CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24616|Reply: 125

Disantau Bekas Isteri Tunang

[Copy link]
Post time 3-7-2014 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Thread ni sekadar perkongsian pengalaman. Mohon jika ada yang pernah melalui pengalaman yang sama tinggalkan komen untuk perkongsian bersama.

Aku bermimpi kononnya aku tengah baring atas kusyen. Tiba-tiba ada seekor ular hitam datang nak patuk aku. Tapi aku sempat tangkap dan pegang kepala ular tu. Pastu muncul lagi seekor ular hitam terus patuk lengan aku. Perghhh walaupun hanya mimpi sakitnya tetap terasa. Rasa seperti mencucuk-cucuk pedih. Oleh kerana geram, aku genggam sekuat hati kepala ular yang seekor lagi tu sampai mati. Yang seekor lagi (yang patuk aku) tu terlepas.

Aku anggap mimpi tu sekadar mainan tidur dan biarkan berlalu macam angin ~

Hinggalah pada suatu malam, dalam 3 bulan (anggaran sahaja, sebab aku dah lupa ) selepas mimpi tu tapak tangan dan kaki aku rasa mencucuk sakit hingga ke tulang. Sakit sangat-sangat pedih macam dibakar. Dari malam hingga ke pagi aku tak boleh tidur. Deritanya ya Allah. Tapi bila tiba pagi tiba-tiba sakit tu hilang serta-merta.

Keesokkan harinya, aku jalani rutin harian aku seperti biasa. Bila tiba tengahari, badan aku rasa miang dan seperti ada kesan calar seluruh badan. Dalam 20-30minit baru kesan tersebut hilang. Apabila tiba waktu senja keadaan yang sama berulang dan yang paling derita apabila tiba waktu dalam lingkungan jam 2pagi badan aku seperti ada kesan cakar dan tapak tangan / kaki rasa pedih sangat (seperti malam semalam).

Ada suatu malam aku bermimpi. Dalam mimpi tu, kelihatan seorang lelaki. (tak nampak muka dia) yang dengar hanyalah suara meminta aku melakukan hubungan dengannya. Tapi aku menolak sekeras-kerasnya. Yang aku takkan lupa suara tu cakap dia akan cuba segala upaya buat aku putus tunang. Macam biasa, aku anggap mimpi tu sekadar mainan tidur. Lagipun rumah aku sewa tu gangguan pun boleh tahan jugak. Sebenarnya rasa cuak jugak. Sayang oooo tunang aku tu.

Apa yang mampu aku buat menangis dan menangis. Sakitnya tak terperi. Mak dan ayah tak tidur temankan aku. Keadaan ni berlanjutan selama 2 3 bulan jugak la. Mak aku pulak jenis kalau sakit, nak je dia cuba perubatan moden sahaja. Merata klinik swasta aku pergi berubat. Doktor cakap aku kena alergik. Ubat alergik yang paling tinggi dos pun aku telan tak juga beri kesan apa-apa. Last, aku pergi buat ujian darah. Alhamdulilah, tahap kesihatan aku memuaskan.

Bermula pada hari tu baru mak aku percaya macam ada something tak kena sakit aku. Kadang bila aku tidur lena dan mengigau suara aku seperti seakan-akan suara lelaki. (berdasarkan cerita adik aku) Sepanjang sakit tu aku rasa stress sangat-sangat. Kerja aku terbelengkalai. Aku satu-satunya art designer kat opis tu. Selalu terpaksa ambil MC. Stress jugak la. Bukan apa takut kena pecat. Bos aku selfish dia boleh tahan jugak. Ditambah pula dengan gangguan lain-lain bila tiba waktu malam. (yang ni aku akan cerita kemudian) Aku rasa macam nak gila. Yuppp serius kadang rasa macam sayu ja hati. Sedih, geram macam-macam la.

