CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10420|Reply: 0

Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91

[Copy link]
Post time 27-4-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91


Oleh Fahmy A Rosli - April 27, 2025 @ 10:05am





Poster ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 daripada Yang di-Pertuan Agong. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengucapkan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warganya, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dengan angkatan itu.

Dalam hantaran di akaun Facebook rasmi, baginda merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

Sempena sambutan yang bertemakan 'TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara', Seri Paduka Baginda turut menitipkan doa agar TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani di pentas antarabangsa.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

"Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada," titah Seri Paduka Baginda hari ini.

Sambutan Hari TLDM ke-91 berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1389305/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-tldm-ke-91





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.062761 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list