|
KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 25-9-2018 06:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kan. aku harap dia mandul |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2018 06:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
next : julia dengan kawan baru yang bukan kawan sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Babinyer rizal. Neraka la tempat kamu nakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
hantu raya punya rizal man |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ayu..harap dah sembuh... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak baca yang lainnn |
|
|
|
|
|
|
|
jahat nye sijantan rizal ni. bunuh elok |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik citer ni.
Nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-9-2018 01:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tiba Tiba aku Teringat kisah seorang kawan suami aku Ni. Namanya ustaz harun.
Cerita Ni aku dengar dari dia Masa dia datang bertandang ke rumah. Sebenarnya dia bercerita Kat suami aku. Aku pasang telinga je. Masa tu aku mengandung anak sulung. Sebab tu dia teringat nak bercerita.
Ustaz harun Ni lulusan universiti di mesir. Balik Malaysia dia mengajar di surau surau, masjid, Kira nya atas jemputan lah.
Ada sekali tu, dia dapat offer dari ajk penduduk satu kawasan rumah apartment untuk mengajar anak anak dorang mengaji. Pucuk dicita ulam mendatang la Kan. Ustaz harun pun setuju. Seminggu 3x dia mengajar. Lepas maghrib.
Dia mengajar dalam dewan penduduk. Dewan Tak besar Mana. Keluasan lebih kurang besar sikit dari 1 bilik darjah sekolah rendah
Nak dijadikan cerita, satu malam tu, Ada seorang lelaki masuk dalam dewan. Ustsz harun pun lupa dah nama lelaki ni. Aku nama Kan fattah la ek.
Fattah : "Ustaz,maaf ganggu, saya nak minta tolong ustaz sikit
Ustaz : Ada apa encik?
Fattah : minta ustaz ikut ke rumah saya. rasanya susah nak explain.
Ustaz: eh kenapa pulak Ni
Fattah : isteri saya tu. Pelik la ustaz. Asyik nangissss je.
Cut story short, ustaz harun pun ikut lah si fattah Ni balik rumah dia.
Sampai je, nampak la isteri si fattah ni dok termenung kat meja makan. Air mata mengalir je.
Ustaz harun blank. Dia baca apa yang patut pada segelas air. Bagi isteri si fattah Ni minum. Tapi takde perubahan. Isteri si fattah Ni menangis sampai teresak esak.
Sayu sungguh menengoknya. Bila fattah nak pegang si isteri Ni, isteri dia menolak. Siap marah marah. Jangan pegang pegang aku katanya.
Menurut fattah, isteri nya tu lemah lembut. Tak pernah meninggi suara pada fattah sebelum ni. Tiba2 fattah balik kerja lepas maghrib tadi, isteri nya menangis teresak dalam bilik tidur. Lampu Tak di buka. Langsir tingkap Semua tutup. Peliklah fattah. Apahal pulak Ni.
Ustaz harun mengaku Kat fattah dia memang Tak pandai mistik mistik ni. Dia minta izin dari fattah utk panggil sahabat nya ustaz ikhwan.
Selepas dapat keizinan fattah, ustaz harun pun panggil ust ikhwan. Bila ustaz ikhwan sampai, dia baca baca surah Dan Mula buat ruqyah.
Ustaz ikhwan pelik. Makhluk yang menghuni tubuh isteri fatah lamgsung Tak agresif walaupun menanggung sakit di ruqyah oleh ustaz ikhwan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-9-2018 01:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-9-2018 03:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ustaz ikhwan tak putus asa. dia cuba kunci ibu jari isteri fattah (aku namakan isteri fattah ni intan ye) dan cuba berinteraksi dengan makhluk yang menumpang dalam tubuh intan.
intan masih menangis. sekejap meraung. sayu sangat. kata ustaz ikhwan, dia tak pernah jumpa kes macam ni. ni pertama kali. dengan keadaan perut intan besar mengandung 8 bulan. memang kesian bila menangis tersedu sedu.
kata makhluk yang menumpang dalam tubuh intan, dah lama dia jaga intan. sejak kecil. dia sayang dan cinta kan isteri fattah ni. katanya dia jaga intan lebih dari fattah menjaganya.
maka berlaku lah insiden yang biasa berlaku. halau menghalau.. hehe..
ustaz ikhwan cuba keluarkan makhluk tu dari tubuh isteri fattah. dia tak melawan agresif. dia cuma menangis menangis dan menangis. merayu rayu ustaz ikhwan jangan halau dia.
