CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: owencute

MARBLE CAKE

[Copy link]
Post time 8-11-2006 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 7-11-2006 10:44 PM


eh silap lah bukan dr RN tapi dr blog D, eena ni akak tampal resepinya

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA
Sumber: Shamsiah Md Shariff

Bahan-bahannya
250 gram mentega
5 ½ o ...


panjang tul nama kek nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 01:52 PM | Show all posts
thanks kak noor tlg tepekkan recipe
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:17 PM | Show all posts
ni kek marble yang sayer buat..bila ntah...tp resepi mmg amik kat CAri ni la...

anak2 mmg suker makan....sekali hadap jer....hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Makning61 This user has been deleted
Post time 9-11-2006 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by k_azah at 1-3-2006 07:45 PM
askm...penggemar marble cake sumer...
minggu lepas tiga ari berturut2 try marble kek... nak bagi kawan peknen teringin nak makan. bukan apa nak bg orang kena ler yg best... kak azah rasa marble ca ...


Makning dah banyak kali buat kek marbel ikut resepi ni. Memang sedap dan bahan2nya pun senang nak cari. Problem tang belangnya selalu fail..tapi tak pa  yg penting rasa mesti sodap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 09:23 AM | Show all posts
buat marble cake resepi cik sal_bole.. first time buat (pukul 1 pagi dok preng..preng mixer)... last tak menjadik , salah saya sebab tak sukat bahan... main agak2 je.... esoknya hubby kesian tgk cake saya yg drown in oil.. dia gi beli scale.. so semalam buat sekali lagi marble cake cik sal_bole.. jadikkk....hehehehehe... best.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by mias_2004 at 13-11-2006 09:23 AM
buat marble cake resepi cik sal_bole.. first time buat (pukul 1 pagi dok preng..preng mixer)... last tak menjadik , salah saya sebab tak sukat bahan... main agak2 je.... esoknya hubby kesian tgk ca ...

alahai...rajinnya pukul 1 pagi wat kek..
tapi kesian jugak sebab kek tak jadi..
tapi ok jugak sebab hubby dah belikan scale..lepas nie laju lerr projek kek..hihi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2006 09:33 AM | Show all posts
semalam saya pun wat kek marble gakk..teringin nk makan kek marble color pink!hehe..
kek nie mmg moist gilerr!sedappp sgt!
nanti saya tepek gambarnya kat sini..sebab almaklumlah..photobucket nie semput skett..
satu gambar satu jam!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:05 AM | Show all posts
ini gambarnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 12:58 PM | Show all posts

apa nak buat kalau takde ovallette?

soalan umum

most of the recipe here suruh mix/blend everything (including ovallette and tepung) together samapi pekat.
kalau nak kek tu gebu jugak, apa nak buat kalau takde ovallette?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by k_azah at 1-3-2006 07:45 PM
askm...penggemar marble cake sumer...
minggu lepas tiga ari berturut2 try marble kek... nak bagi kawan peknen teringin nak makan. bukan apa nak bg orang kena ler yg best... kak azah rasa marble ca ...

Kek Marble Lembut Lagi Sedap NINA

8 oz mentega  = 225 gms
6 oz tepung gandum   170 gms
6 oz gula castor (3/4 cawan sahaja)  170 gms)
5 biji telor dari fridge - asingkan  
3 sudu makan susu pekat (utk nak perisa oren tukar kepada 2 sudu sunquick)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko - diayak atau 2-3 sudu teh strawberry jem


1.Tepung diayak bersama baking powder sebanyak 2 kali. Ketepikan.
2. Pukul mentega,susu dan esen vanilla hingga kembang.
3. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
4. Masukkan telur kuning sebiji-sebiji ke dalam adunan putih telur dan gaul rata.
5. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul satu arah.
7. Apabila telah rata, bahagikan dua bahagian, satu plain dan satu lagi warna pilihan. Lebihkan sedikit adunan pada yang plain.
8. Gunakan loyang 8 inci persegi atau bulat, disapukan sedikit mentega pada dasar dan disekeliling loyang dan ditaburkan sedikit tepung gandum.
9. Ambil 3 sudu makan adunan plain dan letakkan ditengah-tengah loyang. Kemudian, ambil 2 sudu makan yang warna ditimpakan ke atas yang plain tadi. Ulang lagi dengan cara yang sama hingga habis.
10. Ketuk-ketukkan di bawah dan tepi loyang supaya adunannya kena di setiap penjuru.
11. Bakar pada suhu 180*C selama 45 minit atau hingga masak.

Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika menggunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.



k Noor dah cuba resepi nih 3 hari lepas...mmg superb laa...lembut dan moist..the best ever kek marble..dah abis pung..tak sempat posing..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by mias_2004 at 13-11-2006 12:58 PM
soalan umum

most of the recipe here suruh mix/blend everything (including ovallette and tepung) together samapi pekat.
kalau nak kek tu gebu jugak, apa nak buat kalau takde ovallette?


yg k Noor perasan..klu kek guna ovallete buka saja gebu tapi texture kek lagi halus..

klu tak de ovalette, leh pukul telur putih asing lah kot sampai kembang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 7-11-2006 10:44 PM


eh silap lah bukan dr RN tapi dr blog D, eena ni akak tampal resepinya

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA
Sumber: Shamsiah Md Shariff

Bahan-bahannya
250 gram mentega
5 ½ oz gula halus/ gula kaster
4 biji telur (sederhana) atau 5 biji telur (kecil)
1 oz badam kisar (tidak perlu disanggar)
5 oz tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat manis (condensed milk)
1 ½ sudu teh esen ros - nih k Noor ganti dgn esen vanilla sbb tak suka esen ros
Sedikit pewarna merah dan hijau


Kak noor, sukatan Oz tu kalau tukar ke gram byk mana yer?? Kat rumah tak dak sukatan Oz ni cuma ada gram dan cawan ja....tolong kak noor tak sabar nak buat ni...
:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by coklatshake at 16-11-2006 12:43 AM


Kak noor, sukatan Oz tu kalau tukar ke gram byk mana yer?? Kat rumah tak dak sukatan Oz ni cuma ada gram dan cawan ja....tolong kak noor tak sabar nak buat ni...
:geram:

...keep this webpage under your favorites...bila ko nak convert gram to ounce ounce to gram senang...


>>>Weight Conversion Calculator<<<

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 16-11-2006 01:27 AM

...keep this webpage under your favorites...bila ko nak convert gram to ounce ounce to gram senang...


>>>Weight Conv ...


Thanks a lot blackmore...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by coklatshake at 16-11-2006 12:43 AM


Kak noor, sukatan Oz tu kalau tukar ke gram byk mana yer?? Kat rumah tak dak sukatan Oz ni cuma ada gram dan cawan ja....tolong kak noor tak sabar nak buat ni...
:geram:


nampaknya akak tak perlu lah jwb...Black dah bg link tuh..lagi senang...taip dan klik...

selamat buat kek marble lah yer...jgn lupa tangkap gambar :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:04 PM | Show all posts
Ni kek marble yang aku penah cuba dari resipi puan firza nordin...kek ni wajib aku buat tiap bulan...sedapnya tak terkata malangnya gamba tarak...nanti kalo aku wat lagi aku paste kat sini anak buah aku pggl kek paddle pop sbb rasa yang pelbagai dan sedap gila

KEK ANIKA PELANGI
Sediakan tin 10 X 10 x 3 dan lenser sedikit mentega alas dengan kertas gris dan lenser lagi dengan sedikit mentega, lenser juga pada bahagian dalam keliling tin.

Bahan A :
400 gm mentega sejuk - dipotong kiub (aku pakai brand 5 star -  rasa dia lemak)
1 &#189; sd teh esen vanila

Pukul bahan2 ini dengan kelajuan 1 hingga sebati dan kemudian putar pada kelajuan 5 hingga 2 X ganda dan putih.

Bahan B :
Sediakan 7 biji mangkuk dan sudu besar dan sudu teh yang bersih dan kering.

