|
Princess : hey what's up ... hehehe...tu la cerita si Nadim and the geng.... Nadim ni kan seorang yang kelakar, tu pasal la dia suka buat benda mengarut, dan si Ijal ketot inherit most of his genes and suka buat benda mengarut ! |
|
|
|
|
|
|
|
salam and hello..... i br join.. nice story detox... keep it up!
yhani Post at 25-2-2010 16:46
hi yhani...selamat datang !
tq, and selamat membaca |
|
|
|
|
|
|
|
nti smbung lg ek.. nak chow dulu, nk amik anak kat sekolah..cuti 3hari... |
|
|
|
|
|
|
|
allamanda : it's just a simple rule dalam Nadim's family. sebenarnya coklat boleh buat budak2 hyper. dah la dua ketot tu hyper semacam...ihihihi
detox Post at 25-2-2010 17:22
Oh..ok...i like that idea..
But then betol ke..baru niela my husband dgr kat WHI..ada kajian kata budak2 klu makan coklat dia boleh tinggikan daya ingatan... |
|
|
|
|
|
|
|
sheda : dah tempek da...
jascute : ahaha, aku kan suka ngarut so ni lah hasilnya
Ifah : ohh cik ifah sayang...my hero TY apa kabar....ihihih
wannur : depa melawak je....D juga yang akan tetap membasuh dan menyediakan semua keperluan anak2
merahsilver : mak bapak kita tetap best giler , ihih ya Mr Mama...that's cute ihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Oh..ok...i like that idea..
But then betol ke..baru niela my husband dgr kat WHI..ada kajian kata budak2 klu makan coklat dia boleh tinggikan daya ingatan...
allamanda Post at 25-2-2010 17:28
i dont quite sure pasal tu, boleh check, klu true jangankan budak2 aku pun nak...bestnya....ihihihi
but chocolate memang comfort food kan, stress je makan cekelat...ahahahahha ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Happy family.....seronoknya...
Tahniah utuk detox buat kami bahagia baca kisah keluarga nadim n dira.....:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
conok cgt cite ni...cam real...sstgh cte cam tpu coz ask apy + idop jgn cte cam cenangpandai bg komen jek tak pandai tules |
|
|
|
|
|
|
|
best je baca cite family nadim ngan dira ni |
|
|
|
|
|
|
|
thanks detox... so sweet family D ngan Nadim..suka sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
175# qimi08 ng
ngerinya kak...sampai putus cuping telinga????
hes!!!takut nak bayangkan kawan akak tu kutip tinga anak dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
“Yeah, makin lasak, especially Rizal. Dia yang bully Imran, dia yang melalak nanti.” Aku senyum sedikit mengingkatkan gelagat mereka.
gelak sorang2 aku baca part neh...kekekeke
imran tuh cam cool sket...
ijal neh plak tak hengat punya nakal....
suka jek nak memberontak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan2, Selamat Menyambut Maulidur Rasul..
Yalah Deetox.. akhir-akhir ni memang sibuk, banyak perkara yg perlu diselesaikan.
Tapi seronok dapat baca n3, tetap mencari waktu utk menatap cerita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
imran ni banyak ikut dira.....
thanks detox..... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk bacaan semasa hari cuti ...
PART 9
=============================================================
Airmata aku laju membasahi pipi. Aku sudah tidak dapat mengawal esak tangis hinggakan suara aku kuat kedengaran.
“Mak !!!” jerit aku, tidak kuat tapi cukup untuk membuat wanita yang sudah pergi itu berpaling, kabus yang tebal menyukarkan aku melihat wajahnya. Aku berlari tapi aku rasakan selaju mana aku cuba berlari, wanita itu tetap tidak dapat aku gapai. Aku lelah, hatiku tercalar dan aku tidak lagi mengejar dia. Seperti biasa aku akan terduduk di tepi jalan kosong itu melihat saja dia pergi dengan air mata yang seakan tidak mahu berhenti mengalir.
Aku terbangun, peluh membasahi dan aku masih lagi menangis. Nadim juga terbangun dan dia bingung di sebelah. Tangan kanannya terus memetik lampu di meja sisi.
“Baby ?” dia tarik aku dekat ke dadanya dan aku masih lagi menangis. Nadim elus lembut dan aku dengar dia memujuk perlahan.
Aku masih lagi menangis tersedu-sedu, muka aku sembamkan ke dadanya yang tidak berbaju. Kami berdua duduk di tengah-tengah katil di tengah-tengah malam yang hening, aku lelah, aku sedih dan aku sangat pilu.
