CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: berun

[Tempatan] Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal

[Copy link]
Post time 21-10-2014 09:58 AM | Show all posts
petola posted on 21-10-2014 09:49 AM
u kena lihat isu anjing ni melalui argumen kerangka pmikiran melayu islam
persepsi pendapat penda ...

kepentingan dan relevance adalah dua benda berbeza

kepentingan dan pragmatik sosiobudaya ???

aspek pragmatik budaya

i tak nampak relevan dia nak buat teknik flooding ataupun gradual exposure to adversely perceived stimuli macam anjing tu satu yg kritikal yg umat islam perlukan di sini hari ni...

pada saya = anjing comel tu bukan satu masalah  tapi relate to problem anjing yg melata lata ...

itu jenis anjing yg kita cakap hari ni...

so pada i why must you nak emphasis on the malays u kena juga educate the owner of the dogs

u must know jugak in developed country penjaga anjing kutip najis anjing depa yg mebuang najis kat kali lima so relate that in malaysia kat  malaysoa berapa kerat yg buat lagu tu ?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 10:00 AM | Show all posts
Mana Dr Maza? Tak nak beri pendapat ke...

ooo lepas ust kazim etc yg tak bertauliah ni bg pendpt...baru sibuk nak cantas pndpt org lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:00 AM | Show all posts
xde sape2 ke nak buat thread kempen troll i want to touch something something ni? kt whatsapp aku belambak la plak org share kempen pegang burung
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:03 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-10-2014 09:58 AM
kepentingan dan relevance adalah dua benda berbeza

kepentingan dan pragmatik sosiobudaya ???



Perbahasan mengenai anjing bukan sekarang, malahan lama dulu tahun 1930an lagi. Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa. Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :


Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Perbahasan penuh isu ini pada ketika itu di http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:05 AM | Show all posts
Allah tak pernah mewajibkan kita mengikut Imam Mazhab yang empat, kerana hanya yang diwajibkan itu adalah mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Lagipun mazhab2 tu muncul setelah agama telah sempurna dan wahyu telah terputus..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:10 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-10-2014 09:58 AM
kepentingan dan relevance adalah dua benda berbeza

kepentingan dan pragmatik sosiobudaya ???

Persoalan: Anjing Samada Najis Atau Sebaliknya
Fiqh Imam Bukhari - http://www.darulkautsar.netarticle.php?ArticleID=1570

2.5 Persoalan anjing samada najis atau tidak. Para `ulama' berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tentang tahap kenajisannya. Imam Syafi`e, Ahmad dan golongan yang sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya berpendapat najisnya adalah najis biasa. Apa yang perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanpun sebaik-baiknya ialah tiga kali. Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari di samping tokoh-tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samaada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yang suci seperti kucing dan lain-lain dan apa-apa yang disentuhnya tidak perlu dibasuh. (15)

2.5.1 Imam Bukhari, Malik dan golongan yang sehaluan dengan mereka berdua berpegang dengan beberapa dalil daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan qias seperti berikut:

2.5.1.1 Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan apa yang diharamkan Allah). Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya [Al-Ma'idah: 4].


* Komentar: Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya berhujah bahawa jikalau anjing memang najis, bagaimana Allah akan membenarkan penggunaannya untuk berburu. Tentu sekali binatang buruan akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liurnya atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan pengunaan anjing untuk berburu malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yang sah. Binatang buruan yang ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yang suci) terlebih dahulu. Ini menunjukkan anjing bukan sahaja sejenis binatang yang suci zatnya malah sejenis binatang yang sangat istimewa menurut Al-Qur'an.

2.5.1.2 Nabi saw bersabda di dalam hadits yang diriwayatkan `Adi Bin Hatim begini:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ وَإِذَا أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ قُلْتُ أُرْسِلُ كَلْبِي فَأَجِدُ مَعَهُ كَلْبًا آخَرَ قَالَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى كَلْبٍ آخَرَ

Bermaksud: `Adi Bin Hatim meriwayatkan katanya, " Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yang ditangkapnya), maka Baginda saw bersabda, " Jika engkau melepaskan anjingmu yang telah terlatih lalu ia membunuh (binatang buruan yang ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakan binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada binatang buruan itu), makan janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkapnya untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata `Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba-tiba saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, "kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca Bismillah ketika melepaskan anjingmu, bukan anjing yang lain. [hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Hibban, Baihaqi dan lain-lain].

2.5.1.3 Imam Bukhari dan lain-lain juga mengemukakan satu hadits riwayat Ibnu `Umar yang menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yang suci, iaitu:

قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

Bermaksud: Ibnu `Umar r.a berkata, "Anjing-anjing kencing, masuk dan keluar di dalam masjid di zaman Rasulullah saw. Tetapi mereka (para sahabat) tidak merenjis pun tempat di mana terkena kencing dan tapak kaki anjing-anjing itu. [hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dan lain-lain].


