CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

MARDHIYAH MADISON @ SURI HATI ABANG (novel JEMARI SENI Sept 2015)

[Copy link]
 Author| Post time 24-2-2015 10:27 PM | Show all posts
pen_biru replied at 24-2-2015 09:58 PM
Hehehe ... Comel  jek terkejut cenggitu .

Tersasul Agus tu ... patutnya cakap Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2015 10:27 PM | Show all posts
TAK MAHULAH MAK…” jawab Mardhiyah. “Sedangkan sempurna lagikan orang putuskan tunang, inikan pula dah lumpuh begini. Jangan nanti kahwin setahun dua, lepas itu cerai-berai sebab tak tahan hidup dengan isteri yang tak boleh jalan macam ini.”

Puan Faridah terdiam. Sedikit sebanyak apa yang Mardhiyah kata itu betul. Setahun lebih sudah berlalu sejak Mardhiyah jalani pembedahan. Dari Piya masih Tingkatan 5, sampailah Piya lulus A-Level, dan sekarang Piya sudah pun berangkat ke luar negara untuk sambung peringkat ijazah, Mardhiyah masih belum boleh berjalan dengan kakinya sendiri. Ke sana-sini masih dengan kerusi rodanya.

Tapi entah kenapa Puan Faridah dapat rasakan yang Agus ini lain dari lelaki lain. Tiba-tiba saja dia teringat dengan Haji Suleiman, ayah Agus itu.

“Takkan dua tahun ini, Agus tak jumpa perempuan lain mak?” Tanya Mardhiyah sedikit cuak. Yalah, Agus itu bukannya tidak ada rupa. Kadang-kadang dia tengok ada imbas-imbas wajah Rafael Pereira. Rambutnya yang keriting itulah yang sama agaknya. Macam tipulah Agus itu tidak pernah jatuh hati dengan mana-mana gadis lain.

Lama Puan Faridah menatap wajah Mardhiyah yang duduk berlunjur di atas katil itu. Cantik manalah sangat Mardhiyah ini sampai Agus terpikat bukan main dengan anak sulungnya ini. Mata sepet itu agaknya. Yalah, jarang ada perempuan Melayu bermata sepet macam Mardhiyah itu. Ini semua menurun dari neneknya itulah, tiba-tiba Puan Faridah teringat dengan ibunya yang ada darah Cina. Tapi anak-anaknya yang lain, tidak pula sepet macam Mardhiyah, cuma kulit saja yang putih.

“Dah tiga kali mereka tanya Mar. Selang sebulan tanya.”

“Baru tiga kali, mak. Belum mereka tanya sampai tujuh kali.”

“Kalau betul keluarga Agus tanya sampai tujuh kali?”

Mardhiyah sudah tatap wajah ibunya. “Mak terimalah. Sebab maknanya, memang dia betul-betul ikhlas nak sehidup semati dengan Mar.”
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 11:56 PM | Show all posts
ish mar ni.. naper payah benor nak terima agus?? meh ai selpie seketul utk you..

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:27 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-2-2015 11:56 PM
ish mar ni.. naper payah benor nak terima agus?? meh ai selpie seketul utk you..

owh..abang sado
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:40 AM | Show all posts

rafael pereira la tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:42 AM | Show all posts

oh really??? hencem nya mak ai...

sori la  aku ni tak kenal sangat mat sado yang hencem ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2015 12:43 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 12:42 AM
oh really??? hencem nya mak ai...

sori la  aku ni tak kenal sangat mat sado yang h ...

ni pemain bola manhester united.. dia ada kembor.. pon main bola utk tim yg sama..


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:44 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 12:43 AM
ni pemain bola manhester united.. dia ada kembor.. pon main bola utk tim yg sama..

wah..ada pertalian saudara ka ngan Zaquan n Aidil???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 10:19 AM | Show all posts
tt xnak update ke...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tujuh kali? Waaa.. Mendera namanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:41 AM | Show all posts

mar ni mesti belajar dari puteri gunung ledang nak angka 7….  

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:10 PM | Show all posts
Okay Agus. Last try. Jangan tunggu 7, cukup 4 saja.