"aku sayang dia. aku cinta dia. jangan lah paksa aku.. aku nak duduk dengan dia sekejappp je. tak lama dah ni. nanti sampai masa aku akan keluar. jangan lah buat macam ni. kau buat macam ni bukan aku je sakit. dia pun sakit. jwb benda yang menumpang dalam tubuh intan.
jam dah makin lewat. malam makin pekat. setelah gagal, ustaz ikhwan mencadangkan supaya fattah cuba cari perawat lain. ustaz ikhwan ada kenal perawat lain yang tak kurang handal.
mendengar perbualan ustaz ikhwan dengan fattah, intan bersuara. tak payah lah. kau jemput raja segala bomoh pun aku takkan tinggalkan dia. tolonglah. aku akan tinggalkan dia bila masanya dah tiba. tak lama dah. esok sebaik saja matahari naik, aku tinggalkan dia.
ustaz ikhwan pandang fattah. fattah pandang ust harun. ustaz harun pandang ustaz ikhwan.
"percayalah. aku tak kan menipu. esok pagi aku pergi"
maka ketiga tiga mereka pun sepakat untuk menunggu esok. kesian ustaz harun tengok fattah. semasa ustaz harun dan ustaz ikhwan keluar makan, mereka belikan makanan untuk ikhwan tapi langsung tak berusik.
malam tu fattah call ibu bapa nya. call ibu bapa intan yang jauh di sabah. bercerita kan hal intan. kemudian mereka bertiga solat hajat dan tahajud bersama. intan masih di dalam bilik. sekejap baring. sekejap berjalan ke dapur, ke ruang tamu dengan perut yang besar. sekejap menangis.
esok pagi, sesudah subuh, fattah memanggil ustaz harun dan ustaz ikhwan yang berada di ruang tamu. ustaz2 ni pun masuk dalam bilik. tengok intan tengah baring. macam tidur. kata fattah badan intan panas sgt. puas fattah kejutkan intan. tapi intan tak nak bangun.
fattah call ambulance. bawa intan ke hospital. sampai di hospital, blood pressure intan tinggi. suhu badan tinggi. doc check baby dalam perut intan tak ada pergerakan dan sahkan baby intan dan meninggal dalam perut.
intan masih tak sedarkan diri. selepas baby intan dikeluarkan, doc kata baby dah meninggal dalM perut lebih dari 24jam. darah intan dah kena infection. selepas beberapa hari di tahan di icu, intan meninggal.
menurut ustaz ikhwan, jin dalam tubuh intan tempoh hari mungkin jin asyik atau saka yang sangat sayangkan intan. dia mungkin dah tau yang ajal intan ni dah sampai. tu yang dia sedih sangat dan tak nak tinggalkan Intan.
selfish betul jin tu.
begitulah kisah yang disampaikan kat kami suami isteri oleh istaz harun. kalau istaz harun baca ni, mati la dia tau aku kaki porem.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
cheesysauce replied at 25-9-2018 01:31 PM
sekali lagi, cikmas jemput ustaz musa dan hj soleh datang. cikmas kata ni ikhtiar terakhir dia. kala ...
Dah agak penangan pengasih.. semoga rizal mendapat balasan yg setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-9-2018 08:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Gangguan Hardcore Di Quarters Masjid
cerita di petik dari exhousemate aku masa bujang. suzie.
suzie lulusan universiti. aku kenal dia masa dia kerja kat legal firm. menyewa satu rumah dengan aku. sebelum kerja kat legal firm tu, dia kerja sementara sebagai guru tadika islam. tadika tu dalam sebuah masjid besar.
masa baru masuk rumah tu, tadika tu ada belasan guru yang masih belum kawin, dan dicampur staf pengurusan yang masih belum kawen, total 14 orang. dorang ditempatkan dalam 1 rumah teres 2 tingkat 3 bilik medium. 1 bilik kecik yang dijadikan stor.