* Komentar: Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak akan membiarkannya keluar masuk begitu di dalam masjid. Mereka pasti akan menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis pun tempat-tempat yang dipijak dan terkena kencing anjing. Ini menunjukkan anjing tidak najis pada pandangan mereka. (16)

2.5.1.4 Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain-lain juga menunjukkan anjing adalah binatang suci (bersih) seperti binatang-binatang lain yang suci iaitu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi saw, " Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang memakan tanah yang basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khufnya lalu mencebuk air dengannya untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukkannya ke dalam syurga."


* Komentar: Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada perbuatan seseorang yang salah di sisiNya. Nabi saw pula tidak menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khuf orang itu kerana anjing telah menjilat air di dalamnya. Apa yang ada di dalam hadits ini ialah sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana budi baiknya terhadap anjing yang dahaga. (17)

2.5.2 Para `ulama' seperti Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain cukup sedar dan amat mengetahui tentang dalil-dalil berupa hadits-hadits yang menjadi pegangan golongan yang mengatakan anjing itu najis. Tetapi mereka memahaminya dan memakainya tidak seperti yang difahami dan dipakai oleh golongan itu. Antara alasan yang diguna pakai oleh pihak Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain dalam persoalan ini adalah seperti berikut:

2.5.2.1 Imam Bukhari dan para `ulama' yang sefahaman dengannya berpendapat hadits-hadits yang memerintahkan supaya anjing-anjing dibunuh dan bekas yang terkena jilatannya supaya dibasuh sebanyak tujuh kali dengan salah satu basuhannya hendaklah dengan tanah yang suci, itu sudah mansukh semuanya atau ia tidak ada kena mengena dengan najisnya zat anjing itu tetapi sebaliknya kerana faktor lain iaitu demi menghapuskan semangat meniru dan kagum dengan orang-orang Yahudi yang pada ketika itu sangat berpengaruh lantaran mereka adalah Ahlil Kitab dan menguasai ekonomi masyarakat setempat yang mana majoritinya terdiri daripada orang-orang `Arab yang kemudiannya telah memeluk agama Islam. Dalam persoalan ini Nabi saw telah bertindak sebagai ahli psikologi masyarakat atau seorang pembina dan arkitek umat dengan menggunakan cara dan kaedah sendiri yang telah terbukti sangat berkesan.


2.5.2.2 Hadits-hadits yang menyebutkan bahawa `amalan orang yang memelihara anjing, hilang setiap hari sebanyak satu atau dua qirat dan para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing di dalamnya adalah berkenaan dengan anjing yang dipelihara semata-mata kerana mengikut dan terpengaruh dengan gaya hidup sesuatu bangsa kafir seperti Yahudi di zaman  Nabi saw atau berkenaan dengan anjing yang tidak ada apa-apa manfa`atnya malah sebaliknya mengganggu ketenteraman `awam. Adapun anjing yang berfaedah seperti anjing yang dipelihara untuk perburuan, menjaga binatang-binatang ternakan dan tanaman maka itu tidak terlarang sama sekali malah ia termasuk dalam apa yang dikecualikan berdasarkan hadits-hadits Nabi saw berikut:

يَقُولُ مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا إِلَّا كَلْبًا ضَارِيًا لِصَيْدٍ أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ فَإِنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ

Bermaksud: Barang siapa memelihara anjing kecuali anjing untuk perburuan atau untuk menjaga binatang ternakan maka pahalanya akan berkurang tiap-tiap hari dua qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].

مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا لَا يُغْنِي عَنْهُ زَرْعًا وَلَا ضَرْعًا نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ

Bermaksud: Sesiapa memelihara anjing yang tidak berguna kepadanya untuk menjaga tanaman atau binatang peliharaannya maka akan berkurang daripada `amalannya setiap hari satu qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].

2.5.2.3 Jika memelihara anjing itu terlarang secara mutlaq tentu sekali para sahabat tidak memeliharanya selepas kewafatan Nabi saw. Tetapi berdasarkan aatsar para sahabat terbukti mereka memelihara anjing dengan tujuan menjaga tanaman atau binatang ternakan kepunyaan mereka termasuklah sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah, `Adi Bin Hatim, Abu Tsa`labah Al-Khasyni dan lain-lain yang meriwayatkan hadits-hadits tentang perlunya dibasuh tujuh kali bekas jilatan anjing atau `amalan seseorang berkurang pada tiap-tiap hari sebanyak satu atau dua qirat kerana memelihara anjing.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 10:10 AM | Show all posts
ALLAH Mengharamkan Ada Sebab!! (byk sumber yg kite boleh google)

Kenapa nak buat ape yg tuhan larang?? besar sgt kah kita?

