CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ustaz

UMRAH V, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 2-6-2009 12:45 PM | Show all posts
malasnk layan ok lagi,jgn malas nk mandi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 12:46 PM | Show all posts
plan nak duk Mekkah & Madinah sebln,bln puasa.InsyaALLAH
tp thn tak tau lagi ,tgh simpan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:52 PM | Show all posts
Salam Semua

Last year akak buat Umrah naik Air Lankan to Colombo lepas tu ambik pulak Saudi Air ke Jeddah bayar package dlm RM5,600 (per pax).

Sekarang ni Air Asia ada promo direct flight ke Colombo all in cuma RM99 (one way). Rasa rasa nya ada tak agensi Umrah yg akan guna AA gi Colombo? Kalau ada mesti murah ni. Kalau agensi grap ticket untuk Feb/March 2010 boleh dapat Umrah package below RM4k

[ Last edited by  aily at 2-6-2009 13:53 ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:56 PM | Show all posts
Soalan.  Apa guna tiang2 /minarets (tall spires) yg tinggi di (sekeliling) Masjidil Haram?  ada 9 semuanya.  nanti saya bagi jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 03:40 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

sunyi jer umah ni..mana yg lain yer??
barangkali bz ngan keje masing2...
tak pon semua pekena nasi arab kat cyberjaya..
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 2-6-2009 12:32


Ni yang betul-betul MalasNakLayan....


Samalah kita...
Fikirlah sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2009 04:57 PM | Show all posts
sama la juga
jaja hal sendiri je la
kenapa nak jaja hal org lain plak

[ Last edited by  mlsnklyn at 2-6-2009 17:24 ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 07:34 PM | Show all posts
salam,
bagi up sikit thread ni...baru balik jakarta dah dpt beli kitab tafsir idaman..now nak concentrate kat thread ni pulak..
stil tak dpt pakcage lagi ni..ada sesapa dah booking for ramadhan punya umrah pakej?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 07:50 PM | Show all posts
acikjie,lapooo... hahhaha.. esok balik keje nak singgah uniten,beli nasi arab..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:21 PM | Show all posts

Balas #2849 zeed\ catat

Assalamualaikum...
Uniten lagi dekat...
Kat mana tu ?? Apa nama Restoran tu..?
Belanjalah...acikjie tak keja..tak de gaji..
Hari tu kat Rawsha...ayahjoe belanja...
Zeed tak de ke gambar gambar pi Umrah baru ni...
Share sharelah dlm thread ni...
Especially gambar dari atas Bangunan Abraj Al Bait tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:28 PM | Show all posts


Jangan berkira tambang haji

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji apabila isu kenaikan kadar tambang haji
timbul baru-baru ini. Saya teramat bertuah kerana telah menunaikan rukun Islam kelima ini pada usia 22 tahun
pada Disember lepas. Lebih bertuah lagi, saya ditaja sepenuhnya oleh ibu yang bermurah hati
untuk membawa saya menemaninya menunaikan haji.
Walaupun kami mengikuti rombongan pakej swasta dan bukannya muasassah Tabung Haji,
pengalaman saya selama sebulan lebih di Tanah Suci memberi peluang untuk membuat penilaian
mengenai pengalaman para jemaah lain.

Berbalik kepada isu kenaikan tambang daripada RM8,973 ke RM9,980 yang mencetuskan tidak puas hati
kebanyakan pihak, sungguh membuatkan hati saya terkilan dengan sikap
tidak bersyukur kebanyakan rakyat Malaysia.
Air mata saya menitis mengenangkan betapa mewahnya kita dimanja-manjakan sehingga semakin lama
semakin hilang perasaan bersyukur dalam diri kita.

Saya bukan mahu memfokuskan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan terlalu rendah,
namun penulisan ini diharap dapat membuka mata mereka yang berkemampuan
tetapi lebih suka membazirkan wang ke arah yang kurang penting.
Di sini, saya ingin membuat perbandingan antara jemaah muasassah Malaysia dengan para jemaah dari negara lain.

Jemaah dari Indonesia adalah contoh terbaik kerana berkongsi bahasa yang sama.
Mereka memberitahu, mereka membayar lebih 30 juta Rupiah untuk menunaikan haji.
Pada waktu itu, 30 juta Rupiah bernilai lebih kurang RM14,000 hingga RM15,000.
Bayangkan nilai tersebut sudah hampir sekali ganda dengan tambang Tabung Haji pada waktu itu
yang bernilai RM8,000 lebih.
Ditambah pula dengan mata wang Indonesia yang jauh lebih kecil daripada Ringgit menjadikan
jumlah 30 juta Rupiah itu ibarat RM30,000 di mata rakyatnya!

