CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10806|Reply: 0

Mohamed Usuf Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu

[Copy link]
Post time 14-4-2025 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Mohamed Usuf Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu

Oleh Nor Azizah Mokhtar - April 14, 2025 @ 1:10pm [email protected]





Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (tengah) menyaksikan penyerahan tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur oleh Datuk Azry Akmal Ayob kepada Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad (kiri) pada majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad





KUALA LUMPUR: Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, hari ini secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Azry Akmar Ayob dalam satu upacara serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pagi ini.

Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan turut dihadiri pegawai kanan polis serta warga IPK Kuala Lumpur.

Pelantikan Mohamed Usuf dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuhkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara, sejajar dengan komitmen berterusan pasukan itu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Dalam ucapannya, Rusdi menzahirkan penghargaan kepada Azry Akmar atas khidmat cemerlang beliau sepanjang memegang jawatan terbabit, serta menyatakan keyakinan terhadap kemampuan dan pengalaman luas yang dimiliki oleh Mohamed Usuf untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan pasukan polis Kuala Lumpur.

"Berilah kerjasama yang terbaik kepada beliau agar semua penugasan dapat dijalankan dengan sempurna.

"Saya yakin beliau mampu menggalas amanah ini dengan penuh integriti dan profesionalisme," katanya.

Sementara itu, Datuk Azry akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang selaras dengan perancangan dan penstrukturan semula organisasi bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

"Terima kasih di atas segala komitmen dan khidmat bakti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sepanjang memegang jawatan ini.

"Selain itu, kami juga amat menghargai segala bentuk kepimpinan, bimbingan, pandangan dan nasihat serta semangat dedikasi yang telah ditunjukkan," katanya.

Rusdi berkata beliau juga percaya, pertukaran ini adalah satu langkah positif kepada Azry Akmar untuk terus mengembangkan lagi potensi dan pengalaman beliau dalam perkhidmatan.

Upacara penuh simbolik itu turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen serah terima tugas serta antara Azry Akmar dan Mohamed Usuf.

Untuk rekod, Mohamed Usuf sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Siasatan / Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1384195/mohamed-usuf-timbalan-ketua-polis-kuala-lumpur-yang-baharu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046531 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list