CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: colmar

Sinetron : INTAN PART II (Isnin-Jumaat) 11.00PM DI ASTRO PRIMA

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2009 08:38 AM | Show all posts
ni plak review bertulis dari blog SHYNISTAR...

Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 191 yang bersiaran di Astro Prima pada 12 Mac 2009 jam 11.00 malam:

Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 1

Part 1 - Nadine mengusir Wina dari rumahnya. Menurut Nadine lagi selagi Nita berada di rumah Wina, selama itulah dia akan menyembunyikan Rado dan Intan. Wina terus memanggil anaknya turun dan mengikutnya pulang tetapi tiada jawapan dan Wina pengsan di rumah Nadine. Nadine menjerit meminta Rado dan Intan turun kerana mamanya pengsan.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 2

Part 2 - Rado bersetuju untuk pulang ke rumahnya dengan satu syarat yang dia tidak mahu kahwin kontrak tetapi Wina memohon untuk Rado bersetuju dengan keinginannya. Wina memanggil Rado untuk menyuapnya makan kerana lapar tetapi yang muncul adalah Nadine. Nadine terus meminta Wina mengusir Nita dari rumah itu ataupun dia akan terus menjaga Wina. Nadine memaksa Wina membuka mulut untuk makan dan Wina terpaksa menurutinya. "Hallo calon istri kontraknya Rado" begitulah permulaan percakapannya dengan Nita. Nita hampir tercekik melihat Nadine di situ. "Selamat malam calon istri kontraknya Rado" dan Nadine memberi susu kepada Nita dan terus tumpahkannya ke baju Nita. Nita berasa geram dan Nadine beredar dari situ tersenyum.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 3

Part 3 - Wina berkata semuanya melampau dia tidak mahu dirawat oleh Nadine. Wina mengadu kepada Nita tentang hal ini. Nita membisik cara-cara bagaimana caranya untuk mengelak Nadine dari terus datang ke rumah itu. Nita dan Wina mengunci Nadine di dalam bilik. Nita memberitahu Intan bahawa memang ibu mertuanya dikunci di dalam bilik. Rado terus menegaskan bahawa dia tidak akan bernikah dengan Nita. Wina dan Nita tidak menghiraukan Nadine terjerit-jerit di dalam meminta dia dikeluarkan dari bilik itu.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 4

Part 4 - "Eh Rado mahu ke mana kamu" tanya Wina kepada Rado. Rado tidak suka mamanya memintanya satu bilik tidur bersama Nita tetapi terpaksa menurut kata-kata mamanya kerana dia khuatir mamanya akan sakit lagi. Intan sedih memikirkan hal itu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Rado tidak mengizinkan Nita menyentuhnya. Rado bersikap dingin terhadap Nita. Wina membuka pintu dan Nadine keluar dari bilik itu. Wina memberitahu Nadine kini Rado tidur sebilik dengan Nita. Nadine naik geram dan mengadu kepada keluarganya tentang apa yang dilakukan oleh Wina. Nadine berkata dia sangat kecewa dengan Rado. Rado kembali ke bilik bersama Intan semula.


Gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 191 Part 5

Part 5 - Wina bertanyakan kepada Nita bagaimana tentang semalam. Apabila Nita ingin menjawab pertanyaannya, Rado memijak kakinya dan Nita tidak dapat berkata apa-apa kepada Wina. Rado mengajak Nita untuk pergi tidur di depan Wina dan Wina berasa gembira sekali mendengarnya. Intan terkenang apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya dan dalam waktu itu Rado muncul dan dia menemani Intan. Pada keesokan paginya Intan menyiapkan soup untuk Nadine. Nadine sampai dan dia terus memberi satu tumbukan ke arah Rado. Dua tumbukan ke muka Rado. Nadine memarahi Rado dan memanggilnya "buaya darat"
Intan diminta oleh Rado merahsiakan hal itu daripada Nadine kerana takut semuanya akan terbongkar. Wina gembira apabila mendapat tahu Nita telah mengandung dan memikirkan bayi yang dikandung Nita adalah kepunyaan Rado. Kisahnya bersambung pada hari keesokan, Jumaat, 13 Mac 2009.


credit to : SHYNISTAR @ http://helloskyblu.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 08:46 AM | Show all posts
salam kembaliiiiii
aku suka part bila mama nandine nyanyi lagu ruang rindu....
pas tu part tumbuk rado..
aku jadi suka pulas sama dia ne
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:48 AM | Show all posts
last but not least..(sempat lagi nih sblm masuk meeting..   )

spoilers sket..