1. Esen pandan & pewarna hijau
2. Esen Oren/Orange Emulco & Pewarna Oren
3. Chocolate Paste/Choc Emulco & Pewarna
coklat
4. Esen strawberi & pewarna merah jambu
5. Esen mentega-vanila & pewarna biru
6. Coffee Oil/Coffee Emulco & pewarna
Merah

Bahan C :
420 gm tepung naik sendiri - ayak
1 sd besar susu cair

Bahan D :
13 biji telur gred A
320 gm gula caster
100 gm gula icing - ayak 3 x
&#189; sd teh baking powder
3 sd besar Quick 75 (aku pakai JILK - yg kaler clear putih tu)

** Esen mentega-vanilla, quick 75, Coffee, Orange, Choc Emulco boleh dibeli dikedai2 alatan bakeri juga dipasaraya.

Cara:
Masukkan bahan2 D dalam mangkuk pengadun, putar pada kelajuan 1 hingga ovalette larut dan pukul pada kelajuan tggi hingga naik dan kembang 3 kali ganda (+_15 mins), masukkan bahan C sedikit2 dan terus pukul hingga sebati (10 mins)i, masukkan bahan A yg tersedia sedikit2 dan putar higga sebati (another 10 minutes).

Panaskan oven suhu 160 darjah C selama 20 minit dan dalam pada itu bahagikan adunan pada 7 bahagian, setiap bahagian masukkan setiap satu adunan dengan senarai 1-6. Gunakan 1/2 sd teh perasa dan 1/4 sd teh pewarna. Kacau sebati. Biarkan 1 bahagian kosong.

Tuang 1/2 bahagian adunan kosong dalam tin dan kemudian diikuti 1/2 bahagian adunan lain (contoh adunan pandan kemudian strawberi dsb). Sila ikut urutan 1-6 untuk mendapat gabungan rasa yang terbaik. Ulangi proses yang sama pada 1/2 adunan yang tinggal cuma pada lapisan terakhir tuangkan baki adunan kosong. Sebaiknya lakukan proses ini semasa memanaskan oven (20 minit)

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 1 jam dirak tengah.  Kek akan naik dengan baik dan tanda kek telah masak ialah `keras' bila digoyangkan pintu oven dan bukannya cair seperti semasa baru dimasukkan dalam oven dan kecut dibahagian tepinya.

Sejukkan atas redai kek. Keluarkan bahagi 4. Bungkus setiap satu dengan kertas foil dan simpan semalaman baru dipotong untuk mengekalkan kelembapan dan keharumannya.

*************************************************************************
Kek ni mmg highly recommnded sbb aku dah try banyak kali dan hasil dia perfect dari first try lagik  walopun nama dia macam kurang menarik
Bau dia bila buka foil pas 1 hari ...perghhhh sungguh mggoda
Sesiapa yang pernah try cake ni bleh la bagi review/comments...thank you

[ Last edited by  kacang^soya at 16-11-2006 11:07 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 05:43 AM | Show all posts
Originally posted by kacang^soya at 16-11-2006 11:04 PM
Ni kek marble yang aku penah cuba dari resipi puan firza nordin...kek ni wajib aku buat tiap bulan...sedapnya tak terkata malangnya gamba tarak...nanti kalo aku wat lagi aku paste kat sini anak bua ...

oh ada lagi resepi kek marble mengancam..nak kena cuba gak suatu hari nanti..tapi tengok bahan2 nya cam tak ada je kat sini...esen2 tuh sumer
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 05:45 AM | Show all posts
Originally posted by coklatshake at 16-11-2006 03:22 PM


Thanks a lot blackmore...:tq:

oh ya..lupa nak habaq..resepi kek marble nostalgia tuh ..sket aje tau..sesuai utk bakar dlm loaf pan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 17-11-2006 05:43 AM

oh ada lagi resepi kek marble mengancam..nak kena cuba gak suatu hari nanti..tapi tengok bahan2 nya cam tak ada je kat sini...esen2 tuh sumer

ha ah la kan kak nor kat Uk rupanya...tak dapek la nak nolong tp kalo kat sini senang gi bake with yen ja macam2 ada :nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 13-11-2006 11:05 AM
ini gambarnya..




kacip, yg ni kacip guna resipi sapa punya?? Tinggi dan tebalnya:pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050197 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list