Post time 3-8-2021 12:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by timohnotecah at 3-8-2021 02:14 AM
Redskin replied at 2-8-2021 11:13 PM
Kalau aku yg salah paham, let him, bro BB buat statement yg lebih jelas sepertimana ko buat[/back ...
Cam ni lah bro, aku rasa aku dah explain panjang lebar pasal pemahaman aku, ko baca jerlah komen aku di 246#...aku malas nak repeat....ko dan yang seangkatan dengannya tak kan boleh convince aku or buat aku setuju dengan konsep pahala ko tu.. percaya lah cakap aku....sebab kita berdua melihat topik ini dari sudut dan asas yang berbeza. Dari mula lagi aku dah bagi ayat Quran tu dan explain. Ramai yang panas nampaknya, lepas sorang sorang balas komen aku. Nasib aku dah jadi macam porumer ladycarefree ...ada yang takut pandangan aku menjejaskan akidah ummah....kelako tul....ko pernah terpikir tak bro kenapa ramai ummah yang imannya senipis kulit bawang walau didedah dengan ilmu ugama sejak kecik? Sebab mereka itu cuma tahu ikut ikutan. Takut nak berfikir, takut nak berbeza pendapat, takut nak menyoal. Semua benda ikut majoriti. Takut dituduh sesat....sampai nak keluar whatsApp group pun nak kena tanya pendapat ustaz....lol...Aku pulak, adalah manusia yang tidak takut untuk menentang arus.... punyalah ramai pendakwah kat mesia ni, kenapa hanya beberapa ketul saja kaum bukan melayu yang tertarik nak masuk Islam berbanding kristian? Ummah pula, belajar ugama dari tadika sampai uni tapi korupsi makin berleluasa dan macam macam lagi kelemahan. Ko tak rasa ke ini semua ada kaitan dengan cara kita memahami agama? cara kita berdakwah? cara kita melaksanakan pendidikan ugama di sekolah? Ko kata nak jawab semua persoalan persoalan aku kan? Silakan. Tapi aku takkan balas dah. Bab pahala ni terutama nya, aku tetap dengan pendirian aku. Dan ini adalah komen aku yang terakhir. Korang nak menyumpah pun go ahead. Untuk pengetahuan ko juga, aku suka quote dr maza sebab kat mesia ni pada aku dialah satu satu nya mufti yang berani berpikir di luar kotak....bukan typical traditionalists or pseudo intellectuals yang ummah puja puja diluar sana...dr maza berani berbeza pendapat dalam banyak perkara hingga dituduh wahabi. Ada dia kesah? Dia adalah antara idola aku. Jadi, ada aku kesah korang setuju dengan pendapat aku ke tidak? Jawapannya, tidak sama sekali.....adios
Ayat Quran yang ko tepek tu untuk dosa saja. Jelas kan dosa pun tak boleh transfer.
Sebenarnya bukan dosa saja, pahala pun sama ....since ko mungkin lupa nak share,
meh aku tolong share kan...here Quran chapter 53, surah najm verses 38-41..'..
man can have nothing but what he striving for'....
Boleh..actually ayat Al Quran tu ko pon dah bagi, tapi ko tak paham apa yg ko baca.
QS An-Najm:39
Sahih International And that there is not for man except that [good] for which he strives
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Apa yg diusahakan oleh simati ?? Selama ini ko ingat ayat diatas cuma utk SATU orang sahaja kann??
Ini pemahaman ko tentang ayat ini kann??
Apa yg ko tak sedar, bukan kah anak2 kita itu sesuatu yg diusahakan bersama oleh mak ayah ?
Dari awal lagi sejak parents bernikah, mereka bersama kemudian baru adanya KITA.
Dari kecil lagi menjaga anak, mendidik, hantar sekolah dan belajar agama atau
mungkin anak itu sendiri yg belajar agama. Ini semua adalah hasil usaha mak dan ayah.
Sebab itula ditekankan didik Anak yg Soleh itu supaya menjadi ASET utk
kita kelak setelah mati kerana Doa anak yg soleh lebih mujarab dari doa orglain.