Ayah aku ada juga bawak jumpa seorang pengamal perubatan tradisional ni. Lelaki ni aku nak panggil ustaz tak macam ustaz. Nak panggil tok bomoh tak macam tok bomoh. Dia mintak aku suakan tapak tangan dan dia mula membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil meletakkan botol didepan muka aku. Tapi, aku tak berikan apa-apa respon. Lastly, pengamal perubatan tradisional tu cakap aku ni mengalami gangguan jiwa aka sakit jiwa. Time tu aku ngakukan ja. Mak aku risau sangat-sangat. Kesian mak Aku fikir betul juga kata pengamal perubatan tradisional tu, sebab memang aku rasa tertekan sangat. Sebenarnya cuak pun ada. Takut orang hantar aku ke hospital gila. Bila datang ja sakit tu, ataupun gangguan aku cakap pada diri aku yang aku berhalusinasi. Memang taklah kan. Keadaaan tetap sama. Sakit tetap sakit. Kesan cakaran tetap boleh nampak. Kalau aku sakit jiwa mesti aku seorang ja kan yang nampak. Ni semua ahli keluarga aku boleh nampak kesan ditubuh badan aku. Kalau sakit tapak / tangan atau kaki mesti aku akan rasa seperti bahang. Kalau orang lain sentuh badan aku, mereka pun akan rasa seperti suhu badan aku naik mendadak. Sejak hari tu keadaan aku semakin nak gila fikirkan. Nak ubat apa pun dah tak tahu.

Ada satu hari tu mak mintak air penawar yang dibaca oleh guru mengaji aku dulu. Bila tiba senja, aku minum separuh daripada air penawar dan separuh yang lain aku sapu di badan aku. Alhamdulilah, kesan cakaran berkurangan. Apabila tiba malam aku minum sekali lagi dan melakukan perkara yang sama seperti waktu senja. Sakit tetap sakit, tapi tidaklah seteruk sebelum ni. Malam tu aku tidur lena dan malam-malam seterusnya.

Masuk malam yang keberapa entah, aku tetap ikhtiar menggunakan air penawar tu dan berserah segala-galanya kepada Allah supaya memberi pentunjuk. Malam tu aku bermimpi, kononnya guru mengaji aku tu datang menziarahi aku. Bila nampak ja dia aku terus lari dan cekik dia. Tiba-tiba aku terjaga. Pelik jugak bila fikir mimpi aku tu. Aku ceritakan pada Mak. Mak kata, maybe "benda" tu marah pada guru mengaji aku tu sebab buatkan air penawar untuk aku. Dan macam biasa, mimpi tu terkubur macam tu saja.

Lama juga aku tanggung sakit tu sehinggalah suatu hari tu kawan aku kenalkan pada bapa mentua dia yang juga pengamal perubatan tradisional. Pertama kali jumpak pakcik ni dia kata, ada saka yang orang lepas untuk kacau aku. Orang kampung ke atau jiran ke. Aku iakan saja. Tapi jujur aku cakap, aku tak percaya. Setakat hari ini, alhamdulilah keluarga kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Lagipun barang yang diminta pun bagi aku taklah mengarut sangat. Aku diminta sediakan, air 4 botol, limau purut, minyak kelapa, lada hitam dan bawang putih. Air satu botol untuk diminum sehingga habis. 3 botol lagi untuk dimandi 3 hari berturut-turut (lepas asar) dan minyak tadi dicampur dengan lada hitam dan bawang putih dijadikan minyak ........ apa entah aku dah lupa. Cara pakai, selawat 7kali, al-fatihah 3 kali, hembus ke minyak yang dituangkan sedikit di tapak tangan dan disapukan ke sendi-sendi seluruh badan (step by step). Alhamdulilah sejak tu aku dah tak dengar bisikan, ditindih atau gangguan apa pun. Sakit pun sikit-sikit semakin menghilang. Tapi kesan cakaran tetap terjadi seperti kebiasaaan.