memang agak sesak la. ramai kot. nak dijadikan rezeki, ada 1 rumah quarters yg kosong sebab staf pindah. dan di quaters tu sebelum ni memang dah ada quarters kosong yang lama tak berpenghuni. tapi boss dorang tak masukkan dorang kat situ sebab ada 1 rumah je. tak nak pisah2 kan dorang. ni bila dah ada 1 lagi dah kosong ni, rezeki la.. maka boss si suzie pun sewa quarters tu untuk staf2 dia ni. suka la cikgu2 ni dapat keluar dari rumah yang sesak tu. lagipun, ada peluang la nak ushar imam muda, bilal muda, ustaz muda kat situ. buat buat terserempak kat tangga ke kata suzie.. ahakss
quartes sekarang ditingkat 1, ada 3 bilik setiap 1. dan 2 bilik air. lupa aku nak bagitau. kebanyakan guru ni lulusan alazhar mesir. memang budak2 baik la semua. jubah, tudung labuh. ada la sorang 2 yg nakal2 tapi bukan jenis sosial.. cuma jenis kuat menyakat, mulut lepas, gitu gitu je la. overall budak2 ni termasuk suzie sekali mmg jenis sopan lah.
so kat quarters tu kebetulan dorang dpt rumah dekat dekat. selang sebuah rumah je. standard quarters jenis berderet. rumah yang lama tak berpenghuni tu di hujung sekali. seronok la sebab sliding door kat living room, dan tingkap semua bilik mengadap luar. tingkap dapur pula mengadap laluan koridor luar.
masa baru masuk rumah tu, master bedroom akan kotor dan sepah. penuh dengan najis burung. agak penat gak la mencucinya. puncanya, bilik2 kat quarters tu bertingkap jenis bilah kaca ya yang di selit pada kepingan aluminum dan disusun bertingkat. cara nak buka dia, tarik kekunci kat tepi dan semua bilah bilah cermin akan terbuka. ngam ngam di luar bilik tu pulak ada sebatang pokok yang sangat besar.
masa dorang masuk pindah situ, 2 bilah cermin tu dah pecah. separuh dahan pokok dah berjuntai masuk ke dalam bilik. jadi memang bebas la burung, tupai, dan tikus keluar masuk bilik tu. melalui lubang cermin tu dan melalui dahan yang terjulur masuk ke bilik tu. mujur lah pintu bilik tu bertutup. kalau tak, memang habis satu rumah penuh tahi binatang dan kena sental.
lepas setel cuci rumah, trim sikit ranting pokok yang masuk dalam rumah, pasang cermin baru, boss pindahkan perabot dan alat elektrik masuk, maka cikgu2 ni pun pindah masuk dengan gembira dan bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
cheesysauce replied at 28-9-2018 08:34 AM
Gangguan Hardcore Di Quarters Masjid
cerita di petik dari exhousemate aku masa bujang. suzie.
Wow..suspen..tt sial sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak baca sambungannya |
|
|
|
|
|
|
|
cheesysauce replied at 24-9-2018 09:40 PM
u di tengah hutan
Jengka ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-9-2018 12:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rezeki Suzie.. suzie dapat duduk bilik master yang tingkap rosak sebelumnya tu. Roommate dia kak jamilah Dan kak salmi.
Pada Bulan bulan permulaan, mereka ok je Kat rumah tu. Cuma sesekali, Suzie perasan, perabot rumah tu selalu beralih tempat. Contohnya, Rak tv di letak tepi dinding, centre Kat Hall supaya senang dorang melepak ramai2 semua boleh tengok dengan selesa. Tapi esok nya Bila balik dari keje, Suzie tengok Rak tv tu diletak tepi dinding tak jauh dari sliding door balkoni. Kerusi malas kadang2 dibawa masuk ke Salah Satu bilik. Rak2 peralatan masak selalu berubah tempat. Rak sabun dalam bilik air pun diubah. Bahkan Rak pakaian jenis Rak jaring2 besi warna putih merah tu pun selalu di alih2 kedudukan.
