekarang?
harap dia ceria2 selalu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hatida at 26-4-2022 02:01 PM
Assalamualaikum ipes... Alhamdulillah Iffad sihat2 saja. Awal puasa hari tu gi cabut gigi Iffad kat Klinik Bedah Mulut HSNZ. Next month 10/5 warded untuk cabut semua gigi dia yang rosak atas bawah. (bad caries) Geraham belah bawah infected jugak.. berlubang. Tak tau lagi jadi ke tak. Kalau ikutkan 5/4 hr tu dah warded...tapi postpone pasal OT takleh guna ke ada kes emergency gitulah. Payah jugak la nak cabut gigi dia tu sebab tak bagi kerjasama.. meronta2. Nasib ayah dia ada. Kena "khejong" jugok la orang Ganu kata...
Last week Ida pun dah settle daftar dia sekolah (PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi). Tahun depan 7 tahun dah Iffad, Ipes. How fast time flies. Rindu dia masa dia kecik2 dulu. Macam mana lah dia sekolah nanti. Harap2 oklah. Bila tengok abang dia gi skolah, dia pun sibuk nak gi skolah jugak.. Huhuhu..
Ohh lupa nak bagitau Ipes, sekarang ni Iffad on teraphy. Horse Teraphy.. buat kat TER Kuala Ibai. Ramai yang join... anak2 istimewa baya2 Iffad. Dia tak takut kuda sebab Ida biasa bawak dia gi pantai, naik kuda. Masa first session tu dia agak awkward sikit la, moody sebab ramai orang, dikelilingi dengan orang yang tak kenal. Tak ikut arahan instructor pun. Buat donno je... muka takde perasaan. Tu satu2 perangai dia yang buat Ida geram sangat2... Sekali dua dia boleh lagi ikut arahan. Masuk kali ke tiga tak buat dahhh... Semalam ada pergi kat sekolah dia (PPDK - Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti) doktor OT nak jumpa.. untuk pemulihan carakerja. Senyap tak bercakap sepatah pun dengan Cikgu tu (Kitorang panggil cikgu, bukan doktor.. hehehe) Puas pujuk, tak jalan jugak. Dia palingkan muka, meniarap sorokkan muka, buat perangai.. Entahlah. Ida pun pening ngan perangai dia kadang2. Kalau kat umah dia ok je.. Siap menyanyi lagi. Cakap tak berenti. Kalau si abang bercerita, dia pun sibuk bercerita jugak walaupun kadang2 butir percakapan dia tu tak jelas. (Sengau+pelat) Nanti Ida masukkan gambar terbaru dan video dia. Thanks Ipes selalu bertanyakan pasal Iffad.
Oh, btw... selamat berpuasa & selamat hari raya Ipes, maaf zahir batin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hatida at 26-4-2022 02:28 PM
Gambar terbaru Iffad
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hatida at 26-4-2022 02:34 PM
Throwback Iffad masa kecik2 dulu...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh
ini pelakon Korea!
handsome budaknya Iffad ni kan?
alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
|
a gift from Allah to you
semoga Allah murahkan rezeki dia dan you all
truly, kids ini rezeki Allah pada kita kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam. Ramadhan Kareem dan semoga sinar Ramadhan hadir pada kita.
Gigi2 susukan? Semoga gigi2 dewasanya tumbuh dgn baik. Mungkin caries dia adalah kerana pengumpulan air liur dan pergerakan airliur yg mungkin berbeza, entahlah sy speku sahaja (kita telan air liur kita secara spontan; mungkin berbeza dengan Iffad).
Ya, pakat2 lah khejong.. masa sy nak dicabut gigi dulunya masa kecik tu kene khejong jugak ha ha. Dah 7 tahun! Alhamdulillah sgt elok Iffad ini. InsyaAllah he will do well at school, with new friends dan sebagainya tentu dia enjoy.
Wow Horse Therapy.. sy takut pada kuda takut kena ''cendas / cendah'' kata org kelate. Dia dah biasa ya dgn Horses, ok lah gitu. Moga byk yg dia dapat dari nya.