Ini DOA, adalah doa berbeza pula dgn ganjaran pahala bagi kebajikan amal jariah yg dilakukan oleh anak2 kita pula.
Two different things.
Segala kebajikan dan amal jariah, menolong orang2 susah, membaca Al Quran dan banyak lagi
yg dilakukan oleh anak kita tadi akan mendapat PAHALA, sedikit sebanyak tersalur (transfer) juga dapat pahala yg berterusan kpd kedua orgtua yg telah meninggal.
Lebih2 lagi kalo sedekah Anak tadi dgn NIAT ATAS NAMA MAK AYAH ,
direct pahalanya akan sampai kpd kedua orgtua yg telah meninggal dunia.
Sebuah kisah yang diceritakan dalam sebuah hadits. Seorang pemuda datang ke hadapan Syeikh Ibnu Utsaimin
untuk bertanya tentang apakah ia boleh bersedekah dengan mengatas namakan ayah atau ibunya yang sudah
lama meninggal dunia. Selain itu, pemuda tersebut juga menanyakan apakah boleh pahala dari
sedekah tersebut akan sampai kepada ayah dan ibunya.
Kemudian Syeikh Ibnu Utsaimin pun menjawab "Boleh, seseorang boleh bersedekah mengatas namakan ayah atau ibunya yang telah meninggal dunia dan pahalanya akan sampai kepada orang yang diatas namakan."
Datanglah seorang pemuda kehadapan Rasulullah SAW kemudian ia mengatakan "Ibuku telah meninggal dunia, seandainya ia masih hidup mungkin ia akan mengatakan bahwa
ia akan menyedekahkan Seluruh Hartanya di Jalan Allah. Wahai Rasulullah SAW bolehkah aku
bersedekah atas namanya?" Kemudian Rasulullah SAW pun menjawab "Boleh"
(H.R. Al-Bukhari dalam al-Jana'iz 1388 dan Muslim dalam al-Washiyah 1004).
Hadith yang turut diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, katanya:
Maksudnya: Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, namun dia tidak sempat menunaikan haji sehinggalah dia meninggal dunia. Apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?” Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.
Riwayat Sahih Al-Bukhari (1754)
Drp Abdillah bin Buraidah, daripada bapanya R.A, katanya:
Maksudnya: Ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang wanita datang dan berkata: “Saya telah sedekahkan hamba untuk ibuku yang telah meninggal.” Baginda bersabda: “Engkau mendapat pahala dan dikembalikan kepada engkau mirathnya.” Dia kemudian bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia ada (tanggungan) puasa sebulan, apakah saya perlu tunaikan puasa untuknya?” Beliau menjawab: “Tunaikanlah puasa untuknya.” Dia bertanya lagi: “Sesungguhnya beliau belum pernah melaksanakan haji sama sekali. Apakah perlu saya hajikan untuknya?” Baginda menjawab: “Laksanakanlah haji untuknya.”
Riwayat Sahih Muslim (1149)
Dlm isu amal jariah Anak yg Soleh, pahala sampai kpd mak ayah yg sudah lama meninggal dunia,
bukan pendapat aku atau pandangan ko atau siapa2 pong...semuanya takde nilai.
TIDAK ADA KHILAF dalam mana2 mazhab, semua sama pendapat sebab JELAS ini adalah Hadith Sahih Nabi SAW.
Cth sis anak soleh, mintak Allah ampunkan dosa mak pak sis. Insya'Allah dengan izin Allah dosa mereka dikurangkan
atau dihapuskan. Tapi itu tidak bermakna pahala sis sudah ditransfer kepada mak pak sis.
Ya betul, doa is doa bukannya pahala, ini semua orang tahu. Kita bukan bercakap pasal doa.
Sesiapa pon boleh berdoa, infact digalakkan berdoa sesama muslim. Bukan kah semasa Solat Jenazah kita beramai2 solat mendoakan keampunan utk simati ??