Biasa nya selepas 2 3 Hari, perabot tu semua akan di ubah ke kedudukan asal. ada juga sekali sebaik pulang dri kerja, buka je pintu rumah, suzie perasan sofa tiba2 berubah tempat, suzie bertanya randomly "oiii sapa laaa yang rajin sgt deko deko ni oiii.." tapi tak ada jawapan. ada housemate yang senyum sumbing.. ada yang gelak2.. ada yang jungkit bahu tanda tidak tahu. mungkin tak mahu mengecilkan hati sahabat lain yang mungkin suka mengubah kedudukan perabot, akhirnya masing2 diam tak bersuara. suzie pun tak pernah lagi sebut hal tu.
hal kedua yang suzie pelik, bila mereka ada di rumah, rumah mereka selalu berbau masakan. masakan yang tak diketahui apa. nak kata Tomyam, bukan. nak kata sup, pun bukan. nak kata kari jauh sekali. tapi yang pasti bau masakan yang sedap. paling kerap, bau nasi tengah mendidih. suzie sangka suzie je yang bau. adan1 hari, kak najwa, salah seorang housemate suzie tanya suzie. "zie, wangi betul la.. sapa la yang masak sedap sangat ni. perut kenyang pun boleh lapar" suzie jawab "haah la kan kak. selalu zie bau. mesti orang ni pandai masak. tapi tak tau la jiran mana satu. " ada beberapa orang house mate suzie yang lain pun pernah berborak hal yang sama.
ok ni buktinya yang bau tu memang wujud.
perkara ke3, suzie selalu dengar bunyi kelentang kelentung dari arah dapur. macam ada orang memasak atau kemas dapur. tapi bunyi ni dah jam 2 pagi ke atas. disebabkan mata yang teramat mengantuk, suzie malas nak jenguk. suzie agak, mungkin ada housemate yang lapar. bangun masak megi kot. tapi kadang2 suzie rasa geram jugak. sebab kadang2 bunyi sudip besi diketuk pada kuali macam sebelah telinga.
selain bunyi memasak, suzie juga pernah dengar bunyi orang mandi ditengah malam.
masa berjalan. tiba lah musim hujan. masa ni suzie dan roommate lain mula la stress. sebab apa? ranting2 pokok yang berjuntai di tingkap bilik mereka terjulur di tingkap. cuaca berangin menolak dahan ke arah cermin tingkap sehingga
pecah. dah beberapa kali diganti. tak sampai sehari, cermin pecah lagi dipukul dahan sampaikan owner tadika pun dah malas layan permintaan mereka menukar cermin baru.
kalau hari hujan waktu mereka bekerja, habis lah bilik mereka basah terkena tempias dari hujan yang menimpa dahan2 pokok. lebih lagi kalau cuaca berangin. ada masanya habis tilam2 dorang basah. rak pakaian terpaksa di balut dengan plastik alas meja.. lantai kena mop hari hari. potong 1 dahan, dahan lain pula menjulur. dahan2 ini pula sangat subur dan cepat tumbuhnya disiram hujan.
akhirnya suzie, kak jamilah, dan kak salmi sepakat. mereka jumpa owner tadika en bahar (aku hentam je..nama betul tak ingat) mereka bertiga merayu dengan en bahar. pokok tu mesti di tebang. en bahar pada mulanya ketawa ketawa. mainkan mereka. anak2 dara malas katanya. tempias sikit pun sampai nak tebang pokok. kak jamilah panggil housemate mereka. minta jadi saksi. ya housemate semua setuju pokok tu di tebang.
en bahar kusut. dia minta tempoh 3 4 hari untuk bincang dengan pengurusan quarters. sehinggalah satu hari, selepas hujan lebat, kakitangan pengurusan quarters buat spotcheck bilik mereka yang tempias teruk akibat hujan berangin yang baru reda.
maka keputusan pun di capai. hujung minggu ini pokok itu akan di tebang. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila sambung wahai cik tt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-9-2018 03:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hari sabtu ke ahad mcam tu , pokok tu pun selamat di tebang. Kak jamilah, kak salmi dan Suzie pun sangat happy. Hari pun berlalu. Beberapa Hari pertama, takde apa yang berlaku. Tapi Suzie pelik bila kedudukan perabot dalam rumah tu tak lagi berubah. Tak berubah langsung. Suzie positif. Suzie fikir mungkin mula2 aritu, housemate yg rajin pindahkan perabot tu excited kot. Baru pindah. Ni dah lama, boring la sebab takde orang puji pun dia lah deco.
satu Hari, Salah seorang housemate mengadu rumah bau busuk. Mula Mula seorang Dua je yang bau. Dorang komplen sesama sendri. Tapi disebabkan orang lain tak Ada bau, Hal tu diam macam tu aje.