Aku sangkakan sakit aku ni dah pulih seperti sediakala. Tapi sangkaan aku meleset. Ianya hanyalah bersifat sementara. Hinggalah pada satu hari tu, tunang aku decide nak menetap di Utara tanah air. Sebelum ni dia stay Kuala Lumpur. Oh ya, lupa nak mention. Cinta kami ni lebih kurang macam cinta jarak jauh la. Tunang aku ni berasal daripada selatan tanah air. So kami ni dulu, boleh dikatakan berjumpak setahun sekali saja. Sebab tunang aku decide nak berhijrah kerana dia tak dapat sebarang pekerjaan. Alasan tunang aku. Walhal di Kuala Lumpur tu setahu aku punya banyak jawatan kosong kan? Tapi sebab utama (pandangan aku, kat tunang aku tak cakap pun) tunang aku berhijrah ke utara kerana dia mengalami sakit dalam kaki yang agak kronik jugak la. Waktu mula dia berhijrah sini, dia mendapat pekerjaan dan tak sampai seminggu dia terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk berjalan. Time tu, aku dan mak aku la yang jaga dia. Keadaan dia tak terurus lansung. Dia banyak termenung dan termenung. Dengan aku pun dia cuma cakap sepatah dua kata. Kiranya kami macam dingin ja, tak mesra lansung. Time tu aku macam kesian ja dengan dia perasaan sayang cintan cintun tu lansung takdak. Macam sebelum ni merata tempat, hospital, klinik kami pi tetap tak sembuh. Yang paling sadis, apabila pi hospital gov cakap sakit kaki doctor tu bagi ubat batuk! Aiseyyy. Last kami pi ke klinik swasta tu doctor tu suggest buat MRI. Belum sempat buat MRI, mak aku suggest pi ke pakcik yang ubatkan aku dulu tu. Alhamdulilah, selesai mengurut 3 hari tunang aku tunjukkan kesan positif. Mungkin kerana ikhtiar kami jugak kot. Allah izin. Setiap petang hari-hari aku bawak tunang aku berjalan atas batu refleksologi. Mungkin kesan rawatan tu berkesan. Walahualam.

Selepas tu, tunang aku pun sembuh dari sakit kaki tu. Dulu berjalan pun susah. Sekarang laju je dia berlari. Kerja pun dah bole. Alhamdulilah. Dalam berbagai dugaan tu masuk 2 tahun lebih kami bertunang. Of course la mak aku tanya kan. Sebab dua-dua dah nampak sihat walafiat. Bila aku ajukan soalan tu kepada tunang aku, jawapan dia cukup menghampakan aku. TAK BERSEDIA!.... So sad. Lama-kelamaan aku pun jadi dah muak, nak nikah pun takpe tak nikah pun takpe. Jadi  macam tawar hati la kan. Siapa yang aju soalan bila nak nikah akan aku tembak habis-habisan! Orang nak perli ke nak mengata ke tunang lama-lama lantaklah. Selagi aku tak buat maksi*t, Allah lebih Maha Mengetahui. Sehinggalah terjadi satu peristiwa selepas kami pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Terjawab la semua persoalan.

Tahun baru cina tahun ni, (2014) kami sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Last masa nak balik penang tu, teringin sangat nak mandi air laut. Konon macam Penang kekurangan pantai. Mula Mak memang larang kami pergi sebab dah nak senja kan. Tapi gedik nak jugak mandi laut tu. Kami bagi alasan nak mandi sekejap je untuk lepas keinginan la lebih kurang macam tu. Last Mak ikutkan je. Kami tak pergi ke Pantai Cenang etc; Kami ke Pantai Pasir Tengkorak. Konon macam adventure sikit. Kalau yang biasa ke sana, pasti bole imagine kan jalan nak ke pantai tu. Hutan keliling jalan. Lebih kurang jalan nak ke Genting. Cuma bezanya jalan tu, tanah pamah bukan tanah tinggi. Masa sampai tu memang dah dekat pukul 7pm. Kami berendam dalam 15-20 minit macam tu la terus naik ke darat. Mak dengan ayah tak mandi. Tapi, time tu muka mak aku memang cuak gila la. Diam je dia. Masa kami siap mandi nak salin pakaian bagai kira macam dah nak malam la. Cepat-cepat siap balik resort mandi, solat bagai dan malam tu kami ronda lagi.

Malam pertama balik ke rumah takdak apa yang berlaku lagi. Masuk hari yang kedua, Mak aku tiba-tiba jatuh sakit. Demam panas yang kronik. Aku balik je dari keja tengok mak aku terlantar sakit. Malam tu, kami kumpul adik-beradik semua tengokkan mak aku. Mak makan pun tak lalu. Bila makan je mesti akan muntahkan balik. Bila ajak ke hospital mak cakap "kalau aku ke hospital nanti aku lagi teruk". Pelik jugak la kan bila Mak cakap macam tu. Lepas solat maghrib, jenguk ke hall mak tetap macam tu. Tapi time tu mak macam meracau-racau la. Mak cakap, "arwah tok datang jemput Mak dah". Bila mak cakap macam tu memang takut la kan. Bukan takut apa, itu Mak kita kan. Takut jadi apa-apa kat Mak. Cepat-cepat adik aku cakap, "Mak jangan merapu". "Jom panggil ustaz la", balas aku. Cepat Mak jeling-jeling ke kami. Jelingan Mak tu seram jugak la. Siap senyum-senyum lagi. Time tu dah rasa semacam dah. Tinggal kami adik beradik, adik ipar aku, dan tunang ja. Ayah pergi mintak air tawar. Tunang cepat-cepat ke sebelah mak dan tanya, "ni Mak ke sapa?" .. Mak jawab, "Bukan, aku penunggu pantai tu".. Time tu memang seram gila la.

