View: 6058|Reply: 55
|
Kisah Parang Dan Pisau
[Copy link]
|
|
Kisah terbaru ini saya rakamkan untuk tatapan umum.
Seorang lelaki muda (pelatih disebuah pusat latihan) datang berjumpa dengan saya (baru kejap tadi) dengan pandangan dirinya sentiasa memandang orang yang beragama Islam itu lebih teruk dari dirinya. Saya ulang semula perbicaraan antara sipemuda ini dengan saya
pemuda : salam ustaz
abangcute : wsalam, amboih aih... susah betul nak jumpa orang2 muda zaman ni
pemuda : biasa la, keja. tak kerja tak makan.
abangcute : loh, bukankah yg kita cari rahmat Allah?
pemuda : iyelah (dengan sindiran), kalau tak kerja siapa nak bagi makan?
abangcute : sesungguhnya yg kita cari itulah rahmatNya samaada di dunia maupun diakhirat kelak.
pemuda : ......
abangcute : aku nak tanya hang ni, apasai orang2 muda lar ni susah nak bersembang dengan orang2 tua tang sini?
pemuda : biasa lah. ni... ada kisah best dekat sebuah sekolah pondok. pasai sembelih lembu.
abangcute : apa ceritanya?
pemuda : gini ceritanya, aku pi kat pondok ni, depa sembelih lembu, kami pula lapah dan potong daging lembu. (ayat tersangkut agak lama.. mungkin tak tau nak start sebab akal tengah proses macam mana nak menyampaikan berita penting)
abangcute : okey ler tu. (dengan harapan dapat penjelasan apa yg buruk dipandang oleh pemuda ini -> saya pun agak2 aje ni)
pemuda : iyer lah, dah ler depa bagi pisau pun tumpul. habis tu ada ler orang2 tua PAS (memandangkan idealogi memandang berketayap itu orang PAS, maka dihukumkan orang PAS punya kesalahan) kata kami (pemuda yg buat latihan) buat kerja lambat (sedangkan pisau yg diberikan oleh mereka itu tumpul).
abangcute : (tertanya2 jugalah saya, kenapa pula tak diasah pisau itu? orang muda ni tak guna akal ke?) habih tu jadi lagu mana?
pemuda : apa lagi, kami potong jugak le dengan pisau yg tumpul itu. tengok2 orang2 tua PAS ni mengutuk kata kami lambat buat kerja dan tak reti potong daging.
abangcute : (orang tua ni pun satu, dah tau pisau tu tumpul, bagi ler batu pengasah. yg pi kata macam depa tau buat apa? yg orang muda ni pun, awat tak cari aje batu pengasah? aih, dengar ajelah apa yg pemuda ni nak kata). macam tu ka?
pemuda : iya la. yg syoknya, orang tua tu ada bawa parang. parang depa bawak dari rumah tu tajam. dah depa dok kata macam2 (sakit hati time tu kot?), maka kami pun mintak le parang yg tajam tu. kejap aje kami potong daging dekat tulang keting. dah siap kami kata, "pasal pisaulah kami tak boleh nak potong daging ini".
abangcute : (dalam hati nak tergelak pun ada. nampak macam cerita kartun pun ada. 2x5, 5x2). oooooo (sambil cuba menunjukkan riak serius "mencuri perhatian" untuk mendapatkan penjelasan : ilmu ini Rasullullah ajar untuk umat2Nya tapi ramai yg lalai)
pemuda : yg bestnya lagi, time masak. mereka buat kelam-kabut hingga masakan itu jadi masin. entah siapa yg letak garam lebih. last2 kami juga yg kena marah oleh orang2 tua ini. dah ler dikata buat kerja lambat, nak siap cepat2, last2 jadi masin. nasib baik ada chef.
abangcute : (eh, ada cerita chef ni. macam best aje. tapi cerita tak berapa nak clear. tak pe lah. bagi tumpuan). habih tu, jadi lagu mana? apa depa kata pulak?
pemuda : iye la, chef tulah yg tolong repair masakan yg masin tu. kalau tidak ramai orang yg tak boleh makan (kerana masakan daging itu masin).
abangcute : (ujian yg kecik ini pun jadi besar. perghhhh) okey ler tu. kurang2 seatle gak. tapi dari kisah tadi, ada maksud tersirat. maksudnya gini "yg berilmu itu suka menyimpan ilmu, maka yg diberikan ilmu itu sekadar2 aje." (nak kata kat orang muda kang sakit hati pulak. dah langgar perintah Allah iaitu "yg tiada ilmu pula tidak suka pada ilmu, maka apa yg dirinya tahu itu dirasakan mencukupi sedangkan tidak sama sekali")
pemuda : tak derlah, orang2 tua PAS tak boleh ler buat macam tu (pemuda ni ingat saya orang PAS kerana orang yg berkopiah itu orang PAS. keh keh keh. nak tergelak pun ada dalam hati ni : memandangkan baru jap tadi saya tidak berkopiah)
abangcute : sebenarnya itulah kisah apa yg terjadi zaman ini. kalau aku jadi hang, dah tentu orang itu kena luku dengan saya (nak perangat habuan nak peringat supaya kembali kepada Alquran dan Sunnah : teknik menggerakkan minda separa sedar)
pemuda : ...... (tak berkata2 apa2 sambil memberikan tumpuan sepenuhnya).
