CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri

     Close [Copy link]
Post time 6-5-2011 10:45 PM | Show all posts
aik. berani nya ko nak baca ceta seram tgh mlm buta...hmmm nanti hp ko yg nenek tu dial.:m ...
voiletiris Post at 6-5-2011 21:51



    weh....aku.....kalo mlm cuti...kdg2 x tido smpai pg tau...dok merempit baca citer1 kat MPS nih...aku br join mps ni akhir thn lepas....sblm2 ni lepak tpt lain...sekali termasuk sini....wahhhhh....terus melekat...menepati citarasa dan minat aku....tu yg x tido beberapa hr dok merempit jek....smpaikan laki aku heran aku jarang ajak kuar jenjalan dok melekat kat sini jek........yg sian...anak aku arrrr.....terbiar main sengsorang.....

mmg ar kalo tgh2 mlm baca citer antu...perasaan tu lain mcm....bunyi org bertukang la,guli meleret la....pntu terhempas la....aku wat x reti jek.....

keje sumer dah siap nih...dok menunggu buahtgn dr tt jek nih.....kamsiaaaa...kamsiaaaa.......baca citer tt ni,cam aku terheret sekali dlm citer nih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2011 10:52 PM | Show all posts
Sambungan ...

Setelah investigation sendiri dibuat selama 3 hari berturut-turut, aku dah berjaya faham pe yang nenek tu cakap, melalui bantuan Danny. Danny cadangkan aku untuk pergi Telekom, cuba track berapa nombor telefon nenek tu,lepas tu senang lah kitorang nak tau alamat rumah die kan, dalam hati ni waktu tu memang dah bersemangat nih, nak jumpa nenek yang pd awalnya aku anggap menakutkan, tapi bertukar jadi simpati pulak.

Aku pun request lah dari partner yang sama incharge restaurant tu, untuk ambik offday hari Ahad, nasib baik gak lah die okay je, sebab waktu tu tengah bulan, restoren pun takde lah busy sangat, staff pun cukup, so no hal lah kalau aku nak offday hari ahad. Aku dah standby dah tulis info pasal nenek tu, waktu2 yang selalunya die call, untuk memudahkan aku jadik CSI kat telekom tu.

Hari Ahad .. Danny jemput aku kat umah .. kitorang sarapan kat McDonald. Waktu sarapan, aku dengan Danny banyak sembang pasal nenek ni, macam-macam spekulasi yang timbul, tapi waktu tu aku memang kuat dengan kepercayaan aku yang nenek ni confirm nyanyuk lah. Danny pulak cakap, jangan2 nenek ni dah mati, rindu anak dia kot,tu yang duk call tu tapi salah nombor. Ade pulak mcm tu, habis tu nenek tu mati, kubur sekali dengan telefon ke, ke cina memang suka bawak harta masuk kubur. Waktu aku cakap mcm tu, aku tersedar aku terlepas cakap pulak, tak sepatutnya assume cina mcm tu kan, aku diam then say sorry.

"Sorry? Kenapa?"
"Ye lah,kan tadi sy macam assume cina ni gila harta pulak. Sorry la,takde niat."
"Kenyataan tu, ada jugak bangsa cina yang akan kuburkan mayat bersama sedikit harta milik dia"
"Owh ye ke? Sy ingatkan zaman dulu-dulu je mcm tu?"
"Sekarang pun ada jugak mcm tu Aishah .."
"Owh,family awak masih amalkan tanam harta bersama mayat gak ke?" (dah la tadi mintak maaf,timbul balik soalan takde insurans aku nih )

"Taklah.. itu bukan cara kita orang Islam" kata Danny yang merentap jantung aku, rasa nak gugur waktu tu jugak.

"Awak .. Islam?"
"Kalau ya,kenapa?"
"Sebab Mdm Wong ..kan buddha?"
"Iman boleh diwarisi ke?" - Hoh,time ni muka aku dah panas.

Waktu tu, baru aku tau Danny rupa-rupanya Cina Hakka yang beragama Islam sejak dilahirkan. Ayahnya berbangsa Cina Hakka dan ibunya berbangsa Suluk yang berasal dari Sabah. Ibu bapa Danny ni memeluk Islam selepas 3 tahun berkahwin,waktu tu Danny tak lahir lagi. Aku pun ternganga je lah dengar penjelasan die, sebab aku pada awalnya tak pulak expect die Muslim, mungkin sbb die bangsa Cina Hakka jadi aku macam terus cop die beragama Buddha, mcm mak sedaranya si mdm wong tu.

Eh, tersasar pulak.. ni nak cerita pasal kisah nenek ke kisah Danny ni ..

Setibanya kitorang di Telekom, ambil nombor giliran & cerita pasal masalah kitorang kat pegawai telekom tu. Aku yang bercerita pasal masalah ni, cuma aku ceritakan secara general. Aku cuma bgtau, nombor telefon restoren kitorang selalu dihubungi oleh orang yang tak dikenali, setiap hari. Aku tak pulak cerita pasal nenek tu cari freedie segala,sebab aku rasa info tu terlampau detail pulak,mcm very the tak perlu (ke perlu..?). Jadi kiranya aku request lah nak track nombor tu. Pihak telekom tu suruh tunggu & dorang ada mintak beberapa info la untuk sahkan aku memang authorized person ke atas nombor restoren tu. Selepas beberapa minit mcm tu, dorang cakap tiada nombor yang dikesan call restoren kitorang setiap hari, nombor lain memang ada call, tapi bukan setiap hari.