Kalau kali ke-4 kali kena reject, carik aje yg lain.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 12:50 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-2-2015 11:56 PM
ish mar ni.. naper payah benor nak terima agus?? meh ai selpie seketul utk you..

Aaaaaaa..... nampak aurat. Tutup mata, buat-buat tidur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 10:35 PM | Show all posts

Nak ... nak update, ni line internet baru ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 10:40 PM | Show all posts
pen_biru replied at 25-2-2015 11:23 AM
Tujuh kali? Waaa.. Mendera namanya tu

Nak dijadikan cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 10:41 PM | Show all posts
UsuFie replied at 25-2-2015 11:41 AM
mar ni mesti belajar dari puteri gunung ledang nak angka 7….

Nak uji keikhlasan orang, kena banyak syarat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2015 10:46 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 25-2-2015 10:53 PM
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 12:10 PM
Okay Agus. Last try. Jangan tunggu 7, cukup 4 saja.

Kalau kali ke-4 kali kena reject, carik aje y ...

Tapiiii... angka 7 macam bes je...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 10:53 PM | Show all posts
Okay.. ni entry baru. Patutnya dah boleh masuk entry siang tadi, tapi tertido pulak erkkk...

Komen dialu-alukan... saya berbesar hati menerima setiap komen... walaupun saya tak peramah nak jawab semua komen.
I kan pemalu orangnyer

Sila komen, saya tak marah, boleh menambahkan idea untuk plot seterusnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 10:54 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 25-2-2015 11:00 PM

BAB 19:



WARDAH MASIH LAGI SETIA mengintai dari sebalik pintu. Suara tetamu yang berbincang di ruang tamu itu sayup-sayup kedengaran di bilik ini.

“Kak Mar… memang ada iras-iras Rafael Pereiralah,” bisik Wardah dengan suara yang perlahan. Pintu bilik yang memang sengaja dibiarkan sedikit terbuka memudahkan kerjanya mengintai wajah Agus yang duduk di ruang tamu.

“Ceh… Robert Pereira mak nenek engkau…” Safa sudah tolak kepala Wardah. Dia turut sama mengintai dari celah pintu yang sedikit terbuka itu. Celah mana Robert Pereiranya si Agus itu? Harapkan rambut saja ikal halus begitu.

“Woi… aku lebih tua dari engkau. Apa main tolak-tolak kepala orang ni?” Wardah sudah tunjal semula kepala Safa. Mardhiyah tergelak kecil melihat adik-adiknya itu. Sudah besar panjang begitu pun, masih nampak keanak-anakan. Riuh rumah ini bila adik-adiknya ada di rumah. Kalau Piya dan Marzuqi ada, lagilah kecoh rumah ini.

“Rambut Robert Pereira. Tapi muka… erkkk… Robert Pereira versi Jawa. Kak… tak padanlah dengan akak. Akak putih, dia hitam…” komen Safa. Kalau Luqman bekas tunang Kak Mardhiyah itu dulu, itu baru tampan kacak bergaya. Hem, tapi sayang, kacak-kacak begitu, tak jadi pula kahwin dengan Kak Mardhiyah.  

“Mulut cabul,” Wardah sudah cubit paha adiknya. “Kau apa tahu pasal cinta? Cinta itu tak pandang paras rupa tahu…”

“Tapi Kak Mar cantik… Robert Pereira Jawa ni, tak handsomelah kak…” Safa sudah mendekati Mardhiyah yang duduk berlunjur di atas katil. “Kak betul ke nak kahwin dengan Mat Jawa tu?”

Mardhiyah tergelak lagi. “Mana ada… akak tak cakap ya lagilah… korang pandai-pandai je…” Betul pun, dia belum lagi bagi kata putus. Emak dan abah memang bagi sepenuhnya keputusan pada dia untuk kata ya atau tidak.   

Safa sudah duduk di birai katil. Wajah bersih Mardhiyah dia tatap. Kasihan Kak Mardhiyah. Sampai hati Luqman putuskan tali pertunangan. Dan sekarang emak dan abah nak kahwinkan Kak Mardhiyah dengan Mat Jawa kat luar tu ke? Kenapalah takdir Kak Mardhiyah ini begini ya? Puas sudah Safa fikir.

