|
Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*(darul arqam makam al kazab)
[Copy link]
|
|
ada bukti lagi baiklah.....tapi website tu sendiri tak cakap sama seperti future yang Asyaari ramalkan....lain langsung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 22-3-2007 12:23 AM
ada bukti lagi baiklah.....tapi website tu sendiri tak cakap sama seperti future yang Asyaari ramalkan....lain langsung....
Setakat di website sjkah rujukan awk bukan dr hasil kajian awk sendiri spt kami di rufaqa? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 21-3-2007 09:37 PM
Kalau anda belum tahu, Syaikh Nazim Haqqani adalah orang yang paling rapat dengan Allah, Rasul dan Imam Mahdi pada saat ini! Beliau adalah pemimpin segala wali pada zaman ini. Beliau adalah orang yang akan berdampingan dengan al-Mahdi kelak. Beliau Sultanul Awliya', berkedudukan lebih tinggi di atas Quthubul Ghawth di alam ini pada saat ini. Pengikutnya berpuluh juta ramainya. karamahnya begitu banyak mampu dituturkan dalam kesemua bahasa utama di dunia ini dengan kisah yang berbeza2. Ternyata Asyaari Muhammad hanyalah berada di bawah kedudukan Syeikh Nazim dan telah terbukti pula Syeikh Nazim tidak pernah membawa ajaran2 yang salah tidak seperti Asyaari yang meninggalkan Auradnya. Dan selepas ini semua, sudah sepatutnya Mawar Merah berpindah kepada Syeikh Nazim.
Ok kalau begitu dakwaan awk...silakan beritahu kami di sini secara detail siapa Imam Mahdi yg dimaksudkan itu. Kami dh paste secara detail susur galur IM yg kami maksudkan yg bertepatan dgn hadis2 mengenainya. Kalau tak ada di thread ini, ada di thread yg lain. Atau mungkin seblm ini dah ada awk bagitau...dan mungkin sy tak perasan. Jadi silalah paste semula di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 21-3-2007 09:37 PM
Mawar Merah,
sebenarnya kami adalah orang2 yang berpegang kepada al-Quran dan hadis2 Rasul Suci. Kami tentulah tidak seperti anda dalam hal membuktikan kebenaran di mana anda tidak mengutamakan kedua2 nya dalam membuktikan hujah2 anda. Bagi kami karamah, magik bukanlah penentu kebenaran- sesuatu yang anda dan ngeng2 rufaqa' anda tidak tahu tentang orang2 Islam, khususnya seperti kami orang2 Syiah. Sejak dari dulu, geng2 rufaqa' hanya membawakan cerita2, syair2, ramalan2 (Yang tak menjadi) utk membuktikan kebenaran mereka. Kini, anda bawakan pula kisah S.Abdullah yang hanya berkata sepatah, "ISlam bangkit di tanganmu", dan juga kisah Syeikh Rifa'iyyah yang akhirnya berpegang kepada AUrad Muhammadiyyah yang akhirnya Asyaari sendiri menolaknya (Aurad tersebut). jangan jadikan kelemahan berfikir anda sebagai dalil kuat utk membuktikan kebenaran anda.
Apakah bila kebnran dikaitkan dgn karamah2, itu bermakna kami tidak mengutamakan kedua2 Al-Quran dan hadis? Apa bezanya dgn karamah dan magik yg dipaparkan oleh website Syaikh Nazim yg awk kelihatan begitu mempercayainya? Tentu awk tidak sama sekali akan mengatakan bahwa syeikh Nazim tidak mengutamakan al Quran dan hadis bila karamah2 dan magik beliau begitu di war2kan di web tersebut.
Kalau bukan karamah dan magik dianggap salah satu penentu kebenaran, web syaikh Nazim takkan paparkan karamah2nya di situ utk tatapan umum. Bagi kami, kehebatan2 yg dipaparkan di web tersebut, bukanlah asing krn ianya amat biasa bagi dunia tariqat.
Kalau awk boleh terima karamah2 dan magik syeikh Nazim tanpa mengatakan bahwa syeikh tersebut tidak mengutamakan al Quran dan Hadis kenapa awk tidak boleh menganggap sedemikian kpd kami?
Sempitnya justifikasi awk terhadap kami.
.........................................
Dibawah ini sy paste sedikit info berkenaan syaikh Nazim dr web yg awk cdgkan tu...
Sengaja sy paste utk memberitahu awk, sebagai info supaya awk lbh kenal abuya kami.
"Moulana Sheikh Nazim does not need to have recourse to books in answering any question that his followers or visitors put to him. He knows exactly what they need to know from Allah Almighty and the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) and he answers them immediately. He knows for what reason these people have come to him and for what reason they have visited him and he talks to each of them according to their capacity."