Berbeza dengan amalan di sini, membuat pinjaman atau berhutang untuk menunaikan haji
diamalkan di Indonesia dan proses ini diaktifkan oleh bank-bank Indonesia.
Jika difikirkan, kepulangan mereka sudah pasti dinantikan oleh bebanan hutang.
Namun ini merupakan salah satu usaha kerajaan membolehkan rakyat mereka mengerjakan haji
dan menggalakkan rakyat mereka yang muda mengerjakan haji dengan tenaga dan kudrat yang optimum.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:33 PM | Show all posts
Malu

Sayangnya sudah menjadi kebiasaan rakyat kita, haji mungkin akan difikirkan setelah merasakan diri '
dipanggil kubur' atau sudah puas merasai nikmat dunia.
Saya berasa malu pada diri sendiri melihatkan tersangat ramai rakyat Indonesia berusia belasan tahun
sehingga awal 30-an menunaikan haji.
Alasan mereka supaya mereka punya lebih panjang masa untuk melangsaikan hutang haji serta
dapat mengabdikan diri tanpa alasan sakit-sakit selalu berbanding usia senja.

Sebagai jemaah haji bersama pakej swasta, jarak hotel kami dari Masjidil Haram,
Mekah ialah 200 meter sahaja, sememangnya sesuai untuk berjalan kaki.
Manakala jarak maktab para jemaah muasassah pula tidak begitu jauh iaitu 800 meter dari Masjidil Haram.
Masih mampu untuk jemaah berjalan kaki atau bagi yang uzur boleh mengupah orang menolak kerusi roda.
Manakala di Madinah, hotel kami yang bersebelahan dengan maktab muasassah bertentangan
dengan Masjid Nabawi.
Masya-Allah, teramat dekatnya!
Ingin tahu jarak yang perlu dilalui rakyat Indonesia?
Paling hampir dengan Masjidil Haram ialah dua kilometer!

Saya juga pernah bertemu dengan rakyat Indonesia yang tempat penginapannya
tujuh dan 10 kilometer dari Masjidil Haram.
Dikhabarkan untuk berulang-alik ke masjid, mereka perlu membayar bas atau van untuk menjimatkan perbelanjaan.
Kebanyakannya berjalan kaki sejauh itu dari tempat penginapan.
Mereka menghabiskan masa sepanjang hari di masjid atau kawasan sekitarnya kerana
tidak mungkin mereka dapat pulang ke tempat penginapan untuk beristirahat.
Rakyat Malaysia sering dapat pulang ke maktab atau hotel yang cukup selesa untuk berehat dan
juga menikmati juadah yang telah disediakan.

Berbeza dengan rakyat Indonesia, setelah membeli peralatan memasak termasuk periuk belanga,
mereka bergilir-gilir membeli bahan mentah di pasar dan memasak untuk jemaah mereka.
Seorang jemaah Indonesia pernah meluahkan perasaan kepada saya:
''Sudahlah pondoknya buruk bangat (sangat), udah kecapekan (kepenatan) seharian di masjid,
pulangnya harus masak. Untung ya jadi orang Malaysia, sering dikasihi pemerintahnya.''
Cuma kata-kata syukur saya ucapkan di dalam hati kerana sesungguhnya saya tidak sanggup
untuk melalui pengalaman haji seperti yang dialami oleh arwah nenek saya di era 60-an
seperti dialami oleh rakyat Indonesia sekarang.

Menjadi kebiasaan musim haji, ramai yang jatuh sakit terutamanya batuk dan demam.
Para jemaah Malaysia baik bersama pakej swasta atau muasassah semuanya di bawah naungan Tabung Haji.
Klinik-klinik Tabung Haji disediakan dengan doktor-doktor dan ubat-ubatan percuma
tanpa perlu membayar satu sen pun buat rakyat Malaysia.
Dek kerana begitu 'mewah' ubat, kelihatan bungkusan ubat-ubatan yang telah diambil pesakit
ditinggalkan merata-rata walaupun masih banyak isinya.

Betapa hati pilu apabila melihat rakyat negara lain yang berasal dari India, Pakistan, Eropah Timur
dan sebagainya batuk tanpa henti, dan ada yang lelah di masjid,
namun hanya meneguk air zam-zam sebagai penawar kerana ketiadaan ubat.
Sering dilihat rakyat Malaysia menyedekahkan lozenges atau ubat salap kepada jemaah luar negara
dan mereka menerima dengan wajah penuh kelegaan dan kesyukuran. Itu salah satu bukti betapa kita lebih mewah.

Berbalik kepada isu rungutan tentang tambang haji terbaru.
Saya tabik kepada pihak Tabung Haji yang bertungkus-lumus memberi subsidi
untuk meringankan beban rakyat Malaysia, juga kerana berusaha menyediakan kebajikan terbaik
buat para jemaah Malaysia di Tanah Suci.
Kewujudan Tabung Haji juga sering dipuji dan dihormati teman-teman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
yang berasal dari Kashmir, India, Bosnia, Afrika dan banyak lagi kerana teramat meringankan beban rakyat
yang ingin menunaikan haji.
Betapa mereka berharap badan seumpamanya wujud di negara mereka agar mereka sekeluarga
mempunyai laluan lebih mudah untuk menunaikan ibadah Fardu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:36 PM | Show all posts
Kurangkan Pembaziran

Saya berharap kepada mereka yang suka merungut namun dalam masa sama suka membazir,
kurangkanlah berbelanja dan berhutang untuk barang kemas, perabot atau aksesori kereta yang tidak diperlukan.
Kurangkanlah juga menukar-nukar telefon bimbit model terkini.
Juga dinasihatkan agar lebih mengutamakan menyimpan duit untuk mengerjakan Haji
berbanding berulang-alik ke Jakarta, Bandung, China dan Eropah untuk membeli-belah.
Ini dapat dilihat dengan fenomena Matta Fair diserbu setiap kali diadakan.
Jika anda mampu berbuat demikian kenapa mustahil untuk menyimpan duit untuk mengerjakan haji
walaupun telah disubsidi oleh kerajaan?