Dalam takut-takut tu kami jadi berani dan geram jugaklah. Kenapa nak kacau kami kan? Kesian Mak! So, benda tu cepat-cepat cakap "dia dari golongan yang baik-baik dan Islam".. bila aku cakap lagi sekali nak panggil ustaz. Tapi kalau jin Islam memang tau ke tak boleh masuk dalam badan orang bagai? .. Benda tu cakap dia cuma datang nak bagi teguran, lain kali hormat waktu solat. Dia jadi geram bila tengok orang Islam, Melayu pulak tu dok berkubang time-time Maghrib. Kira macam taktau agama la. Yaaaa, memang silap kami pun menyesal pulak tak dengar cakap Mak!. Selepas beberapa lama tu, ayah pun balik. Masa ayah balik tu kami cakap la apa yang tu bukan Mak. Ayah cepat-cepat ke depan. Ayah tanya dia siapa, buat apa ikut kami balik dan sbgnya. Yang aku ingat, dia ada bagi tau nama dia Siti ......., dia mati dirog*l oleh orang siam. Kan dulu Kedah kena serang dengan siam. Katanya, dia ni tergolong dalam golongan yang cantik jelita la. Bila orang siam tu rog*l dia gilir-gilir. Diaorang campak mayat dia ke dalam laut tu. Sebelum mati dia bersumpah yang roh dia takkan tenteram dan berdendam. Aku syak dia langs**r! (sebab adik aku diganggu selepas tu) Walahualam. Tapi pada masa dia dok sembang tu kami sambil pasang Ruqyah. Bila sampai part azan dia cepat-cepat cakap dia nak balik dah. Aku geram pulak, bila tengok dia macam main tarik tali. Kejap nak balik kejap nak stay. Dalam takut tu, aku terkuat suara jugak la. Suruh dia balik. Tiba-tiba dia melenting, tak baik halau tetamu balik. Bila tunang aku cakap, baliklah kesian dekat Mak, baru dia cakap nak balik. Ayat-ayat Ruqyah tu tetap berkumandang. Bila tiba part azan kami ulang banyak kali sampai dia keluar. Sebelum keluar tu, dia ada mintak segelas air kosong dan aku ada dengar dia baca bismillah dan minum. Selepas beberapa minit baru mak sedar, dan alhamdulilah demam panas tadi tu beransur hilang.

Sebab takut tipu daya syaitan ni, kami suggest Mak pergi jumpak guru mengaji aku tu. Untuk di scan. Mana la tau kan, kot-kot alasan je dia nak pergi tapi tak pergikan. Alhamdulilah, guru mengaji aku cakap Mak aku betul-betul "bersih". Tapi ayat yang terkeluar dari bibir guru aku yang seterusnya tu buat aku cuak. Katanya, aku kena sihir!! Lepas tu baru Mak aku ceritakan isi hati dia. Sebenarnya Mak aku pun syak macam tu. Bila tengok aku dengan tunang aku dua-dua macam takdak hati nak bernikah. Guru aku suggest carilah orang yang lebih pandai daripada dia. Dia sekadar boleh tolong bacakan air penawar, tengok-tengok macam tu ja la.