Utk pengetahuan awk, kebolehan abuya spt syaikh Nazim di ataslah maka selama ini, antara sebab kenapa abuya sgt dimusuhi oleh ulama2 resmi. Dah byk dakwaan yg kedgran yg mengatakan buku2 abuya yg berjumlah lebih dari 80 buah itu tidak boleh dipercayai (kebanyakkannya diharamkan) krn tidak ada rujukan (selain Quran dan hadis) lebih2 lagi krn tidak ada rujukan pada mana2 ulama2 terdahulu.
Mmg buku2 tulisan abuya tak ada index rujukan spt kebykan buku2 ulama2 biasa.
Itu tentang buku, begitu juga sesiapa yg bertemu abuya baik pemimpin2 atau rakyat biasa, keadaan abuya diakui samalah spt apa yg ditulis mengenai kebolehan s.Nazim di atas.
Tetapi spt biasa...bila kami anak2 muridnya bagitahu hal ini, bukan mudah utk orgramai mempercayainya. Cth di forum ini pun dah cukup.
Dakwaan bahwa S. Nazim adalah spt di bwh ini, sebnrnya ini juga merupakan pandangan kami terhadap abuya kami...
"Moulana does not generally perform miracles in the nature of flying in the air or walking on water as he says that even Shaitan has the power to perform these types of miracles. His miracles are however, of a different type. His miracles are to be found in the day to day life of his mureeds (followers). "
Kami sgt difahamkan oleh abuya bahwa karamah berjalan atas air atau terbang di udara bukanlah hebat mana...ianya lebih merupakan ilmu khadam.
(S.Nazim..."his miracles are to be found in the day to day life of his mureeds')...Kerana pegangan kami yg mengatakan 'rohul muqadassah' abuya sentiasa bersama kamilah, kami dianggap taksub, sembah abuya dll.
Jadi kalau awk boleh terima kesemua yg ada di web tersebut, sy heran awk boleh nilai kami dgn sgt tidak tepat spt di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #268 Mawar Merah's post
macam mana Mawar Merah mengsahihkan berita yg diterima? |
|
|
|
|
|
|
greyfox This user has been deleted
|
oh ye ke mawar merah??
nape abuya kamu x tau dia nak kena isa dulu??
oh lupe lak agaknye kayu dia hilang time tu
mawar merah jangan marah ye saya kata kan ini ,
tak salah kamu cari ilmu agama ilmu allah , cume kamu tersalah jumpe guru.
ikhlas saya katakan saya simpati dengan awak ,saya doa kan kau sedar dan insaf.
kekawan semua cari lah buku tajuk nye Tersungkur Dipintu Syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #280 greyfox's post
Aku pun nak tanya kau soalan. kau jawablah soalan ni,
Kenapa Nabi Yunus a.s tak tahu yang baginda akan ditelan ikan
nun? Sedangkan taraf baginda lebih tinggi dari Abuya.
Aku bukan ahli Rufaqa, tapi aku amat yakin Abuya adalah Pemuda
Bani Tamim DAN AKU YAKIN ABUYA AKAN MENANG AKHIRNYA. itu
biasalah liku-liku perjuangan yang biasa ditempuh olehi para-para nabi dan pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh Allah.
Asyik-asyik sumber rujukan "tersungkur dipintu Syurga". Buku-buku Abuya tak nak baca . Lepas tu tanpa usul periksa buat fitnah terhadap
Abuya. Aku baca semua buku, buku Abuya dan buku yang
menghentam Abuya . |
|
|
|
|
|
|
|
Sebgaimana tajuk tersungkur di pintu syurga, musuh2 Abuya yang akan tersungkur satu persatu akhirnya. Awaslah walaupun bukan ahli Rufaqa yang memusuhi Abuya pasti akan hancur juga akhirnya. Sebelum terlambat sekali lagi nasihat saya agar insaflah dan jangan mengata bukan2 kalau tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
greyfox This user has been deleted
|
Reply #281 zairol79's post
masalh nye sekarang mawar merah mengatankan abuyah boleh meramal kan ape yamg belum belaku , tu pasal ler aku tanye kenape dia x tau dia nak kena isa ko paham soalan ke x?? yang pasti diia tu manusia biasa yang banyak bida,ah , ramai pengikut dia yang dah sedar , wahai saudara ada tak ikut danmakna awak x tau pekara sebenarnye , setau aku abuyah menambahkan nama dia(abuya bangang) dalan zikir selepas sembahyang pikir sendiri,dia bukan nabi atau para sahabat nabi kena nak tambah nama dia?? siapaka kata aku x pernah baca buku bida,ah dia yang bangang siap gelak lagi, kalau orang x ada ilmu boleh ler terpedaya bia'ah dia tu, saya nasihat kan awak berguru(belajar) jangan baca je |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by greyfox at 25-3-2007 09:04 PM
masalh nye sekarang mawar merah mengatankan abuyah boleh meramal kan ape yamg belum belaku , tu pasal ler aku tanye kenape dia x tau dia nak kena isa ko paham soalan ke x?? yang pasti diia tu man ...
semuga Tuhan menyelamatkan anda.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 23-3-2007 11:21 AM
Apakah bila kebnran dikaitkan dgn karamah2, itu bermakna kami tidak mengutamakan kedua2 Al-Quran dan hadis? Apa bezanya dgn karamah dan magik yg dipaparkan oleh website Syaikh Nazim yg awk kelihatan begitu mempercayainya? Tentu awk tidak sama sekali akan mengatakan bahwa syeikh Nazim tidak mengutamakan al Quran dan hadis bila karamah2 dan magik beliau begitu di war2kan di web tersebut.
