CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7110|Reply: 51

[Tempatan] Kecoh di kaunter Menara Maxis kerana nombor VVIP Maxis

[Copy link]
Post time 22-4-2015 01:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menimbulkan kekecohan dan menyimbah cat di ruang legar kaunter perkhidmatan di Menara Maxis, Jalan Ampang, hari ini, ditahan polis. Dalam kejadian jam 12.06 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang berusia 45 tahun dan 57 tahun dikatakan naik berang apabila tuntutan mereka untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran VIP syarikat telekomunikasi itu tidak dilayan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek yang bekerja menjual nombor pendaftaran kenderaan dan nombor VVIP Maxis syarikat telekomunikasi itu cuba mendapatkan 10 nombor pendaftaran telefon berkenaan, Sabtu lalu tetapi Maxis hanya memberikan dua nombor kepada mereka. "Seorang daripada suspek yang berusia 57 yang tidak berpuas hati lalu memberi amaran akan datang pada hari ini (Selasa) untuk mendapatkan nombor selebihnya dan jika gagal, suspek berkata dia akan membuat kacau," katanya.

Zainuddin berkata, kedua-dua suspek berkenaan datang semula ke syarikat telekomunikasi itu hari ini menuntut baki nombor pendaftaran telefon berkenaan, namun pihak Maxis tidak melayan mereka menyebabkan suspek mengamuk dan menjerit. Katanya, suspek memanggil 10 lelaki lain dan menimbulkan kekecohan di situ sebelum bertindak mencurah cat kuning di ruang legar kaunter berkenaan. "Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan khianat," katanya. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
elok maxis buat cm jpj...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:10 AM | Show all posts
Buat sorang2 tak berani harus panggil geng gitu...Ingat ni cerita Tamil ka..??Prfff..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:11 AM | Show all posts
laaa awat depa tak ajak geng songkok tinggi buat demo depan tu? dapat masuk tv tauu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:15 AM | Show all posts
Baguslah...sebab kadang2 dorng ni suka suki up harga sim kad no cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 pun bodoh lagik....

Hauk pangai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2015 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kali ajak rani kulop
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:21 AM | Show all posts
nombor cantik ke tak cantik ke...tetap ku tak hafal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 01:22 AM | Show all posts
45 & 57 ngamuk simbah2 cat?
aiyooookkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah dah keganasan bagai aur dgn tebing...siap simbah2 cat persis perayaan syiah simbah2 darah ke sis? Bibit2 syiah mula berputik manis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 02:08 AM | Show all posts
selayak nya la dgn bangsat2 kertu itu.
mampus lagi baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 03:31 AM | Show all posts
No macam mana yg vvip sgt ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti kerlink...x pun ummah pendatang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2015 07:14 AM | Show all posts
SUPER VVIP LIST

014 - 23 77777 - RM3888

0111 - 9871111 - RM1888

019 - 520 3333 - RM2000

014 - 285 8585 - RM1200

014 - 288 2288 - RM1800

014 - 288 2828 - RM1800

014 - 288 2882 - RM1800

014 - 288 2282 - RM850

014 - 288 2822 - RM850

014 - 2334567 - RM850
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
No VVIP ni kalau dah set nama dalam henfon hilang keistimewaan terus! Sebab bila nak dial bukan search nombor pun...kita search nama
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Vudus nak mampos.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa beli no fon mahal2..bukan org hafal pun..no plat kereta lain lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 08:31 AM | Show all posts
penting sgt ke nombor2 gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 08:35 AM | Show all posts
kedua-dua suspek yang bekerja menjual nombor pendaftaran kenderaan dan nombor VVIP Maxis


Gangster la tu.. nak beli nombor VVIP lepas tu nak jual kat org dengan hargal mahal melambung..

Dapat untung atas angin je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 08:36 AM | Show all posts
Dunia sekarang macam2 benda pelik...huh..huh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.102093 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list