Ayah aku bawak aku dan tunang berubat ke P.... (kawasan penang jugak) Hari pertama berubat, setiap seorang daripada kami kena bawak air 4 botol. Macam biasa, lepas di scan kakak tu cakap memang kami disihir. Lepas tu Mak pun mula cerita satu-persatu masalah kami. Dah lama tunang tak dak hati nak bernikah dan bla bla bla. Time tu baru tunang aku mengaku, ada waktu dia jadi rindu sangat kat jandanya tu. Perasaan dia, untuk bernikah tu macam tertutup. Walhal dia sememangnya dah takdak perasaan kat jandanya tu. Perasaaan aku? Tertutup hati, serius! Kakak tu pun mula baca-baca sambil urut-urut di sendi aku. Bila sampai ke jari kaki sebelah kiri  (jari manis kaki) aku rasa sakit sangat-sangat. Macam memulas pedih urat aku. Time tu aku nampak kakak tu ambil botol dan masukkan kedalam botol. Sampai ke jari kelingking sama macam tadi. Tiba giliran tunang aku, keadaan dia pun sama macam aku. Cuma dia lagi teruk sakit. Macam banyak botol jugaklah kakak tu guna untuk masukkan benda tu. Kata, kakak tu mungkin tunang aku dah termakan benda-benda kotor time dengan janda dia dulu tu. Air yang 4 botol tu, macam biasalah mandi 3 hari berturut-turut dan sebotol lagi dibuat minum. Kami diminta datang untuk rawatan seterusnya pada hari malam Selasa. Kata kakak tu, orang yang buat dekat kami tu menuntut pada malam Selasa.

Malam balik dari rawatan tu aku terus mandi, dan minum air yang dijampi tu. Malam tu (dalam jam 2-3pagi) aku rasa panas sangat. Aku rasa macam pedih sangat dalam badan aku. Rasa macam pedih menghiris. Menangis jugaklah menahan sakit tu. Apabila tiba hari Isnin (malam selasa) kami sekali lagi pergi meneruskan rawatan. Time tu kami diminta bawak bunga 7 jenis, limau purut dan air 4 botol. Macam rawatan yang sebelum ni, kakak tu urut-urut sendi aku sambil baca apa entah. Tiba-tiba keluar habuk-habuk yang macam diamond tu. Senang cakap, kaca yang ditumbuk halus! Patutlah badan aku pedih! Kata kakak tu, aku di santau angin. Tujuannya? Nak bagi aku menderita dan mati lah. Tunang aku pulak, dia nak tunang aku kembali pada dia!! Alhamdulilah Allah tak izin. Bila tiba turn tunang aku, dia tak pulak keluar kaca apa-apapun. Cuma perasaan rindu selama ni, macam hilang macam tu saja. Dia bukan setakat tak ingat malah rasa benci dekat jandanya tu. Dan rawatan yang ketiga (terakhir) aku dibekalkan air seperti sebelum ni dan diberi minum air kelapa muda.

Alhamdulilah, sekarang aku rasa semakin sihat. Sakit-sakit tu dah takdak dah. Tunang aku pun nampak macam semangat nak bernikah. hihi InsyaAllah jika jodoh kami panjang, kami akan mendirikan masjid pada hujung tahun ni setelah hampir 3 tahun setengah bertunang. InsyaAllah.

Cuma pesan aku, jadi manusia haruslah redha dan pasrah dengan takdir Ilahi. Jika kita terpaksa lepaskan sesuatu tu maka lepaskanlah dengan ikhlas insyaAllah ada hikmah yang terbaik menanti. Aku tak berdendam atas apa yang dia buat. Aku takkan balas cara yang sama dia buat. Cukup sekadar setiap zarah yang aku menderita dulu dia tanggung setiap zarah dosa aku bila di akhirat kelak. Walahualam.





Last edited by Naurah_rik on 3-7-2014 04:18 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 04:24 PM | Show all posts
wah baca kisah awak ni seram jugk..btw ex tung tu da khwin ke ,brpisah dlu knpa smpi die nk tunang awak tu blik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 04:28 PM | Show all posts
bagusnya cerita nie...

ayat pun tersusun rapi jer..betul2 dapat dihayati

semoga kekal berpanjangan dalam perhubungan~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 04:28 PM | Show all posts
miskay posted on 3-7-2014 04:15 PM
best2x...

lepas ni boleh cerita pasal gangguan rumah pulak ye

InsyaAllah ada masa nanti saya update ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 04:37 PM | Show all posts
buluhbetung posted on 3-7-2014 04:24 PM
wah baca kisah awak ni seram jugk..btw ex tung tu da khwin ke ,brpisah dlu knpa smpi die nk tunang a ...

