CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 27-10-2010 05:16 PM | Show all posts
dalam ketaksabaran mnanti
juliet80 Post at 27-10-2010 07:54



    i'm here...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2010 05:16 PM | Show all posts
saba yep kWn2...
mb sok faszz ade...
mb dier bz kOt td... Org kNe aUdit lEr katEkn......
mawar65 Post at 27-10-2010 00:28



    ye la sayang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 05:17 PM | Show all posts
baru nak merempit

setakat ni mmg bagus
sang_arjuna Post at 26-10-2010 16:52



    terima kasih dtg menyinggah, terharu rasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 05:20 PM | Show all posts
baru abis merempit cerita ni....
syoknye...................
cewey2 Post at 26-10-2010 16:44



    terima kasih ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 05:21 PM | Show all posts
faszz...cuti lagi ke??
bb_75 Post at 26-10-2010 10:01



    i'm back...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:31 PM | Show all posts
Reply 239# fazss


    fazss,awk ske b'teka teki ngan sy.....
   boley x awk gtau jer jwpn nyer.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2010 08:16 AM | Show all posts
next...sambg nanti k.. insya Allah.. tak lama kali ni bertapa.. hehehe
fazss Post at 27-10-2010 17:13



fazs bila nak kasi tupai  tu jatuh ke tanah ??   agak2 nye pas kuar dari bertapa yg kejap je ni boleh dah kot lisa tau reza tu boya tupai  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 08:22 AM | Show all posts
fazs bila nak kasi tupai  tu jatuh ke tanah ??   agak2 nye pas kuar dari bertapa yg kejap je  ...
juliet80 Post at 28-10-2010 08:16



    jauh lagi kot..sabar... bg la Reza rasa kemenagan dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2010 08:23 AM | Show all posts
Reply  fazss


    fazss,awk ske b'teka teki ngan sy.....
   boley x awk gtau jer jwpn nye ...
mawar65 Post at 27-10-2010 20:31



   
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:57 AM | Show all posts
Reply 234# fazss

TQ for double triple n3..

next n3 jgn lama sgt k..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:24 AM | Show all posts
sambung lagi fasz
citer yg best
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 11:35 AM | Show all posts
adehh. bru je nk syoook2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:30 PM | Show all posts
Reply 250# nor.sallyza


    double?? sori..salah tengok kot...  thanks yer bagitahu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:31 PM | Show all posts
adehh. bru je nk syoook2.
bobba Post at 28-10-2010 11:35



    kenapa ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:32 PM | Show all posts
sambung lagi fasz
citer yg best
sang_arjuna Post at 28-10-2010 10:24



    insya Allah.. jgn jemu bertandang k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:36 PM | Show all posts
“Lisa…ya Allah..!!” Lisa terkejut dengan sentakan dari Lina, mata Lina tidak berkelip memandang ke satu arah.

“jangan lagi!!” di saat Lisa ingin menoleh ke belakang, Lina cuba menahan, kedua2 tangan nya di pegang pipi Lisa.

“ada ape??” inkuiri Lisa kian meningkat.

“couple melayu buat Malaysia macam Amerika la…”

“kat mana? Diaorg buat apa??”

“Lisa, awak toleh slow2 ok.. diaorg kat Maxis Center lagi tu..” tanpa berlengah Lisa bergerak mengikut arahan Lina.

“subahanallah…” hanya itu yang termampu Lisa ucapankan. Jelas di matanya, perempuan yang dress merah pendek bersandar di palang besi, sambil memegang pinggul lelaki di sebelah nya yang asyik mencium pipi dan leher nya yang terdedah. Lisa kenal perempuan itu..seorang model, sudah di duga attitude nya. Cuma lelaki itu dia tidak pasti, wajahnya terlindung. Yang jelas lelaki itu ber T-shirt putih, dan seluar jeans biru. Sakit tenguk menoleh, dia berpusing menghadap Lina.

“kan??”

“ermmmm..” balas Lisa sambil mengangguk, dia bersetuju dengan komen Lina.