X pegang x bermakna x suke dgn anjing.. cuma menurut ape yg tuhan perintahkan, itu pun kolot ke?
Ape yg ssh sgt nak paham? Kite hambaNya, X rase takut ke pertikai hukum Tuhan??? Nauzubillaminzalik!

Mazhab itu ini pertikai.. mcm kite ni lg arif dr imam2 & ustaz2 yg ada. Susah2 sgt ikut je ape yg Tuhan dah perintahkan. Sbb esok mati depan tuhan jgk kite nak menjawab.

Jgn la nak menjadi moden smpi menolak hukum Allah. Sedangkan melawan pemimpin dah kene hukuman dkt dunia. Ni nak lawan Tuhan?? HEBAT!




Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:10 AM | Show all posts
...sambungan

2.5.2.4 Di antara bukti bahawa hukum membasuh bekas yang dijilat oleh anjing sebanyak tujuh kali itu sudah mansukh ialah Abu Hurairah yang meriwayatkannya sendiri tidak memakainya. Beliau sebaliknya membasuh sebanyak tiga kali sahaja bukan tujuh kali dan begitulah fatwanya apabila ditanya. Sebenarnya dalil paling kuat menunjukkan mansukhnya hukum itu ialah kebenaran Allah di dalam Al-Qur'an untuk memakan binatang yang ditangkap oleh anjing perburuan tanpa menyebutkan selepas menyamaknya atau membasuhnya sebanyak tujuh kali atau tiga kali. Rasulullah saw juga tidak menyebut apa-apa tentangnya. Kebenaran Allah itu pula tersebut di dalam Surah Al-Qur'an yang paling akhir diturunkan kepada Nabi saw. Inilah pegangan Imam Bukhari, Malik dan orang-orang lain yang sependapat dengan mereka berdua.

2.5.2.5 Satu pengajaran besar daripada sikap Islam dalam menangani persoalan anjing ini peringkat demi peringkat, jika dilihat dari perspektif Imam Bukhari ialah jati diri sesuatu bangsa atau umat itu begitu sekali perlu dijaga sehingga sesuatu yang mengancamnya mesti dihapuskan. Kerana sesuatu bangsa atau umat itu barulah bererti kewujudannya apabila ia mempunyai identiti sendiri dan umat yang beridentiti tidak akan meniru bangsa lain dan mengaguminya secara membabi buta. Jika kerana bimbangkan jangkitan virus selesema burung yang boleh mengancam nyawa manusia, beburung dihapuskan maka begitulah juga dengan sesuatu yang mengancam jiwa sesuatu umat, ia wajar dihapuskan. Itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Dalam kes ini tidak timbul langsung soal suci atau najisnya anjing itu.

2.5.2.6 Keistimewaan anjing semakin terserlah di zaman moden ini apabila ia telah terbukti dapat digunakan untuk pelbagai maksud yang tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Di zaman ini anjing digunakan untuk mengesan penjenayah, dadah, orang-orang yang terperangkap dibawah rutuhan bangunan dan lain-lain. Di kawasan-kawasan bersalji seperti di Eskimo pula anjing-anjing digunakan untuk menarik kereta luncur salji. Anjing diakui semua pihak sebagai sejenis binatang yang boleh diajar dan dilatih untuk pelbagai maksud dan kenyataan ini ditegaskan oleh Allah sendiri di dalam Al-Qur'an. Dalam keadaan seseorang itu menganggap anjing adalah najis bahkan najis mughallaz, bagaimana dia akan dapat mengambil munafa`at daripadanya dengan selesa? Bagaimana pula dia akan maju dalam `ilmu dan seni melatih anjing untuk pelbagai maksud dan tujuan?? Tetapi kalau kita mengikut pendapat Bukhari maka kita tidak akan ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain di dunia ini dalam mendapatkan `ilmu dan seni yang istimewa ini.  

Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang-bidang lain yang juga telah diterokai beliau di dalam kitab Shahihnya jangan sekali-kali dilupakan. Seperti mana para `ulama' telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang-bidang lain yang disentuh beliau di dalam kitab Shahihnya yang masyhur itu. Pembaca-pembaca yang budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan penelitian dan keluasan `ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yang merangkumi `aqidah, sirah dan sejarah, ta`bir mimpi, perubatan Nabi saw, akhlaq dan adab, tafsir, manaqib dan lain-lain selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul-betul kitab Shahihnya.

ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 10:14 AM | Show all posts
kalau darurat baru sentuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:15 AM | Show all posts
gaza posted on 21-10-2014 10:10 AM
ALLAH Mengharamkan Ada Sebab!! (byk sumber yg kite boleh google)

Kenapa nak buat ape yg tuhan lar ...

cuba bagi satu dalil daripada AlQuran dan hadis sahih Allah mengharamkan pegang anjing?