abangcute : Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
(Al-Baqarah 2:285)
Zaman ini, kita kena menghormati amir. maka kita sudah mendengar dan mentaati perintah Allah walaupun tindakan mereka salah. Saya pernah lalui suatu keadaan yg lebih dahsyat dari kisah hang. Seorang amir jika disebutkan apa2 perihal menasihati orang muda, belum habis bicara, dia sudah memotong kata2 saya seperti yg kamu katakan. Saya diam kerana saya menghormati amir yg merupakan Sunnah Rasullullah SAW. Malah kawan saya berkata begini "baru hang tau, betul atau tidak kata2 aku bila bincang dengan si amir ini". Maka saya katakan begini kepada kawan saya "jika saya mahu, sudah tentu si amir itu hilang title amir kerana dia berbicara dihadapan rakan2nya sedangkan saya ingin mengajar si amir ilmu yg saya tahu. malah jika saya mahu, si amir itu akan terputus silaturrahim dengan saya sedangkan keterangan yg saya berikan di atas inilah yg si amir itu lupa untuk mentaatinya selaku seorang hambaNya"
pemuda : (makanan bungkus dah siap) minta maaf bang. saya perlu ansur dulu. terima kasih.
abangcute : sama2. Assalammualaikum.
inilah dia penyakit wahan jika kamu semua tidak kenal. saya sampaikan ilmu ini untuk sama2 memperbaiki ilmu dan amal semoga Allah memberikan rahmah kpd kita di dunia dan akhirat kelak.
Saya beriman kepada segala kitab yang diturunkan olehNya, dan saya hanya diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu (samaada kamu suka ataupun tidak). Allah jualah Tuhan saya dan Tuhan kamu semua. Bagi saya amal saya dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara saya dengan kamu (sedangkan semua kebenaran telah jelas nyata). Allah pasti menghimpunkan kita semua bersama (dihari pembalasan), dan kepadaNya jualahg tempat kembali semuanya (dihakimi dan diberi balasan olehNya)
Saya tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang saya sampaikan itu, melainkan kasih mesra (kamu terhadap saya) disebabkan pertalian kerabat. Dan tidaklah pula saya kisah jika saya disakiti. Ketahuilah, amatlah rugi mereka-mereka yang bersangka-sangka sambil menyangkal ilmu tanpa petunjuk yang datang dariNya.




Last edited by Abangcute on 19-12-2013 07:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum saudara dan saudari yg budiman.
Suatu hari, saya diketemukan dengan dengan kisah mengenai kucing. Kisahnya begini.
Seekor kucing hitam berbelang kelabu merenung saya dengan begitu lama. Maka saya memberikan ia makan keropok ikan akan tetapi kucing ini tidak memakannya. Seekor kucing yg gemuk berwarna perang dan putih datang untuk memakan keropok itu. Akan tetapi dimarahi oleh kucing hitam berbelang kelabu ini. Maka saya berikan keropok yg lain kepada kucing gemuk yg berwarna perang dan putih ini sehinggalah ianya meninggalkan sisa makanan keropok itu.
Dalam masa yg sama, seekor kucing yg berwarna hitam dan putih ketakutan untuk melintas jalan. Dipimpin kucing ini dan diberikan keropok akan tetapi dia tidak memakan keropok itu. Yg dimakan olehNya adalah apa yg diberikan oleh seorang perempuan.
Cukuplah petunjuk yg saya berikan untuk sama2 memperbetulkan masaalah ummah.
Sekian terima kasih. Takutlah Allah! sedara...
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf bertanya..saya xphm ape yg tt tulis..sorry,sy ni xpandai berkias2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 6-12-2013 11:30 PM 
sudahkah anda berada dalam keadaan istiqomah sepanjang masa? jika belum, jgn menasihati saya keran ... sudahkah anda berada dalam keadaan istiqomah sepanjang masa? jika belum, jgn menasihati saya kerana saya mengenali alam ini pada maksud istiqomah yg merupakan milikNya. malah saya amat takut apa yg Dia ciptakan atas dunia ini. (tidak bermaksud saya takut kepada makhluk).
jika kamu diberikan peluang untuk mengubah batu menjadi emas, adakah kamu akan mengubah batu itu menjadi emas. maka jika kamu belum faham, itulah nilai istiqomah yg kamu tidak pernah lalui (sambil kamu menasihati seseorang yg tidak layak langsung untuk kamu nasihati).
