CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11675|Reply: 58

KESESATAN DALAM RAWATAN / PERUBATAN

[Copy link]
Post time 11-11-2013 02:33 PM | Show all posts |Read mode

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
[tr][/tr][/table]KESESATAN DALAM RAWATAN / PERUBATAN

Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :-

Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.
Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-
Amalan Batin.
" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah lekat Tulang.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah menepung Tawar
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Mentera Menepung Tawar.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.


Melalui Perbuatan / Kelakuan.
Kesesatan Tok Bomoh.
Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut.
Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.

Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri.

Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.



[table=98%]
KESESATAN YANG DILAKUKAN PADA ORANG YANG BERUBAT

(i) Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.
Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik.

Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.

Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.

Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.

(ii) Pengeras / Upah.
Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.

Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.

Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.

(iii) Pemutus Ubat.
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
  • Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
  • Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
  • Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
  • Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.
Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu.

Last edited by uniq61 on 11-11-2013 02:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 03:18 PM | Show all posts
Bismillah

ada perbezaan antara perubatan Islam , tradisional & moden dari segi amalan , bahan perubatan dan

jenis - jenis penyakit.

yang boleh membezakan ialah aqal manusia, cara manusia berfikir & amalan manusia .

Wallahu'alam .
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur kpd Allah krn menghantar hambaNya utk berpesan dgn kasih sayang. tq
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 05:19 PM | Show all posts
Perubatan islam yang bagaimanakah yang tidak menyimpang?? jika menyimpang, apa garis panduannya, jika tak menyimpang pula apa garis panduannya??


Benarkah perawat islam bebas dari minta pertolongan jin, atau adakah mereka boleh dibantu jin tanpa disedari????????
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 06:33 PM | Show all posts
Bismillah

takkan ini soalan drpd seorang perawat ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 06:53 PM | Show all posts
Bismillah

رضيت بالله ربا
و بالإسلام دينا
و بمحمد صلى الله عليه وسلم
نبيا ورسول
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2013 02:43 PM | Show all posts
tt

tambahlah sikit
copy n pastekan ayat2 rukyah kat sini
kononnya ayat2 ni digunakan utk zass jin setan ni

nanti leh le kita terjemahkan sama2
dan UNTUK DIAMAL DAN DIHAYATI dalam hidup kita

ok wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 08:53 AM | Show all posts
apa hukumnya bukak kilang membotolkan air yassin??     dan claim yg tu islamik business.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 10:29 AM | Show all posts
hantukiller posted on 15-11-2013 05:19 PM
Perubatan islam yang bagaimanakah yang tidak menyimpang?? jika menyimpang, apa garis panduannya, jik ...

dah ada SOP dari kerajaan ker?

benda yg tak semua boleh nampak atau malah yang nampak betul2 tu pun mungkin masih didebatkan hehehe... kalau dah guna mata makrifat... camne ler hakim nak sampai maqam tu... ada gajet yang dah dibuat ker?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 11:35 AM | Show all posts
Ayat-Ayat Ruqyah Pengusir dan Pembakar JinLabels: JIN


Download Klik KUMPULAN AYAT-AYAT RUQYAH Pengusir dan Pembakar Jin. Berikut daftar ayat-ayat Ruqyah dalam Al-Qur'an:
No | Nama Surah | Juz | Ayat
1 Al-Fatihah <1> Seluruhnya
2 Al-Baqarah <1> 1-5
3 Al-Baqarah <1> 102
4 Al-Baqarah <2> 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) <3> 255
6 Al-Baqarah <3> 285-286
7 Ali-Imran <3> 18-19
8 Al-’Araf <8> 54-56
9 Al-’Araf <9> 117-122
10 Yunus <11> 81-82
11 Toha <16> 69
12 Al-Mukminun <18> 115-118
13 As-Shoffaat <23> 1-10
14 Al-Ahqaaf <26> 29-32
15 Ar-Rahman <27> 33-36
16 Al-Hasyr <28> 21-24
17 Al-Jin <29> 1-9
18 Al-Ikhlas <30> Seluruhnya
19 Al-Falaq <30> Seluruhnya
20 An-Naas <30> Seluruhnya


CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Download Klik KUMPULAN AYAT-AYAT RUQYAH Pengusir dan Pembakar Jin.

2) Putar mp3 ini didalam rumah, kantor, toko, 3x sehari atau putar dari malam sampai pagi (auto repeat).
3) Jangan putar pada saat berkendaraan, karena akan mengakibatkan mengantuk dan mengganggu konsentrasi.
4) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, putar dengan nyaring, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
5) Untuk merawat histeria, sihir, dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air minum, buka penutupnya dan putar mp3 ruqyah ini 3x pada air tadi. Minum air itu satu teguk sebanyak 3x sehari dan lakukan pada hari berikutnya sampai air tadi habis. Setiap selesai solat fardlu baca ayat Kursi 3x dan surat al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian pada malam  hari putar mp3 ruqyah ini selama kurang lebih satu bulan.
6) Untuk memulihkan toko / perdagangan yang bermasalah, putar mp3 ini 3x sehari selama 3 hari berturut-turut.
7) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, putar mp3 ruqyah ini 3x sehari, insyaAllah kita akan segar dan kembali bersemangat.


