CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Tang Jie–Ee Wei mara penuh debar ke suku akhir Terbuka Perancis

[Copy link]
Post time 23-10-2025 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Tang Jie–Ee Wei mara penuh debar ke suku akhir Terbuka Perancis
ZURAIMEE ZAINAL
23 Oktober 2025 08:44pm





Tang Jie–Ee Wei mara suku akhir Terbuka Perancis. Foto Agensi






BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750 selepas menundukkan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei–Nicole Ganzales Chan dalam pertarungan sengit di Glaz Arena, Cesson-Sevigne pada Khamis.

Kemaraan juara dunia itu bagaimanapun bukan mudah apabila perlu mengharungi perlawanan tiga set yang penuh mendebarkan selama 63 minit.


Tampil dengan reputasi tinggi Tang Jie–Ee Wei bermula garang dengan kemenangan mendebarkan 22-20,pada set pertama.

Set kedua, Hong Wei–Nicole Ganzales kembali lebih mantap memanfaatkan kesilapan mudah lawan untuk menutup set kedua, 21-17 seterusnya mengheret aksi ke set penentuan.


Set ketiga kedua-dua pemain tampil meningkatkan intensiti pemburuan mata yang akhirnya menyaksikan pengalaman ternyata memihak Tang Jie–Ee Wei untuk kemenangan 22-20.

Kemenangan itu membolehkan mereka, berdepan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man–Tse Ying Suet, yang sebelum ini bangkit menewaskan gandingan Jepun, Yuichi Shimogami–Riko Gunji, 21-23, 21-10, 21-14.

https://www.sinarharian.com.my/article/753794/berita/sukan/tang-jiendashee-wei-mara-penuh-debar-ke-suku-akhir-terbuka-perancis


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.307766 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list