CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 2

Jangan ambil remeh! Kuku lebih 3mm, kotor boleh jadi punca jerawat dan bisul

[Copy link]
Post time 26-5-2025 10:50 PM | Show all posts |Read mode


ADALAH penting untuk kita sentiasa menjaga kebersihan kuku kerana kotoran daripada persekitaran mudah terkumpul pada bahagian tersebut.


Ini kerana kuku adalah selaput atau bahagian keras yang tumbuh di hujung kuku pada setiap masa.


Menurut kajian Infectious Disease Society of America, individu yang menyimpan kuku panjang iaitu lebih daripada tiga milimeter (mm) mempunyai bakteria di dalam kuku tangan atau kaki mereka.




Jika tidak dibersihkan atau dipotong, jangkitan kuman pada bahagian kuku boleh berlaku dan lebih parah kuku terpaksa dicabut untuk mengelakkan kuman tersebut merebak.


Begitu juga jika anda menyimpan kuku panjang dan makan menggunakan jari. Ini secara tidak langsung mudah menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah akibat dari pemindahan bakteria yang terdapat pada kuku lalu memasuki ke mulut menerusi makanan.


Selain itu, bakteria di kuku boleh berpindah ke bahagian kulit lain seperti muka dan punggung jika anda kerap menyentuh bahagian berkenaan tersebut sekali gus merangsang punca jerawat dan ada kalanya boleh membawa kepada bisul.


Tabiat memotong kuku digalakkan sekurang-kurang seminggu sekali seperti sabda Rasulullah SAW:




“Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (HR Bukhari & Muslim).


Oleh itu jangan pandang remeh tentang kebersihan kuku, tonton PSA ini untuk jadikan ingatan bersama. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2025 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
I always keep my nails short because my nails are sharp, even when they are short. Klu pjg sikit pun boleh menyebabkan luka2 tanpa disedari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 12:41 AM | Show all posts
Yoonggi replied at 19-7-2025 12:12 AM
I always keep my nails short because my nails are sharp, even when they are short. Klu pjg sikit pun ...

sy ni kuku selalu panjang..
tapi sy mula rasa kurang selesa just about 3mm tu lah
jadi taklah malas nk potong sebab kurang selesa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:04 PM GMT+8 , Processed in 1.897656 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list