View: 4848|Reply: 34
|
[Tempatan]
Kerana Bohsia Saman Di Keluarkan!
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: “Sumpah demi Allah, demi Rasul saya tak buat seperti apa yang dituduh itu. Saya tak pernah tahu pun mengenai novel itu. Jadi tak mungkin saya nak tiru. Mungkin beberapa persamaan yang wujud dalam novel dan filem itu hanya satu kebetulan.”
Demikian reaksi Syamsul Yusof berhubung tindakan saman difailkan penulis novel Aku Bohsia iaitu Elias Idris terhadap pengarah dan pelakon itu, bapanya, penerbit Datuk Yusof Haslam dan syarikat mereka, Skop Production Sdn Bhd atas tuduhan meniru tanpa kebenaran.
Syamsul atau nama penuhnya, Mohd Syamsul Md Yusof, 30, berkata, perkara yang disangkakan rungutan kecil individu itu kepada pihak mereka tahun lalu dibesar-besarkan sehingga menjadi tuntutan undang-undang, minggu ini.
“Papa pernah memaklumkan hal ini mengenai ketidakpuasan hati seorang penulis novel mendakwa kami menciplak novelnya menjadi filem Bohsia (2009). Mereka pernah berbincang dan kami menafikan dakwaan itu sebab ia memang tak berlaku seperti dituduhnya.
“Tak sangka pula perkara ini dibawa ke tengah sampaikan pihaknya memfailkan saman ke atas saya, papa dan syarikat. Dia nak saman itu hak dia, jadi kami kenalah lawan dengan undang-undang,” katanya.
Menurut Elias, novel keluaran 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita yang diterbitkan syarikatnya, Kreatif Akademik itu adalah karya asalnya.
Beberapa watak dan jalan cerita dalam novel itu ditiru dan diterbitkan dalam bentuk visual menerusi filem Bohsia (2009) lakonan, tulisan dan arahan Syamsul tanpa kebenaran.
Katanya, dia menyedari persamaan dipercayai peniruan karya tanpa kebenaran itu selepas menonton filem berkenaan tahun lalu.
Elias mendakwa, dia pernah berjumpa dengan Yusof atau nama sebenarnya Md Yusof Md Aslam, 60, dua kali pada 6 dan 26 Oktober tahun lalu untuk membincangkan hal itu, namun tidak dilayan.
Susulan itu, Elias menerusi peguamnya Tetuan Maha & Peri memfailkan writ saman terhadap Syamsul, bapanya dan syarikat produksi mereka di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 10 November lalu.
Yusof pula berkata, tuduhan dikemukakan Elias adalah perkara tidak logik kerana ia dibangkitkan secara tiba-tiba selepas filem itu ditayangkan di pawagam lima tahun lalu.
“Yang saya pelik, kenapa baru sekarang tiba-tiba dia muncul dan dakwa kami ciplak novel dia? Walaupun saya berani bersumpah kami tak buat perkara macam itu, tapi dia tetap mahu meneruskan hasratnya (saman).
“Untuk pengetahuan, kami tak pernah menerbitkan filem atau drama diadaptasi daripada novel, apatah lagi meniru karya orang lain tanpa kebenaran. Baru-baru ini kami terbitkan drama bersiri daripada adaptasi novel Siri Bercakap Dengan Jin nukilan Tamar Jalis dan beliau dibayar dengan jumlah besar.
“Tapi bila hamba Allah ini memilih untuk besar-besarkan hal ke mahkamah walaupun penafian sudah kami buat, jadi kita ikut sajalah undang-undang nanti,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 7:19 AM
http://www.hmetro.com.my/node/13989
|
|
|
|
|
|
|
|
nafi macam budak2..
harta intelek tu
tapi orang kaya apa ada hal.. |
|
|
|
|
|
|
|
adengan budak zaman skang ke.....tak heran ambo... |
|
|
|
|
|
|
|
Elias mendakwa, dia pernah berjumpa dengan Yusof atau nama sebenarnya Md Yusof Md Aslam, 60, dua kali pada 6 dan 26 Oktober tahun lalu untuk membincangkan hal itu, namun tidak dilayan.
...org kaya.
dari bayar skit royalti
lagi seronok duit hangus kat mahkamah.
kalu menang lagi naik nama. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai samsul...
ko mungkin tak baca...tapi penulis skrip ko tu mungkin penah baca....
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu dah cerita pasal bohsia nk citer mcm mn lagi? Mmg gitu jerlah..
cliche jer semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk suspen ingat kan apa benda tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 5-12-2014 08:55 AM
Klu dah cerita pasal bohsia nk citer mcm mn lagi? Mmg gitu jerlah..
cliche jer semua...
Btui tuh film or drama mlayu kn ke smua sma jer..kalo bohsia mmg cmtu lh cte nyer..takkn bohsia tbe2 jd angkasawan di akhir citee..ssh nk justify bab copy paste nie sbb smua sma.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bohsia punya pasai saman-menyaman... Baguss... kita tunggu macam mana Mahkamah putuskan |
|
|
|
|
|
|
|
atekome posted on 5-12-2014 08:59 AM
Btui tuh film or drama mlayu kn ke smua sma jer..kalo bohsia mmg cmtu lh cte nyer..takkn bohsia tb ...
Itulah pasal...
Lifenyer sama...life bohsia...
Takkn nak tukarlak bohsia ni doktor...
Dah klu panggil bohsia tu apa kerjanya? Lifenya..Haish....
Mende ni pengetahuan am...
Klu gtu saper yg jd bohsia leh gak claim dr penulis novel ni..tulis jln cerita hidup dorg tp xde bg royalti skit pon... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam ni penulis skrip kena sekali tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Elias Idris nama penulis... nama pena Anne Natasha Nita
giler laaa.... laki ke pompuan penulis ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sume nak jadi kaya dengan saman
macam la bohsia tu dia yang cipta |
|
|
|
|
|
|
|
ader sesaper ka yang pernah nengok citer ni dan baca buku tu juga
mungkin boleh memberi pandangan .. perbandingan
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut yang saman mattr romeo sbb novel pertama tajuk bohsia, |
|
|
|
|
|
|
|
klu mcm tu semua bohsia bleh saman la ye... sebab myamai kehidupan diorang |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun saya tak pernah menonton filem Bohsia arahan Syamsul Yusof dan novel tu, tapi saya fikir apa-apa filem atau novel berlatarbelakangkan bohsia atau Mat Rempit semuanya sama jer plot ceritanya.
Korang ingat filem bohsia tu boleh selitkan watak zombie ke alien? |
|
|
|
|
|
|
|
usop haslam dlu konduktor bus.la dh kaye dh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|