CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Liverpool umpama dilanda krisis selepas dua kekalahan berturut-turut

[Copy link]
Post time 2-10-2025 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Liverpool umpama dilanda krisis selepas dua kekalahan berturut-turut

AFP





SLOT (kanan) memberi arahan kepada Dominik Szoboszlai ketika perlawanan dengan Galatasaray. FOTO REUTERS



Liverpool: Liverpool memulakan musim dengan tujuh kemenangan berturut-turut ketika mereka kelihatan bakal menewaskan semua lawan.

Namun, dua kekalahan berturut-turut kebelakangan ini menonjolkan isu mendesak yang perlu ditangani oleh pengendalinya, Arne Slot.

The Reds berkunjung ke Galatasaray, awal pagi tadi dengan semangat mahu bangkit selepas kekalahan 1-2 kepada Crystal Palace hujung minggu lalu yang menamatkan rekod sempurna mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, penalti separuh masa pertama oleh Victor Osimhen meletakkan pasukan tuan rumah di depan dan Liverpool gagal membalas meskipun menguasai permainan serta melakukan 16 percubaan di Istanbul.

Liverpool masih dua mata di hadapan di puncak EPL dan memenangi perlawanan pembukaan fasa liga Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Tetapi, beberapa kemenangan dramatik di hujung perlawanan telah menutup persembahan yang tidak meyakinkan sejak pembinaan semula skuad yang mahal.

Biarpun mereka meraih kejuaraan EPL musim lalu pada musim pertama Slot sebagai pengurus menggantikan Jurgen Klopp.

Liverpool yang biasanya berhati-hati dan berjimat, membelanjakan hampir £450 juta (RM2.55 bilion) untuk pemain baharu dalam usaha membina daripada kedudukan kukuh.

Florian Wirtz dibawa masuk dari Bayer Leverkusen dengan nilai £116 juta (RM659.28 juta) untuk menyuntik kreativiti, namun pemain Jerman itu masih belum menjaringkan gol atau mencatat sebarang bantuan jaringan di EPL atau UCL.

Rekod perpindahan kelab, Alexander Isak, yang menyertai dengan nilai £125 juta (RM710.44 juta) belum cergas sepenuhnya selepas perpindahannya yang melalui episod panjang dari Newcastle.

Hugo Ekitike boleh dikatakan satu-satunya pembelian baharu yang benar-benar menyerlah setakat ini dengan tiga gol EPL, namun dia tidak diturunkan menentang Palace selepas digantung akibat layangan kad merah dalam kemenangan Piala Liga menentang Southampton.

Sebahagian besar tumpuan terarah kepada Wirtz, yang tiba di Anfield dengan reputasi sebagai antara bakat paling menjanjikan dalam bola sepak dunia.

Namun, bekas kapten England, Wayne Rooney, mempersoalkan peranannya dengan mengatakan dalam rancangan di BBC bahawa dia merosakkan keseimbangan Liverpool dan corak permainan mereka.

Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher turut percaya keseimbangan pasukan tidak tepat dan berpendapat Wirtz perlu direhatkan.

"Dia langsung tidak berada pada tahapnya," kata Carragher kepada CBS Sports.

"Dia masih muda dan baru menyertai liga ini, masih ada masa panjang untuknya sebagai pemain Liverpool.

"Tetapi buat masa ini, saya fikir dia perlu dikeluarkan daripada pasukan, Liverpool kembali kepada corak musim lalu dan bina keyakinan semula, kukuhkan pertahanan.

"Sebab sekarang ini memang berantakan. Bukan soal kekalahan semata-mata. Ini sudah kelihatan sejak hari pertama."

Menambah lagi masalah di bahagian serangan, prestasi Mohamed Salah turut menurun selepas kempen cemerlang musim lalu.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2025 @ 11:01pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/10/1270374/liverpool-umpama-dilanda-krisis-selepas-dua-kekalahan-berturut




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list