CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 6

Aku Malu Menatap Wajah Rasulullah

[Copy link]
Post time 9-12-2013 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Aku Malu Menatap Wajah Rasulullah

June 30, 2013




Ada seorang abid telah melihat aurat seorang wanita dengan sengaja, merasa telah melakukan dosa yang sangat besar lalu dia pun menyendiri di sebuah gunung. Abid itu tidak sanggup lagi menatap wajah Nabi Muhammad kerana matanya telah melakukan dosa zina. Rasulullah merasa hairan kenapa sudah beberapa hari baginda tidak melihatnya. Maka Sayidina Abu Bakar as-Siddiq diperintahkan mencarinya sehingga ke gunung tersebut.

"Rasulullah panggil kamu!" beritahu Sayidina Abu Bakar.

Abid itu menjawab: "Aku malu untuk melihat wajah Rasulullah, mataku tidak lagi layak memandang baginda kerana berbuat dosa!"

Sayidina Abu Bakar berkata lagi: "Ini adalah perintah Rasulullah!"

Abid itu terus menuju ke masjid namun Rasulullah ketika itu sedang solat Maghrib. Sebaik mendengar bacaan al-Quran Rasulullah dari jauh, abid itu terjelopok di situ juga lantaran gementar mendengar suara indah Rasulullah.

Sayidina Abu Bakar lantas membantu abid itu masuk ke saf dalam masjid. Selesai solat, Rasulullah terus memanggil abis itu: "Marilah dekat padaku!"

Abid itu pun mendekati Nabi sehingga lututnya bersatu dengan lutut baginda tetapi masih menundukkan kepalanya. "Wahai Rasulullah, aku malu melihat wajahmu kerana mataku sudah banyak berbuat dosa!" Kata abid tersebut.

Rasulullah lalu bersabda : "Mintalah ampun kepada Allah!"

Abid itu berkata: "Aku yakin bahawa Allah Maha Pengampun, tapi mataku sudah banyak buat dosa dan tidak lagi layak menatap wajahmu wahai Rasulullah"

Rasulullah bersabda: "Angkatlah kepalamu"

Maka abid itu pun mengangkat kepalanya perlahan-lahan lalu bertentang mata dengan Rasulullah. Setelah itu dia kembali menundukkan kepalanya dan mengangis teresak-esak lalu meninggal dunia dipangkuan Rasulullah. Saat itu juga air mata Rasulullah mengalir dan jatuh di atas wajah mayat orang soleh itu.

Para sahabat yang menyaksikan kejadian itu merasa takjub dan merasa iri hati. Walaupun mereka berjihad siang dan malam tetapi mereka tidak mendapat keistimewaan dan kemuliaan seperti abid itu yang meninggal dunia dipangkuan Rasulullah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 11:10 AM | Show all posts
cerita ni ada sumber tak?

boleh bagi ya dia punya sumber.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 11:31 AM | Show all posts


Aku hari2 melihat aurat... dah tak boleh nak elak dah~
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 07:19 PM | Show all posts
Kita yang hari2 melihat aurat wanita ni.. macam mana la kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2013 09:07 AM | Show all posts
cerita ni ada sumber tak?

boleh bagi ya dia punya sumber.


KLIK PADA TAJUK...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 12:36 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah

setahu Uncle ...kisah ini adalah drp kisah seorang Sahabat R.A iaitu Tsa'labah Bin Abdul Rahman ..(ada 2 org Tsalabah yg popular....lagi seorg ..Tsa'labah Bin Hatib R.A (kisah palsu tentang sahabat tak bayar zakat...Palsu! )


Memang cerita ni  (kisah Tsa'labah Bin Abd Rahman) ini sedap dibaca...

MALANGNYA...IANYA JUGA DISIFATKAN HADITH PALSU OLEH IMAM SAYUTI.

WaAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2013 08:41 AM | Show all posts
uniq61 posted on 12-12-2013 09:07 AM
KLIK PADA TAJUK...

Tuan Tanah, link pada tajuk tu tak beri sumber rujukan asal.

Dikhuatiri kisah yang palsu disebar-sebarkan... walaupun niat asal untuk kebaikan, jika kisah palsu disebarkan ia ada kesan negatif.

Apa kata Ulama Hadith terdahulu pasal riwayat ini? Boleh tuan kongsikan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070658 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list