Kak Mardhiyah yang baik, yang manis, yang cantik, patutnya Kak Mar itu dapat jodoh yang baik-baik, lelaki yang kacak bergaya, yang berpangkat tinggi. Ini? Agus itu tukang gunting rambut. Safa sudah garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kak Mar… dia tak ada ijazah macam akak. Sekolah tak tinggi… kereta pun tak ada kak. Harap motosikal Modenas tu saja,” komen Safa lagi, macam tidak puas hati saja. Kalau Kak Mardhiyah itu jadi kahwin dengan Robert Pereira versi Jawa itu, entah-entah nanti Kak Mardhiyah yang tanggung hidup lelaki itu.

“Tak baik cakap macam itu Safa,” bantah Wardah. “Kau kan… mentang-mentang belajar kat oversea, dapat tajaan JPA, berlagak betul. Nanti sendiri dapat jodoh lelaki macam Agus itu, baru tahu.”

Hesy, Wardah rasa dia mahu cubit-cubit saja mulut Safa yang muda beberapa tahun dari dia itu. Safa ini mentang-mentang jadi graduan universiti luar negara, cakapnya riak betul. Padahal teman lelaki Safa itu orang Malaysia juga, anak nelayan. Kawan sama belajarnya dulu. Muka tak adalah kacak mana. Lepas itu pandai pula si Safa ini mengata muka orang lain tak tampan.

“Takkk… bukan macam itu. Maksud Safa, dia tu tak ada kerja tetap. Kerja gunting rambut orang saja. Nanti Kak Mar kahwin dengan dia, siapa tanggung siapa?” Safa masih membentangkan hujahnya. “Kak Mar gaji besar, dia tu?”

“Gunting rambut pun kerja juga Safa. Halal ape?” ujar Wardah, yang baru saja mendaftar jadi ahli kelab peminat Agus. Siapa kata Agus tak tampan? Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpun hitam, bakal abang iparku memang manis!

“Ada ke orang lain nakkan akak ni, Safa?” Tanya Mardhiyah pada Safa. “Kaki lumpuh macam ini, ada ke orang lain suka lagi dengan akak?” Mardhiyah sudah pandang wajah Safa.

“Akak jangan cakap gitu. Akak cantik, sape tak suka?” Safa sudah peluk bahu kakaknya.

“Cantik pun, orang putuskan juga tali pertunangan dengan akak…” sahut Mardhiyah perlahan. Kenapalah hati masih teringatkan Luqman.

“Kak Mar… Safa sayang akak…” Safa sudah lentokkan kepalanya di bahu Mardhiyah.

Kasihannya Kak Mar. Antara Kak Mar dan Kak Wardah yang garang macam nenek itu, dia lebih sayang Kak Marnya. Kak Mar ni kiranya kakak mithali. Lagipun Kak Mar lembut sikit dari Kak Wardah. Kak Wardah itu suka membebel. Entah dari mana dia menurun sikap suka membebel itu. Mentang-mentang sekolah dulu pernah jadi johan Pidato Piala Diraja peringkat daerah. Eleh, peringkat daerah je pun, cebik Safa dalam hati. Membebel macamlah pernah jadi johan kebangsaan.

“Kenapa akak tak nak terima Agus tu kak? Sayang tau muka macam Robert Pereira. Ohh Robert Pereiraaa…” Wardah sudah berangan-angan di situ. Lepas ini dia mahu cari poster Manchester United, dan lekat gambar Robert Pereira itu dalam bilik Kak Mardhiyah. Untung-untung Kak Mar jatuh suka jatuh cinta bergolek-golek dengan Agus.

“Akak ni lumpuh sebelah kaki Wardah. Dia ikhlaskah nak kahwin dengan akak?”

Kata-kata Mardhiyah itu menyebabkan Wardah dan Safa terdiam.

Ikhlas? Ikhlaskah Agus ya? Apa sebenarnya dalam hati Agus ya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:12 PM | Show all posts

wah..agus dah masuk merisik..
terima je la Mar...cinta tak mengenal rupa..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.117726 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list