Kalau bukan karamah dan magik dianggap salah satu penentu kebenaran, web syaikh Nazim takkan paparkan karamah2nya di situ utk tatapan umum. Bagi kami, kehebatan2 yg dipaparkan di web tersebut, bukanlah asing krn ianya amat biasa bagi dunia tariqat.
Kalau awk boleh terima karamah2 dan magik syeikh Nazim tanpa mengatakan bahwa syeikh tersebut tidak mengutamakan al Quran dan Hadis kenapa awk tidak boleh menganggap sedemikian kpd kami?
Sempitnya justifikasi awk terhadap kami.
salam
saudari, nampaknya masih belum dapat memahami mesej saya. beginilah, secara mudah saya bagitau; sebenarnya saya sedikitpun tak mengkagumi S.Nazim, sedikitpun saya tidak mempercayai dakwaan2 ttg maqam dan kehebatan2nya tu...tak sekarang anda faham?
kerana itu saya katakan, ini kerana kami orang2 ISlam mengutamakan al-Quran dan hadis lebih dari kisah2 miracle yang sebenarnya wujud hanya di lingkungan kumpulan mereka sahaja. Al-Quran mengajar ttg hujjah bukannya dengan miracle seperti yang anda dok kagum2kan dengan ramalan2 oleh orang2 yang menganggap dan dianggap sebagai wali2 Tuhan! Dari himbauan saya terhadap 'kehebatan' S.Nazim tu tidak lebih dari sebuah perbandingan dengan keyakinan anda yang akhirnya akan membuahkan beberapa komplikasi:
1) Bila S.Nazim itu lebih tinggi dari Asyaari, maka kedudukan S.Nazim lebih dekat dengan I.Mahdi. Tidak pula kita dengar S.Nazim dok mewar-warkan ttg PBT seperti yang diagenda utamakan oleh Rufaqa'
3) S.Nazim percaya dirinya adalah orang kanan Imam Mahdi a.s.. dan Asyaari juga percaya dirinya adalah orang kanan Imam Mahdi a.s. Siapa yang menipu? Kalau S.Nazim menipu, Asyaari yang benar, kalau Asyaari menipu......begitulahs ebaliknya
4) Imam Mahdi S.Nazim lahir di wadi Fatima antara Jeddah dan Madinah. Imam Mahdi Asyaari lahir di wonosobo Jowo.
http://www.sheiknazim2.com/sahibuzamaan.html
siapa yang benar, sapa yang tipu?
beginilah kalau kita menjadikan kisah2 yang muncul dari mulut2 dan khayalan2 orang2 yang tidak disucikan, maka kebenaran akan sentiasa berada di sebelah pihak yang cerita magik dan ramalannya yang paling best..... Quran tidak mengajarkan kita ini semua!
[ Last edited by billionaire at 26-3-2007 06:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 23-3-2007 10:30 AM
Ok kalau begitu dakwaan awk...silakan beritahu kami di sini secara detail siapa Imam Mahdi yg dimaksudkan itu. Kami dh paste secara detail susur galur IM yg kami maksudkan yg bertepatan dgn hadis2 mengenainya. Kalau tak ada di thread ini, ada di thread yg lain. Atau mungkin seblm ini dah ada awk bagitau...dan mungkin sy tak perasan. Jadi silalah paste semula di sini.
bertepatan dengan hadis2? Saya benar2 suka utk berbicara dengan anda mengenai perkara ini. Saya fikir marilah kita bukakan sebuah topik khusus yang membicarakannya. Saya akan mulakan dengan thread baru. (Syeikh Suhaimi Mahdi-Rufaqa)
sebelum itu biar saya bawakan hadis dari ulama anda sendiri mengenai Imam Mahdi a.s:
1. Hadis2 sahih telah membicarakan bahawa akan adanya 12 orang pemimpin/Imam/amir selepas Rasulullah saaw.
-------------------------------------
2. Hadis menyatakan, "al-Khalafu al-Sholeh - Imam terakhir- adalah anak Hasan bin Ali al'Askari. Dialah sahibu al-Zaman dan dialah al-Mahdi." (Yanabi'ul Mawaddah 3:166, bab 94; Abu nu'aim Isfahani dalam Kitabul Arba'in.)