Kalau sis budak baik, banyak buat jariah, mak pak sis dapat pahala yang mengalir
SEBAB TELAH MENDIDIK sis menjadi manusia berguna SEMASA HAYAT mereka. Bukan nya bila sis bersedekah kepada anak yatim (selepas mak pak sis meninggal dunia),
Silap pemahaman ini, akan dapat pahala semasa mak ayah masih Hidup dan setelah Mati
ie. pahala berterusan setelah mak ayah meninggal selagi anak itu membuat amal jariah, dll.
so pahala sedekah tu boleh di transfer kepada mereka. Itu tak tepat. Nampak tak beza disitu?
Pemahaman ko yg silap ttg ini.
Yaaaa...pahala sedekah akan terus mengalir (Transfer) kpd mereka lebih2 lagi kalo si ANAK tadi MENYEBUT DAN BERNIAT ATAS NAMA MAK AYAH nya yg sedekah tadi adalah untuk bagi pihak mereka.
Membuat kebajikan, amal jariah, membaca Al Quran, walaupon sepatah ayat semuanya mendapat PAHALA.
Mendapat pahala ini sgt senang bagi orang2 Islam kerana Allah SWT itu Maha Penyayang.
Ko berjalan kaki ke masjid, setiap langkah ada pahala, ko bekerja ikhlas keranaNYA dapat pahala,
Suri rumah yg ikhlas memasak, membasuh pakaian utk keluarga semua dapat pahala.
Even sedekah SENYUMAN IKHLAS pon dapat pahala.
Ko cuma NIAT nak buat baik tapi tak buat lagi pong dapat pahala.
Semudah itu Allah SWT memberi pahala2 kpd kita kerana hendakkan kita semua masuk ke SyurgaNYA.
Kesimpulannya Pahala dari perbuatan amal jariah, dll dari Anak yg Soleh akan dapat kpd kedua orgtuanya setelah mati. Lebih2 lagi bila di NIATKAN atas keatas nama2 mereka.
Kalu tak puas hati juga, tanya ugamawan yang terpelajar cam dr maza.
Jangan rujuk ustaz atau ustazah yang baru habih belajar atau ustaz selebriti....
sekian......
Untuk tidak mengecewakan ko, aku bagi apa kata Ugamawan yg educated
seperti yg ko kata Dr Maza.
Perkara yg JELAS ada Hadith Sahih, tiada Khilaf nak beza pendapat cemano,Tanya semua Ustaz pong sama jawapan nya.
Cam ni lah bro, aku rasa aku dah explain panjang lebar pasal pemahaman aku, ko baca jerlah komen aku di 246#...
aku malas nak repeat....ko dan yang seangkatan dengannya tak kan boleh convince aku or buat aku setuju dengan
konsep pahala ko tu.. percaya lah cakap aku....sebab kita berdua melihat topik ini dari sudut dan asas yang berbeza. Dari mula lagi aku dah bagi ayat Quran tu dan explain.
Ya, ko ada bagi ayat Surah An-Najm :38-41 tapi mana ada ko explain.?
Ramai yang panas nampaknya, lepas sorang sorang balas komen aku.
Nasib aku dah jadi macam porumer ladycarefree ...ada yang takut pandangan aku menjejaskan akidah ummah....
Takde siapa yg panas, orang menegur sebab pemahaman ko salah.
Aku menulis BUKAN utk ko shj, aku menulis explain utk educate forumners lain,
yg muda2 mungkin tak tahu.
Ko dah tanya ladycarefree, hahaha..dia Islam kaa, guru agama kaa, lobainita kaa?
Aku bukan newbie kat porem Cari ni, aku kenal mana yg menyamar Islam,
mana yg bertanya betul2 tak tahu, mana yg sengaja nak mempersendakan Hukum Islam...Boleh kenal.
Ko kata nak jawab semua persoalan persoalan aku kan?
Silakan. Tapi aku takkan balas dah. Bab pahala ni terutama nya, aku tetap dengan pendirian aku.
Baca sahaja, tak payah balas.
Tetap pendirian ko nak ikut pemahaman ko yg tak betul tu kaa atau
ko nak ikut apa kata Hadith Nabi SAW dan huraian ulamak
sepakat sependapat dalam isu ini ??