Tiba lah Hari khamis pertama selepas pokok tu di tebang. Aku Ada bgtau sebelum Ni cikgu 2 tadika Ni kebanyakan nya adalah lulusan alazhar. So Amal ibadat mmg tiptop. setiap khamis, dorang akan solat maghrib berjemaah combine dengan rumah no2. Kiramya 14orang la. Dan Ada makan2 bersama. Hari tu, selepas solat maghrib, tahlil, sambung bacaan Yasin di ruang tamu rumah 1 (rumah Suzie). Masa bacaan Yasin, bunyi berdentang denting dari arah bilik air. Bunyi deruan air macam Ada orang sedang mandi. Masing2 pandang memandang. Tapi bacaan diteruskan. Bunyi masih lagi kuat. Kak najwa bangun menuju ke bilik air. Menurutnya lampu terbuka. Pintu bilik air bertutup. Kak najwa agak, oh ada orang kot. Mungkin Ada yang uzur. Walaupun hatinya Marah jugak. Kot ye pun ngape bising Sgt.. tak hormat org tgh baca Yasin. Kak najwa duduk Dan sambung bacaan.
Selesai bacaan Yasin, selepas doa, bunyi tu pun automatik berhenti. Hanim bersuara. Kita semua 14 orang semua ada ni. Sape dalam bilik air? Kak najwa lupa nak Kira total org td sbb excited nak sambung bacaan Yasin.
Muka kak najwa nampak suspicious. Dia cuit alin Dan sakinah yang duduk di Kiri kanan nya untuk ikut dia. Sampai di bilik air, pintu bilik air terbuka renggang macam biasa. Lampu tak terbuka, lantai tak basah macam baru digunakan. Kak najwa garu kepala.
Mereka Cuba lupakan Hal tu. Masing masing makan sambil bergurau hambar malam tu. Cikgu cikgu rumah 2 pun balik ke rumah dorang. Meninggalkan cikgu cikgu rumah 1 bakal berdepan ddngan masalah besar.
Keesokannya hari jumaat. Cikgu cikgu ni balik awal ke rumah. Jumaat Dorang dibenarnkan balik awal iaitu pukul 12. Hari biasa balik pukul 2. Dorang Ni hari jumaat, dorang akan masak makan tengahari beramai2. Makan malam pulak tiap2 Hari akan rotate 2 orang memasak setiap Hari Dan kak najwa akan masak sorang. Jadual kak najwa yang susun. Dalam kisah Ni, kak najwa memang antara watak penting.. kak najwa Ni graduan dari mesir gak. Ilmu Dan amalan dia memang bagus. Berjubah warna gelap Dan bertudung labuh sentiasa. Umur dah 30tshun tp belum kawin. kak najwa paling senior dan dihormti oleh geng rumah sewa tu.
haritu giliran ain dan cha masak. tengah masak, tiba2 cha muntah. lauk sambal tumis udang cha tiba2 jadi sangattt busuk. nasi yang ain baru je masak jadi lmbik basi. padahal periuk masih panas. sayur kangkung jadi berlendir basi. geng lain yang jengah ke dapur garu kepala. bau busuk sambal udang chA mmenuhi rumah. masing2 ketakutan. hari itu mereka makan nasi goreng telur dimasak semula oleh kak najwa dan suzie. ain masih menamgis ketakutan.
malam itu kak najwa ajak lagi mereka buat tahlil yasin dan solat hajat. kejadian semalam berulang lagi. bunyi bising dari bilik air semakin kuat. seakan akan sesiapa sahaja yang mengamuk di dalam bilik air tu sangat marahkan doramg. bunyi macam sgala botol sabun, shampoo dan berus gigi dibaling2 kedinding dN lantai. kalau ikut logik, bunyi balingan tu akN buat botol tu semua pecah. tapi seperti semalam, selesai solat hajat dan bacaan yasin, dorang check bilik air, ia sama macam sebelumnya. kemas. bersih. tak berkecah langsung.
start ni dorang dah mula takut. malam tu start tido beramai ramai dalam bilik. masuk bilik air mandi pun berdua atau bertiga dan tak berani buka pintu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|