“perempuan tu model kan? Sapa nama dia?” Lina mula merungkai persoalan di benak nya.

“yup..Lisa pernah jumpa dia dalam fashion Show kat KLCC dulu, tak sure, rasa nya Camelia..”  jawab Lisa, bersahaja.

“lelaki tu? Muka dia familiar la..” bersungguh Lina ni…getus hati Lisa.

“tak nampak la muka dia…”

“ermmm..rabun yer??”  ucap Lina tetiba. Terdiam Lisa di tembak tiba2 begitu, dia ketawa bersama.

“lelaki tu..good looking la..” Lina mula merengek. Kebiasaan untuk mereka memuji lelaki bila berdua sekali imbas.

“your Farid dengan dia??” Lisa mengusik.. Lina sengaja berpura2 berfikir sambil menongkat dagu nya,

“nak buat macam mana kan…” LIna berpura2 sedih, seolah2 sesal tak berjumpa lelaki itu sebalum Farid.

“Lisa cakap kat Farid nak??” Lisa masih mengusik..

“hei tak mau2.. la… of couse Farid the best k.. Lina bagi Lisa je la.. nak?”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2010 12:38 PM | Show all posts
“tak nak la..Lisa dah ada yang lain kot..” Lisa berdalih, takut terus di usik.

“sapa?” LIna serius bertanya.

“sapa apa?”

“lelaki bertuah tu?? Abg Shah yer?” teka Lina..

“ish3…mengarut dah ni.. jom kita gerak..” aku perlu mematah kan cerita ini, getus Lisa.

“nak ke mana?” tiba2 suara garau muncul di belakangnya. Bau sahaja sudah di kenali, Lina sudah tersengih.

“u buat apa kat sini?”

“follow u..tak boleh?” riak wajah nya bersahaja tetapi suara nya menikam di hati Lisa.

“ye la tu..”

“of couse..!” tunak mata Lisa di tenung dalam.

“I wish Farid pun kat sini… jeles betol” Lina tiba2 bersuara.

Kedatangan Shah membangkitkan Lisa dari letih yang menghimpun tadi. Tiba2 rasa di awangan, kealpaan berjalan sehingga tidak sedar 1 ECM telah di jelajah. Selepas membungkus donut buat Kira, mereka memasuki carefour.

“u tunggu sini boleh tak?” Lisa mengharap Shah tidak mengikuti nya, dia ingin mengambil pad, rasa malu pula dengan Shah.

“kenapa plak?”

“u pegi sana la yer.. nanti I datang sana yer..”

“apa la yang nak sorok ni…”Shah merungut sambil melangkah ke tempat yang di tunjukkan.

Lisa tersenyum melihat gelagat Shah, nasib baik Lina sibuk dengan dunia nya, kalau tidak malu seribu tahun dia. Lisa mula mencari2 pad yang digunakan, geram nya..yang selalu di beli tak ada…

“la..nak cari ni ke tadi sorok bagai?!”  Shah mengusik di belakang nya.

“bukan u kat sana ke? Janji nak tunggu sana kan?” bentak Lisa.

“correction..i tak janji tadi k.. well I boring sebab u lambat sangat.” Shah tersengih umpama kanak2 dapat gula2. Geram hati Lisa tak terkata, rasa rona wajah nya pun bertukar… berkilo2 malu yang di tanggung di wajah nya kini. Shah2….

“berkepit sampai sini…” Lina bergurau, jelas bakul nya telah sarat.

“jom la…” Lisa mula menarik tangan Lina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:39 PM | Show all posts
Dedaun itu berterbangan lembut meninggalkan pohon  , angin pula menerpa bersama bayu menyentuh dasar jiwa ku.. sinar mentari sudah pun condong, mohon mengundur diri..setiap detik semakin menghilang..  setiap perkara perlu penghujung, tanpa jawapan..soalan akan terus tergantung..

Dalam kelam malam, 3 malam aku sudah aku terjaga.., aku tunaikan solat hajat untuk malam ketiga.. aku tidak mampu melakukan nya tanpa Mu.