-----------------------------
3. "Shahibul al-Amr - Imam Mahdi - memiliki dua keghaiban. Yang satu lebih panjang dari yang lainnya, sampai2 sebahagian orang mengatakan "Mati" sebahagian lagi mengatakan "terbunuh" dan yang lainnya mengatakan "pergi". ('Aqdu al-durar 178, bab 5, oleh al-Maqdisi al-Syafi'e)
-------------------------------
4. dari jabir bin Abdullah al-Ansari, dari Nabi saaw: "Wahai Jabir! sesungguhnya para wasiku dan imam muslimin setelah aku adalah Ali, kemudian al-Hasan, kemudian al-Husein, kemudian Ali bin Husein (dst sampai ke) Muhammad bin Hasan al-Mahdi." (HR Yanabi'ul mawaddah 3:170, bab.94)
Hadis yang seperti ini juga diriwayatkan dari ibnu Abbas dari kitab yang sama 3;212, bab.93. Dan menurut al-Qunduzi al-hanafi lagi, hadis2 semacam ini juga diriwayatkan oleh al-Hamwaini dalam Faraidh al-Simtain.
-----------------------------
5. Kalau anda memang seorang pengikut sufi atau tarekat, dan mengaku sebahagian dari pergerakan ini, maka tentulah nama Fudhayl bin Iyadh tidak asing bagi anda. Beliau terkenal dalam kisah2 para wali dan beliau telah menulis sebuah kitab yang bernama Mibah al-Syariah yang di dalamnya tertulis mengenai 12 Imam di mana yang terakhirnya adalah al-Mahdi yang akan mengakkan daulah Allah:
Diriwayatkan dari Salman al-Farisi:
"........................You already know al-Husayn; then there will be the master of the worshippers, 'Ali ibn Husayn (Zayn al-'Abidin); then his son Muhammad ibn 'Ali, the piercer of the knowledge of the early and the later prophets and messengers (al-Baqir); then Ja'far ibn Muhammad, the truthful tongue of Allah (al-Sadiq); then Musa ibn Ja'far, the one who kept his rage silent through patience in Allah (al-Kadhim); then 'Ali ibn Musa, pleased with the secret of Allah (al-Rida '); then Muhammad ibn 'Ali, the chosen one from the creatures of Allah (al-Mukatar); then 'Ali ibn Muhammad, the guide to Allah (al-Hadi); then al-Hasan, son of 'Ali, the silent, trustworthy guardian over the secret of Allah (al-'Askari); then mim ha' mim dal (Muhammad), called Ibn al-Hasan, the announcer who establishes the right of Allah......."
hadis penuh:
http://www.al-islam.org/lantern-of-the-path/29.htm
Ttg fudhayl bin Iyadh
http://www.oneummah.net/tasawwuf/scholars.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 26-3-2007 06:35 PM
bertepatan dengan hadis2? Saya benar2 suka utk berbicara dengan anda mengenai perkara ini. Saya fikir marilah kita bukakan sebuah topik khusus yang membicarakannya. Saya akan mulakan dengan ...
bill, aku ada semua koleksi2 hadis psal PBT dan Imam Mahdi tu dari sudut ASWj .....yg kau paste tu cenderung kepada Syiah sebb aku tk jumpa yg nama Imam Mahdi ada BEN HASSAN AL ASKARI ...itu hadis Syiah.....
tapi apakn daya aku, aku ada tgjawab lebih UTAMA lg, jadi aku harap2 yg lain2 tu, klau nak tlg jawabkan, silakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by greyfox at 23-3-2007 05:31 PM
kekawan semua cari lah buku tajuk nye Tersungkur Dipintu Syurga.
manga ni aku dah baca dah ...
kalau betul2 perati ... zabidi tu mcm nak tunjuk kata dia hero dlm cerita tu .... dalam manga pun ada kepentingan ...
bab paling bangang yg aku baca time tu kes azura tu mengaku sekian kt depan org arqam
yg zabidi tu puya pecaya sampai meraung kot dlm babak aksi sepontan pengakuan azura tu ...
cerita bukan main sakan lagi dok dlm lokap last2 hampeh depan azura puya pengakuan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #287 billionaire's post
12 imam ... ni saya puya paste plak ...
Yang dimaksudkan dengan angka dua belas itu, memang bukan daripada Khulafa ar rasyidin. Sĕbabnya mereka hanyalah berempat sahaja. Tetapi mereka tidaklah boleh ditolak begitu sahaja kerana mereka memang orang pilihan Allah.
Juga bukan dari kalangan Bani Umaiyah kerana jumlahnya lebih dari dua belas. Bukan juga dari kalangan Bani Abbasiyah.kerana jumlah mereka adalah jauh lebih banyak. Bukan juga dari kalangan Imam-imam Syiah kerana mereka yang disebutkan itu tidak pernah menjadi Khalifah atau memegang tampuk pemerintahari seperti yang dikehendaki oleh hadis di atas.
Jadi, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan itu?