beza seseorang itu pada apa yg Allah beri pada dirinya. jika belum pernah berada dalam keadaan istiqomah, tidak perlu menasihati saya kerana saya khuatir Allah turunkan laknatnya keatas orang2 yg sekadar berbicara akan tetapi diri sendiri tidak pernah diberikan petunjuk olehNya.
apapun terima kasih dengan kata2 anda. bersyukur ada orang seperti anda akan tetapi tidak faham apa yg anda perkatakan. Apa kaitan istiqomah dgn jln yg lurus? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Iman dan ilmu perlu seiring.... saya tanya kamu yang beriman ni, apakah itu qada' dan qadar?
atau dalam erti kata lain, sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi org lain, jangan sampai terhijab oleh diri sendiri. amin~ Last edited by shahizul on 7-12-2013 09:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah tidak akan bersatu sekiranya tidak sama kefahaman bila masing-masing mahu menjaga kepentingan fahaman masing-masing... oleh itu untuk bersatu kena cari titik persamaan... bukan cari perbezaan... bila masing-masing tengok perbezaan maka itu yang dok bercekau jeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 8-12-2013 12:39 AM 
jika kamu bertanya saya perihal qada' dan qadar, ini jawapan saya :
apa yg Allah beri, sebaik-b ...
hehehe... abgcute ni mmg cute lah... manusia berhakikat rupanya, patut ilmu banyak....
Pada zaman Saidina Umar al-Khattab, seorang lelaki ditangkap kerana mencuri dan beliau dibawa menghadap khalifah. Lelaki itu disoal: “Mengapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: Kerana Allah mentakdirkan ini ke atas diri saya.”
Khalifah Umar amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya. Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: Mengapa hukumannya begitu berat?”
Berkata Umar al-Khattab: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah untuk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.
Mengikut sebuah riwayat sahih, Khalifah Umar enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah bertanya kepada Umar: “Mengapa kamu lari dari Qada Tuhan? Umar menjawab: Aku lari dari Qada' Allah kepada Qadar Allah.” (Tarikh at-Tabari)
Kalau masih mahu meneruskan dengan hakikat masuk neraka, terima jela ye abangcute.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 8-12-2013 02:32 AM 
Kamu ada penyakit wahan. Bicara kamu sudah menggambarkan betapa seriousnya cinta kamu pada diri ka ...
terima kasih atas nasihat abg, sy akan cuba perbaiki diri lagi...
Btw, abg tade kuasa nk bg ptunjuk untk menyelesaikan mslh ummah di malaysia ni tau...abg jgn la buat benang cenggini...hehehe...mcm nabi2 rasul2 pula bunyi nye...
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 8-12-2013 03:09 AM 
Siapa kata saya bg petunjuk? Kamu berpenyakit nieh. Baca post awal baik2. Ikut sedap nafsu kata ...
tu tajuk thread tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 8-12-2013 03:37 AM 
1) ilmu itu luas
2) petunjuk itu pun perlu jelas
3) petunjuk Alam menjelaskan petunjuk yg terdpt ...
Hehhehe.. ini nama nya hal seorang salik, rahsia seorang salik... tak perlu cerita, boleh jadi fitnah... sbg cth, abg post ni utk apa? nk tunjuk kat org kan? abg ke yg bg petunjuk? abg cuba fikir balik, apa yg abg lihat tu utk sapa? utk abg atau untuk semua org kat forum ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 8-12-2013 03:41 AM 
Wahai manusia yg daif. Carilah maksud Iman. Kerana disebalik maksud iman terkandung rahsia kebenaran ...
Iman itu ada pada setiap orang Islam abang...tapi ada kategori org awam dan org khas.. mungkin abg takde tempat nk luahkan, terasa beban pada diri sendiri dengan ilmu yg ada, terasa seperti 1 tanggungjawab yg perlu dipikul.. tapi cara nya perlu berhikmah abang...hikmah macam mana? cthi lah rasulullah...
Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125: “Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan mauizah. Hendaklah bertukar-tukar pendapat dengan mereka dengan cara yang paling baik” بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
cuba abang cek balik... ade hadis / ayat quran ke pada thread abg?
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin tahu, kamu pernah melalui perjalanan salik? Jika kamu bertemu dgn org salik, wajarkah kamu bermain2 dgn org salik ini?
Hehehe... wajar jika ia seorang salik buta.... 
siapa saya? abg kenal saya? apakah cerita saya abang tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin tahu, kamu pernah melalui perjalanan salik? Jika kamu bertemu dgn org salik, wajarkah kamu bermain2 dgn org salik ini?
Hehehe... wajar jika ia seorang salik buta.... 
siapa saya? abg kenal saya? apakah cerita saya abang tahu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|