‘ya Allah..jika dia jodoh ku, rapatkan aku dengan nya.. andai dia ya Allah bukan jodoh ku, maka jauhi lah aku dari ya Allah.. aku mohon segala kebaikan, aku mohon segala rahmat dari mu Ya Allah. Sesungguhnya, Ya Allah..Kau Pencipta ku, Kau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.. Ya Allah..aku mohon biarkan lah jodoh ku dengan orang yang terbaik buat ku… aku terima ya Allah segala apa yang Engkau Tentukan.. Ya Allah..permudahkan dugaan ku… amin ya rabalallamin..’

Hati aku makin tenang..semoga ada jawapan yang nyata di depan. Aku tidak berdaya untuk menghalalkan hubungan di saat cinta tidak dimiliki, aku hanya menyayangi nya seperti seorang sahabat.

Majlis Lina dan Farid hanya tinggal 2 bulan lagi.. aku semakin sibuk dengan dunia aku sendiri, sekali sekala aku menemani Lina ke sana ke mari mencari perkakas majlis nya. sesaat dalam hidup, aku merasa hampa dengan hidup ku..

Mengapa tiada lelaki sah di samping aku? Adakah Reza memang untuk ku? Tapi kenapa hati aku seperti di halang..

Beralah bukan bererti kalah, aku mengatur kan perjumpaan Reza dan ibu.. atas permintaan Reza dan bersama syarat aku yang dipersetujui, dia tidak akan menggunakan ibu. Aku tidak mahu ibu terperangkap dalam drama yang tidak berbayar.

Kedatangan ibu beberapa hari ke rumahku, aku gunakan sebaik mungkin. Tidak perlu lah pertemuan itu di tunda lagi atau di rancang beria jika ibu telah pun di sini.

Reza kelihatan tampan berkemeja dan berseluar jeans, di tangan nya sebakul buah. Pandai juga dia mengambil hati tuan rumah, getus hati ku.

“apa khabar mak cik?” tegur nya sebaik sahaja melihat kelibat ibu di ruang tamu.

“baik, jemput la minum tu..” ibu duduk bersama nya di ruang tamu. Aku beredar ke dapur, mengambil kuih yang aku sediakan tadi.

Dari dapur, jelas ketawa mereka saling bertingkah. Terbit sesuatu dalam hatiku, semoga Allah permudahkan.

“amboi sakan ketawa, satu Kuantan boleh dengar..” kuih ku hidangkan.

“pandai juga Reza berlawak..” ujar ibu.

“tak ada la mak cik ni, kenyataan hidup je tu”

“maaf lah mak cik tanya ni..Reza keje apa?”

“keje sendiri je mak cik, senang cakap kontraktor hiasan dalaman..”

“oooo..bagus la tu, usaha elok2 insya Allah berjaya..”

Sepetang bersama ibu, semua berjalan lancar..aku mengambil sikap berkecuali, melihat dari tepi. Perbualan yang panjang aku rasa makin meleret,tapi  tiada masalah bagi seorang yang peramah seperti Reza. Jelas riak bangga nya, setiap inci hidup nya menjadi persoalan ibu. Jika penilaian ibu baik mungkin dia jodoh ku…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 28-10-2010 12:41

Satu persatu lagu didendangkan, meluahkan rasa di hati yang tidak terluah. Kira yang menemani nya sejak tadi hanya memerhatikan Shah. Suara Shah bergema penuh perasaan… lagu ini tepat pada masalah nya.. Kira terus menghayati..

