|
eiiii geram betul
pagi-pagi lagi Sbonez ngan pesal (@15) ni buat aku geram
depa dok borak2
bonez tanya pesal... apa agaknya M dapat dari E utk birthday dia
si pesal lak jawab.. dpt bodykit alphard kot
lepas tu mcm2 lagi lah depa dok permain
org tengah dok tenang2 minum hot chocolate pepagi buta tu.. depa pulak buat hati perut aku bengkak
hadoii apa nak jadi ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sabar niy.. sabar...
pagi ni semayang subuh mintak doa bnyk2.. muga dibukakan pintu hati mawi utk tidak suka TG..
pesal mmg camtu.. diakan anti mawi..:@
dulu2 selalu buat topic provoke |
|
|
|
|
|
|
|
wehhh... aku dah mula rasa seram pasal petition ni
dalam rasa serba salah.. tapi tak nampak cara lain dah
baca draf yg dibuat apik... aku pula berdebar?
To: Malaysian TV Viewers <-- setuju ngan bono, tukar kepada peminat mawi
Petition ini dibuat untuk membangkitkan impak yang dilihat bakal [<- strong word: mcm kita tau pulak apa yg akan terjadi, boleh kot ganti ngan mungkin] memusnahkan kerjaya seni Mawi seandainya [<-- boldkan perkataan seandai ni sbb mmg andaian kita pun ] keputusan Asmawi Ani aka Mawi untuk memilih Norashikin Rahmat aka ikin sebagai bakal teman hidupnya. Peminat dan penyokong Mawi merasakan bahawa Mawi harus menimbangkan kembali keputusan/niat untuk memperistrikan ikin dan dapat memikirkan semasak-masaknya siapakah Norashikin Rahmat yang sebenar. Itu pun seandainya mawi masih ingin melibatkan diri didalam industri hiburan.
Sekiranya anda bersetuju dan berharap Mawi memutuskan untuk tidak meneruskan niatnya, sila tandatangan petition ini. Link petition ini akan dihantar kepada pihak Maeastro, suratkhabar dan media lain [<-- perlu ek? ]menandakan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada Mawi & kerjaya seninya.
dua ayat terakhir dlm para pertama tak reti mcm mana nak komen
ini komen aku, boleh je abaikan
apik jgn marah ye .. nak bagi input fresh tak reti.. so komen je 'pandai' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #221 zamzam's post
bravo.. zam. aku suka cara ko.
biar lembut2 cakap dgn mawi..
tapikan.. aku rasa paling afdal org yg rapat dgn dialah kena cakap.
mawi ni aku tgk, dia akan dengar pada org yg lebih berusia dari dia yang dia respect dan kagumi.
kalau takat kawan paling rapat pun aku rasa dia dengar2 jugak tapi kejap je. almaklumlah umur lebih kurang jer.. makan garam pun dlm kuantiti yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
okeh komen yg zamzam pulak
kami semua peminat mawi berdoa mawi dikurniakan jodoh seorang isteri solehah, memenuhi ciri2 muslimah i.e bertudung,[<-- tak payah kot.. walaupun itu yg kita mahu] lemah lembut seperti yg mawi war2kan dulu. kami pasti peminat mawi insyaallah bertambah memandangkan wanita adalah tulang belakang kejayaan seorang lelaki & dgn memilih seorang wanita/isteri yg bercirikan wanita muslimah kerjaya mawi dalam industri seni akan lebih gemilang. mawi pernah berpesan supaya kejutkan jika mawi terlena, oleh itu niat kami di sini adalah supaya mawi sedar apa yg bakal berlaku jika mawi terus terlena. mawi berada dipuncak dan mungkin tak nampak apa yang ada dibawah tapi kami sebagai peminat menghadapi laluan sukar sekiranya mawi tersalah pilih..
kami doakan supaya Allah kurniakan seorang isteri yg solehah, menutup aurat, [<-- boleh tak ganti dengan isteri yg baik?] menjaga maruah diri [<-- perkataan ni wajib ada ] & suami serta hormat pada keluarga mawi. apa2 pun kami tetap terima sesiapa sajer yang bertahta di hati mawi walaupun ramai yg akan berkerat rotan & berpatah arang jika orang yang sering digosipkan adalah pilihan mawi.
semoga allah cucuri rahmat kepada ASMAWI ANI & KELUARGA SERTA SELURUH UMAT ISLAM....amin.
ok gak kalau tak sebut nama ikin secara terang
harap kita dpt menghasilkan yg terbaik, amin
ish... istikharah aku ttg petisyen ni tak ada tanda pulak
masa istikharah nak ambik anak angkat hari tu laju je dpt pertanda |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry ye korang sbb baru masuk kat board ni, sibuk terlampau these few days. So, camne sekarang. Ade perkembangan terkini about petition ni?
--> Pls mention kat Mawi, ape yg kita buat pon utk kebaikan dia jugak. Akibat dari petition macam ni dulu maka Mawi dapat peluang kedua sertai AF3 bersama Marsha. Walaupun semua perkara bergantung kpd rezeki, kalau tak ada usaha, usah harap sebuah kejayaan, dia kena ingat tu.
