|
oh ye..ke..as long nati ada n3 yg panjang sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & selamat pagi semua... Nay sihat? dh ready entry baru Nay... tgh standby nak |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 9-10-2014 07:48 AM
Assalamualaikum & selamat pagi semua... Nay sihat? dh ready entry baru Nay... tgh standby nak {:stud ...
sebenarnya dah siap... nak update lappy wat hal lak
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 9-10-2014 08:27 AM
sebenarnya dah siap... nak update lappy wat hal lak
takpe Nay... belai sikit lappy tu... kurang kasih sayang tu kot... |
|
|
|
|
|
|
|
xda n3...mengharap sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Nay..bila nak upload,..best ceritanya,, |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 51
Afizah masih lagi di landa trauma. Sungguh dia terkejut dengan apa yang terjadi. Kerana kejadian yang malang itu, Danial telah pergi untuk selamanya. Malah Tengku Aida juga terbunuh dalam kejadian tembakan itu. Kalau bukan kerana dia pasti semua itu tidak akan berlaku.
“Nia ni pembawa malang kan ibu. Abang Danny meninggal kerana Nia.”
“Jangan macam tu Nia, anggap semuanya sudah di takdirkan oleh Allah. Semua yang hidup pasti akan pergi. Tidak ada benda yang akan kekal bernyawa.”
Afizah merebahkan kepalanya di riba Hajah Salbiah. Selepas kejadian hari itu dia belum pernah lagi bertemu dengan Donna dan juga Tengku Azahan. Dia tahu Tengku Azahan ada bersama dalam serbuan hari itu tapi dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Hatinya seolah-olah beku.
“Nia, ini ada surat daripada abang kamu. Ayah jumpa bawah bantal tidur dia.”
Ke hadapan adik ku Rania,
Maafkan abang atas apa yang berlaku selama ini. Semuanya terjadi kerana khilafnya abang sebagai seorang lelaki. Abang tahu abang tak patut buat Nia seperti itu. Tapi abang tak mampu kawal diri abang bila jumpa Rania. Ketika abang di universiti dulu abang telah berkenalan dengan Tengku Aida Isabella. Anak kepada bekas pensyarah abang. Ketika itu dia baru berusia 16 tahun. Abang hanya anggap dia sebagai seorang adik seperti abang menyayangi Rania namun semuanya berubah apabila suatu malam, dia datang kepada abang memohon menumpang rumah abang. Datangnya dia dalam hujan yang lebat dan dia basah kuyup. Naluri abang tidak mampu untuk bertahan melihat godaan di depan mata. Silap abang, abang perkosa dia malah abang ugut dia agar simpan rahsia itu bersamanya. Malam itu, bukan sekali tapi berkali-kali abang melakukan perbuatan terkutuk itu. Abang tidak mampu mengawal diri abang. Sejak kejadian itu, setiap hari Isabella akan datang ke rumah abang. Dia datang kerana menjadi seronok dan gian kerana perbuatan abang.
Beberapa bulan selepas kejadian itu, abang berkenalan dengan seorang perempuan. Orangnya agak cantik. Abang jatuh cinta untuk kali pertama tapi cinta abang tak kesampaian apabila Isabella muncul menghancurkan hubungan kami. Isabella menganggap abang adalah haknya yang mutlak. Apabila abang sudah berpisah dengan kekasih abang, abang kembali kepada kegiatan lama bersama Isabella. Abang tidak bisa menolak keinginan Isabella yang rakus. Setiap kali abang bertemu dengan wanita lain pasti akan kecundang juga akhirnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pertemuan abang dengan Inia telah merubah hidup abang. Abang mula mengabaikan Isabella kerana Inia mampu menunaikan keinginan seks abang. Kami mula tinggal bersama, hidup seperti pasangan suami isteri. Abang rasa bahagia sangat, wajah dia persis wajah kamu Rania. Sebab itu abang sayang kepadanya. Suatu hari ketika kami balik daripada berparti di rumah kawan abang, Isabella menghubungi abang untuk bertemu kerana dia rindukan abang. Abang beritahu Isabella yang abang balik kampung kerana abang tidak mahu dia mengganggu keharmonian hidup abang dengan Inia. Tapi malang tidak berbau, Isabella datang ketika abang dan Inia sedang hanyut dalam gelora asmara. Isabella mengamuk, dia menyimbah kerosin ke tubuh Inia. Di depan abang, Inia terbakar hidup-hidup. Sejak itu, hidup abang jadi tak menentu. Setiap masa asyik terkenang Inia. Sebab itu bila balik kampung abang tengok Rania yang semakin membesar seperti abang melihat bayangan Inia. Abang minta izin untuk bawa Nia tinggal bersama abang hanya kerana bayangan Inia ada pada wajah Nia.
