CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 257|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia mara suku akhir selepas 'smash' Australia

[Copy link]
Post time 9-10-2025 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia mara suku akhir selepas 'smash' Australia

ZURAIMEE ZAINAL
08 Oktober 2025 11:44pm





Aksi Boon Le ketika berdepan Dhand dalam perlawanan Kumpulan C di Guwahati pada Rabu. FOTO Badminton Association of Malaysia.




SKUAD badminton muda negara meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Australia 2-0 untuk melangkah ke suku akhir selaku juara Kumpulan C pada Kejuaraan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025 di Pusat Kecemerlangan Nasional, Guwahati, India pada Rabu.

Malaysia tidak berdepan banyak tentangan daripada lawan apabila mempamerkan penguasaan menyeluruh dalam kedua-dua set perlawanan yang menggunakan sistem pemarkahan baharu.


Dalam set pertama, beregu lelaki negara Loh Zi Heng–Tan Zhi Yang membuka tirai kemenangan dengan menundukkan gandingan Phillip Halim–Landon Kurniawan 9-5.

Kejayaan itu diteruskan oleh pemain perseorangan wanita Eng Ler Qi yang menewaskan Jesslyn Carrisia 18-11.


Beregu wanita Aina Hatta–Joinne Lee turut tidak mengecewakan apabila mencatat kemenangan 27-17 ke atas Mimi Ngo–Maureen Clarissa Wijaya, sebelum perseorangan lelaki Lim Boon Le menambah mata keempat menewaskan Shrey Dhand 36-24.

Malaysia melengkapkan kemenangan bersih dalam set pertama menerusi beregu campuran Loh Zi Heng–Aqilah Ramdan yang menundukkan Jayden Lim–Victoria Tjonadi 45-35.

Malaysia terus garang dalam set kedua apabila beregu lelaki Damien Ling–Shazmir Shahrul menewaskan Landon Kurniawan–Wey Shawn Ng 9-7, disusuli kemenangan mudah pemain perseorangan wanita Lim Zhi Shin 18-8 ke atas Jesslyn Carrisia.

Beregu wanita Low Zi Yu–Aqilah Ramdan meneruskan dominasi dengan kemenangan 27-9 ke atas Jesslyn Carrisia–Faye Huo, sebelum Ayu Fu Sheng menyumbang mata keempat selepas menumpaskan Shrey Dhand 36-10.


Malaysia menutup tirai aksi dengan kemenangan bergaya apabila gandingan Datu Anif Datu Asrah–Nicole Tan menewaskan Jayden Lim–Victoria Tjonadi 45-14.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara yang menang dua perlawanan awal ke atas Slovakia dan Kanada sekali lagi menutup saingan format baharu 45 mata secara relay menjinakkan Australia 45-35, 45-14 untuk muncul juara kumpulan tanpa kalah dan menempah slot ke suku akhir berdepan China pada aksi suku akhir esok.

Sementara itu, pengendali perseorangan skuad muda negara, Misbun Ramdan Misbun mengakui China merupakan pasukan yang berpengalaman dalam kejuaraan tersebut.

"China memiliki department yang stabil dalam kejuaraan ini, jadi saya harap pemain-pemain berikan persembahan 110 peratus dalam perlawanan nanti.

"Secara keseluruhan kemenangan dalam kempen peringkat kumpulan membina keyakinan dan momentum positif dalam kalangan pemain untuk fasa seterusnya," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/751559/berita/sukan/malaysia-mara-suku-akhir-selepas-smash-australia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2025 10:35 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036018 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list