|
|
Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah
[Copy link]
|
|
|
|
Kat benang sebelah takajut meols ketua warden spill memacam termasuk seksualiti arwah? Then yang katanya sexual harassment tu adalah salah faham? Hapoooo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jejarihalus replied at 18-9-2025 08:02 PM
Betul,kesian pulak aku dgn warden ni.Aku rasa tindakkan warden tu mmg tindakkan yg kita akan buat ...
Kalau lah warden tak alihkan ,dibiarkan tggu ambulance, mesti terpaling justice lain pulak komennya.
Zalim,mmg nak arwah meninggal,macam2 komen nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jejarihalus replied at 18-9-2025 11:10 AM
Diary tu tak boleh dah dijadikan saksi sbb banyak dah tercemar
Bukan jadi saksi.
Diari tu boleh buat kita faham, keperibadian Zara gimana.
Arwah Zulfarhan tak jerit bodoh tau kat kawan2 yang dera dia dan paksa dia ngaku mencuri padahal berjam2 diseksa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-9-2025 08:41 PM
Kat benang sebelah takajut meols ketua warden spill memacam termasuk seksualiti arwah? Then yang kat ...
Benang mana? Ai masuk benang ni aje. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes sekolah vokasional dulu straight je.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baca kat mane2,semua tak boleh terima kalau dikatakan buruk skit pasal arwah. kalau ada yg lawan arus skit.terus kena
kita tak kenal pun arwah tu masa dia hidup,social life dia.jangan sbb bertudung labuh.mcm maksum.
mak dia pun sama,xleh ada yg lwan arus kata mak dia salah.terus kena |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gitulah sefaham ai. Pic senior yg memula jumpa arwah diviralkan dan dikecam. Padahal sheols pelajar yg baik , peserta hafazan . Kak M yg dituduh membuli arwah adalah org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-9-2025 08:41 PM
Kat benang sebelah takajut meols ketua warden spill memacam termasuk seksualiti arwah? Then yang kat ...
Rasanya semua dah bercampur aduk
Kalau baca keterangan ustaz tu
Mcm mak pelajar A yg selalu hilang barang tu yg asik mengadu kat dia
Tp mak arwah ada mengadu ke tidak
Pelajar A tu form 1 juga ke?
Pasal seksualiti songsang tu pun pelajar lain yg tuduh arwah camtu pastu kes tu katanya salah faham dan memasing dah buat akuan bertulis kan.
Esok sambung lagi, makin hangat la plak
Susah betul bila guna ABCD bagai ni
Kat indon selalu gak tulis camtu dlm laporan kes jenayah tapi mmg nama sebenar cth AH BD tu semua nama sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.utusan.com.my/nasion ... uah-tuduhan-melulu/
Remaja didakwa buli Zara Qairina pernah ditegur buat tuduhan melulu
Oleh SUWARNI MOKHTAR
18 September 2025, 7:22 pm
KOTA KINABALU: Salah seorang remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah ditegur pihak sekolah agar tidak membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.
Ketua warden, Azhari Abd. Sagap memberitahu, teguran tersebut diberikan kepada pelajar yang dinamakan sebagai Pelajar A pada 4 Julai lalu.
Katanya, bermula Mac lalu, iaitu kira-kira sebulan selepas sesi persekolahan baharu bermula, ibu kepada Pelajar A itu sering membuat aduan mengenai anaknya yang kehilangan dompet, kad telefon awam diambil dan digunakan oleh senior asrama, almarinya diumpil serta barang peribadi digunakan tanpa kebenaran.
Dalam beberapa aduan yang dibuat oleh ibu Pelajar A, nama Zara Qairina dan seorang penghuni dorm yang sama dengan remaja itu turut disebut.
“Dakwaan A ini tidak ada bukti. Saya sudah siasat tetapi tiada bukti. Saya juga sudah tanya pada pelajar yang dikatakan mengumpil almari Pelajar A tetapi pelajar yang dituduh itu menafikannya,” katanya.
Mengenai kehilangan wang sebanyak RM300, Azhari berkata, Pelajar A seolah-olah tidak kisah sedangkan jumlah kecurian adalah besar.
Katanya, pelajar terbabit juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya mengenai permohonan ibunya yang ingin menukarnya ke dorm lain.
Zara Qairina dan Pelajar A ditempatkan di dorm A3-5 dan ibu Pelajar A membuat permohonan agar anaknya itu dipindahkan ke dorm A3-6.
Ditanya oleh peguam Joan Goh yang mewakili Pelajar A kemungkinan anak guamnya tidak memberikan sebarang respons kerana dia sering dipulau ekoran tindakan ibunya yang selalu membuat aduan, Azhari atau Ustaz Azhari menafikannya.
“Saya tak nampak dia dipulau di kelas. Pelajar A juga tidak menunjukkan bahawa dia stres. Sejak dari Mac sehingga Julai lalu, Pelajar A tidak pernah membuat aduan terus kepada saya atau warden mengenai apa-apa masalah sebaliknya aduan datang daripada ibu Pelajar A,” kata saksi kelapan inkues kematian Zara Qairina pada prosiding yang memasuki hari kesembilan, hari ini.