Ha ha bab2 tak ikut arahan, tak berinteraksi dgn Cikgu tu biasalah. Sy ni pon mana lah nak ikut sgt arahan2 kat skolah ni . Ha ha sy masa kecik nak jadi cikgu, kehulu ke hilir kilik buku dalam kampung; org2 kampung pon paggil ''Cikgu'' sampai kini ha ha. Alhamdulillah sy juga ngajar kat Uni.. semalam baru je examine budak2 dental school tahun 4.
eh hebat lah system negara kita .. ada mcm2 utk support Iffad. Jgn lupa beri kad2 pada therapist2 semua to say thank you dan letak cap jari Iffad kat situ . tentu mereka rasa puas hati bantu Iffad. kita bagi kad aje, tapi depa rasa seolah kita bagi suatu sebesar alam ha ha, hikmah memberi.
Good luck dan moga all smooth utk Iffad utk cabut gigi nanti. Anaesthetics dia kena specialized sikit kerana mereka tidak mahu semasa anaesthetics tu, ie GA tu, airliur mengalir masuk dalam lungs dia, itu sebab mereka pilih time betul2 tu.
Apa2 pun, kita Raya dulu insyaAllah. Maaf zahir batin dan kita nanti images2 terbaru dari Iffad
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum doc & kawan2... long time no see kan? maaf sangat2 sebab lama sangat dah tak hapdet pasal Iffad.
Ohhh btw saya & keluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
kepada kawan2 porum yang selalu follow kisah Iffad. Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa.. aamiin.
Alhamdulillah Iffad sekarang dah tahun 2... semakin cerdik, bijak, dah pandai manipulate orang sekeliling dia.
Kuat merajuk, suka membentak.. Suka bercakap macam bertih jagung...
Makin menjadi jadi perangai dia. Dah besar kan.. ramai kawan2 kat sekolah.
Seorang yang suka pergi sekolah, join macam2 aktiviti kat sekolah.
Pertandingan hari sukan negara, dapat anugerah pelajar proaktif, masuk macam2 pertandingan kt sekolah.
Last 3 weeks, seminggu sebelum raya haritu Iffad kena chicken pox. Demam 2 hari.. kesian tengok dia.
Tido tak lena, gatal, miang... tergaru2 dia. Ni alhamdulillah dah sihat.
Still continued temujanji dengan pakar2... PAEDS, ENT/ORL, SPEECH TERAPHY, DENTAL, PLASTIC SURGERY
Semalam 22/4 temujanji dengan pakar ENT/ORL... buat ujian pendengaran. Result dia tak berapa ok.
Dah lama dh.. sebabnya Iffad ni ada resdung. Pagi2 memang dia akan bersin, selsema.
Alergik habuk & bulu kucing. So, effected la telinga dia memandangkan di belakang gegendang telinga dia
ada air or something yang block yang menyebabkan tekanan pada telinga tu jadi tinggi.
So, doc pakar decide untuk pasang grommet pada gegendang telinga dia tu. Dia pun pernah pakai alat
bantuan telinga masa dia kecik2 dulu. Harap2 lepas ni ada perubahan la pada telinga & pendengaran
dia tu. Insha Allah... Bulan Ogos nanti buat prosedur tu. Mohon doa semua ya.
Ada masa nanti Ida masukkan video2 & gambar Iffad terkini kat sini ya. Terima kasih semua...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam warahmatullah dan Eidul Mubarak Hatida & Iffad,
Amboi dapat anugerah Pelajar Proaktif.. power tuh.
Congrats to Iffad and Mommy.
Bagus lah kena Chicken Pox awal2 semasa kecil; jika kena semasa dewasa, byk sgt complications nye
Agak common jugak kids kene chronic dan recurrent ear infections dan akan ada accumulation of fluid dalam middle ear
Nanti ENT surgeon letak lah grommet setahun gitu, nanti ia jatuh sendiri
Haa proceed lah dgn grommet insertion tu
Jika pendengaran kurang optimal, nanti akan ada effect pada pemeblajaran dan social interaction
We await pix dan videos terbaru Iffad
|
|
|
|
|
|
|
| |
|