CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1436|Reply: 2

[DUNIA] Tragedi Bintaro, pertembungan 2 keretapi kerana kecuaian. Kawasan kemalangan kini dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri

[Copy link]
Post time 9-4-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 9-4-2025 08:54 PM



Tragedi Bintaro salah satu peristiwa pahit dalam sejarah sistem kereta api di Indonesia. Pelanggaran dua buah pengangkutan itu telah mengorbankan ratusan nyawa hanya kerana kelalaian dan salah faham petugas stesen dalam memberikan signal.

Kemalangan ini berlaku pada 19 Oktober 1987 di daerah Pondok Betung di wilayah Bintaro, Jakarta Selatan. Ia membabitkan pertembungan antara kereta api Patas Merak (KA 220) yang datang dari stesen Kebayoran dengan kereta api Lokal Rangkas (KA 225) dari stesen Sudimara.



Walau bagaimanapun, arahan itu tidak diterima oleh pemandu kereta api KA220 dan tetap meminta untuk melakukan persilangan di stesen Sudimara. Mahu tidak mahu, Djamhari terpaksa mengosongkan landasan bernombor dua bagi laluan kereta api KA220.

Lalu, arahan untuk membunyikan semboyan dilakukan sebagai tanda ada kereta api akan berhenti tanpa menyedari arahan yang dikeluarkan kepada kereta api KA225 untuk berhenti di landasan yang sama tidak dibatalkan.

Disebabkan masalah teknikal dan kelalaian petugas, bunyi amaran tersebut bukannya dihantar ke KA220 tetapi terus kepada KA225. Lalu, kereta api KA225 meneruskan perjalanannya menuju ke stesen Sudimara tanpa mengetahui sebuah lagi kereta api  sedang menuju ke laluan yang sama.


Ketika kereta api KA225 semakin hampir ke hentian, barulah petugas menyedari berlakunya kesilapan dan memberi arahan supaya membuat persilangan ke landasan tiga.

Walau bagaimana ia sudah terlambat kerana kereta api KA220 juga sudah semakin hampir. Beberapa petugas di stesen itu cuba membunyikan loceng amaran dengan kuat namun semuanya telah terlewat. Ini kerana kereta api hanya boleh berhenti hanya pada jarak sekitar 500 meter dari stesen.

Akhirnya, kedua-dua kereta api yang dikemudikan oleh lokomotif ini berlanggar antara satu sama lain. Keadaan pada ketika itu amat mengerikan kerana melibatkan kenderaan berat di tambah pula dengan kelajuan kereta api pada masa itu sekitar  60 kilometer per jam.


Tragedi pelanggaran itu telah mengorbankan 139 nyawa (ada dakwaan mengatakan jumlah mangsa terkorban sebenarnya lebih banyak) dan 254 orang cedera parah selain ratusan lain turut mengalami kecederaan.

Beberapa penumpang yang duduk di atas bumbung kereta api sempat melompat dan menyelamatkan diri. Di sekitar kawasan kemalangan tersebut, ramai penumpang yang tersepit di antara kerusi duduk dan besi-besi daripada badan kereta api.

Akibat daripada tragedi ini, jurutera dan beberapa petugas stesen telah disiasat dan ada dijatuhi hukuman penjara antara 10 bulan sehingga lima tahun. Ini kerana, punca utama kemalangan ini berlaku disebabkan kelalaian manusia sendiri.





*Peristiwa ini turut diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul Tragedi Bintaro yang dikeluarkan pada tahun 1989.

*Sejak berlakunya tragedi ini, pelbagai jelmaan misteri sering dilihat oleh penduduk di sekitar kawasan kemalangan. Ada yang melihat kepala terbang serta penampakan bayangan orang-orang yang dipenuhi darah dan luka. Penduduk di situ sudah biasa mendengar suara-suara aneh orang menangis dan merintih kesakitan. Diceritakan juga, sejak itu sering berlaku kemalangan jalan raya di kawasan tersebut kerana pengguna yang melihat pelbagai jemaan menakutkan ini akan terkejut dan panik lalu hilang kawalan sehingga ada yang meragut nyawa. Kawasan tersebut dianggap keras dan penduduk akan mengelak melaluinya pada waktu malam.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 07:25 AM | Show all posts
Mesti tmpt eksiden tu dh jd tmpt yg keras.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga..

Tmpt angker tu ada citer2 paranormal dak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 5595 Replies : 9
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 2120 Replies : 3
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58397 Replies : 1103
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15616 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367013 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39395 Replies : 88
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.591834 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list