Selain itu, Azhari turut memaklumkan kira-kira dua hari sebelum Zara Qairina ditemukan terlentang dan tidak sedarkan diri di asrama Blok A, Rabiatul Adawiyah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, remaja terbabit juga dituduh mencuri wang rakan sekelas.
“Pada 14 Julai lalu, ada aduan kepada guru lain dan Zara telah dituduh. Guru itu, Cikgu Sham terus buat spotcheck (pemeriksaan) tetapi tidak menemui apa-apa. Esoknya ibu Pelajar A menghantar mesej melalui Telegram memberitahu dompet Pelajar A yang mengandungi wang, kad pengenalan dan kad bank telah hilang.
“Hasil siasatan mendapati kad pengenalan Pelajar A ada bersama guru hoki kerana pelajar terbabit akan mewakili sekolah dalam satu pertandingan hoki,” kata Azhari.
Terdahulu, Azhari turut memaklumkan ada menerima aduan daripada ibu Pelajar A sekitar Mac lalu, antara lain menyatakan anaknya mengadu wangnya dicuri oleh seorang pelajar dan turut mendakwa bahawa Zara Qairina mempunyai kecenderungan seksual songsang.
“Saya berjumpa dengan Pelajar A dan tanya dia apa berlaku. Dia cerita (perkara sama) mengenai Zara dan seorang lagi pelajar (yang didakwa mencuri). Saya telah maklumkan kepada unit disiplin dan satu OPR (one page report) juga telah dibuat. Salinan OPR saya dah serah pada pihak polis.
“Saya rasa inilah isu gangguan seksual yang tular di media sosial. Hasil siasatan (sekolah) mendapati semuanya adalah salah faham. Ada pengakuan bertulis daripada Pelajar A, Zara dan pelajar yang seorang lagi. Ketiga-tiga mereka juga telah diberikan kaunseling,” katanya.
Ketua warden itu akan menyambung keterangannya esok. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 18-9-2025 08:44 PM
Benang mana? Ai masuk benang ni aje.
kat mana nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut kat ustaz warden , heols suruh angkat & plan nak bawa ke hospital dgn kereta. Lps angkat barulah nmpk teruk kecederaan , terus tak jd & letak kat bilik warden. Tanak student lain terganggu/ trauma juga. Menurut acik guard , tempat tu dah 2 bulan tak ada lampu. So sejelas mana penglihatan deyols waktu tu pun kita taktau kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-9-2025 12:49 PM
Kes sekolah vokasional dulu straight je.
Sebab kes tu kes pukul sampai terbunuh. Dan budak2 tu ngaku bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-9-2025 09:00 PM
Sebab kes tu kes pukul sampai terbunuh. Dan budak2 tu ngaku bersalah.
Dah kena reman dengan polis. Kena gertak skit mmg terkencinglah kanak-kanak kat situ. Asalnya ingatkan bunuh diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 18-9-2025 08:55 PM
Gitulah sefaham ai. Pic senior yg memula jumpa arwah diviralkan dan dikecam. Padahal sheols pelaja ...
Kes ni buatkan org takut la nk jadi saksi
Iols dah mula risau
Harap tak berada di tempat dan waktu yg salah
Cth tetiba ada org nak terberanak kat jalanraya
Haa camne tu nk tolong risau kalau silap percaturan baby tu meninggal ke apa kita plak kena tuduh
Tapi kalau tak tolong pun kena tuduh gak
Sungguh saiyaaa tak kuat nk hadap kecaman netizen yg kalau dah percaya cite A dorang tanak dengar dah cite dari BCDE
Ustaz warden ni pun netizen dah tuduh dia sbg ketua penjenayah padahal dia saksi bukan saspek
Dia cuma bgtau mahkamah apa yg dia tahu walaupun mungkin apa yg kuar drpd mulut dia tu kita tak suka
Tapi kena ingat inkues masih berjalan, nanti tiba saksi lain bercakap mungkin lain ceritanya plak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wow. Sejak Mac , A dh buat tuduhan mcm2. Tp klo gini , takkan A & Zara bff pulak. Kita tersalah faham ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 18-9-2025 09:08 PM
wow. Sejak Mac , A dh buat tuduhan mcm2. Tp klo gini , takkan A & Zara bff pulak. Kita tersalah fa ...
Kan..ada isu 2 org ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 18-9-2025 08:59 PM
ikut kat ustaz warden , heols suruh angkat & plan nak bawa ke hospital dgn kereta. Lps angkat baru ...
Mcm ada terbaca netizen marah budak yg rabun tak nampak tu
Adakah saksi yg memula jumpa arwah tu ke yg rabun?
Adoi takda lampu, cctv pun takda emm
Teringat kes zayn rayyan
Cctv ada tp jahanam belaka
Kemain susah nak siasat kes |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nora_balqis replied at 18-9-2025 08:52 PM
baca kat mane2,semua tak boleh terima kalau dikatakan buruk skit pasal arwah. kalau ada yg lawan aru ...
Sama la dgn terpaling justice ,bukan kenal pun arwah masa hidup.
Kalau direply cmni dituduh pulak family pembuli/pembunuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|