Aku lepaskan tangan yang merangkul kuat bahu Nadim. Aku baring dan mengiring membelakanginya, masih lagi aku menangis tersedu-sedu. Nadim merapat, lenganku di picit perlahan, dia memelukku dan menarik aku dekat dan aku rasa panas tubuhnya, tubuhku mengerekot di dalam pelukannya, damai rasanya tapi tetap sahaja penderitaan di batinku tidak mahu pergi.
“D dah lama tak mimpi Mak.” Perlahan suara aku keluar, tersekat-sekat dan aku menangis lagi.
“Syyy…..” aku rasa bibirnya mencium telingaku.
“Although D tak pernah nampak muka Mak. Tapi I know it’s her. It’s the dream again. The dream I always dreamt everyday since I don’t know when. The dream just came back today after so many years…”
Aku mengalih, muka aku sangat rapat dengan Nadim sampaikan aku dapat rasa hembusan nafasnya. Aku memeluknya erat seakan tidak mahu dia meninggalkan aku juga seperti apa yang dilakukan Mak tadi.
“Abang, don’t you ever wonder D ni anak siapa ? Siapa keturunan D ? Siapa Nadira yang hanya berbintikan Abdullah ?” tangisan sayu mengalir lesu dan Nadim cepat-cepat menyapu dengan kedua belah tangannya. Dia cium mata aku yang basah dan dia bawa mukaku rapat ke hujung lehernya. Ubun-ubun aku di kucup sebelum menarik aku sedikit agar mata kami bertembung.
“Why they dumped me ye ?” pertanyaan yang pastinya tidak ada jawapan.
“D, whoever your parents are, not important to me. What more important is what you’ve become.” Nadim berhenti di situ, dia merenung aku sebelum mencium di tengah-tengah kening, ciuman kasih sayang seorang suami.
“You are a great woman. Your love, passion and affection to me and the children embrace us all to a bond that is so tight. I have not met any other woman who is more amazing than you ! You are an excellent wife and mother. I love you more each day and everyday I make sure you received the love you so deserved, Sayang.” Bisiknya terus ke telinga dan sampai ke hati mencungkil seribu rasa.
Matanya merenung terus ke mataku, dan jari-jarinya lembut menyapu air mataku yang terus-terus mengalir tanpa mahu berhenti. Dia memegang mukaku dengan kedua-dua tangannya dan mendekatkan bibirnya mengucup bibirku dan bila dia melepaskan bibir nipis itu, aku mengigit sedikt bibir bawahku, kehangatannya masih terasa.
“Abang, for almost fourty years, D masih harap for a day when my parents show up in front of the door and that day will be my happiest moment.” Aku menarik nafas dan aku tahan air mata dari mengalir. “It’s just a wish that will never be granted.” Suaraku perlahan dan aku menyorokkan muka di antara muka dan bahu Nadim. “I really wish that will come a day, I can stop longing for them, tapi tak boleh… haunts my entire life, and it is so painful.” Aku menelan liur, kerongkong ku terasa mengetat dan menyempit. Hati ku rasa terhiris lagi, pedih.
“There always be a reason Sayang. Allah Maha Mengetahui.” Nadim memerhati reaksi aku, tapi aku hanya menundukkan muka. “Tomorrow, let’s go back to Penang. Kita try trace them down.”
Aku angkat muka dan terus menggeleng.
“They don’t have any records. I was left in front of the home, without a name, without a note… they abandoned me in the cold .. until now i don't have the answer to why they don't want me... Hmm…Nadira’s own sad story….” Aku senyum untuk menutup keperitan yang aku rasa di hati.
Nadim menarik nafas sedikit dan matanya menatap aku. Hatinya tersentuh dan dia sedang berperang dalam dirinya untuk tidak menitiskan air mata, tidak di hadapan Nadira kerana ianya akan menjadi satu kenangan yang sedih.
Aku bangun dan terus ke bilik air. Tidak pernah aku luahkan apa yang pendam selama ini. Aku mengetap gigi sampai boleh terdengar ianya bergeser. Luahan tadi hanya menambah rasa sakit. Air sejuk aku simbah ke muka, mataku sangat merah dan hidung juga. Aku tersenyum sedikit, itulah wajah aku yang sebenar. Lama aku termenung di hadapan cermin, semua kenangan pahit sewaktu kecil seakan mencurah-curah masuk ke dalam ruang fikiranku. Pedihnya bagaikan sembilu menghiris tanpa rasa simpati.