Permata yang di cari (Dehearty)

Hadir nya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan illahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanan nya melekat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah jika dia benar untuk ku
Dekatkan lah hatinya dengan ku
Jika dia bukan milik ku
Damaikan hatiku dengan ketentunan Mu
Dia lah permata yang di cari selama ini baru ku temui
Namun ku tak pasti rencana Illahi.. apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan batasi dengan syariat Mu
Jika dirinya bukan untukku,
Reda hatiku dangan ketentuanMu
Aku harap diriku sentiasa di bawah rahmatmu

“yeh….Kira pula…” Kira meloncat2 mencapai mikrofon dari Shah.
“ok..dah pilih lagu? Cepat” pantas Kira mengangguk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 12:43 PM | Show all posts
Atas undangan Mak Yah yang ingin mengenali ibu, aku membawa ibu bertandang ke rumah nya. Tiada majlis istimewa, hanya makan malam sesama keluarga. Meja makan mala mini penuh, aku di tengah antara ibu dan Kira, hujung meja sebelah ibu, Mak Yah, manakala hujung meja sebelah Kira pula Shah. Di depan ku Lina, dia di tengah antara Mak Som dan Farid.

Seminggu ibu di rumah ku, sudah cukup dia mengenali semua yang ada sekitar ku di sini. Syukur ibu menerima baik keluarga Mak Yah yang sering ku cerita kan.

Aku dan Lina mengemas meja makan, Mak Som menyiapkan coffee dan buah potong, yang lain telah pun beredar ke ruang tamu. Kedatangan aku menyertai mereka di sambut senyum. Senyum mereka seolah ada sesuatu, perbincangan yang rancak menjadi termati dengan kehadiran ku.

“tiba2 senyap? Menyata Lisa yer….” Duga ku, aku duduk sebelah ibu, Kira datang duduk di riba ku. Buah epal di sua ke mulut ku. Sebaik wajah ku mendongak, semua mata tertumpu pada ku.

“ hello..apa kes ni….” Ujar ku sambil mengunyah epal tadi, berderai ketawa mereka. Entah apa yang menjadi bahan mereka, merenung aku sebegitu. Pelik ke aku malam ni?

“esok Lisa hantar ibu ke sini yer, Mak Yah ada projek dengan ibu.” Mak Yah tiba bersuara setelah lama masing membawa bualan sendiri. Lama benar Mak Yah dan ibu berbual, seperti kawan lama pula. Mesra nya…

“ok, nak ikut…” aku merengek bersahaja dengan ibu.

“butik Lisa? Tak payah la.. biar orang tua je yang berjalan..” usik ibu. Aku memuncungkan mulut ku.

“Lisa nak berjalan, ajak Shah..” ujar Mak Yah. Aku terus mencebik.

“kenapa pula Shah..Lina la.. baru adil..sesama perempuan..” Shah mengusik, matanya tepat menunggu reaksi Lisa.

“ok..i ingat…” Lisa mengugut, hati nya sedikit tersentuh, macam semua orang tak mahu berjalan dengan nya..

“farid balik dulu..” ujar Farid tiba2..
Lina berlalu menghantar Farid ke muka pintu, tanpa niat untuk mencampuri segmen menyakat aku tika itu.

“hehehehe…. Lisa nak berjalan mana? I jemput u petang esok k…” Shah seakan memujuk.

“tak payah…” aku menoleh pada Kira yang senyap bersandar di dada ku.

“tidor dah…alahai busuk2…” rambut Kira ku kuak. Aku cium pipi nya yang tembam.

Tanpa mempeduli mereka yang rancak berbual, aku membetul kan posisi badan Kira menghadap ku. Tubuh nya bergerak sedikit, tetapi mata masih rapat terpejam. Berat juga si kecik ni, mujur boleh lagi nak di angkat.

“larat ke? Bagi kat i..” kaki yang baru menapak menaiki anak tangga itu terhenti.

“suka la bagi orang terkejut..” geram nya aku..

“bukan I selalu terkejut kan u, tapi u yang asyik mengelamun.” Balas Shah tersengih.

“tak bergaduh sekejap tak boleh ke ni.. kahwinkan baru tahu..” usik Lina sambil lalu ke tempat duduk Mak Yah. Tubuh Kira sudah pun di dukungan shah.

“your bro ni…” tak di rancang, tangan ku mencubit lengan nya.

“ayohai…sakit la sayang…” Shah menyeringai kesakitan. Puas hatiku. kami terus ketawa, membawa Kira ke bilik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.311448 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list