Aku rasa pelik, nombor yang call kitorang setiap hari, tiada dalam rekod pemanggil. Aku mintak untuk print kitorang punya in-call record, bila dah dapat, memang takde dalam rekod pulak. Ada satu nombor tu, yang aku nampak ada call pada waktu tengahari, selama 3 hari berturut-turut, aku request nak mintak info nombor siapa tu, tapi malangnya bila Telekom cakap dorang tak boleh bagi info nombor telefon secara sebarangan terutamanya nama atau alamat,dorang cakap memang tak boleh kecuali ada report polis bagai, untuk siasatan kalau aku nak dakwa nombor tu sebagai mengganggu privasi. Aku cakap lah memang nombor yang call tiap hari tu mengganggu privasi, tapi aku cuma sekadar nak tahu nama dan alamat dia, aku tak berniat sampai nak report polis pulak. Then pegawai telekom tu bagitau, minta maaf sebab dorang tak boleh reveal maklumat pelanggan secara terus. Mesti melalui report polis ataupun permintaan dalam bentuk bertulis/surat rasmi.

Aku dengan Danny pun malas lah nak bincang panjang, aku tak sangka pulak procedure untuk dapatkan maklumat tu jadi rumit pulak. Aku makin pelik bila tengok senarai nombor tu, hampir semuanya aku memang kenal, nombor supplier. Kalau ada pun nombor yang aku tak kenal, tu semua nombor customer yang call, takde pulak yang call tiap2 hari mcm nenek tu. Pelik.

Waktu ni,aku dah mula rasa tak kena. Rasa takut. Berhantu ke apa nombor telefon kitorang ni, perasaan takut yang baru je hilang tu, dah datang balik. Rasa ingin tahu tu membuak-buak, aku tak puas hati dengan info yang kitorang dapat. Danny cadangkan buat je laporan polis, tapi aku cakap tak payah. Bukan apa, kang makin rumit pulak, leceh lah sampai nak buat laporan pulak. Aku pulak jenis yang malas nak melalui semua tu, setakat panggilan telefon mcm tu, aku rasa banyak lagi kes lain yang polis nak siasat, kes mcm aku ni dikira kes terpencil je kot.

Aku dengan Danny pun balik je, dengan fikiran aku yang tengah sarat dengan 1001 misteri.

Eh korang, aku lapar lah, belum makan ni sebenarnya. Aku makan dulu ah, kang aku sambung balik ek!

Bersambung ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:03 PM | Show all posts
wahhhhhh....puas aku baca......(kalo leh nak tambah agi....)...tp sian lak tt belum mamam....hah...pi la mamam dulu....amik mood...aku nak rayau2 tpt lain dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:05 PM | Show all posts
aku sanggup tido lewat semata2 nak tunggu TT sambung citer nih.... jgn ko sambong besok dah la TT oiiii...aku tunggu nihhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:05 PM | Show all posts
islam ka si danny tuhh............... wah ada chan lah TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:09 PM | Show all posts
fuh, cam citer novel la TT.. ada unsur romantik, misteri dan seram. leh jual kat publisher nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2011 11:16 PM | Show all posts
tgk jam kul 11, tingat lak psl cita cik es neyh..

masok sat... wahhh!!! kesah nenek tu satu hal, kesah danny pn satu hal...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:19 PM | Show all posts
lamenyee makaannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 11:28 PM | Show all posts
esah...nnti taip2 byk2 kat word n boleh copy terus dlm nih...so tak ler ambik masa nak menaip sekontot2 dlm nih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:29 PM | Show all posts
aku lagi dahsyat kot,lepas keje sanggup pi tgk wayang semalam dgn today semata2 saje nak buang masa,abis wayang pukul 9 je bergegas balik umah mandi bagai siap nescafe kat sbelah untuk baca cite TT ni.dah plan utk tido lambat gak.esok lusa tak leh tgk wayang ar kena control kewangan haha.siang TT busy,cik es ko nye restoran kat mane? meh aku lepak sana makan2 sampai malam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:29 PM | Show all posts
dah habis makan belum TT nih......... entah2 dah tido
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:34 PM | Show all posts
terbaek!!!

dh mcm citer buku SIRI SALMA la pulak!!!!

best giler !!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply 266# Risma


   nth2 cik eshah n danny ni dah jd laki bini dah..ye la cite ni br 4/10........
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:36 PM | Show all posts
alamak kata tadi nak sambung panjang sikit.. ni sikit je ni.. {:1_146:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 11:39 PM | Show all posts
Aku memang tengah update sambungan ni, bukannya aku tak nak taip panjang2, tapi waktu mcm ni je yg aku ada. Kalau nak taip dulu dalam word,aku takde masa. Sebab tu aku memang taip direct ke dalam ni.. Ambik masa,bukan mudah untuk susun ayat supaya jalan cerita ni,korang dapat faham dgn lebih penghayatan.. aku mencuba ke arah itu.. aku tak nak tergesa-gesa sebab aku jaga kualiti cerita ni, aku nak "bawa" korang ke situasi yang aku alami.. ini bukan kerja mudah..

memang aku tengah makan tadi.. lepas makan, memang taip balik sambungan tapi takkan terus siap dlm beberapa minit kan? Jadi harap semua faham ye, aku tengah update sambungan ni Dah on the way dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:42 PM | Show all posts
wah ada rupanya............ setia menunggu nih tak jadi tido
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 11:53 PM | Show all posts
tak sabar nak tau saper dan naper nenek tuh asyik tepon anak dier dan sape plak Freddie
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:58 PM | Show all posts
sapelah agaknya nenek ni yer.......ade suara tapi takder identiti.....huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:59 PM | Show all posts
payah juga kan nak mintak number dari telekom.. kalau ada orang dalam ok la sket.. boleh suruh2x tgk.. hehehehe..

btw. da agak da.. mesti takde dalam record lagi la misteri gamaknya.. so ape next step?? tunggu!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:59 PM | Show all posts
lagi...?mana lagi????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.108469 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list