Nadim termanggu-manggu di tengah katil. Dia masih bersila dan jantungnya seakan di robek-robek mendengar rintihan Nadira. Tidak dia menduga sekali pun, selama ini wajah yang sentiasa di hiasi senyuman manis untuk dirinya menyimpan satu rahasia yang sangat memilukan. Andai saja dia boleh tarik keluar semua kepiluan yang terpenjara di dalam hati Nadira, wanita yang paling di kasihi dan di cintai .. apa saja dia sanggup lakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by detox at 26-2-2010 14:47
Aku buka almari dan keluarkan sehelai t-shirt.
“Put this on, dada sejuk nanti.”
Nadim menarik nafas, cepat dia menyapu air mata yang bergenang, sebelum berpusing memandang Nadira. Dia tidak kuat untuk merenung muka Nadira, dia tidak mampu untuk terus menahan sebak apabila mata bulat itu merenungnya nanti. T-shirt yang masih terhulur di capai lalu disarungkan.
“Go back to sleep. Sorry D kacau.”
Aku tidak kembali ke katil sebaliknya duduk di sofa dan memandang ke luar. Nadim memerhati saja dari katil. Dia juga tidak betah di situ.
“D, let’s go somewhere..just the two of us.” Suaranya kedengaran perlahan tapi aku dapat rasakan dia mahu aku keluar dari kesedihan yang menghimpit.
Aku angkat muka dan melihat Nadim ke bilik air dan seketika kemudian dia menyarungkan jeans. Kain pelikat di lipat dan diletakkan di hujung katil.
“It’s 5.00 in the morning Abang, and I am not going to leave the kids.” Mataku singgah pada jam di meja sisi, 4.47.
“They’re sleeping, kita keluar sekejap saja. Moreover kita kan dah ada Bibik sekarang….”
“Baru je seminggu, dia pun terkial-kial lagi nak handle the two.”
“Tak pe, I trust she can handle them without you supervising….”
“Subuh dulu…”
“Tak leh…we stop somewhere…”
Nadim memberi aku sehelai t-shirt lengan panjang dan Dockers kelabu.
“Put it on. I am taking you to someplace special.”
“Where to ?” tanyaku sambil menyarungkan t-shirt berwarna merah darah.
“A surprise for someone as amazing as you…” dia mengenyet mata. “Kita naik motor…” sambungnya.
“Sejuk nanti..”
“That’s why you need this jacket…” dia menyarungkan aku jaket, dan memastikan zip di tarik hingga ke atas. Dia merenungku, muka ku di pegang dengan kedua-dua tangannya. Bibirnya di rapatkan dan kami bercumbu sekejap.
“You taste so sweet Sayang. Cam makan ice cream Jagung !”
Aku tergelak dan menolak badan Nadim sedikit.
“Dah jangan sedih-sedih OK. Abang tak suka D sedih.” Dia mengelus bahuku dan mencium aku lagi.
Kami keluar bilik dan perlahan-lahan turun tangga. Lampu dapur sudah terpasang.
“Rom, kami keluar sekejap, kalau Ijal terjaga, tolong buatkan dia susu ye.”
“Iya , Kak..”
Rominah atau singkatannya Rom mengangguk, dia tidak banyak cakap dan terus membasuh pinggan yang ada di dalam sinki.
Nadim sudah pun menghidupkan enjin motor. Dia tutup pintu pagar dan dia menyuruh aku menyandang beg yang di pegang tadi.
“Beratnya…apa la Abang isi.”
Dia tidak menjawab dan terus mengetatkan tali topi keledar. Motor bergerak perlahan mula-mula dan bila masuk ke Lebuhraya Persekutuan, Nadim memecut, motor berkuasa tinggi itu mengaum membelah kedinginan subuh di jalan raya yang sangat kosong. Aku terpaksa memeluknya erat-erat, setiap kali dia mengambil selekoh. Aku tertanya-tanya apabila dia masuk ke pekan Semenyih. Sampai di stesen Petronas, dia berhenti.
“Kita Subuh dulu.”
“Kita nak pergi mana…”
“Ada lah…”
Dia terus menuju ke bilik air dan aku cepat-cepat mengikut.
Selesai tanggungjawab, kami bergerak semula. Kami memasuki jalan yang sempit, pokok kelapa sawit di kiri kanan membuatkan suasana yang mengerikan dan gelap. Nadim terus menghala motor dan akhirnya berhenti di satu kawasan kosong. Aku lihat ada beberapa kereta terpakir di situ.