Tapi, bila Nia mula mengenali Ariff abang sudah tidak mampu membendung perasaan abang terhadap Nia. Pada abang bila Ariff sentuh tangan Nia, bererti dia menyentuh tangan Inia. Abang dah tak mampu membezakan Rania dengan Inia. Pada abang Inia hidup dalam bayangan Rania. Bila Nia lari tinggal dengan Afizah, abang cuba dekati dia. Memang mudah untuk buat dia jatuh cinta dengan abang, tapi abang juga mula melupakan bayangan Inia. Saat abang mula merasakan jatuh cinta pada Afizah, Isabella muncul semula. Cuma kali ini dia agak dewasa sedikit berbanding sebelum ini. Dia agak matang dalam melayani setiap perkara. Namun, dalam diam dia merancang sesuatu. Merancang untuk membunuh Afizah. Dia terlepas cakap ketika bersama Hilman, dan Hilman beritahu kepada abang kerana dia tahu abang benar-benar menyayangi Afizah. Seminggu selepas kemalangan yang menimpa Afizah dan Rania, Isabella selalu meracau mengatakan dia tidak bersalah. Dia kata abang yang bersalah. Dia buat semua tu kerana abang malah dia juga meracau mengenai kehilangan Hilman. Sebenarnya Isabella telah membunuh Hilman kerana membocorkan rahsia kepada abang.
Selepas kejadian itu, Isabella pun berkahwin dengan pilihan orang tuanya. Tapi dia masih tidak mahu berpisah dengan abang katanya dia masih boleh bersama abang walaupun dia sudah menjadi isteri orang. Satu hari dia datang kepada abang mengatakan dia menemui seseorang yang berwajah Afizah. Ketika itu abang belum bertemu Nia yang berwajah Afizah. Bukan abang tidak mahu mengakui Afizah yang abang kenali adalah Nia tapi abang mahu selamatkan Nia daripada buruan Isabella yang menyimpan rasa tidak puas hati apabila Nia mendapat layanan melebihi dia dalam keluarga mentuanya iaitu keluarga Tengku Ariff Azahan. Selebihnya mungkin Donna boleh ceritakan kepada Nia. Maafkan abang juga kerana menuduh Donna. Abang sudah mampu melupakan Inia namun wajah Nia yang seperti Afizah menggamit memori abang ketika bersama Afizah. Abang menyesal kerana terlambat untuk menyelamatkan Afizah daripada kebencian dan dendam Isabella.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya ini yang dapat abang nukilkan buat Nia. Abang harap Nia dapat terima Ariff semula dalam hidup Nia. Dia seorang lelaki yang sangat baik. Dia tidak pernah menyintai wanita lain selain daripada Nia. Cuma silapnya dia tidak pernah berterus terang mengenai identiti Nia. Tapi abang kesal apabila Donna megarahkan wajah Nia di ubah persis Afizah. Hanya kerana kesilapan itu, Nia menjadi mangsa dendam Isabella yang menganggap Afizah belum mati. Doa abang sentiasa bersama kalian semua. Dan abang tahu ketika Nia baca surat ni abang sudah pergi untuk selama-lamanya. Akibat terlalu banyak mengambil ubat penenang yang berlebihan abang di sahkan mengalami penyakit hati yang kritikal. Bukan abang lambat mengesannya tapi abang yang tidak mahu mengambil sebarang rawatan untuk mengubatnya. Sekali lagi abang minta maaf pada Nia atas kesilapan abang selama ini.
Salam sayang.
F. Danial.
|
|
|
|
|
|
|
|
okay nanti free nay post lagi |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 15-11-2014 06:19 PM
okay nanti free nay post lagi
Baru perasan Nay dah update....
Err...boleh komen?
|
|
|
|
|
|
|
|
best... kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & selamat petang semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-11-2014 06:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-11-2014 05:50 PM
Assalamualaikum & selamat petang semua...
Waalaikumsalam Zam |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 15-11-2014 10:17 AM
Bab 51
Afizah masih lagi di landa trauma. Sungguh dia terkejut dengan apa yang terjadi. Kerana ke ...
Asal haku pening baca ayat engko ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 2-9-2014 01:08 AM
Sorry...
Sebagai permulaan tulis novel, not bad. Agak twisted, kira larilah juga dari tema c ...
Sokong statement ini. |
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 29-8-2014 12:46 PM
acik nay
kaka dah baca
ok now waiting for anor 5 episodes
Hakak baca rak novel titew? |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 26-8-2014 03:48 PM
Bab 50
Afizah melihat sekeliling. Keadaan yang samar-samar sukar untuk dia mengenal pasti di mana ...
I love this bitch baby! WOOOHOOOOOO |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|