Sebenarnya, yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu adalah kalangan pemerintah yang adil, yang naik secara hak dan sepenuhnya memerintah berdasarkan Sunnah Nabi SAW. Mereka mestilah khalifah atau amir yang mendapat petunjuk dalam pemerintahannya. Mereka tidak semestinya dari satu turutan sahaja dan pada satu-satu zaman sahaja. Boleh jadi, mereka itu berjauh-jauh zaman antara seorang dengan ya;ng lain, berbeza-beza keturunan Quraisynya dan berlain-lain dinasti pemerintahannya.
Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa mereka mestilah datang dari satu-satu kelompok sahaja atau dari satu keturunan sahaja seperti yang lazim kita fahami. Quraisy yang dimaksudkan itu adalah umum, bukan semata-mata milik Bani Hasyim, atau milik Bani Abbas sahaja, atau milik Bani Umaiyah sahaja, atau milik puak Alawiyin sahaja, atau milik Bani Tamim sahaja, atau milik Bani 'Adi sahaja.
Kesilapan ahli sejarah Islam ialah mereka terlalu dikongkong oleh pemerintah yang berdasarkan urutan naiknya, juga dikongkong oleh pemerintahan bani-bani, sehingga kerana itu, para Khulafa yang nyata-nyata amat adil itupun, turut terkeluar senarai daripada pemerintah yang disebutkan oleh baginda SAW. Akhirnya mereka menyerahkannya kepada Allah kerana mereka tidak mendapat petunjuk dari Allah dalam menentukan peribadi yang dimaksudkan oleh hadis itu. Kalau taraf hadis itu dijadikan ukuran, hadisnya memang sahih. Jadi, "tiada siapa yang berani mendhaifkan hadis berkenaan.
Pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang adil, kerana.jika mereka itu tidak adil, mustahillah Nabi SAW akan menyebut atau memasukkan mereka ke dalam jumiah yang amat sedikit itu. Jika berdasarkan demikian, marilah kita nilai semula pemerintah-pemerintah berikut, yang dirasakan dapat memenuhi kriteria adil seperti yang dikehendaki.
Penulis memasukkan semua nama itu, kerana yang demikian itu ada disebutkan oleh hadis-hadis, atau sekurang-kurangnya oleh para sahabat RA, bukan sekadar andaian semata-mata. Maknanya, nama mereka dan naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA dalam keadaan tercerai-cerai, satu persatu dan hakikat inilah yang gagal ditangkap maksudnya oleh para ulama dan sejarawan Islam itu.
1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA. Baginda adalah khalifah yang pertama ; dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.
2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Orang yang paling tinggi ilmu
ketuhanannya dikalagan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk
zamannya. Datang dari,Bani Adi, iaitu salatt satu puak dari kaum Quraisy.
Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaift-baik umat Muhammad SAW
dan sudah dibayangkan oleh bebeu~apa buah hadis. Umurnya juga sama panjang
dengan umur Rasulullah SAW.
3. Khalifah Osman bin Affan RA. Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau adalah salah seorang yang dijamin syurga.
4. Kbalifah Ali bin Abi Talib KMW. Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiall Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.
5. Sayidina Hasan bin Ali RA. Amat minoriti sejarawan Islam yang memasukkan nanjanya sebagai Khulafa ur-Rasyidin kelima, selepas Sayidina Ali KMW. Tempoh pemerintahannyja yang amat pendek itu menyebabkan namanya 'terkeluar' daripada senarai Khulafa ur-Rasyidin. Jika dimasukkan juga, masih tidak bercanggah dengan tempoh yang ditetapkan oleh hadis sahih yang menyatakan tempoh pemerintahan Khulafa ur-Rasyidin yang selama 30 tahun itu.
6. Sayidina Muawiyah bin Abu Sufian. Merupakan sahabat Nabi SAW, walaupun
lambat Islamnya. Diangkat sebagai salah seorang penulis wahyu. Datang dari
Bani Umaiyah. Dan Bani Umaiyah itu memang salah satu suku yang terkenal di
kalangan kaum JQuraisy. Naiknya sebagai khalifah sudah disebutkan oleh Nabi
SAW secara tersurat di hadapannya sendiri dengan disaksikan oleh Ummu
Habibah RA. Beliau adalah tokoh sejarah yang amat kontroversi dan ramai ahli
sejarah yang 'terluncur pena' lalu mengutuknya dari segenap penjuru,
sedangkan beliau adalah sahabat Nabi SAW juga. 'Perangainya' yang kurang
dipersemjui oleh ahli sejarah sebenarnya adalah dari segi ijtihad politik sahaja,
bukan dari segi agama. Ini perlu dibezakan dan diketahui baik-baik. Sayangnya,
perkara inilah yang gagal diperhatikan dan gagal pula difahami oleh sejarawan
sehingga mereka menerima sahaja riwayat-riwayat Syiah yang memburuk-buruk
dan mengutuknya sehabis-habis hati.