“We are going to hike that hill ?” dia memasukkan helmet ke dalam karung beg hitam.
“Kat mana ni ?” aku memandang ke arah yang dia tunjuk di dalam gelap itu aku hanya nampak bukit yang tersergam di hadapanku.
“Broga Hill. Cepat, we want to catch the sunrise.”
Mata ku bulat. Nadim memang pandai buat kejutan-kejutan begini.
Nadim meminta beg tadi, dia mengeluarkan lampu picit dan kami mula bergerak. Mendaki laluan yang tidak begitu sukar walaupun di dalam gelap pekat. Sekitar 30 minit kami sampai di lookout point pertama.
“Nice view from here…” kataku sambil menghirup udara segar.
Langit sudah makin kelabu, namun sang mentari belum lagi menonjol diri.
“We go further up. The view is even more spectacular there.”
Aku senyum dan memegang lengan Nadim. Embun di hujung lalang terasa dingin menyentuh kulit apabila kadang bergesel dengan hujung jariku. 15 minit kemudian kami sampai ke kemuncak paling tinggi. Dalam samar-samar subuh yang kian mengorak langkah aku dapat memerhati pemandangan yang terbentang di bawah. Sungguh menggagumkan.
“It’s lovely…”
Nadim senyum dan memimpin tanganku mencari tempat paling sesuai untuk melihat matahari terbit. Kami duduk sangat rapat di atas satu bongkah batu, sesekali angin dingin menyapa. Kami tidak berkata apa-apa selain mata memerhati keindahan yang tercipta tatkala sang mentari mula perlahan-lahan melakar di langit yang luas. Subhanallah. Maha Suci Allah. Sungguh indah tidak terucap dengan kata-kata. Aku rasa tangan Nadim yang sedia terlingkar di bahu menarik aku lebih dekat.
“D, I love you with all my heart, and it really does not matter if your name is just Nadira. It’s the sweetest name, and I am really thankful to Allah for all the blessing He gave us. You are and always be my sunshine.” Dia mencium dahi ku membuat aku terkesima dengan kata-katanya.
Matanya aku renung dan cahaya yang keluar itu bersinar terang bak mentari yang baru terbit, aku membalas dengan mencium pipinya. Dia senyum dan kami kembali merenung ke langit.
Aku tidak berkata apa-apa, diam dan menghayati momen yang sangat indah itu bersama lelaki yang aku cintai. Dalam hati aku sangat bersyukur. Allah maha adil. Dia tidak temukan aku dengan ibu bapaku, mungkin ada kebaikan di baliknya, ada rahsia yang menjadi milikNya, tetapi dia temukan aku dengan Nadim Syah yang mengisi jiwaku dengan cinta yang ikhlas dan jujur.
“Let’s walk around …” dia bangun dan menghulur tangan, aku sambut dan badanku di tarik.
Kami berjalan sambil menikmati bening pagi, tangan kami tergenggam erat dan sungguh ikatan yang tersimpul mati itu mengalirkan rasa bahagia di jiwa kami berdua.
“One day, we take the kids here. It’s amazing kan ?”
“Ye. Miraculous”
Aku senyum dan berdiri di tepi tebing, mataku di lepaskan tanpa ada batasan yang menyekat. Tak henti-henti aku berzikir di dalam hati, betapa Allah ini Maha Bijaksana.
“Abang. Thank you so much. This is a wonderful surprise. Abang selalu tahu camna nak buat D happy.”
“I will do anything to ensure my lovely ni tak monyok. Altho you still look beautiful in teary eyes but you are even more stunning with your sweet smile and your naughty giggle.”
Aku senyum.
“You and your sweet talk, you make fairy tales come alive. I like it very much En Nadim Syah.”
Nadim senyum.
“Ya, you my Cindarella and me your Prince Charming and we live happily ever after…” Nadim tergelak dan dia menarik pinggangku membuatkan kami berdiri lebih dekat lagi.
“Ya…itu yang buat I cair dengan you…”
“Jangan cair banyak-banyak susah I nak kutip…or is it sedut ?”
Aku cubit perut dia sedikit.
“I become naughty at once ni D.. Wait till we get home !” Dia bisik dan membuat kenyitan mata yang paling mengugat jantungku. |
|
|
|
|
|
|
|
sweetnya...romantik sgt...
:pompom:...kita suka...kita suka... |
|
|
|
|
|
|
|
Hi D... lupa ke...
jgn cubit perut dia .. kalau dicubit.. jawablah.. he..he..he... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|