CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Raqib buka tirai pingat Malaysia di AYG

[Copy link]
Post time 21-10-2025 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Atlet pencak silat negara, Muhammad Raqib Mohd Syahrizan menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Remaja Asia (AYG) Bahrain.





Raqib buka tirai pingat Malaysia di AYG



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 21 Oktober 2025, 4:09 pm




PETALING JAYA – Atlet pencak silat negara, Muhammad Raqib Mohd Syahrizan menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Remaja Asia (AYG) Bahrain selepas meraih gangsa dalam kelas F Putra (61–63kg), semalam.

Lebih manis, pencapaian itu hadir pada kemunculan sulung silat di pentas AYG, sekali gus membuka lembaran baharu buat sukan warisan Melayu itu di peringkat remaja Asia.

Ketua jurulatih skuad negara, Mohd Fauzi Khalid berkata, kejayaan Raqib wajar dipuji memandangkan atlet muda itu beraksi dengan semangat tinggi walaupun tewas tipis di separuh akhir.

“Saya sebenarnya menyasarkan satu gangsa untuk kejohanan ini dan Raqib berjaya mencapainya. Dia bermain dengan sangat baik, cuma keputusan tidak memihak kepadanya kali ini.

“Sebagai atlet muda, dia perlukan lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa untuk memperkukuh keyakinan dan kematangan bertanding,” kata Fauzi kepada Kosmo!.

Selain Raqib, Malaysia turut diwakili Noor Wafadina Mohd.Rasidi dalam kelas D Puteri (51–55kg) yang turut mempamerkan aksi bertenaga biarpun tidak berjaya menembusi podium.

Chef de Mission (CDM) Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi menzahirkan rasa bangga terhadap kedua-dua pesilat muda itu yang disifatkan antara pelapis paling berpotensi dalam skuad kebangsaan.

“Ini pingat pertama Malaysia di Sukan Remaja Asia menerusi pencak silat. Raqib berjuang habis-habisan dan memberikan segalanya untuk membawa pulang pingat ini buat negara.

“Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Noor Wafadina yang memberi tentangan sengit dalam penampilan antarabangsa pertamanya. Kedua-duanya mempunyai masa depan yang sangat cerah,” katanya. KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/10/21/raqib-buka-tirai-pingat-malaysia-di-ayg/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036380 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list