7. Sayidina Abduttab bin az-Zubair RA. Anak kepada Zubair bin Al-Awwam RA. Anak angkac kepada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RA. Pemerintahannya cuma di Makkah tetapi naiknya sebagai pemerintah sudah disebutkan oleh para sahablat RA. Matinya sebagai syahid juga"sudah disebutkan oleh mereka. Disayangkan, ramai ahli sejarah Islam dan pengkaji yang turut 'terluncur pena' dengan menyatakannya sebagai pemberontak kepada kerajaan Bani Umaiyah. Maka banyaklah riwayat batil mengenai dirinya diambil oleh para sarjana tanpa memeriksa betul tidaknya riwayat itu, dan tanpa mengira siapa peribadi yang mereka kutuk itu. Juga datar.g dari kalangan kaum Quraisy yang terkenal.
8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Lahir dari pertemuan dua khalifah berketururuin Quraish iaitu dari keturunan Sayidina Umar ai-Khattab RA yang datang dari suku. Bani Adi' dan. dari keturunan Bani 'Umaiyahi yang sedang memerintah ketika itu. Merupakan mujaddid kurun pertama, sekali gus yang memerintah. Ituiah yang dikatakan sebagai Sahibul Zaman. Peinerintahannya memang adil walaupun hanya sekejap sahaja dan ini sudah tidak perlu dihuraikan lagi. Kealiman dan kewarakannya amat menakjubkan hati seluruh umat Islam, sejak dahulu hinggalah ke hari ini. Banyak jasanya yang masih diamalkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia hingga ke hari ini, dan ini menjadikan beliau seorang khalifah dan ilmuwan sejati yang mengagumkan. Ahli-ahli sejarah tidak jemu-jemu mengorek rahsia hidupnya, dan rahsia kejayaannya, tetapi mereka masih tidak menemui apa-apa.
9. Sultan Muhammad al-Fateh. Walaupun bangsa Turkinya tebal, namanya sudah dinyatakan oleh hadis-hadis yang menyebutkan pembuka Kota Konstantinopel adalah oleh sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Dikatakan bahawa ibunya adalah datang dari keturunan Quraisy walaupun sudah agak jauh Quraisynya. Beliau adalah raja yang berjiwa sufi, amat taatkan perintah Allah dan amat tawakal kepada Allah, dari segi zahir dan batinnya.
10. ?uaib bin Saleh at-Tamimi. Beliau adalah Pemuda dari Bani Tamim yang terkenal itu. Tidak syak lagi beliau adalah dari keturunan Quraisy kerana demikianlah yang disebutkan oleh hadis-hadis. Malah dikatakan beliau adalah datang dari keturunan Sayidina al-Hasan RA. Pemerintahannya adalah adil kerana beliau adalah pembuka jalan bagi naiknya pemerintahan Imam Mahdi. Beliau adalah Sahibul Zaman yang bongsu, iaitu penutup bagi sekalian Sahibul Zaman.
11. Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah. Sebaik-baik manusia pada zamannya dan salah seorang yang dijamin syurga. Memang dari keturunan Ahlulbait kerana telah disahkan oleh hadis-hadis. Naiknya sebagai pemerintah sudah sah, tidak syak lagi, dan beliau amat berhak ke atas jawatan itu atas banyak sebab.
12. Al-Qahtani, pengganti Imam Mahdi selepas kewafatan Imam Mahdi kelak. Pelantikannya sebagai Khalifah sudah disebutkan di dalam hadis-hadis dan disebutkan juga bahawa pemerintahannya tidak jauh berbeza daripada-pemerintahan Imam Mahdi. Pembantu kanannya adalah al-Makhzumi, dari keturunan Bani Tamim juga, sama seperti Imam Mahdi yang pembantu kanarmya adalah Syuaib bin Saleh, Pemuda Bani Tamim.
Perlu diingat, Nabi Isa AS tidak boleh dimasukkan di sini kerana beliau bukan dari keturunan Arab, apatah lagi Quraisy. Nabi Isa AS adalah dari keturunan Bani Israel. Namun pemerintahannya memang adil, dan ini sudah dijamin oleh Allah dan baginda SAW sendiri. Sebabnya, Nabi Isa AS adalah seorang yang bertaraf rasul, bukan manusia, biasa, malah adalah salah seorang Ulul Azmi, yang nyata amat tinggi tarafnya berbanding rasul-rasul biasa yang lain.
sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 26-3-2007 11:08 PM
bill, aku ada semua koleksi2 hadis psal PBT dan Imam Mahdi tu dari sudut ASWj .....yg kau paste tu cenderung kepada Syiah sebb aku tk jumpa yg nama Imam Mahdi ada BEN HASSAN AL ASKARI ...i ...
salam
Mawar merah yang minta daripada pandangan Syiah tentang al-Mahdi a.s, dan itulah apa yang dimintanya. Dan anda perlu tahu kesemua itu dari sumber ASWJ. Saya pun ada hadis2 dari ASWJ ttg al-Mahdi a.s sebab tu saya tunggu Mawar Merah bawakan dalil dia supaya kita boleh tengok ciri2 yang mana dia maksudkan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 27-3-2007 01:17 AM
12 imam ... ni saya puya paste plak ...
