|
[Tempatan]
Pendedahan asal mengenai Aman Palestin di link FB.
[Copy link]
|
|
pada pandangan umumlah Ebit Liew tu businessman lagi popular lagi ramai hadiri program2 dia dgn bayaran yg tinggi -marketing strategies.
apa yg dia donate tu kira potong utk cukai so ertinya takperlu bayar cukai.
sama dgn konsep Yayasan duit kena cukai gi ke yayasan dan yayasan dpt nama keran menderma.
kira lari cukailah.. maaf jika pandangan ini silap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah terkesima dan kagum dgn nama agama yg dijaja puak scammer, skill critical thinking dibuang ke tepi psl tu la penipu makin galak menunggang, jgnkan nak tuduh, suspicious pun tak boleh.
Entahla, akak tengok kemain lg berdedai2 iklan Aman Palestin kat yt - byk jugak duit dia org byr utk tu ya. Akak setuju jugak dgn bbrp poremer di sini - utk lebih rasa yakin dan selamat, lebih baik menderma kpd locals dan org sekeliling dulu. Selaku manusia biasa, akak bias kpd charity yg lebih dekat di hati akak. YG jauh2 terutama dgn NGO yg ntah apa2 nih, akak berkira nak hulur duit hasil titik peluh akak. Untunglah org kaya raya, senang2 serahkan duit tanpa mengambil kira derma tu sampai ke idokk kpd target sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah kena kat depan bank.. Entah mana ngo.. Suruh derma utuk bantu org susah katanya.. Soh tolak kad kredit bulan2.. Koserrrrrrrr.. Pastu tanya aku knp xnak derma bantu org susah... Hellooo.. Kalau sampai tolak kredit card tu dah scamm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aman Palestin jawab isu laporan audit
Oleh Saiful Haizan Hasam - Mei 22, 2021 @ 5:32pm
KUALA LUMPUR: Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba memfitnah ketelusan badan itu dalam menguruskan dana kemanusiaan kendaliannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, berkata ini kerana perbuatan sedemikian memberi kesan yang amat buruk kepada usaha mengumpul dana membantu perjuangan rakyat Palestin kerana penyumbang menjadi was-was.
Beliau membuat penjelasan berkenaan terhadap dakwaan ketiadaan laporan audit bagi tahun kewangan tertentu yang tular menerusi media sosial, berkata sejak 2007, pihaknya sentiasa menghantar laporan audit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanapun katanya, laporan bagi tahun kewangan 2016 sehingga 2019 masih tertangguh atas sebab-sebab tertentu yang sudah mendapat kebenaran SSM.
"Aman Palestin telah membuat pertukaran juruaudit dan melantik juruaudit baharu pada 2016 dan 2017 menyebabkan laporan audit pada tahun tersebut mengambil masa untuk disiapkan.
"Begitupun, Alhamdulillah laporan ini sudah siap untuk dihantar kepada SSM, manakala laporan bagi tahun kewangan 2020 masih belum sampai tarikh penutupan akaun," katanya.
Beliau memberitahu demikian menerusi sidang media secara maya yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Gaza, Ir Omar Seyam dan Pengurus Projek Pertubuhan Sebil, Dr Hasan Shahin.
Semalam, tular di media sosial mengenai laporan audit Aman Palestin yang tidak dihantar kepada SSM sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Sementara itu Awang Suffian berkata, pertambahan cawangan Aman Palestin di seluruh negara turut menambah beban penyelarasan dan kerja-kerja menyiapkan laporan audit kerana ia hanya diuruskan dua kakitangan.
Katanya, proses menyiapkan laporan berkenaan juga semakin mencabar berikutan pertukaran sistem kewangan baharu.
"Penularan COVID-19 bermula akhir 2019 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 telah menyukarkan proses audit di setiap cawangan," katanya.
Mengenai penggunaan nama Berhad, Awang Suffian berkata, ia tidak bermaksud Aman Palestin adalah sebuah syarikat perniagaan atau disenaraikan di bursa saham.
Katanya, ini kerana Aman Palestin didaftarkan dengan SSM sebagai sebuah organisasi pemilikan awam tanpa motif keuntungan yang terhad dengan jaminan sebagaimana yayasan-yayasan lain.
"Ia tidak membabitkan pemilikan saham oleh Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, sebaliknya mereka hanyalah pemegang amanah.
"Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin ini juga tidak menerima apa apa bayaran kerana mereka adalah individu yang menginfak masa dan tenaga untuk memastikan isu Palestin dapat diperjuangkan dengan baik," tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Awang Suffian mengalu-alukan mana-mana pihak yang masih sangsi dengan ketelusan Aman Palestin supaya mengunjungi pejabat pertubuhan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Sementara itu, sebarang maklumat mengenai penyaluran sumbangan bantuan kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas Israel boleh dibuat menerusi Aman Palestin dengan melayari sesawang, www.amanpalestin.net
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 22-5-2021 12:29 AM
Boleh ambil 30-40% legally.
Boleh juga dia beli barang itik dia pada harga biasa dan bg barang ...
Dia kutip under itik NGO ke? I taktau.
Kalau gitu uols kalau nak bersedekah, bersedekah la di universiti ke atau badan2 bukan NGO.