*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI, SILAHKAN PEJAMKAN MATA DAN DENGARKAN SAMPAI SELESAI TANPA MENGIKUTI BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:52 AM | Show all posts
orangbesi posted on 17-11-2013 02:43 PM
tt

tambahlah sikit

Oii, mana ruqyah boleh zasst syaitan jin oiii, kalau untuk halau boleh le, tu pun jin cenonet dari golongan bawahan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:54 AM | Show all posts
tobby posted on 18-11-2013 08:53 AM
apa hukumnya bukak kilang membotolkan air yassin??     dan claim yg tu islamik business.

Dari segi syariatnya tak salah kan!


Tapi kalau niatnya kerana menjual ayat Allah dengan harga yg sedikit, ye salah benor tuuuuuuuu

Konon konon air  tu jadi power le

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:59 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 18-11-2013 10:29 AM
dah ada SOP dari kerajaan ker?

benda yg tak semua boleh nampak atau malah yang nampak betul2 tu ...

Ada juga tu, dah digariskan



Tapi hakikatnya dan disebaliknya hanya Allah yg tau, sebab tak ikut amaran Allah ni;

"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam". An Nahl 98

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 12:01 PM | Show all posts
uniq61 posted on 18-11-2013 11:35 AM
Ayat-Ayat Ruqyah Pengusir dan Pembakar JinLabels: JIN

Hakikatnya kaedah ini malah mengundang lagi banyak jin! lagi jin jin yg mahir baca Quran yg datang

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 01:49 AM | Show all posts
Dalam perubatan Islam rawatan bukan setakat urutan, reflexology, bekam, rawatan selepas bersalin dan sebagainya secara zahir. Tetapi juga melibatkan rawatan secara batin.

Dalam perubatan islam ni zikir kena kuat kalau nak tolong orang secara batin. Zikir umpama duit kita. Kalau duit tak cukup dengan kita-kita kena jual. Pertempuran sihir memang leceh siap boleh repeat berulang kali. Lagi sesuatu amalan yang berniat la ilaha illa allah lambat jadi walaupun power. Jadi cara paling mudah yang digunakan kebanyakan orang ialah dengan niat khadam. Maka datanglah khadam memberi pertolongan ini termasuklah juga khadam-khadam ayat Al-Qur'an.

Perawat perubatan islam juga harus menolong secara ikhlas sesuai dengan niat la ilaha illa allah dengan tidak mengenakan sebarang bayaran. kalau pesakit nak beri hadiah itu cerita lain. sebab itu orang dulu suruh pesakit bawa barang tertentu untuk berubat kalau perawat cari barang leceh... habis duit perawat beli barang, lainlah kalau barang yang dicari ada pada pokok tertentu belakang rumah atau ada dalam simpanan perawat, tenaga zikir pun habis, lainlah kalau pakai khadam.

Ada juga perawat yang memindahkan penyakit kepada binatang. Pada saya ini tidak bagus kerana menyiksa binatang. Oleh sebab itu ada perawat yang memindahkan penyakit dari pesakit ke diri perawat. Contohnya memindahkan penyakit pesakit ke kaki perawat menyebabkan perawat berjalan terencut-encut.

Ada juga perawat mengambil air 7 masjid dalam rawatan kerana air boleh merakam gelombang bacaan-bacaan yang diulang berkali-kali didalam masjid. Kolam masjid yang dipilih ialah kolam masjid yang tidak bertutup. Dapat satu masjid pun ok tapi kalau dapat 7 lagi baik kerana nombor 7 mewakili sifat. Contohnya 7 warna pelangi, 7 betala langit dan bumi, 7 sifat maani dan 7 sifat maknawiyah dan sebagainya.

Sebenarnya bukan air sahaja yang boleh merakam gelombang objek lain juga boleh merakam gelombang juga. Sebagai contoh jika kita ambil kemenyan tetapi jangan dibakar, jadikan ia sebagai tangkal dengan cara memasukkan zikir setiap hari pada kemenyan tersebut. Apabila hendak digunakan untuk merawat pesakit rendamkan kemenyan tersebut didalam air dan gunakan air tersebut untuk merawat pesakit.

Ada juga perawat yang boleh berubat secara jarak jauh dengan menggunakan ilmu Meraga Sukma. Terdapat ayat dalam Al-Qur'an yang boleh digunakan untuk melatih ilmu Meraga Sukma. Meraga Sukma ialah ilmu dimana roh keluar dari jasad. Kalau tak tahu cara nak masuk kembali dalam jasad maka jasad akan mati. Dengan Meraga Sukma roh kita mampu pergi kemana sahaja tempat yang kita bayangkan dengan sekelip mata. Bagi yang mencapai tahap yang lebih tinggi seseorang mampu Meraga Sukma dengan jasad dan roh sekaligus seperti wali-wali hebat zaman dahulu.

Kadang-kadang perawat juga menyuruh pesakit mengamalkan zikir tertentu untuk pesakit membantu dirinya sendiri.