Yang dimaksudkan dengan angka dua belas itu, memang bukan daripada Khulafa ar rasyidin. Sĕbabnya mereka hanyalah berempat sahaja. Tetapi mereka tid ...
maleh betul nak menjawab yang ni..nak memanjangkannya akan jadi satu bab lain pulak, akhirnya persoalan ttg Sy.Nazim dan Asyaari Muhamamd tertinggal pulak.
Cuma nak cakap sikit je lah.... siapa yang lantik Abu Bakar sebagai khalifah tu? Nabi saaw? kalau Nabi saaw, maka sahabat2 adalah orang2 yang telah melanggar perintah nabi saaw sebab kekhalifahan Abu bakar tidak terjadi dengan ijmak! Saad bin Ubadah dan sebahagian Ansar menentangnya, Bani hasyim menentangnya, Salman, Abu Dzar, Ammar, Miqdad menentangnya.... dan Umar pula, umat pun tak sepakat terhadapnya, yang melantiknya hanyalah Abu bakar. baca sejarah kalau nak tahu. Uthman pulak, dia telah menipu rakyatnya sedangkan hadis Muslim berkata pemimpin yang menipu rakyatnya bau syurga pun haram. Dan kerana itulah rakyat bangkit lalu membunuhnya dan siapa lagi kalau bukan para sahabat dan anak2 mereka sendiri? Dan siapa lagi Kalau bukan Aisyah yang mengobarkan api pemberontakan terhadap 'khalifah Allah' ni? Takkan lah ini khalifah2 yang dijanjikan yang menjamin agam menjadi teguh? Muawiyyah laknatullah.
Apakah anda tak membaca al-Quran "taatilah Allah, dan taatilah Rasul serta Ulil Amri di kalangan kalian." Bukankah Amirul Mukminin Ali a.s sebagai khalifah dan ulil Amri ketika Muawiyyah bangun mengangkat senjatanya? Dan tidakkah anda mengetahui hadis "Menyintai Ali adalah iman dan membencinya adalah munafik"? Apakah Ijtihad politik lebih besar tatkala berhadapan dengan al-Quran dan hadis? Abdullah bin Zubair? Kononnya rufaqa' adalah pecinta Ahlul bait, maka apakah anda tahu siapa Abdullah bin Zubair ni? Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s mengatakan mengenai Abdullah bin Zubair, "Zubair (dahulunya) selalu bersama kami, sampailah puteranya yang derhaka Abdullah menjadi besar." (al-Isti'ab III.h.906; Usd al-Ghabah, III, hlm.162-163; Ibnu Asakir, VII, h.363; Ibni Abil hadid, II, IV, ...) "Abdullah lah yang mendesak Zubair utk berperang (perang Jamal), dan serangannya ke Basrah menarik hati Aisyah." (Ibni Abil hadid, Syarah Nahjul balaghah, IV, hlm.79). Dan kebenciannya kepada Keluarga Nabi saaw dan Bani hasyim mencapai kemuncaknya pada saat menjadi kepala di Mekah. Mengikut sekelompok sejarawan, pada masa kekhalifahannya di mekah, dia tidak membaca selawat kepada Nabi saaw pada khutbah Jumaaatnya selama 40 jumaat. Dia dengan bongkak mengatakan, mengatakan, "Tak ada yang mencegah saya dari menyebut nama Nabi kecuali bahawa ada orang2 tertentu (Bani hasyim) yang menjadi bangga." versi lain, "tak ada yang mencegah....kecuali bahawa Nabi mempunyai sebuah keluarga yang buruk yangakan menggoyangkan kepala mereka pada sebutan nama beliau." (maqatil ath-Thalibin, h.474; Muruj az-Dzahab, III, h.79; al-'Iqd al-farid, IV, h.413, dll...) Dia mengumpulkan Muhammad bin hanafiyyah, Abdullah bin Abbas dan 17 orang Bani hasyim termasuk Hasan dan Husein dan memenjarakan mereka di syi'b bernama 'Arim dan berusaha membakar mereka sebelum datang Mukhtar bin Abi 'Ubaid ats-tsaqafi mengirim 4000 org ke Mekah dan menyelamatkan mereka dari kejahatan Abdullah. (maqatil Thalibin, h.474, Ibnu Asakir, VII, h.408; al-'Iqd al-Farid, IV, h.413: Ibnu Saad, V, h.73-81; ath-Thabari, II, h.693-695; Ibnu Atsir, IV, h.249-54; Ibnu Khaldun, III, h.26-28) Ada lagi tapi malah nak memanjang2 pasal si dollah ni.
Lepas tu anda masukkan pula Muhamamd bin fateh, dan utk mengiyakan jawapan anda, anda bawakan sebuah Asumsi bahawa "oh dia pun berketurunan Quraisy.."Apo ni?" tentang Syuaib bin Saleh pula, hadis2 Sunni dan Syiah mengisyaratkan beliau datang dari daerah khurasan = IRAN. Bukannya orang jawa yang berkelana ke Khurasan!
