nanti sambung lagi yaa kaka..
************************************
Sewaktu Auna Aulia melangkah ke pejabat dia melalui meja Nurul kerani di bahagiannya.Kelihatan Sherry sedang duduk bertinggung dimeja.
“Aikk..mengada-ngada.. makan pun sampai nak makan kat bilik boss. Yerlah orang tengah bahagia sekarang..” sindir Sherry.
Auna Aulia hanya menggelengkan kepala. Melihat telatah Sherry seperti melihat seorang perempuan yang terdesak sangat.
“Ingat..langit tu tak selalu cerah..” kata Sherry lagi. Dia geram melihat reaksi AunaAulia. Macam orang tak ada perasaan. Dia masih berdendam dengan Auna Aulia. Diaakan pastikan Auna Aulia akan jatuh terduduk. Tak mampu bangkit semula.
Auna Aulia duduk di mejanya. Termenung. Tiba-tiba Syafiqah muncul. Bersama fail.
“Ni ada surat nak kena sign..” kata Syafiqah.
Auna Aulia meneliti beberapa surat itu. Setelah selesai Syafiqah menghulurkan satulagi fail.
“Akak nak cuti?” tanya Auna Aulia.
“ahah..minggu depan. Mama dengan abah nak datang rumah nak berbincang.”jawab Syafiqahsegan.
“ooyer ker..bila plan nye tu.. Auna pun dua tiga hari ni taj sempat nak call abang tanya..”
“hujung tahun. Muktamad. Abah dengan baba tak mahu lewat-lewat”
“errmm baguslah tu.. abang dengan akak pun dah tunang almost one year dah.. akak balikdengan siapa.?”
“Auna tak tahu erk..” tanya Syafiqah.
Auna Aulia menggelengkan kepala. “Tahu apa?”
“abang ada kerja dekat Johor jadi terlanjur tu singgah rumah terus bincang.” JawabSyafiqah.
“errmm..okey..bincang baik-baik yerr..” usik Auna Aulia.
Syafiqah tersengih tertunduk malu. InsyaALLAH semoga di permudahkan segalanya. Setelah selesai urusannya Syafiqah keluar dari bilik Auna Aulia.
Auna menyambung kembali kerjanya. Dia perlu menyiapkan semuanya. Terlalu banyak yang tergendala. Dia tidak mahu membebankan ornag bawahannya. Sedangkan dia mampu menyudahkan.
Auna Aulia leka membetulkan lukisan tiba-tiba Sherry masuk dan melemparkan fail AunaAulia terkejut kerana hampir kena pada mukanya.
“Eh kenapa ni Sherry..?” tanya Auna Aulia menahan geram.
“You boleh tanya I. You tahu tak project dekat Seremban tu I yang handle suddenly Datukcakap dia bagi you uruskan projek ni. Siapa yang tak marah” tengking Sherry. Hatinya panas. Satu-satu benda yang dia miliki dirampas oleh Auna Aulia budak hingusan.
“Itu I tak tahu, I hanya ikut arahan Datuk. Anything please refer to Datuk.”
“You memang sajakan. Sudah lah dalam diam-diam you caras Khaleel now takkan dengan bapak dia pun you nak gadai body..” kata Sherry sinis.
“Sherry jaga sikit mulut you..”
“Heii perempuan I jaga mulut I atau you yang kene jaga diri you..”
“Sherry please refer pada Datuk okey I tak tahu apa-apa. I buat apa yang Datuk dah arahkan..” Auna Aulia cuba berdiplomasi
“Heii betina kalau tak kau yang membodek Datuk tak ada maknanya Datuk nak serahkan padakau. Dasar pencaras”
“Sherry..”tempik Auna Aulia. “You jaga sikit bahasa you okey. Now I banyak kerja nak buat..you please balik tempat you finish you work” arah Auna Aulia.
“Heii you ingat I takut.. ini sherry okey.. one day you will pay all this..” kata Sherry lalu keluar dari bilik Auna Aulia dengan menghempaskan pintu.
Auna Aulia terduduk di kerusinya. Badannya menggigil cuba menahan marah. Dia tahu kenapa Datuk Khaleed Zamri menyuruh dia menguruskan project di seremban. Ini semua kerana Sherry yang culas turun melawat tapak dan banyak masalah di tapak pembinaan. Auna Aulia memicit kepalanya yang pening.
bersambung
Last edited by mrsT on 1-8-2013 02:01 PM
|