Saya 'ON' je. I'll support ape2 yg korang fikir baik. Pls act fast sebelum nasik menjadi bubur. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #225 apikwaeh's post
aku rasa kat mfc ramai makcik2 yg rapat ngan mawi spt umilatifah. apakata mintak che bedah pass kan petition ni kat umi. sambil tu umi bagi jarum sikit kat mak melah (cara orang tua2 lah) bagi mak melah faham apa sebenarnya yg terjadi. aku rasa insyaallah umi boleh tolong sbb dia dah anggap mawi cam anak dia sendiri & sanggup ke mauritius, pentas ikon & ke london ngekor mawi. kat FTA jgn cakaplah dah macam second house dia. mungkin umi pun serbasalah kalau nak bertindak sendirian tapi kalau atas nama peminat2 mawi mungkin dia ok kot. no harm trying... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by S3Myx at 25-8-2007 07:39 AM
Sorry ye korang sbb baru masuk kat board ni, sibuk terlampau these few days. So, camne sekarang. Ade perkembangan terkini about petition ni?
--> Pls mention kat Mawi, ape yg kita buat pon utk ...
aku rasa ini pun berbau ugutan a.k.a ungkitan...tapi entah lah. up to you all |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #229 zamzam's post
Betul jugak zam. Mungkin chebedah dgn kak umilatifah boleh sampaikan hajat kitorang kat sini. Yg penting sekali kalau ada ape2 gambar pasal dak Ikin tu biar buat 2 copy (satu kat Mawi dan satu kat mak melah). Mungkin mak melah duduk di kampung, jadi tak tau banyak pasal dak Ikin ni. At least mak melah boleh cube2 nasihat kalaulah benar dak X semengah tu pilihan Mawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zamzam at 25-8-2007 08:29 AM
aku rasa ini pun berbau ugutan a.k.a ungkitan...tapi entah lah. up to you all
Kadangkala kalau terlampau cakap berlapik pun message tak sampai. Bukan niat kita nak mengungkit, cuma kita nak dia tahu ramai yg tak sokong pilihan dia (kalaulah benar Ikin). Message orang ramai jelas. |
|
|
|
|
|
|
|
ni Draft aku plak....
Kerjaya mawi sekarang berada di puncak, ramai yang menyanjung dan ramai juga yang mengeji, kami selaku peminat mawi masih lagi mahu mengkagumi bakat anugerah Ilahi kepada mawi.. Atas dasar rasa sayang kepada seorang insan bernama Asmawi Ani, kami ingin terus melihat kerjaya mawi terus bergermelapan dilimpah ruah dengan rezeki yang diberi Allah. Namun kami juga faham andai ada unsur-unsur yang tidak ingin melihat kerjaya mawi terus berkilau. Justeru itu mawi harus sedar, manusia ada pelbagai cara untuk menjatuhkan kerjaya mawi sebagai seorang penghibur.
Mawi harus akur, walau mawi meminta peminat supaya tidak campur tangan dalam urusan peribadi mawi tetapi kejayaan mawi berada di kemuncak adalah atas daya usaha mawi dan juga peminat. Mawi dan peminat tidak dapat dipisahkan. Peminat ingin melihat mawi bahagia dan berjaya dalam segala bidang. Justeru itu peminat amat berharap mawi memilih seorang bakal isteri yang lemah lembut, berhemah, pandai menjaga tutur kata dan berpakaian, pandai menjaga maruah mawi dan tidak terlalu mengekposekan diri kepada public. Ini adalah kerana peminat amat berharap wanita yang akan berada di samping mawi adalah wanita yang benar-benar mampu menerima mawi seadanya dan juga keluarga mawi seadanya. peminat telah berusaha sehabis baik untuk kejayaan mawi sekarang ini dan peminat tidak mahu melihat kemuncak mawi sekarang dihakis seperti mana jentolak menghakis gunung ganang dan bukti bukau bagi pembinaan perumahan dan pembangunan lain.. Biarlah gunung ganang dan bukit bukau itu terus menghijau memberikan kepada lebih banyak penghidupan khazanah alam. Begitulah diibaratkan diri mawi kepada kami peminat-peminat mawi.
Akhir kalam, world world juga akhirat jangan lupa, bahagiakan ibu mawi barulah bahagiakan orang lain, syurga mawi ditelapak kaki ibu, carilah bakal isteri yg dapat menjaga ibu mawi selama hayat dikandung badan. Hati ibu yg terguris neraka tempatnya mawi.
[ Last edited by redsentra at 25-8-2007 08:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #229 zamzam's post
saye dah ok dah ayat tu..dan setuju gak pasal mintak tolong umilatifah...semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #233 redsentra's post
ok gak ni. saye ni pasal ayat tak pandai sgt....gabungkan kedua-duanya! |
|
|
|
|
|
|
|
bole korang tempek kan tak cover hai dan majlah apa yang ada dak TG tu? aku nak bacer lah..pastu boleh lah kita bagi komen2 bernas...huhuhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #236 junjai's post
tak belilah...sbb menci sgt tgk muka dak tu.....bace sbb nak tahu ape die cakap pasal mawi je |
|
|
|
|
|
|
|
pagi-pagi buta lagi hampa dah berporum:bg:
aku suka petition yang dicadangkan oleh zamzam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #225 apikwaeh's post
Cadangan apik pun sangat baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #234 kekkukus's post
ditto kekkukus...semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|