CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Harimau Malaya kekal rekod tanpa kalah, benam Laos 3-0

[Copy link]
Post time 9-10-2025 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Harimau Malaya kekal rekod tanpa kalah, benam Laos 3-0

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
09 Oktober 2025 10:11pm



Skuad negara berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan menentang Laos di Vientiane. FOTO: MALAYSIA NT






SKUAD Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Laos 3-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientiane pada Khamis.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski mengekalkan rekod tanpa kalah sekali gus terus mendahului kumpulan dengan sembilan mata penuh.


Walaupun kehilangan tujuh tonggak warisan yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad negara tetap mempamerkan aksi bertenaga serta menguasai hampir keseluruhan perlawanan biarpun beraksi di padang yang kurang memuaskan.

Bagaimanapun, jentera serangan Harimau Malaya yang diterajui penyerang naturalisasi, Romel Morales, gagal memanfaatkan beberapa peluang pada separuh masa pertama. Antara detik terbaik hadir pada penghujung babak pertama apabila Morales menerima hantaran lintang daripada Dion Cools, namun rembatan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya ditepis penjaga gol Laos, Kop Lokphathip.


Bersambung babak kedua, Malaysia terus mengasak kubu lawan dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-47, namun rembatannya sedikit tersasar di sebelah kanan gawang.

Tiga minit kemudian, ketangkasan Lokphathip sekali lagi diuji apabila menafikan percubaan deras Morales, namun dia akhirnya tewas juga selepas Arif Aiman bijak mengelecek pertahanan Laos sebelum melepaskan rembatan leret untuk membuka tirai jaringan negara.

Dion Cools kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-68 hasil hantaran cantik Corbin Ong sebelum pemain gantian, Faisal Halim meledak gol ketiga negara pada penghujung perlawanan.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan sekali lagi menentang Laos dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/751708/berita/sukan/harimau-malaya-kekal-rekod-tanpa-kalah-benam-laos-3-0


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.777009 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list