Post Last Edit by fazss at 28-10-2010 12:45
Setiba di rumah, baru la terasa penat badan ku. Aku duduk sebentar dengan ibu di sofa, televisyen ku pasang. “Lisa..apa hubungan Lisa dengan Reza?” ibu memandangku, dingin malam Bandar Kuantan menyelami setiap inci kulit ku. Pintu slinding door, ku tutup.. “kawan aje ibu…tak ada apa yang pasti..” aku kembali dan menyandarkan kepala di bahu ibu. “ermmm…Shah?” mata ibu masih merenung ku rupanya. “kawan juga..kenapa ibu tanya?” “just want to know..” ibu membelai rambut ku… “kalau antara 2 sapa yang Lisa nak?” “nak?? Nak apa yer ibu?” aku terkejut dengan pertanyaan ibu. “sapa yang lebih Lisa suka…maksud ibu, kalau dua2 masuk minang nanti? Mana la tahu kan..” ayat ibu bersahaja, tapi dalam tertanam maksud tersirat. “entah la ibu.. Lisa tak tahu, jom tido.. esok kan ibu ada projek juta2..” aku terus bangun, meninggalkan ibu tanpa jawapan yang nyata. Masa yang akan menjawab ibu..
***************************************************************************************
jumpa lagi nanti... |