Ada juga perawat yang mahir menggunakan wafak dn menggunakan wafak dalam perubatan. Contohnya ada wafak tertentu yang digunakan supaya wanita sedang bersalin mudah melahirkan anak.

Setiap manusia mempunyai aura. Bagi yang tahu melatih auranya ianya juga boleh digunakan dalam perubatan. Semakin banyak latihan aura yang dibuat semakin kuatlah aura tersebut.

Dalam Al-Qur'an terdapat banyak ayat yang bolah digunakan untuk merawat pesakit. Tetapi ayat ini mesti diamal baru boleh digunakan. Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang (Bismillah... lah tu) Boleh je kita baca dalam apa bahasa pun ketika merawat kerana Allah faham dan menerimanya. Allah bukan faham bahasa Arab sahaja sedangkan semua bahasa adalah dari Allah jua.

Niat kebanyakan perawat islam ikhlas nak tolong orang memang bagus sampai ada yang tolong orang sampai diri sendiri yang sakit sebab zikir tak cukup power. Lainlah kalau pakai khadam. Last-last perawat dikutuk oleh pesakit dengan mengatakan perubatan khurafat kerana cara perubatan yang sukar difahami oleh pesakit. Last edited by NasrullahHaq on 20-1-2014 07:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:53 AM | Show all posts
hantukiller posted on 18-11-2013 11:54 AM
Dari segi syariatnya tak salah kan!

seandainyasesuatu itu melibatkan sains dan teknology jugak hal2 yg melibatkan urusan dunia......maka bolehlah kita bersikap kreatif padanya...


tapi,
apa-apa yang melibatkan kepercayaan ghaib, perlu dilihat dari sudut adakah nabi pernah mengamalkannya......

seandainya ia sesuatu yg perlu diamalkan, tentulah nabi membotolkan air yassin utk sahabat2nya,

malangnya hal2 ini tidak kelihatan di zaman nabi, zaman sahabat, melainkan pada zaman kefahaman islam sudah pun terseleweng dgn idea2 baru.....

ibnu masud pernah melarang orang2  yg ber-idea baru dalam agama...

lalu golongan itu menjawab...  : “Wahai Abu Abdurrahman(merujuk pada ibnu mas'ud), demi Allah tidaklah kami menginginkan melainkan kebaikan”. ibnu Mas’ud pun berkata :

"Berapa banyak orang yang menginginkan kebaikan tidak mendapatkannya”.

Berkata Amru bin Salamah : “Sungguh aku telah melihat umumnya mereka yang mengadakan majelis dzikir itu memerangi kita pada hari perang “An Nahrawan” bersama kaum Khawarij”.  (Riwayat Darimi dengan sanad shahih)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 11:08 PM | Show all posts
ussopp posted on 19-11-2013 09:53 AM
seandainyasesuatu itu melibatkan sains dan teknology jugak hal2 yg melibatkan urusan dunia......ma ...

Kalau tak silap aku, zaman masa nabi masih hidup, hanya Surah Alfatihah yg pernah digunakan untuk rawatan oleh sahabat tanpa nabi ajor pun, itu pun untuk penyakit zahir(sengatan jengking).... penggunaan ayat lain tak pernah aku jumpa dalilnya pulak, inikan pula air yasin

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 10:05 AM | Show all posts
hantukiller posted on 23-11-2013 11:08 PM
Kalau tak silap aku, zaman masa nabi masih hidup, hanya Surah Alfatihah yg pernah digunakan untuk  ...

Bismillah

bukan ke sblm ni kau pernah cerita yg iblis,syaitan,jin kafir,jin munafik,jin fasik cuma blh kalah dgn golongan muqhlis?

cuba kau cari signifikasi drpd apa yg aku reply.

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 08:31 AM | Show all posts
mr_evergreen posted on 24-11-2013 10:05 AM
Bismillah

bukan ke sblm ni kau pernah cerita yg iblis,syaitan,jin kafir,jin munafik,jin fasi ...

Apa pulak significannya dengan bacaan fatihah untuk ubat penyakit zahir(sengatan kala jengking)??

Kan jauh beza tu, nak lawan syaitan bukan dengan baca baca, sebab rata rata syaitan pun baca baca, lain le kalau Allah dah bagi izin kalahkan syaitan dengan baca baca je

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 10:09 AM | Show all posts
hantukiller posted on 25-11-2013 08:31 AM
Apa pulak significannya dengan bacaan fatihah untuk ubat penyakit zahir(sengatan kala jengking)??
...

Bismillah

cuba cari signifikasi pada teka-teki pada Imam Al-Ghazali pulak ,

lepas tu cari pulak cerita dalam pesanan Imam As-Syafi'ie

lepas tu try absorb utk diri sendiri ,kenapa Almarhum Abuya Hamka membaca semula hasil tulisannya ?

sebenarnya apa yg kita dpt hari ni kebanyakkan adalah hasil usaha Muqmin yg lebih dulu drpd kita .

dalam khutbah terakhir Nabi S.A.W ada byk tinggalkan pesanan utk org Muqmin .

Wallahu'alam .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.799275 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list