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:22 AM | Show all posts
Kawan aku Cina pun takut ngan anjing arak pun tak minum..she's a vegetarian..hujung minggu pegi kelas agama uolls...aku rasa kalau dia masuk Islam, dia mmg bole jadi muslimah yg sgt baik..

Ni kita plak dah terbalik..ceramah agama taknak gi..kat tv pun tk nak tgk..tp gigih memperjuangkan isu anjing..yg tak solat pun tetiba mcm pakar hadis..semoga Allah bukakan hati kita ke arah yg diredhai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:26 AM | Show all posts
kelana36 posted on 20-10-2014 06:18 PM
kalau tak ada kempen I want to touch ni, melayu bodoh sangat ker saja saja nak dera binatang anjing  ...

setuju sgt pendpt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:29 AM | Show all posts
revolusi_30 posted on 21-10-2014 08:21 AM
Itula ... Semberono je ... Siap bg perbandingan pegang babi berekon la.

babi dalam AlQuran ado sebut haram...anjing tak raaak...adoh baco AlQuran....rajin rajin le baca....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:32 AM | Show all posts
jika anda fobia akan ular...

sertailah kempen  i want to touch snake

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:33 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 21-10-2014 11:29 AM
babi dalam AlQuran ado sebut haram...anjing tak raaak...adoh baco AlQuran....rajin rajin le baca.. ...

kenapa babi disebut dalam Al-Quran...kenapa kisah anjing pon disebut dalam Al-Quran...

takda sebut haiwan2 lain..mcm kancil ke, kuda ke, burung ke,hamster ke,  badak air ke, zirafah ke.singa ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:35 AM | Show all posts
realiti di Malaysia



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:37 AM | Show all posts
gaza posted on 21-10-2014 10:10 AM
ALLAH Mengharamkan Ada Sebab!! (byk sumber yg kite boleh google)

Kenapa nak buat ape yg tuhan lar ...

Btl tuh.... girly setuju pendapat gaza

jgn la buat apa yg Allah larang... sedih btl keadaan zaman skrg ni..  

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:38 AM | Show all posts
gaza posted on 21-10-2014 10:10 AM
ALLAH Mengharamkan Ada Sebab!! (byk sumber yg kite boleh google)

Kenapa nak buat ape yg tuhan lar ...

aku pon jadi xpaham...hebat sgt ke kita ni smpai nak pertikai ape yg mufti, ustaz dan alim ulama punya pandangan. rata2 dlm ni pon byk refer pada google. pergilah berguru baru smpai maksudnya.



just my 2cents, bukan nak berdebat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:39 AM | Show all posts
gaza posted on 21-10-2014 10:10 AM
ALLAH Mengharamkan Ada Sebab!! (byk sumber yg kite boleh google)

Kenapa nak buat ape yg tuhan lar ...

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'



I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.



Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh.  Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.



Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.  Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.



Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:



Hukum menyentuh anjing



1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:



“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]



Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita.  Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.



Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat.  Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.



**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.



Hukum membela anjing



2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:



i. Untuk menjaga harta

ii. untuk menjaga tanaman

iii. untuk menjaga ternakan

v. sebagai anjing untuk memburu

iv. menjaga keselamatan keluarga



"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]



Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]



Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]



"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]



Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang.  Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



Syaratnya:


1) HARAM bela anjing di dalam rumah

2) WAJIB beri makan minumnya

3) HARAM mendera atau mencederakannya

4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja



**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.



3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah.  Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.



Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)

Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)

Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)
....................



PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP
SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA
ANJING)


4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan
berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang
Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing
Jabatan Agama Islam Selangor
daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama -
ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan
bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa
pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja. Lazimnya
mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada
sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab
secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula
ke mazhab asal) adalah diharuskan.
4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak
berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh
ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini
bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat
ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan
ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan
tidak diakui oleh mazhab tersebut. Contoh, menghimpunkan cara
mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu
ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami.
Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian
tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor
pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju
tradisional tersebut.
4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang
berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam
masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami
sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka
terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami
dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan
dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan
sama sekali dalam konteks bermazhab.
Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing
Jabatan Agama Islam Selangor
4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan
dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun
terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab
seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu’ Fatawa, halaman
382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orangorang
yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari
Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka
kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan
kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan
Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil
keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara
yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih
tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.
4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa
seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana
sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau memilih sesuatu
pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat
Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik
di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu’
Fatawa, halaman 23).
4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak
dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas
yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan
memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab)
yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu
pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata.
Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa
dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang
mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih
dahulu.

http://www.jais.gov.my/sites/def ... laspegangAnjing.pdf

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:39 AM | Show all posts
rancangan di astrok juga kempen meliberalkan minda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063452 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list