Sebab 100% la akan pergi ke tempat yg dijanjikan. Tiada ambil caj pengurusan mengikut pengalaman i. |
|
|
|
|
|
|
|
Cekla replied at 22-5-2021 01:16 AM
dulu pernah follow sorang kakak ni yg laki dia warga palestin..dia kawen pun kat palestin.
dia bu ...
Ni Yang single mum anak ramai kawen ngan Palestinian muda Dari dia Tu? |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 22-5-2021 08:11 PM
Aman Palestin jawab isu laporan audit
Oleh Saiful Haizan Hasam - Mei 22, 2021 @ 5:32pm
Agak2 la takkan audit 2016 punya pun ambil masa 4 tahun baru nak siap. Statement macam ni org x reti berfikir ja boleh terima |
|
|
|
|
|
|
|
Audit tak siap dari 2016 tu bukan salah auditor...mesti co tu yg tak boleh telus sediakan dokumen
Dari buang masa lantik lawyer
Baik ko siapkan audit proses tu.
Byk duit co nanti guna lawyer pulak |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 22-5-2021 02:21 PM
Mungkin semua tu guna duit personal orang yang terima kutipan dana. Hosnozom je la kaka @lavender ...
Teringin nak tau kos iklan2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by epal21 at 22-5-2021 01:37 PM
Jadinya memang Aman Palestin mengaku yg tak submit lagi laporan audit 2016-2019 disebabkan tukar auditor lah kan. No fitnah di situ. Iols tak kerja bahagian akaun tapi rumit ke kalau tukar auditor sampaikan bertahun tak submit? Iols rasa bila melibatkan duit sumbangan org ramai, sewajarnya AP telus drp segi pengurusan dana tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Contoh NGO yg telus: Mercy Malaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 22-5-2021 09:43 PM
.. kena pandai memiih NGO nya ... saya dah dekat 20 tahun kot menderma kat MAKNA ... mmg autopotong buat derma melalui CC setiap bulan .. yg best .. kalau tukar CC pun (bank sama) tak ada masalah .. auto jer ... dulu derma rm20 jer kot .. then naik rm50 sebulan ... i mmg yakin .. sebab MAKNA ni memnag tolong pesakit kanser . hospital kanser kat PJ tu pun MAKNA yg buat tak silap nya ....
jom la uols .. menderma kat MAKNA ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Abang aku jadi Bendahari kat Pengurusan apartment yang kitaorang duduk ni pun buat audit tiap2 tahun..Abang aku keja kat bank pun buat audit tiap2 tahun, selalunya dlm masa 2 minggu dah siap lainlah kalau ada kes, mau sebulan nak siap..
Abang aku cakap dia kena declare duit aliran tunai masuk & keluar ni nampak duit itu guna untuk apa, dari mana duit tu masuk..
Yg aku pelik kenapa Ngo tu sentap..bukannya nak minta maaf kat penyumbang ke.
Kalau tak bising benda ni..entah2 sampai 10 tahun terperap takde audit. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat yg selalu digunakan pentaksub-Pergi jumpa kat office. Zaman la ni upload je lah bukti2 tu dlm website untuk public access. Kalau jumpa jat office pun, laporan audit tu boleh materialize ke?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 22-5-2021 01:25 PM
Audit tak siap dari 2016 tu bukan salah auditor...mesti co tu yg tak boleh telus sediakan dokumen
...
Itulah. Rela nak appoint lawyer drp siapkan laporan audit tu. Mentang2 lah bukan duit dia tu yg berani nak ugut tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada yg tak kena dengan AMAN PALESTINE, buat laporan polis, biar pihak berkuasa sama ada Polis atau SPRM mengambil tindakkan .
Sehingga kehari dan saat ini, tiada apa tindakan pun yg diambil keatas pertubuhan tersebut, itu bermakna pertubuhan itu tiada masalah dlm pengurusan dana2 atau derma2 yg diterima selari dengan matlamat pertubuhannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lista replied at 22-5-2021 01:42 PM
Abang aku jadi Bendahari kat Pengurusan apartment yang kitaorang duduk ni pun buat audit tiap2 tahun ...
Sentap sebab pecah tembelang laporan audit takde. Ada iols baca komen pentaksub, katanya memadai dgn laporan aktiviti sbg bukti. Ingat ni kelab matematik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 22-5-2021 07:10 PM
pada pandangan umumlah Ebit Liew tu businessman lagi popular lagi ramai hadiri program ...
Setuju tp pentaksub tk kan ckp mcm tu
Ttpla kata duit dewa ebit |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-5-2021 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by LadyCarefree at 22-5-2021 09:13 PM
epal21 replied at 22-5-2021 08:36 PM
Jadinya memang Aman Palestin mengaku yg tak submit lagi laporan audit 2016-2019 disebabkan tukar aud ...
Betullah iols dok cakap 2 orang saja yg urus semua. So, 2015 jutaan yg claim as admin costs tu bahagi dua lah ya ke macam mana? Curious juga. Press con xsentuh pulak pasal ni eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka derma ke Syed Azmi sebab dia saring penerima. Takla strict sangat tapi kita boleh tengok pattern penerima macam mana. And dia educate sekali penerima tu dari segi perbelanjaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|