CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8079|Reply: 0

Pengarah JSJ Mohd Shuhaily ditukarkan ke AKPS berkuat kuasa 1 Julai

[Copy link]
Post time 29-6-2025 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah JSJ Mohd Shuhaily ditukarkan ke AKPS berkuat kuasa 1 Julai

Oleh Safeek Affendy Razali - Jun 28, 2025 @ 6:30pm





Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan), dan Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu.



KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023, dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS hingga 30 Jun 2027.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dilaporkan bakal mengambil alih jawatan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.

Arahan pertukaran itu dikesan tular dalam laman media sosial sejak malam tadi.

Mohd Shuhaily ketika dihubungi BH, hari ini, mengesahkan perkara itu selepas menerima arahan pertukaran tetapi enggan mengulas lanjut dan meminta pihak media menantikan Majlis Serah Terima Tugas yang dijadualkan berlangsung lusa.

Arahan pertukaran itu turut membabitkan dua lagi nama. Mereka ialah Superintendan William Anak Nobes yang ditukarkan daripada Superintendan Urus Setia (Dasar Strategik) Cawangan Khas Bukit Aman ke Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman.

Selain itu, Superintendan Abd Rashid Abu Bakar ditukarkan daripada Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman ke Superintendan Komunikasi Korporat (2) Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman.

Arahan itu bagaimanapun tidak menyatakan pelantikan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Johor susulan pertukaran M Kumar ke Bukit Aman.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1413472/pengarah-jsj-mohd-shuhaily-ditukarkan-ke-akps-berkuat-kuasa-1-julai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 3.039881 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list