CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kecewakan beregu tuan rumah, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan ketiga

[Copy link]
Post time 27-8-2025 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Kecewakan beregu tuan rumah, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan ketiga

Aida Adilah Mat[email protected]





WEI CHONG-KAI WUN mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pasangan tuan rumah. -FOTO AFP




Paris: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun membuktikan mereka sudah bersedia untuk melakar kejutan di Kejohanan Dunia apabila mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior Popov di Adidas Arena awal pagi tadi.

Perlawanan yang penuh dramatik itu berlangsung selama 65 minit dengan Wei Chong-Kai Wun terpaksa bekerja keras sebelum menamatkan saingan dalam pertarungan tiga set, 21-15, 13-21, 21-19.

Wei Chong bagaimanapun mengakui mereka berdepan tentangan sengit dari lawan yang juga pasangan adik-beradik apabila mendapat sokongan padu daripada penonton tuan rumah terutama di set ketiga apabila Christo-Toma berjaya mendahului 16-11.

Namun ketenangan Wei Chong-Kai Wun menjadi kunci kebangkitan untuk mencatat kemenangan 21-19, sekali gus melangkah ke pusingan seterusnya.

"Lawan bermain dengan baik sebab mereka beraksi di tempat sendiri dan kesalahan kami adalah membenarkan mereka berasa yakin terutama ketika di set kedua apabila melakukan kesalahan mudah seterusnya memberi mereka keyakinan.
"Mereka juga bertahan dengan baik dan melakukan serangan berpeluang dan dapat meraih mata.

"Apapun saya tidak mahu fikir terlalu banyak mengenai hasil dan sasaran kerana yang penting adalah persembahan kami," katanya.

Bagi Kai Wun diletakkan sebagai beregu pilihan tidak meletakkan mereka dalam tekanan sebaliknya mahu berusaha lebih keras untuk tingkatkan mutu permainan.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi rekod positif juara Malaysia Masters berkenaan yang kini menghuni ranking ketujuh dunia, apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut ke atas gandingan ranking ke-19 dunia itu.

Kali terakhir kedua-dua pasangan ini berentap adalah di suku akhir Terbuka Malaysia, yang turut menyaksikan kemenangan memihak kepada wakil negara.

Kejayaan menyingkirkan beregu Perancis di laman sendiri sekali gus memberi isyarat jelas bahawa Wei Chong-Kai Wun benar-benar dalam misi memburu sesuatu yang lebih besar di Paris, termasuk prospek meraih pingat sulung di pentas dunia.

Menanti mereka di pusingan ketiga adalah lawan dari England, Ben Lane-Sean Vendy yang sebelum itu menewaskan wakil Korea, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-18, 21-16.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2025 @ 6:50am

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/08/1257083/kecewakan-beregu-tuan-rumah-wei-chong-kai-wun-ke-pusingan-ketiga




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.391571 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list