CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 0

[Lain-Lain] JPJ Melaka Kesan 264 Kesalahan Sepanjang Tiga Hari Op Aidilfitri

[Copy link]
Post time 14-7-2015 08:55 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA, 14 Julai (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah mengesan 264 kesalahan dilakukan pengguna jalan raya sepanjang tiga hari Op Hari Raya Aidilfitri 2015 dijalankan, kata Pengarahnya Mohd Fadhil Hassan.

Beliau berkata 156 daripadanya melibatkan kesalahan tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh (80), lebih muatan (8), kesalahan teknikal (16) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak tujuh kenderaan disita dan 249 kenderaan diambil tindakan dalam operasi yang bermula 10 Julai lepas.

"Sebanyak 1,571 kenderaan diperiksa dalam operasi melibatkan 85 anggota dan pegawai dan 15 anggota Skuad Muda 1JPJ, operasi ini akan dijalankan sehingga 25 Julai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi itu di Ayer Keroh di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua yang terlibat dalam operasi itu akan ditempatkan di lokasi tertentu di setiap 30 kilometer jalan utama negeri dan di hentian rehat dan rawat di negeri ini.

Mohd Fadhil berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan orang ramai bagi mencegah mereka melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Selain itu, kami juga melakukan pelbagai usaha lain termasuk pemeriksaan bas di depoh dan terminal bas, penyamaran penumpang bas, penyamaran bergambar dan advokasi keselamatan," katanya.

Beliau berkata tujuh anggota termasuk tiga pegawai Puspakom juga ditempatkan di Terminal Bas Melaka Sentral bagi memantau bas ekspres yang beroperasi di situ.

"Kami juga telah melakukan pemeriksaan melibatkan 106 bas ekspres milik enam syarikat bas yang beroperasi di Terminal Bas Melaka Sentral antara 3 hingga 10 Julai lepas," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
    YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
    Views : 26424 Replies : 24
    Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
    Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
    Views : 14203 Replies : 288
    Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
    maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
    Views : 67148 Replies : 48
    Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
    MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
    Views : 1522 Replies : 10
    EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
    Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
    Views : 12148 Replies : 1
    Welcome to The Holy Land...
    Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
    Views : 23710 Replies : 9
    Official Muzik Muzik 40 (2025)
    fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
    Views : 57513 Replies : 1092
    WUTHERING HEIGHTS
    SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
    Views : 350 Replies : 3
    THE BRIDE!
    SY_MumiTHE BRIDE!
    Views : 281 Replies : 2
    Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
    ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
    Views : 30822 Replies : 8

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    © 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    11-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.679031 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list