Anda boleh melancong ke mana anda suka dan mampu setelah menunaikan haji dengan hati yang cukup lapang
kerana kewajipan kepada Allah telah terlunas.
Jika ada yang sanggup berhabis untuk mengadakan majlis perkahwinan yang hebat untuk
menggembirakan pasangan dan mertua,
maka rasailah nikmat berhabis tidak terlalu banyak untuk menggembirakan Kekasih Abadi.

Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia dengan nikmat yang ada.
Haji merupakan ibadah fardu untuk penganut Islam yang berkemampuan.
Berkemampuan pada hemat saya ialah berusaha sedaya upaya mengumpul duit daripada punca rezeki yang ada,
baik bergaji tinggi atau sederhana.
Insya-Allah jika untuk menggembirakan Allah, ia akan tercapai dan dibalas baik berkali ganda.

Percayalah rezeki kita akan bertambah murah setelah menunaikan haji.
Ini benar-benar terjadi kepada saya apabila rezeki saya bertambah-tambah daripada pelbagai segi.
Alhamdulillah. Jadi anggaplah modal anda untuk haji merupakan pelaburan kecil untuk mendapat imbuhan
yang tidak ternilai selain rezeki yang lebih murah, kebahagiaan dan yang paling penting keredaan
dan kasih sayang Allah dunia dan akhirat.

HAJAH SURAYA

Ampang, Selangor


Sekadar untuk direnungkan Bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 12:22 AM | Show all posts
insaf... target saya pun utk mengambil pakej, insyaAllah... bukannya kerana mahukan servis yang lebih baik, tapi memberi kesempatan pada yang lebih memerlukan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 07:25 AM | Show all posts
Aziefa, well written.   Kadang2 kita berkira dgn wang yg hendak di laburkan utk akhirat.  Sesungguhnya nanti, setiap sen yg kita belanjakan di dunia ini akan di tanya utk apa kita belanjakannya bila kita bertemu Yang Maha Pencipta Al-Khaliq kita nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 07:51 AM | Show all posts

Reply #2834 aziefa's post

w'salam acikjie,

penatnye semalam.. bawak anak2 g cosmo's world. anak2 yang main, mak bapak nye yang lebih letih

minggu depan ingat nak bawak family pergi cyberview. tapi harga biliknye. boleh tahan survey jugak pullman putrajaya. rasanya2 ambik pullman kot sebab murah sikit lagipun ada promotion 199++ satu malam untuk 2 dewasa 2 kanak2. ngam2 untuk saya

BTW, masjidsan, saya dgn kak IDB antara 2 jemaah yang pergi pakej umrah visa ziarah tahun ni. BEST. sebab orang tak ramai. Tapi penat sikit sebab travel non stop naik bas. kalau ada kemudahan rezeki, saya nak lagi pergi pakai visa ziarah. insyaallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 08:32 AM | Show all posts
kt Mekkah senang tak nak sewa kereta?
agak2 berapa rate?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 2-6-2009 20:36
Kurangkan Pembaziran

Saya berharap kepada mereka yang suka merungut namun dalam masa sama suka membazir,
kurangkanlah berbelanja dan berhutang untuk barang kemas, perabot atau aksesori ke ...

Salam....kak zie...

terima kasih...atas ingatan ini....

Ya Allah murahkanlah rezeki dan permudahkanlah jln agar dpt
aku menunaikan haji  suatu hari nanti.....
aminnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 3-6-2009 08:32
kt Mekkah senang tak nak sewa kereta?
agak2 berapa rate?


nak sewa kereta maksudnye nak bawak sendiri ke nak sewa untuk ziarah/ke miqat?

nak sewa bawak sendiri - my opinion - baik tak payah, susah nak bawak left hand drive, dan jalan kelam kelibut, dan cara depa drive agak extreme untuk sesetengah orang.. mcm mat rempit kat sini tapi sana kereta...3 lane jadik 5 lane.

nak sewa van/kereta untuk ziarah/umrah(miqat)-pegi aje area tepi2 masjidil haram banyak kereta sewa /van/4wheel(gmc) yang leh di sewa untuk ke miqat/ziarah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 2-6-2009 20:36
Kurangkan Pembaziran

Saya berharap kepada mereka yang suka merungut namun dalam masa sama suka membazir,
kurangkanlah berbelanja dan berhutang untuk barang kemas, perabot atau aksesori ke ...



Assalamualaikum acikjie dan semua...

gud info..thanks acikjie
bermula la kempen menabung....insyaallah satu hari nti diri ini akan sampai jua ke sana untuk menunaikan rukun islam yg ke 5..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.157276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list