Dan ini adalah komen aku yang terakhir. Korang nak menyumpah pun go ahead. Untuk pengetahuan ko juga,
aku suka quote dr maza sebab kat mesia ni pada aku dialah satu satu nya mufti yang berani berpikir di
luar kotak....bukan typical traditionalists or pseudo intellectuals yang ummah puja puja diluar sana...
dr maza berani berbeza pendapat dalam banyak perkara hingga dituduh wahabi.
Okay, as i said before Dr Maza pon sependapat dgn aku dan mana2 Ustaz lain mengenai perkara pahala
transfer kpd simati dari anak yg soleh. TIADA KHILAF maksudnya tiada perbezaan pendapat, tanyala
mana Ustaz pasti akan memberi jawapan yg sama.
Ada dia kesah?
Dia adalah antara idola aku. Jadi, ada aku kesah korang setuju dengan pendapat aku ke tidak?
Jawapannya, tidak sama sekali.....adios
kalu wujud hadith tu, aku pun nak belajar...post #240/pg 12
Dulu kata nak belajar, kemudian tak kesah pula.
Turunkan ego tu, semua orang membuat kesilapan, perkara biasa
and stop being in denial.
Kalau depa2 tu pernah dok arab especially Dubai, mesti terkejut yang berjubah dgn egal (kopiah) tu la yang ramai2 kat luar panggung wayang sambil berpegang tangan dgn tak tau la wife ke, gf ke ..
Suasana yg kita nampak orang msia nk naik kapal terbang pergi haji, mcm tu la keadaannya bila sama2 beratur dengan depa nak masuk panggung wayang...
So nothing la imej kupiah jubah tu bagi sesetengah orang...
Baik percayakan mereka yang "normal" berbanding yang asyik nak nampak "arab" sangat...
Alangkan islamic school pun I dah lama tak percaya...
Nama je islamic, mengajar budak2 mengaji bagai...
Tapi halal haram, konsep redho tak faham...
Post time 4-8-2021 10:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by MentariSenja at 4-8-2021 10:36 AM
Redskin replied at 3-8-2021 01:37 PM
Ya betul, doa is doa bukannya pahala, ini semua orang tahu. Kita bukan bercakap pasal doa.
Se ...
Thanks sebab share video ni....meols pun suka dr asri. Disebabkan chuols semua berbincang pasal pahala dosa ni, meols pun gigih lah ke web www.islamonline.net yg diasaskan oleh yusuf al qaradawi. He ni kira reformist bertaraf dunia lah dlm kalangan ulama traditional. So bahagian fiqh adalah yg sentuh pasal isu ni dan yg berkaitan. Dia cover both Quran dan hadith. Quran pada pemahaman meols lah ya, lagi tinggi darjat nya dari hadith (sebab dia direct dari Allah tuhan semesta alam). Nabi Muhammad dulu pun buat apa apa berpandukan al Quran. Hadith pula orang kumpulkan much later. Dlm Quran memang ada cakap pahala dan dosa tak boleh dipindah (rujuk surah al najm). Jadi meols rasa timoh tu, dia lebih kpd seorang Quranist. Quranist ni biasanya apa2 hadis yg mereka rasa tak selari dgn ayat Quran derang memang reject. Jadi nak kata dia salah pun meols tak berani. Kalau kita tengok video dr asri pun, dia mentioned semua hadis. Tapi hadis sahih lah. Dari pembacaan meols diislamonline tu, memang terdapat perbezaan pendapat pasal isu ni. Yang banyak support idea palaha boleh di transfer dan dari penerangan yang diberi, semuanya hadith bukan Quran. Dan last sekali konklusi nya lebih kurang macam ni, kita boleh minta dan berdoa, Insya'Allah dimakbulkan. Itu yg meols fahamlah...lebih kurang. Bagi meols personally, since ayah meols pun dah meninggal, meols selalulah doa yg baik2 utk dia. Dia pun dah didik meols dgn elok. So meols harap dia dapat lah bahagian dia mana yg patut. Itu jerlah yg meols berani cakap. #agreetodisagree