Dan anda memasukkan Syuaib sebagai khalifah dan mengeluarkan pula Imam Husein a.s dari senarai? Utk pengetahuan anda, orang2 Kufah, Madinah yang terdiri dari para sahabat, tabiien sepakat akan kekhalifahan Imam Husein a.s, dan orang2 wahabi pula turut menganggap imam Husein a.s sebagai khalifah apabila mereka menjustifikasikan pembunuhannya dengan hadis, "Apabila ada dua orang pemerintah, bunuh salah seorangnya." mengapa anda tidak memasukkannya ke dalam senarai? mengapa wahai saudara? Dengki seperti Abdullah bin Zubair? |
|
|
|
|
|
|
|
So sekali lagi
1) Bila S.Nazim itu lebih tinggi dari Asyaari, maka kedudukan S.Nazim lebih dekat dengan I.Mahdi. Tidak pula kita dengar S.Nazim dok mewar-warkan ttg PBT seperti yang diagenda utamakan oleh Rufaqa'
3) S.Nazim percaya dirinya adalah orang kanan Imam Mahdi a.s.. dan Asyaari juga percaya dirinya adalah orang kanan Imam Mahdi a.s. Siapa yang menipu? Kalau S.Nazim menipu, Asyaari yang benar, kalau Asyaari menipu......begitulahs ebaliknya
4) Imam Mahdi S.Nazim lahir di wadi Fatima antara Jeddah dan Madinah. Imam Mahdi Asyaari lahir di wonosobo Jowo.
http://www.sheiknazim2.com/sahibuzamaan.html
siapa yang benar, sapa yang tipu?
beginilah kalau kita menjadikan kisah2 yang muncul dari mulut2 dan khayalan2 orang2 yang tidak disucikan, maka kebenaran akan sentiasa berada di sebelah pihak yang cerita magik dan ramalannya yang paling best..... Quran tidak mengajarkan kita ini semua! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 27-3-2007 11:15 PM
Cuma nak cakap sikit je lah.... siapa yang lantik Abu Bakar sebagai khalifah tu? Nabi saaw? kalau Nabi saaw, maka sahabat2 adalah orang2 yang telah melanggar perintah nabi saaw sebab kekhalifahan Abu bakar tidak terjadi dengan ijmak! Saad bin Ubadah dan sebahagian Ansar menentangnya, Bani hasyim menentangnya, Salman, Abu Dzar, Ammar, Miqdad menentangnya.... dan Umar pula, umat pun tak sepakat terhadapnya, yang melantiknya hanyalah Abu bakar. baca sejarah kalau nak tahu. Uthman pulak, dia telah menipu rakyatnya sedangkan hadis Muslim berkata pemimpin yang menipu rakyatnya bau syurga pun haram. Dan kerana itulah rakyat bangkit lalu membunuhnya dan siapa lagi kalau bukan para sahabat dan anak2 mereka sendiri? Dan siapa lagi Kalau bukan Aisyah yang mengobarkan api pemberontakan terhadap 'khalifah Allah' ni? Takkan lah ini khalifah2 yang dijanjikan yang menjamin agam menjadi teguh? Muawiyyah laknatullah.
inilah versi sejarah islam yg diimani oleh golongan Syiah......... bagi mereka generasi pertama umat islam penuh dgn manusia2 munafik dan fasik yg bertopengkan nama 'sahabat'...dan penuh pengkhianatan pada wahyu di sampaikan oleh Allah & Rasul... golongan syiah berhujah dgn jalur-jalur sejarah mereka melalui rakaman pena manusia yg disebarkan oleh propaganda dahulukala...
persoalannya... adakah jalur sejarah golongan syiah sejalan dengan pernyataan Allah melalui al-Quran ttg generasi pertama islam? bacalah al-quran dan nilaikan sendiri.. kemudian.. buatlah keputusan yg mana anda hendak terima.. sejrah islam menurut panduan syiah atau menurut panduan al-quran..
wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 28-3-2007 10:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua, berita baik, insyallah, bulan enam ini akan kami bungkus semuanya
dokanlah kejayaan kami.kali ini, kami akan heret asaari dan bini2nya sampai ke mahkamah tinggi. dan akan kami dedahkan SEMUA PEKONG asaari nih.
saya dah berjaya menyelinap masuk dahulu, ada semua bukti yg cukup, insyallah. akan kami dedahkan skandal agama terbesar di malaysia nih.
dan andia sumer akan tahu kisah arwah adik asaari yg ditanam dgn tongkat ajaib sakti ala2 mumia mesir atau arahan asaari, kununnya tongkat itu dapat toong dia menepis soalan mungkar dan nangkir. org rufaqa, demi Allah, kalo saya berbohong, laknatlah Allah atas saya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|