nnt mmg nita ngaku tu anak rado..tp rado yakin tu anak bf nita..so dia upah org utk cr bf nita..
bile rado dah jumpe bf nita, mula2 dia xnak ngaku tu anak dier..tp pas intan bg satu tamparan wanita(yg ni xsure..tp mmg intan ade wat something yg membuatkan bf nita tu nak ngaku tu anak dier) kat dia, baru dia nak ngaku..
dalam masa rado cari bf nita tuh, nadine pisahkan rado ngan intan sbb dia fikir rado lelaki yg xsetia sbb dah ngandungkan nita..
xlma lepas tu, intan pun ngandung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:49 AM | Show all posts
ok la..i masuk meeting dulu yer...continue later..daaa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 09:07 AM | Show all posts
uhuhuhuhuhuhuhuhu bzz semulaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 09:12 AM | Show all posts
ok..kembali bertugas kawan2..haha...nnti kita ketemu lagii yaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2009 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by saeah85 at 13-3-2009 08:34
MOrning!!!
wah2..intan_sara..kemain lagi ko ye..semangat btol smpai xleh nak tggu pagi nih nak post..
bagus2..aku suke kalu kwn2 aku terus semangat n x terikut emosi.. ...


thank you again ... kalau boleh hari2 la tepek url dia...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 09:33 AM | Show all posts
dashyat tgk wina sggup paksa rado masuk bilik suruh cepat2 buat anak...ibu jenis apa ni menggalakkan maksiat dlm rumah:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 09:58 AM | Show all posts
malam tadi panas gak la tgk wina yg semakin melampauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by saeah85 at 12-3-2009 18:06


ha..kalu yg ni mungkin btol..mungkin dia nak further study lagi supaya leh dpt title 'kepala doktor'..


semua nay kepala..bapak kepala ...doktor kepala....Wina  kepala angin
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:10 AM | Show all posts
ween arini kamo lak panas......  
respect dgn rado walau dipaksa x pernah ambil kesempatan......
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:13 AM | Show all posts
mana rakan2 ku
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 13-3-2009 00:18
klu cam cite ISTERI UTK SUAMIKU die kawin kontrak jugek.. tp bernikah kan...

tp ni menikah ke? ke die skip



tak menikah pun ...  Wina tu kira apa dia..dia pun tak menikah ada anak..janji dia dapat cucu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:15 AM | Show all posts
ada jugak manusia macam mertua barunye intan tu...
ada ke patut suruh anak buat maksiat di rumah sendiriiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:19 AM | Show all posts
aku teringin laaa NAY nih belakon moden2 styleee sikitttt....sarung baju

pejabatt...wanita korporatttt.....huhuhu .... asik2 wanita kampungan gitu lohhh..baru

seruuuuuu .... dude lebih fresh dalam NIKITAA...

NAYY harus mileh watakk...hehehe..sesuki..akuuu  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:19 AM | Show all posts
malam tadi seronok tengok nadine buli wina suruh makan...siap pegang suruh buka mulut....wina sampai tak boleh melawan..heehhehehe

patutnya si nita tu uekk uekk dulu sebelum Rado kena paksa masuk tidur dlm bilik sama nita...baru padan muka Wina tu.......nak cucu dari pompuan baik-baik konon.............:@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by weenee at 13-3-2009 10:19
aku teringin laaa NAY nih belakon moden2 styleee sikitttt....sarung baju

pejabatt...wanita korporatttt.....huhuhu .... asik2 wanita kampungan gitu lohhh..baru



Haa aa ...asyik T-shirt jer..Rado tak teringin beli baju cantik buat intan....
tapi  masa pak dewa beli baju  buat intan..kelakar lah pulak..lagi intan nampak cam kampungan... tak sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by jengQasih at 13-3-2009 10:19
malam tadi seronok tengok nadine buli wina suruh makan...siap pegang suruh buka mulut....wina sampai tak boleh melawan..heehhehehe

patutnya si nita tu uekk uekk dulu sebelum Rado k ...


dan jugakkkk RADO yg pandai minta pelukkkk..hahaha bukan salu die ke pelukk duluuu...kui3333  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:38 AM | Show all posts

RADO : TJ...sayangggggg meh ku pelukk
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by tangkaijering at 13-3-2009 10:38

RADO : TJ...sayangggggg meh ku pelukk


mulaaaaaaaaaa dahhhhhhhhhh .... ahahahhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.088779 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list