thanks ye. saya pun tak pernah tanya banyak. sebab tu kisah silam dia kan,. yang saya tahu, masa rawatan tu la. Tunang ada cakap ex dia tu memang cun abes la, tapi jenis control habis, sanggup buat apa saja untuk jdikan tunang saya tu sebagai hak mutlak dia seorang. masa bernikah dulu pun, nak jumpak mak sendiri pun dia control abes. Tunang jadi takut sangat nak lawan cakap dia. Diaorang berpisah selepas tunang lari balik rumah mak tunang saya. time tu merata jugaklah berubat sebab nak "bersihkan".. yelah kan ex tunang tu macam ada menuntut jugak la. walahualam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 04:38 PM | Show all posts
leylapple posted on 3-7-2014 04:28 PM
bagusnya cerita nie...

ayat pun tersusun rapi jer..betul2 dapat dihayati

amin. terima kasih untuk doa tu mod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 04:45 PM | Show all posts
fuh penat baca..

nasib cite best..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 04:54 PM | Show all posts
sy pun dah bertunang..tapi mcm xde hati nak berkahwin..persiapan semua sy xnak amek tau..patutnya majlis nikah dan sanding bulan october ni,tp sy mintak postpone..xtau la pasal apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 04:57 PM | Show all posts
ohyeke..kalau ex dia cun,da tntu tunang awak hndsome kan..ishh menntut ape tu,nak bg cun ke?diorg ade anak tak..cerita la TT lg kisah rumah tu..awak pn jgn berhnti berdoa,tkut ex tu datg balik menganggu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 05:29 PM | Show all posts
ceempaka posted on 3-7-2014 04:54 PM
sy pun dah bertunang..tapi mcm xde hati nak berkahwin..persiapan semua sy xnak amek tau..patutnya ma ...

mungkin cee lom ready kot?
pilihan sendiri ke keluarga ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita ni. Nak baca pun senang, ayat mudah nak faham.

Tapi serious tak faham dngn mentaliti orang2 mcm ni. Sikit2 nak santau. Kalau orang dah tak nak tu redha jela.

Moga cerita ni jd pengajaran pd orang lain supaya beringat2. And moga jodoh tt and tunang berpanjangan. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:40 PM | Show all posts
Best...lepas ni leh citer lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 12:32 AM | Show all posts
iman_aly posted on 3-7-2014 04:45 PM
fuh penat baca..

nasib cite best..

thanx sebab sudi baca kisah yang tak seberapa ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ceempaka posted on 3-7-2014 04:54 PM
sy pun dah bertunang..tapi mcm xde hati nak berkahwin..persiapan semua sy xnak amek tau..patutnya ma ...

Pilihan keluarga ke sendiri, awk? Tunang dah bape lama? Ada tak benda yang pelik happen?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
lnakass posted on 3-7-2014 06:22 PM
Best cerita ni. Nak baca pun senang, ayat mudah nak faham.

Tapi serious tak faham dngn mentaliti  ...

Thanks awk sudi baca.

Kadang memang tak faham pun. Tapi bila fikir rambut je sama hitam hati lain-lain kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
eco_internet posted on 3-7-2014 10:40 PM
Best...lepas ni leh citer lg...

Thanks awak sudi baca. Insyallah ada ruang masa saya ceritakan kisah gangguan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 4-7-2014 01:13 AM
Thanks awk sudi baca.

Kadang memang tak faham pun. Tapi bila fikir rambut je sama hitam hati l ...

No prob! Lps ni kalau ada story baru, gerenti baca. Hehe.

Tu la. Manusia ni tak bole jangka kadang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lnakass posted on 4-7-2014 02:05 AM
No prob! Lps ni kalau ada story baru, gerenti baca. Hehe.

Tu la. Manusia ni tak bole jangka kad ...

Cuma mampu ckap thnx for your support. InsyaAllah cerita untuk tauladan bersama. Kalau bole buat tauladan laaa. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
buluhbetung posted on 3-7-2014 04:57 PM
ohyeke..kalau ex dia cun,da tntu tunang awak hndsome kan..ishh menntut ape tu,nak bg cun ke?diorg ad ...

Alhamdulilah. Org kta kalau pasangan tu msti sorang lawa sorang tak. Saya tak lawa, dijodohkan dgn org lawa. InsyaAllah. Tak, janda tunang tu memang cun. Yg sya dgr, dia menuntut ilmu buat orang patuh dan takutkan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 07:47 AM | Show all posts
cerita cinta yg happy ending.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.079952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list