CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8301|Reply: 0

PDRM umum pertukaran lapan pegawai kanan, KP Selangor jadi Pengarah JSJN Bukit Aman

[Copy link]
Post time 20-6-2025 06:56 PM | Show all posts |Read mode
PDRM umum pertukaran lapan pegawai kanan, KP Selangor jadi Pengarah JSJN Bukit Aman

Oleh Raja Noraina Raja Rahim - Jun 20, 2025 @ 11:11am





Dari kiri Datuk Fisol Salleh, Datuk Hussein Omar Khan, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Datuk Hamzah Ahmad



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran lapan pegawai kanannya berkuat kuasa 21 Julai depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah, berkata ia turut membabitkan empat ketua polis negeri.

Beliau berkata, mendahului senarai pertukaran adalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu.

"Selain itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

"Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Deputi Komisioner Gilberd Philip Layang dinaikkan pangkat sebagai pengarah jabatan berkenaan dengan memangku pangkat Komisioner (CP).

Katanya, jawatan Gilberd pula akan diambil alih Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) Bahagian Teknikal/Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin akan ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Asisten Komisioner Nordin Md Nor pula memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) Bahagian Teknikal/Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku Senior Asisten Komisioner.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1410321/pdrm-umum-pertukaran-lapan-pegawai-kanan-kp-selangor-jadi-pengarah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 1.335884 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list